Selasa, 22 April 2014

RAFIZI, TIAN CHUA, FUZIAH DAN NURUL IZZAH - KOMPOSISI MANTAP, EFISYEN DAN BERWIBAWA

RAFIZI, Tian Chua, Fuziah Salleh dan Nurul Izzah.  Cukup sesuai dan memenuhi citarasa, lelaki dan wanita dan paling utamanya kesemua mereka gandingan yang berusia sedikit dengan yang muda dan terbukti prestasi cemerlang mereka sebelum ini.  Inilah wajah yang kita harapkan dapat menduduki Kerusi Naib Presiden PKR.

Siapa boleh nafikan kecemerlangan Rafizi?  Hebat di dalam berhujah dengan fakta, rajin dan kreatif "create' isu yang boleh merimaskan rejim Umno/Bn.  Tiada musuh di dalam parti, merendah diri dan setia kepada parti.  Tian Chua tidak asing lagi dengan "branded" Reformasinya.  Namanya terukir semenjak era reformasi, tidak pernah punyai cita-cita tinggi hatta untuk menjadi YB sekalipun kerana beliau hanya fikirkan untuk jatuhkan rejim.  Siapa yang ada sejarah 'menggigit Polis" jika tidak Tian Chua hanya kerana melawan ketidakadilan.  Seorang yang merendah diri, dekat dengan kaum Melayu dan tahu banyak tentang adab, tatasusila kaum Melayu dan menghormati cara-cara kehidupan Umat Islam.

Rafizi Ramli - Anak muda yang hebat dan bijak
Tian Chua - Ramah dan mesra tapi 'keras kepala' dengan rejim
"Wanita Besi" Fuziah Salleh tidak asing lagi.  Lantang di Parlimen selama dua penggal.  Isu Lynas diangkat sehinggakan menjadi isu negara yang besar dan isu ini lah menjadi salah satu faktor kaum Cina khususnya tidak lagi mahu bersama Bn.  Konsisten di dalam perjuangannya tentang isu alam sekitar sehingga kini meskipun projek Lynas telah pun berjalan di Gebeng.  Tokoh yang ramah, cepat mesra tetapi tegas.  Banjir besar yang melanda Kuantan satu ujian bagi MP Kuantan ini, namun beliau berjaya tanganinya walaupun sentiasa ditekan oleh rejim.  Sehingga kini beliau masih turun ke akar umbi bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang masih ketinggalan di dalam mendapatkan hak mereka dari kerajaan.  Wanita ini sering dicemburui oleh Bung Mokhtar sehinggakan MP Kinabatangan tersebut terpaksa mereka fitnah terhadap Fuziah Salleh kononnya Fuziah tidak turun ke kawasannya menjenguk mangsa-mangsa banjir.


Fuziah Salleh - Cekal dan berani
Nurul Izzah - Kenali politik di era Reformasi lagi
Raja Nong Chik terpaksa tunduk kepada tokoh yang dulu digelar "Puteri Reformasi" iaitu Nurul Izzah.  Anak sulung Anwar Ibrahim ini bukan baru di dalam perjuangan.  Era reformasi tahun 1998, wanita muda ini telah bersama rakyat marhaen menentang rejim yang zalim.  Raja Nong Chik akhirnya akur di Lembah Pantai kepada tokoh muda ini di dalam PRU 13 yang lalu.  Sebelum itu, Shahrizat Jalil atau lebih dikenali sebagai "Kak Ijat lembu" Ketua Wanita Umno sekarang tertonggeng di tangan Nurul Izzah di Lembah Pantai.  Dua tokoh hebat Umno ini kecundang di tangan anak sulung Anwar Ibrahim.  Maka, wanita ini memang layak dan wajib berada di saf kepimpinan PKR.

Keempat-empat mereka wajar kita letakkan di Kerusi Naib Presiden, sejajar dengan usaha gigih mereka memperkasakan parti.  Bukan masalah orang baru, orang lama, tetapi fakta dan sejarah serta prestasi perlu diambil kira untuk memartabatkan mereka. 

1 ulasan:

  1. Rafizi Ramli yang seringkali dilabelkan sebagai jambu Anwar Ibrahim, sebenarnya tidaklah sebijak mana pun. Walaupun dia cuba menampilkan dirinya sebagai seorang yang bijak, hebat, berwibawa dan berkarisma, hakikatnya, dia hanyalah seorang bahan kumbahan yang disalut tepung dan digoreng untuk hidangan golongan yang tidak boleh berfikir.

    Seperti yang diketahui, Rafizi Ramli tidak dibenarkan memasuki Sabah. Selain Rafizi Ramli, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, turut dikenakan sekatan yang sama.

    Walaupun sebelum ini para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR cuba menimbulkan kekeliruan kononnya Sarawak dan Sabah tidak lagi menikmati autonominya di dalam Malaysia, hakikat yang berlaku ialah, mereka sebenarnya yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa autonomi itulah yang akhirnya menghalang mereka daripada memasuki Sabah atau Sarawak.

    Semalam (21 April), Rafizi Ramli dihalau keluar dari Sarawak. Dia hanya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, tetapi tidak dapat keluar dari lapangan terbang itu apabila Imigresen Sarawak menjadi penghalangnya buat kali kedua.

    BalasPadam