Sabtu, 4 Januari 2014

INGATAN BUAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR, SILA AWASI JAIS !!

ISU kalimah Allah dimainkan semula terutamanya di Selangor.  Salah satu cubaan untuk alih perhatian dari isu kenaikan harga barang dan tol, tambahan pula puluhan ribu rakyat telah pun tampil berhimpun di Dataran Merdeka baru-baru ini amat memalukan rejim yang kini tersepit.

Samada mereka yang menyokong atau membantah penggunaan Kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian, kesemua mereka turun ke Dataran Merdeka kerana fokus utama adalah untuk menunjukkan kepada rejim bahawa jangan cuba alih perhatian kepada perkara lain.  Isu Kalimah Allah rakyat faham benar "kang kali kong" rejim yang memerintah yang tidak serius langsung di dalam isu ini, jika tidak masakan ada undang-undang berbeza di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak berkaitan isu ini.  Itu tidak serius bahkan mempersendakan.
 
JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) nampaknya cuba mengulangi sejarah lalu di zaman Khusrin jadi Pengarah JAIS.  Serbuan dilakukan, rampasan kitab Bible dilakukan tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri Selangor.  Malahan boleh mereka jawab 'terlupa' mahu beritahu.  Apa tujuan mereka 'menyembunyikan' tindakan mereka itu dari Kerajaan Negeri Selangor?  Jika benar jujur, mengapa perlu 'berahsia'?  Tahukah JAIS jika berlaku apa-apa di antara penganut Kristian dan Umat Islam, Kerajaan Negeri mesti bertanggungjawab?  Waktu itu, JAIS akan menyorok kepala macam kura-kura.  Sejarah telah kita lihat akibat permainan seperti ini.
 
Kita bukan mahu mengatakan tindakan mereka itu betul atau sebaliknya, tetapi kita pertikaikan tindakan mereka yang langsung tidak menghormati Kerajaan Negeri.  Kita mahu beritahu Kerajaan Negeri Selangor, awasi tindakan JAIS ini.  Jangan sampai pisang berbuah dua kali. 


14 ulasan:

  1. sape pengarah JAIS skrg ? bg pelempang saja mangkuk tu..dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung..islam x ajar penganutnya ganggu rumah ibadat ugama lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. XDA ORG NK BOH PELEMPANG SOUND KAT AKU..BIAR AKU BOH PELEMPANG TMBAH NGN PENENDANG..ISLAM YG NABI BAWA XSURUH UMATNYA GANGGU RMH IBADAT UGAMA LAIN.

      Padam
    2. Kau belajar agama takat mana

      Padam
    3. Mencegah lebih baik dari mengubat... Bidang kuasa Jais terletak dibawah Sultan Selangor.. Sedangkan Sultan telah memberi arahan jangan menggunakan Nama Allah sesuka hati... kenapa orang kafir ini suka mencabar sultan selaku ketua agama... Kepada seiapa yg berniat nak melempang tue ..lepas ni boleh lah jumpa sultan selangor dan lepaskan hajat anda... jangan jadi ayam berkokok berdegar- degar tapi tahi cirit di gelegar... shame on yoou guyssss..

      Padam
    4. Saya setuju...ni la masalah bila bangsa kita ni kurang gunakan akal dan mudah digunakan oleh dajal munafik dan alkafirun dan aljuburi :-)

      Padam
  2. jais adalah di dibawah kuasa sultan. kerajaan negeri tiada kuasa atas jais. knp tiada komen dari sultan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sapa bayar gaji pegawai jais, sultan atau kerajaan negeri? kalu gitu senang ajelah nak sabotaj kerajaan negeri

      Padam
    2. Siapa kah yang perkenan lantik kerajaan negeri dan exconya ...pernahkah exco berjumpa dengan Sultan untuk kebaikan Ummat Islam ATAU hanya berjumpa speker dewan sahaja auat dapigs...bodoh piang betuuull.

      Padam
  3. Kalau benar ikut undang2 nak rampas mengapa bertindak tidak mengikut SOP seperti melaporkan kepada kerajaan & Exco terbabit? Nyata nak sabotaj walaupun alasan terlupa...Datuk Harusani mungkin lupa nak bagi tahu kerja BUGHAH tu.

    BalasPadam
  4. Bangang kamu ni Ebra...kalau lapur pd kjaan dgn exco mesti tindakan jais tu dihalang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. antara Exco dan Sultan siape lebih berkuasa diselangor.... jawapanya adalah Speker dewan... Mhuah ha ha... penyokongnyer sudah tentulah anjing2 suruhan

      Padam
  5. jais ada lah anjing umno bang...sat berketuakan lanun udang lidah kontot???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini sah Red Bean Army yg berkampung kat byk blog.
      Anjing bertuankan kafir laknatullah

      Padam
  6. Sultan pun kerajaan negeri yag bayar elaun dia...

    BalasPadam