Jumaat, 4 April 2014

PEMILIHAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN- TIAN CHUA BOLEH BERI LALUAN PADA SAIFUDDIN

BEBERAPA tokoh telah tampil menghantar borang untuk bertanding merebut jawatan utama di dalam KEADILAN yang bakal berlangsung April hingga Mei ini.  Aku mahu fokus dulu kepada jawatan Timbalan Presiden dan fokus aku hanya kepada tokoh popular iaitu Azmin (Penyandang), TS Khalid (MB Selangor), Saifuddin Nasution dan Tian Chua,

Sekiranya kekal kesemua mereka ini bertanding sehingga hari pengundian, aku cukup optimis Azmin akan menang di dalam perebutan ini.  Bukan bermakna Azmin mempunyai sokongan kuat ahli di semua peringkat tetapi faktor pecah undi terutamanya undi kepada Saifuddin, Tian Chua dan TS Khalid.  Situasi ini menguntungkan Azmin dan tentunya beliau berharap pencalonan ini kekal.

Kepada yang mahu mengubah jawatan Timbalan Presiden kepada tokoh baru, tentunya mereka mahu salah seorang di antara Tian Chua mahu pun Saifuddin menarik diri.  TS Khalid, pada aku tiada kesan kepada undi Azmin.  Sokongan kepada MB Selangor ini hanya berkitar di Selangor sahaja itu pun tidak sampai separuh Cabang yang menyokong beliau.  Tetapi jangan lupa, bukan Cabang atau perwakilan yang mengundi.  Satu kepala, satu undi.  Siapa boleh jangkakan sesuatu yang berlaku dan TS Khalid boleh buktikannya?

Aku juga mahu Saifuddin dicuba untuk jawatan No.2 di dalam KEADILAN ini.  Pada pemilihan sebelum ini, aku adalah penyokong kuat Azmin dan berkempen gila babi untuk beliau yang waktu itu ditentang oleh Zaid Ibrahim.  Asas aku waktu itu, Azmin orang lama, setia dan komited kepada parti.  Itu saja.

Sekarang, aku tidak boleh guna asas yang sama kerana Saifuddin dan Tian Chua juga terbukti mempunyai prinsip yang sama, setia dan komited dengan parti.  Sedikit markah aku kurang buat Azmin hanya kerana aku lihat Azmin kadangkala terlalu banyak campur pengurusan dan pentadbiran parti di negeri-negeri terutamanya sewaktu pemilihan calon PRU 13 yang lalu.  Umumnya kita tahu, pemilihan calon Parlimen ditentukan mutlak oleh Pusat dan ini kita tidak kisah.  Tetapi apabila penentuan calon di Dun pun cuba dicampuri oleh Azmin sehinggakan berbalah sesama pimpinan dan Ketua-Ketua Cabang, aku mulai merasa Azmin cuba untuk tunjuk kuasa melebihi yang sepatutnya.

Walaupun apa yang aku katakan ini mungkin ditolak oleh para penyokong Azmin, namun percayalah bagi aku itu hanya sedikit kelemahan Azmin.  Dan, aku tidak menolaknya 100%.  Seandainya masih kekal pencalonan nama-nama seperti di atas, mungkin undi aku tetap pada Azmin kerana aku merasa sia-sia mengundi kepada tokoh lain sedangkan mereka tidak serius untuk mengelak dari perpecahan undi.  Cuma harapan aku, Azmin mampu mengubah sikapnya.

Jika ditanya pada aku, siapakah yang patut tarik diri?  Jawapan aku, aku harap Tian Chua sudi beri laluan pada Saifuddin.

31 ulasan:

  1. Only in PKR and DAP bila depa mengamalkan nepotisma...kronisma but dianggap sebagai demokrasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. We totally agree with that. And when they are caught doing things against the law or religion they will blame it on umno.

