Rabu, 23 April 2014

BIARKAN AZMIN DAN KHALID BERBALAH DI LUAR, KITA ANGKAT SAIFUDDIN

JIKA TS Khalid berjanji di Kuantan bahawa sekiranya beliau menang Kerusi Timbalan Presiden PKR, beliau akan pastikan di dalam PRU 14 akan datang tiada lagi masalah calon "payung terjun".  Ertikata lain, suara akar umbi akan didengar.  Maknanya, sedikit betul apa yang aku selalu sebut bahawa isu calon "payung terjun" ini lah yang menjatuhkan markah Azmin sekarang.

Jika TS Khalid berjanji sedemikian, sebenarnya itulah yang lebih awal dijanjikan oleh Saifuddin Nasution salah seorang calon yang menawarkan diri merebut Kerusi Timbalan Presiden.  Saifuddin teramat arif tentang isu calon "payung terjun" ini kerana beliau bertugas di Ibu Pejabat parti selaku Setiausaha Agung.  Terbukti, dua calon yang menjadi saingan Azmin sekarang mengaku bahawa isu calon "payung terjun" membuatkan ramai yang marah, berkecil hati bahkan ada yang keluar dari parti.

Prestasi TS Khalid selaku MB Selangor memang baik, lebih baik dari Khir Toyo tentunya.  Bagaimana pula dengan PKR di Selangor di era TS Khalid?  Kita masih ingat kisah seawal pentadbiran TS Khalid di Selangor, ada pejabat Cabang yang hampir disita kerana tidak membayar sewa pejabat.  Ada pejabat yang diputuskan bekalan api kerana tidak membayar bil.  Pelik, PKR di negeri kaya ini boleh berlaku sedemikian.  

Siapa boleh nafikan masih ada lagi kontraktor-kontraktor yang berjiwa Umno berlakun menyokong PR hanya kerana mahu kontrak di Selangor?  Lemahnya TS Khalid adalah bacaan politiknya, terutama strategi politik dari musuh iaitu Umno.  Beliau mula memasuki pejabat MB Selangor, kita dikejutkan dengan kisah kamera tersembunyi di dalam pejabat beliau.  Mungkin TS Khalid tidak kisah semua ini kerana baginya tidak perlu takut kepada kamera tersembunyi kerana beliau tidak lakukan apa-apa yang tidak betul di dalam pejabatnya.  Sehingga kini kes itu senyap.  Ertinya, tiada kepekaan langsung.  Bukan masalah beliau lakukan atau tidak perkara tidak baik di dalam pejabatnya, tetapi kita harus ingat bahawa sudah ada 'orang dalam' yang ingin sabotaj atau menjadi pengintip beliau.  TS Khalid mungkin tidak membaca semua ini.
 
Kita ingat lagi kisah JAIS serbu Gereja kononnya ada aktiviti memurtadkan orang Islam di Selangor.  Peliknya, MB Selangor tidak tahu ada serbuan dilakukan kecuali setelah ianya berlaku dan kecuh.  Exco pun tiada yang tahu peristiwa serbuan itu, sedangkan JAIS adalah di bawah pentadbiran Negeri Selangor.  Maka, peristiwa serbuan itu menjadi kontroversi yang hebat.  Bukan sekali, berlaku lagi di mana sekali lagi JAIS serbu gereja untuk merampas Kitab Bibble yang dikatakan terkandung Kalimah Allah.  Peliknya, kitab Bibble itu ada cop KDN yang meluluskan percetakannya.  Pedulikan tentang cop itu, tapi jelas JAIS sekali lagi membelakangkan MB Selangor dan Kerajaan Negeri.  Maka, kontroversi berlaku lagi.  Lemahnya TS Khalid berdepan dengan JAIS ini.
 
Isu pemecatan Azmin di dalam kemelut PKNS.  Pening sungguh memikirkannya.  Pihak PKNS kata dapat kebenaran TS Khalid, manakala TS Khalid kata beliau tidak tandatangan pun surat pecat Azmin.  Habis, mengapa dibiarkan saja jika sungguh beliau tidak pecat Azmin?  Mengapa bila kumpulan Azmin sudah kecuh baru TS Khalid bersuara dan meng'kambing hitam'kan beberapa pegawai di dalam PKNS?  Kemelut PKNS gagal ditangani oleh TS Khalid dengan bijak.  Sebab apa gagal, sebabnya beliau dan Azmin tidak pernah tidak 'berkelahi'.  Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan.
 
MOu berkaitan air di Selangor ternyata sesuatu yang memalukan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim.  Bayangkan TS Khalid mengadakan MOu dengan Kerajaan Pusat tanpa memaklumkan sedikit pun kepada Anwar sebelum beliau tandatangan MOu berkenaan.  Ini ditegur secara penuh hikmah oleh Anwar.  Sebelum ini pun banyak kali Anwar tegur TS Khalid di dalam konvensyen atau kongres parti.  Anwar ada menyatakan TS Khalid seorang yang setia mendengar tetapi lambat bertindak.  Anwar mahu kepentingan parti diseimbangkan dengan kepentingan negeri kerana parti lah yang mengangkat TS Khalid di Kerusi MB Selangor itu.  Jangan buat PKR di Selangor seperti peminta sedekah.
 
Mungkin ramai yang tidak setuju bila ada yang kata TS Khalid ini 'kedekut".  Tambah pula selepas beberapa negeri mengadakan jamuan makan di hotel bersama beliau sepanjang kempen pemilihan ini.  Jika kedekut, tidak merasa makan di hotel.  Aku tidak tahu pasal kedekut ini, cuma yang aku tahu Selangor di bawah TS Khalid umpama sebuah syarikat.  Satu sen di minta oleh parti, mesti mahu kertas kerja.  Aku tidak pasti samada jamuan di hotel ini pun telah buat kertas kerja terlebih dahulu.  Mungkin Faekah boleh jawab isu ini. 

