Jumaat, 3 Januari 2014

APABILA TOK PETI KEPALANYA TUMBUH TANDUK

AMAT malang sekali bila negara ini memiliki seorang tok peti yang hanya memikirkan perut sendiri dan anak beranaknya.  Sebab itu jangan pelik jika Brunei melangkah jauh ke hadapan meninggalkan kita di dalam melaksanakan Syariat Islam secara beransur-ansur walaupun negara itu merupakan negara terkaya, pemimpin dan rakyatnya hidup senang lenang.

Brunei negara kaya, pemimpinnya terkaya di dunia dan rakyatnya tidak merempat tetapi mereka cinta kepada hukum Allah.  Negara kita, pemimpin memang kaya anak beranak.  Rakyat bagaimana?  Di dalam keadaan rakyat meminta sedekah setahun sekali menadah tangan minta BR1M, kita masih lupa kepada Maha Pencipta.  Jika kita yang bangsat peminta sedekah dan sabsidi ini pun sudah lupa kepada Allah, malahan menentang golongan yang ingin memperjuangkan agama Allah, apatah lagi pemimpin yang kaya raya di atas sana.

Kita bukan Brunei.  Harga minyak kita pun jauh berbeza dari Brunei.  Brunei cuma ada minyak dan balak tetapi negara itu penuh keberkatan.  Di bumi kita apa yang kurang?  Di atas bumi, di bawah laut, di dalam tanah semuanya ada harta kekayaan yang Allah kurniakan.  Tetapi siapa yang membolot semua ini?  Sudahlah bolot hak milik Allah, rakyat ditipunya dan mereka menentang pula hukum Allah.  Rakyat pula sanggup diperbodohkan dulu, kini dan selamanya.

Apa tok peti buat di negara kita?  Bukan semua tok peti kemaruk mengampu seperti itu.  Cuma ada seekor dua saja yang sejak dulu tidak pernah kenyang mentekedarah.  Terbaru, tok peti yang kelaparan ini menyalak lagi dengan 'fatwa' yang cukup bodoh, lucu tetapi amat merbahaya.  Beliau menggelar rakyat yang membayar cukai tanpa senjata tanpa sembunyi-sembunyi dan turun aman berhimpun di Dataran Merdeka hanya untuk membantah kenaikan harga barang, tok peti ini cop sebagai 'Bughah' (penderhaka) yang darah mereka 'halal'.

Apakah tujuan tok peti ini sebut 'darah halal'?  Bukankah itu bermakna tok peti ini mahu rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka itu dibuat sesuatu oleh kerajaan ke atas mereka tanpa perlu rasa takut dosa kerana 'darah' mereka 'halal'?  

Alangkah jahat dan buruk perangai tok peti ini.  Tanpa nas dan dalil, tanpa hujah yang berlandaskan kebenaran melainkan bersumberkan kitab muktabarnya iaitu TV3 suku dan Utusan meloya, tok peti ini sanggup membiarkan kepalanya yang berkopiah itu tumbuh tanduk.


4 ulasan:

  1. tok peti spesis pukimakkkkkkkkkkkk..

    BalasPadam
  2. kalu hanya ada sijil sahaja jangan lah nak tunjuk pandai, ramai lagi orang yang pandai tentang islam di luar. jangan anggap pangkat tok peti itu bererti semua tahu.

    BalasPadam
  3. Gua tengok dari dulu lagi sampai leni, inilah satu-satu hadist yang akan mereka gunakan untuk menghalalkan kejahatan, kedurjanaan, kecelakaan, kesialan pihak kerajaan. Kita tidak menafikan akan hadist Sahih ini tetapi menuduh sebagai 'Bughah' adalah satu kebiadapan sebagai orang yang boleh mengeluarkan fatwa. Gua boleh katakan yang beliau ketika itu berada didalam keadaan tidak stabil kerana majoriti ulama telah menyanggah fatwa beliau walau pun beliau menrujuk kepada hadist Sahih ini.

    BalasPadam
  4. Janganlah selewengkan Ugama Islam ini, bimbang nanti jadi seperti mana Kristian. Ajaran Nabi Isa telah diselewengkan menyebabkan wujudnya Agama Kristian kini. Saya bimbang Ugama Islam di Malaysia ini diselewengkan sehingga orang islam sendiripun tidak boleh lagi menggunakan Kalimah Allah suatu hari nanti. Berhati-hatilah dalam berfatwa.

    BalasPadam