Isnin, 10 Mac 2014

AZIZAH GALAS TUGAS ANWAR DI KAJANG

TIDAK ramai yang meramalkan bahawa DS Wan Azizah akan dipilih untuk menggantikan DS Anwar Ibrahim bertanding di PRK Dun Kajang.  Rata-rata beranggapan tentunya ada tokoh lain yang juga tidak kurang hebatnya bakal diletakkan bertanding di kawasan yang bakal menjadi sejarah tapak permulaan ke Putrajaya itu.

Di dalam PKR, nama-nama yang disebut adalah seperti Sdr Saifuddin Nasution (SUA PKR), YB Rafizi Ramli (MP Pandan/Pengarah Strategi PKR) dan beberapa nama lagi.  Ini bukan bermakna mereka mengatakan DS Wan Azizah tidak layak untuk dipilih tetapi ramai yang menjangkakan bahawa isteri kepada DS Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR itu bakal 'standby' di Permatang Pauh seandainya Anwar ke penjara selepas dihukum 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada DS Wan Azizah yang mana beliau bersedia untuk kembali ke arena politik secara lebih ke hadapan dan lebih aktif dan tidak memilih mana-mana kawasan untuk beliau bertanding.  Jika tidak beliau, siapa lagi yang lebih bertanggungjawab untuk membela nasib Anwar?  Isteri yang sentiasa bersedia menggalas tugas suaminya pada bila-bila masa.  Itulah hebatnya DS Wan Azizah.

Semoga roh Reformasi yang dibawa oleh suaminya akan dapat dipraktikkan oleh DS Wan Azizah di Kajang.  Objektif "Move Kajang" perlu direalisasikan oleh beliau setelah suaminya dizalimi.  Kita yakin, sokongan rakyat Kajang kepada DS Wan Azizah tentu lebih hebat lagi kerana rakyat Kajang terlalu membenci Umno/Bn kini apatah lagi melihat kepada kezaliman mereka terhadap Anwar Ibrahim.




5 ulasan:

  1. Duduk rumah laa .muhasabah diri sambil jaga cucu...hehe

    BalasPadam
  2. X ada org lain ke.pkr mmg ketandusan pmimpin ke.balik2 org tu je.camni ke nk perintah negara.

    BalasPadam
  3. Aku dh pelik sgt dgn arahtuju PKR nie....

    BalasPadam
  4. Move Kajang? Kalau dialihkan bahasa ertinya pindahkan kajang. Sepatutnya Kajang Move...melambangkan satu pergerakan atau tindakan yg berpusat atau bermula dari kajang.

    Itu la sbb jgn marah kalau org kata macai2 ni IQ rendah. Sorry ya...

    BalasPadam
  5. Betul..silap tu, patutnya Kajang Move". Typing Error..nasib baik kat wall blog ni ada banner kempen yg tulisannya betul "Kajang Move". Aku yakin, objektif sebenar adalah redakan kemelut di Sgor khususnya di antara geng AZmin dgn geng Khalid. Azizah ada pengaruh utk itu. Objektif kedua, naikkan roh reformasi, Azizah juga pembawa semangat itu tahun 1998. Releven utk Kajang Move. So, tahniah. PKR buat langkah tepat memilih Azizah. Jgn pedulikan pencacai Umno yg mmg takut jenerasi Anwar yg sentiasa memburu dosa2 Umno...

    BalasPadam