Mudah saja.  Azmin dan TS Khalid memakan masa untuk berbaik samada salah seorang di antara mereka menang atau kalah.  Jadi, usah pening kepala maka kita pilih yang tidak bercakaran iaitu Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.  Biarkan Azmin dan TS Khalid berbalah di luar sana.

12 ulasan:

  1. kalau Khalid nak bukak citer pasal org PKR yg perangai macam UMNO ni, dah lama beliau boleh buat. Tapi sikit pun beliau tak bukak mulut....walaupun beliau dikritik hebat. Apakah kalau org lain jadi MB JAIS tak raid? Kalau wan azizah jadi MB, tak tau la........apapun sokong Saifudin jadi timbalann PKR...

    BalasPadam
  2. bergaduh bergaduh jugak TAPI rakyat jangan dilupakan. Pimpinan PKR bergaduh sebab nak tambahbaikkan kebajikan rakyat TAPI Amno baru bergaduh sebab nak pelekuh harta rakyat.....takpa...takpa bergaduhlah asalkan jangan bercangkul berparang sudahlaaa...

    BalasPadam
  3. Dah 15 tahun dalam PKR, aku tak pernah dengar cerita buruk atau personaliti buruk Saifudin..Mungkin inilah pilihan terbaik untuk memimpin semula perjuangan PKR.

    BalasPadam
  4. cantik,,cantik tul..
    yg satu kontrol total dgn calon payung terjun
    yg jd fokus kuasa kuasa kuasa,,KUASA HARTA!

    lagi cantik tahap gaban..
    yg nih konon2 jimat kedekut nak mampos utk rkyat..
    ttpi lancar kempen peribadi kat hotel berbintang2!

    kedua2 'mangkok' nih bukan main syok sebut pasal rakyat rakyat rakyat..RAKYAT!

    Dua2 depa nih AUTA sebijik mcm puak2 fakeh ug yg pasti bersekongkol dgn setan2 yg dah pon dikenali!
    Tunggu dan lihat sat jer lagi!!

    BalasPadam
  5. moga ribut dalam kole cepat reda in sya Allah amiin ,ABU !

    BalasPadam
  6. Terbaru....mb selangor peruntuk rm10juta utk alternatif pam air. Kena mintak permohonan adun2 PR selangor ke? Takut nanti org kata mb selangor membelakangkan parti....hahahaha

    BalasPadam
  7. rupa-rupanya puak-puak PKR ni berebut jawatan macam anjing jugak leee...aku ingatkan amno je yg buat kerja lagu tu. samalah kau orang ni, masa berceramah...rakyat...rakyat...rakyat, tapi bila tang jawatan...berebut dan saling memburukkan antara satu sama lain mcm anjing berebut bangkai kambing jugak. Silap parti lagi aku kali niii.

    BalasPadam
  8. Mmg betul musibat parti pro-peliwat ni..berebut tulang pun nk jugak kaitkan UmnoBN. Menyalak pun sikit punya kuat. Kikikik....

    BalasPadam
  9. Dua hari lepas, PDRM telah menyerbu sebuah banglo dan menyuraikan satu pesta seks, arak dan dadah melibatkan lebih 50 orang anak-anak muda Melayu. Pesta yang bermula dengan sambutan hari jadi kemudiannya bertukar menjadi pesta seks, arak dan dadah.

    Menariknya, golongan muda hari ini sangat menyokong Pakatan Rakyat yang menurut mereka akan membawa pembaharuan kepada negara.

    Apakah pembaharuan yang dimaksudkan itu adalah kebebasan berseksual secara terbuka atau penghapusan larangan tentang meminum arak dan mengambil dadah? Apakah kerana Pakatan Rakyat begitu menyanjungi dan membela para penjenayah sepertimana yang dilakukan oleh peguam-peguam PKR dan DAP, maka golongan muda yang cukup cenderung dengan kebebasan, beranggapan kerajaan sedia ada tidak cukup baik untuk mereka?

    Mujurlah ia berlaku di Pulau Pinang, negeri yang dikuasai sepenuhnya oleh DAP, sekaligus menyebabkan para pecacai Pakatan Rakyat kurang bernafsu untuk mengulas kejadian ini.

    Walaupun hampir keseluruhan anak muda yang terlibat itu adalah Melayu, nampaknya mereka tidak berminat untuk memperkatakannya kerana ia berlaku di Pulau Pinang, negeri Pakatan Rakyat.Yang pasti Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada golongan muda tersebut memandangkan golongan muda itulah merupakan sebahagian daripada mereka yang akan mengundi pada PRU14 nanti.

    Golongan muda tidak  mahu tindakan undang-undang dan tidak mahu dikenakan kekangan.UMNO-BN sentiasa menghalang, sedangkan Pakatan Rakyat sentiasa menyokong dan menggalakkan... jadi anda sendiri pun sudah dapat mengagak ke arah manakah sokongan anak-anak muda ini akan pergi!!!

    BalasPadam
  10. Anak2 muda yg kaki mabuk tu je yg sokong Umporno lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg mampus hisap dadah di konsert bkt Jalil haritu pun penyokong tegar proliwat..baca saja FB mrk ngutuk kjaan BN

      Padam
  11. TS Khalid bagus, Saifuddin pun bagus, namun aku tetap menyokong Azmin sebagai Timb. Presiden PKR.

    BalasPadam