Isnin, 27 Januari 2014

SUDAH AGAK DAH, DEBAT PASTI BATAL SELAGI UMNO YANG TERLIBAT

AKU sememangnya merasa sangsi apabila tiba-tiba ada pemimpin Umno berani mencabar pemimpin PAS untuk berdebat, apatah lagi berdebat di dalam isu melibatkan agama Islam.  Maklumlah, kita kenal Umno ini bukan baru dan sejarah pernah buktikan beberapa kali Umno bukan berani atau hebat sangat di dalam arena perdebatan.  Mereka memang hebat di dalam mereka cipta fitnah, kemudian bercakap seorang diri di hadapan kamera TV atau di hadapan kumpulan kangkung sahaja.

Telahan aku tepat.  Terbaru debat yang melibatkan isu "Kalimah Allah" yang sepatutnya diadakan hari ini 27/1/2014 anjuran akhbar Sinar dibatalkan disaat akhir.  Pembatalan itu dibuat oleh Sinar yang baru semalam kelihatan bertegas untuk meneruskan debat tersebut.  Aku faham benar, bukan Sinar yang tidak mahu teruskan debat tersebut tetapi pihak kangkung yang bacul itu pastinya.  Sejarah beberapa tahun dulu, debat Umno-PAS yang bertajuk "PAS Tuduh Umno Kafir" pun begitu juga.  Akhir sekali digunakan kuasa Istana untuk membatalkan debat atas alasan isu itu sensitif.  Peliknya, sewaktu Umno memainkan isu kafir ini di dalam media, ke mana suara mereka yang membatalkan debat ini?  

Sama juga dengan isu "Kalimah Allah" ini.  Mengapa bila mahu didebatkan mereka baru rasa sensitif.  Mengapa sewaktu pemimpin Umno melalui media mereka menuduh bermacam-macam kepada Pembangkang kononnya Pembangkang membela Gereja di dalam isu Kalimah Allah, tidak pula mereka anggap sensitif fitnah Umno itu?  Bila mahu berdebat, sensitif pula?  Noh Omar yang mencabar pembangkang untuk berdebat, sewaktu cabaran ini dibuat tiada suara pun melarang Noh Omar mencabar isu sensitif ini.  Bila cabaran disahut dan ramai yang teruja dengan perdebatan ini, baru keluar suara-suara melarang kononnya amat sensitif isu ini.  Memang kangkung sungguh!!

Petikan dari Sinar yang membatalkan debat di antara Noh Omar atau dikenali sebagai "Noh Udang" ini dengan YB Khalid Samad (MP Shah Alam), " Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini. “Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya. Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian."

Aku tahu Noh Omar gelabah sekali bila Khalid Samad sanggup untuk berdebat dalam isu tersebut.  Bagaimana Noh Omar mahu jawab bila semua tahu Najib malahan Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno sendiri restu dengan perjanjian/Resolusi 10 Perkara dengan pihak Gereja, di mana terkandung di dalamnya "Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Kitab Bibble Berbahasa Melayu".  Samada ia boleh digunakan di Sabah, Sarawak atau di mana sahaja itu tidak timbul kerana sepatutnya hukum Islam jika mahu dilaksanakan mestilah menyeluruh dan tidak berpilih-pilih apatah lagi atas kepentingan politik.  Mengapa Umno tuduh Pembangkang membela pihak Gereja sedangkan tangan Najib yang membenarkannya dan kamu semua restu perbuatan khianat itu?  Itulah kangkung namanya.

Kemenangan moral buat Pembangkang bila debat ini dibatalkan kerana terbukti sekali lagi Umno dulu, kini dan selamanya tetap penakut untuk berdebat.

 

2 ulasan:

  1. bekalan kangkung terputus agaknya ! ABU !

    BalasPadam
  2. Ini adalah bukti gred A, UMNO adalah parti bacul.

    BalasPadam