Khamis, 13 Mac 2014

RAKIT KESELAMATAN - PEGAWAI TLDM KATA TIDAK SEMPAT DIAMBIL, MENTERI KATA TIADA KAITAN.

MALAM tadi, aku tonton juga TV3 suku untuk ikuti perkembangan tragedi kehilangan Pesawat MH 370 yang sehingga kini masih menemui jalan buntu.  Doa ku agar tragedi yang menyedihkan ini akan berakhir dengan harapan seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia termakbul iaitu kesemua penumpang dan krew akan selamat.  Tiada yang mustahil apabila Allah menunjukkan kuasanya.

Bila menonton Buletin TV3 suku semalam, seorang Pegawai Kanan dari TLDM telah muncul mengulas tentang penemuan objek berupa rakit keselamatan yang kemungkinan kepunyaan pesawat kapalterbang.  Objek itu ditemui oleh sekumpulan nelayan di Port Dickson.  TLDM melalui TV3 suku menyebut, objek berupa rakit itu gagal diperolehi kerana sewaktu anggota-anggotanya ingin mengambil objek berkenaan tiba-tiba ianya terjatuh ke dalam laut.  Maka, gagallah untuk diambil.  

Apabila ditanya oleh wartawan, tiadakah usaha untuk mendapatkannya setelah objek itu terjatuh?  Pegawai Kanan ini menyebut, TLDM tidak dapat meneruskan usaha mendapatkan objek berkenaan kerana kerja untuk mengambil objek itu adalah menggunakan bot, dan bot itu tiada kelengkapan untuk mengambil objek yang terjatuh itu.

Jika benar, amat malang sekali.  Kita amat mengharapkan setiap penemuan yang disyaki ada kaitan dengan tragedi ini dianggap penting untuk membantu siasatan serta membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.  Tetapi jika kita datang mencari dengan menggunakan alat seperti bot yang tidak lengkap untuk kerja-kerja penting seperti ini, ianya amat memalukan kita.  Kita telah lepaskan satu peluang bagi mengesahkan samada rakit itu ada kaitan atau tidak dengan tragedi ini.  Kita hanya boleh jawab, rakit itu terjatuh sewaktu ingin diambil dan kita tidak berusaha untuk mengambilnya kerana tiada kelengkapan.  Semudah itu?

Paling mengejutkan, Menteri Pertahanan mengesahkan rakit itu tiada kaitan dengan pesawat MH 370.  Bagaimana pengesahan ini dibuat sedangkan rakit itu gagal diperoehi oleh TLDM?  Adakah kenyataan yang mengelirukan ini boleh meyakinkan dunia bahawa kita serius di dalam usaha mengesan dan menyelamat pesawat ini? 

Aku juga semakin keliru dengan laporan yang dipetik dari Astro awani bahawa pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.  Ertinya, tidak mustahil itu adalah pesawat MH 370.  Amat teruk sekali radar kita tidak boleh kesan jenis pesawat yang berjaya dikesan.  Bagaimana mungkin kita boleh dikatakan bersedia untuk berperang sekiranya negara kita diancam seandainya radar kita berada di tahap ini?  Sebelum ini kita mendengar kenyataan pegawai kanan tentera yang sebut radar kita ada yang hebat di sesetengah kawasan, ada yang tidak elok di sesetengah kawasan.  Bagaimana boleh terjadi sedemikian?

Aku mulai terfikir apakah aset ketenteraan kita dipandang serius oleh kerajaan?  Jika tidak berlaku tragedi seperti sekarang, rakyat mungkin merasa senang hati kerana selalu dibuaikan dengan kehebatan dan kecanggihan aset pertahanan negara kita.  Malangnya, kita selalu bermimpi.
  

9 ulasan:

  1. kesian nelayan2 tu..dah diorang tolong..mcm tu plak alasannya...wahai pak menteri klu bodoh bodohlah kamu sampai bila2

    BalasPadam
  2. Tengok gambar dah tahu itu bukan rakit

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama13 Mac 2014 8:22 PG
    Tengok gambar dah tahu itu bukan rakit

    woi bahalul...!! itu rakit keselamatan kapalterbang lah.. yg dibuat dari getah.... apa? kau ingat rakit keselamatan kapalterbang dibuat dari buluh ke..?? amenda la kau ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan marah dia(Tanpa Nama13Mac 2014 8.22 PG) kerana dia berpandukan teori kurafat "BOMOH 1MALAYSIA".

      Mereka yang sedemikian lah yang di sukai oleh umNOngok kerana senang di "PERBODOH" kan. Agak agak berapa ramai orang ME-layu yang berfahaman demikian?

      Padam
  4. Pembetulan: Tu bukan pegawai TLDM lah. Itu pengarah APMM Dato' Amdan Kurish lah Admin

    BalasPadam
  5. MAAF, itu kenyataan pengarah MARITIM, bukan TLDM. Blogger mohon maaf atas kesilapan. Pengarah MARITIM itu adalah datuk mohd amdan. Terima kasih kpd yg menegur dan saya telah buat semakan semula.

    BalasPadam
  6. SELAMA NI UMGOK SUKA MENIPU DN MEMPERDAYAKAN RAKYAT YG MEMPUNYAI OTAK GRED ''F'' ....KOMUNITI ANTARABANGSA MEREKA X BOLEH

    BalasPadam
  7. Kes kehilangan MH370 akan berlarutan benamkan kes anuar ibrahim. Something is not right somewhere...never rule things out. Anything can happen in msia. Orang yg mengaku bunuh pun buleh bebas...msia...msia...

    BalasPadam
  8. Menteri2 masih ttdur lagi macam tak bersungguh2 nak selasaikan masalah ni,tu pasal kena balun cukup2

    BalasPadam