Sabtu, 25 Januari 2014

ADUN SEMAMBU KATA "MELAYU BODOH?"

ISU perkauman tetap menjadi agenda mereka.  Jika dulu bawa isu fitnah seks tapi gagal untuk mem"perkangkung"kan rakyat.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dari KEADILAN dan mantan Pengerusi KEADILAN Pahang, yang kini Pengerusi KEADILAN Terengganu iaitu YB Azan Ismail tidak terlepas dari fitnah perkauman ini.

Terbaru, sebuah blog pro puak kangkung telah menyiarkan laoporan bahawa berlaku pergaduhan di antara kedua-dua Wakil Rakyat dari KEADILAN tersebut di sebuah restoren di bandar Kuantan baru-baru ini.  Dakwa blog tersebut, kedua-dua Adun ini bertengkar asalnya apabila YB Azan menegur YB Chean Chung yang lantang di dalam Dun Pahang, kononnya YB Azan menuduh YB Chean Chung mengkritik membuta tuli berkaitan tuduhan  "Bajet Palsu" terhadap MB Pahang di dalam Dun Pahang beberapa bulan yang lalu.  

Tuduhan YB Azan itu kononnya dibantah keras oleh YB Chean Chung, mereka bertengkar sehingga keluar perkataan "melayu bodoh" yang didakwa diucapkan oleh YB Chean Chung.  Akhirnya pertengkaran semakin serius sehingga mahu bergaduh di restoren berkenaan.

Apa yang dilaporkan oleh blog pro kangkung tersebut telah dipetik oleh Pahang Daily semalam.  Bagi menjelaskan keadaan sebenar di samping ingin membuktikan bahawa cerita itu adalah fitnah "gred F", maka YB Chean Chung telah membuat satu kenyataan media.  Kenyataan media beliau boleh dibaca melalui blog resmi PKR Pahang.  

Ternyata fitnah yang langsung tidak berasas tidak lain untuk menjejaskan nama baik Adun Semambu itu terutamanya pada pandangan masyarakat Melayu di sekitar Semambu dan Indera Mahkota yang di dalam PRU 13 yang lalu banyak menyokong tokoh muda ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan