Khamis, 13 Mac 2014

RAMALAN KHIR TOYO BETUL, KAK WAN HARAPAN KAJANG

MANTAN MB Selangor, Khir Toyo meramalkan Kak Wan akan menang besar di PRK Dun Kajang.  Kata Khir Toyo, faktor sokongan terhadap Anwar tidak kira tokoh ini bertanding atau tidak, tetapi faktor ini boleh mempengaruhi undi untuk Kak Wan, di samping faktor undi golongan muda yang tidak berubah bersama PR, manakala pengundi berumur yang konsisten menyokong Bn mungkin ada yang telah meninggal dunia, sakit atau sebagainya.

Pada aku, faktor Anwar menyumbang sedikit tetapi faktor lebih besar adalah kehebatan Kak Wan sebagai wanita yang lembut keperibadiannya jauh berbeza dari Rosmah, tetapi memiliki kekuatan yang luar biasa iaitu mampu bersabar, tabah dan cekal dengan segala fitnah dan kezaliman yang dilakukan terhadap suaminya Anwar, itulah faktor utama yang akan menentukan kemenangan besar Kak Wan di Kajang nanti.

Kak Wan juga tidak punyai musuh samada di dalam partinya sendiri dan juga disenangi oleh rakan-rakan di dalam PR.  Kak Wan terlalu banyak berkorban untuk perjuangan rakyat.  Beliau rela lepaskan Kerusi Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada tokoh reformasi Anwar Ibrahim untuk bersuara lantang di Parlimen.  Beliau juga sanggup tidak mengekalkan jawatan Presiden PKR kerana ramai yang ingin melihat Anwar menerajui PKR kerana sebelum ini jawatan Ketua Umum hanyalah jawatan sementara buat beliau disebabkan tekanan kes mahkamah waktu itu.  Samada dengan keputusan mahkamah baru-baru ini memaksa Anwar terus dengan jawatan Ketua Umum atau tidak, yang nyata Kak Wan telah nyatakan bersedia untuk kosongkan Kerusi Presiden jika Anwar mahu bertanding jawatan tersebut.  Ertinya, Kak Wan bersedia berkorban untuk kepentingan parti.

Kali ini, Kak Wan diminta menggantikan tempat Anwar sebagai calon di Dun Kajang.  Tugasnya amat berat tambahan pula emosinya mungkin sedikit terganggu dengan kezaliman yang dilakukan terhadap suaminya, namun beliau tidak menolak amanah yang diberikan oleh pimpinan PR.  

Sehubungan itu, kita tiada pilihan lain.  Kak Wan wajib kita tabalkan sebagai Adun Kajang agar "Kajang Move" tidak terhenti di tengah jalan.  Merealisasikan hasrat ke Putrajaya bermula dari Kajang perlu dilaksanakan.  Kajang adalah isyarat bahawa rejim zalim wajib ditumbangkan.

4 ulasan:

  1. Kalau sy boleh mgundi di kajang sy sanggup terbang dri sabah ke s'gor..all the best DSWA rasakan tamparan wanita!

    BalasPadam
  2. Wanita yg sntiasa tabah & istiqamah pasti mndapat ganjaran yg besar di dunia & akhirat. Smoga DSWA peroleh ganjaran yg besar di PRK Kajang kelak.

    BalasPadam
  3. Bijak bijak...kerajaan BN tgh sibuk carik kapalterbang PR hantar bomoh kat klia bikin malu kjaan umno bn...tp yg malu seluruh rakyat Malaysia.

    Jelas strategi ni menjadi bila Wan Azizah guna modal ini utk hentam kjaan bn dlm kempen beliau...

    BalasPadam
  4. Kemungkinan besar BN akan tewas tetapi majoriti kemenangan mungkin menurun. Dua pilihanraya kecil yang lalu menunjukkan BN semakin lama semakin membina kekuatan.

    BalasPadam