Sabtu, 24 Ogos 2013

KINI 'KAMBING HITAM' SUDAH BEBAS, MISTERI KEMATIAN ALTANTUYA BERLANJUTAN

Mahkamah Rayuan semalam melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
 
Apa pun penghujahan Hakim untuk menghalalkan pembebasan tersebut, rakyat hanya ingin bertanya;
 
1.  Benarkah memang wujud kisah seorang wanita bernama Altantuya telah dibunuh?
 
2.  Jika benar, siapakah yang telah membunuh wanita ini sebenarnya?
 
3.  Jika Sirul dan Azilah dituduh awalnya sebagai terlibat membunuh Altantuya, mengapa kedua-dua anggota Polis ini membunuh wanita tersebut?  Apa motifnya?
 
4.   Adakah perbicaraan pada awalnya, kedua-dua anggota Polis ini pernah membuat pengakuan bersalah di dalam Mahkamah?  Jika pernah, relevenkah segala bukti atau keterangan lain untuk membuktikan lagi pengakuan beliau itu adalah benar?  Maksudnya, tidakkah cukup dengan hanya mengaku bersalah saja boleh dihukum tanpa perlu bukti atau keterangan lain?
 
5.  Adakah seorang Pegawai Polis bernama DSP Safri yang mempunyai peranan penting untuk memberikan keterangan di mahkamah pada awal perbicaraan 'sengaja' tidak dipanggil untuk beri keterangan agar alasan ini boleh digunapakai untuk membebaskan kedua-dua tertuduh di peringkat rayuan seperti yang berlaku semalam?

6.   Mengapa kes rayuan kedua-dua tertuduh dimulakan selepas PRU 13?  
 
7.   Adakah dengan bebasnya kedua-dua mereka ini maka kes Altantuya sudah selesai?  Ertinya, Altantuya mati tanpa dibunuh oleh sesiapa?
 
Kes ini amat memalukan negara kita.  Seorang warga asing dibunuh di negara kita tanpa kita nyatakan siapakah yang membunuhnya dan apakah motif Altantuya dibunuh.  Lebih parah lagi, satu dunia tahu akan cerita salah seorang tertuduh pernah menyebut beliau menjadi ' kambing hitam' di dalam kes ini.  Apakah maksud 'kambing hitam' itu?
 
 

3 ulasan:

  1. malaysia boleh,ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  2. Memalukan negara...seorang warga asing mati dibunuh, tetapi pembunuhnya terlepas daripada dihukum bunuh di mahkamah rayuan selepas mengaku membunuh di mahkamah tinggi...
    Pelik betullah! Naik pening dengan undang2 kita

    BalasPadam
  3. Isu ni dah lama sejuk....disamping dikeluarkan kenyataan2 utk mengelirukan lagi kisah kes ini....jadi pemimpin parti syaitan pun menggerakkan skrip/plan B......tujuannyer utk membakulkan sampah kes nie tanpa disedari oleh rakyat.......itulah taktik2 yahudi laknatullah yg diguna oleh najib/mahathir munafik...

    BalasPadam