      Padam
  2. Jom beramai-ramai kita ke MALAM CINTA RASUL dan KARNIVAL RAKYAT DAERAH BALING yang akan diadakan pada 5 April 2014 (esok) di DATARAN MDB bersebelahan dengan KFC Baling dari jam 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.Antara penceramah jemputan termasuklah USTAZ FATHUL BARI.Mari bersama-sama kita menjalinkan ukhwah dan kecintaan sesama kita menerusi program-program yg disediakan.
    Jom sahabat2 ku dari kalangan PAS dan UMNO. Marilah kita rapatkan saf dan bena keukhwanan, bergandingan menentang ketaghutan kemungkaran kemaksiatan dan sifat yang dilaknati Allah swt. yg semakin menjadi sekarang ini. InsyaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. x buat konset ke sebelah malam cinta rasul ni,ada arak,anak muda peluk2,kena dadah sikit baru balance...x salah pada umno yg jadi dosa besar bila tentang umno haprak aja???

      Padam
  3. Dlm senario politik skrg bagus la kalau umno dan pas bergabung. Dah nmpk skrg bimbit2 persefahaman dan tolak ansur antara kedua pihak skrg ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pas x ingin nak peluk umno haprak lagi najis tu?

      Padam
  4. Bila masa pulak admin bloq ni jadi pro Umno ni.

    BalasPadam
  5. Muhasabahlah Anuar sementara umur masih ada. Tidak guna kita mengaku suci. Di dunia kita mungkin boleh menipu pengikut yang taksub dengan diri kita tetapi di mahkamah Allah anggota badan kita yang akan menjadi saksi mulut kita yang suka menipu itu akan dikunci. Jadi bertaubatlah sementara umur masih ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau x perlu nasihat anwar lah,check diri kau sendiri?hukum rimba dan batu mana yang kau pakai...aku ingat lebih baik dgn otak lembu kau tu naik klcc dan terjun dari atas tapi sebelum tu kau perintah rosmah tunggu kat bawah,mana lah tau kau jatuh atas dia x berkecai nanti?

      Padam
  6. Sbb anwar ingin kembali kpd hukum islam lah maka dia pilih hukum qazaf bila dia difitnah liwat. Masalahnya umporno halang dan mereka suka guna ckp sepol yg tak cuci dubur selama dua hari itu...hayat umpirno pd dubur sepol...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azizan. Sukma..Saiful..chinadoll.
      Video. .audio...dll
      Fitnah amende.mcm ni senang la.bila kantoi melalak kata fitnah

      Padam
    2. kalau dah lembu cari makan pada lanun2 melayu bangsat tu mana bolih fikir terima aja apa yang disumbat utk sara anak bini dgn duit haramjadah...kesian melayu ni bila bodoh dan papa salah kan bangsa lain utk dapat habuan hidup???

      Padam
  7. Dah terdesak tali dh jerut leher baru la nak pilih hukum islam. Masa syok tak ingat dunia akhirat. Manusia....manusia.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kata negara islam umno,buat malam cinta rasul lagi,najib siap duduk ratib dgn ketayap busuk atas kepala,apa lagi tunjuklah hukum islam itu shumul???jangan jadi wayang kulit bila tali dah jerat leher baru nak tunjuk aku pro islam bila roh altantuya dimana2???

      Padam
  8. Best la jadi PR ni. Asalkan bikin salah saja bilang itu fitnah umno...kui kui kui

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa guna polis raja dimalaysia dan suruhanjaya penipu rakyat malaysia ??makan gaji buta dan duit haram....siasat lah dan hukumlah sbb hakim dan mahkamah kangroo bolih jatuhkan hukum???

      Padam
  9. Derita Rakyat Baling tang mana entahlah... tapi yang pasti, walaupun berkali-kali PAS menguasai Parlimen Baling, tidak banyak program manfaat untuk rakyat kerana PAS sekadar tahu berceramah, bertazkirah, berkempen dan memberi tarbiyah semata-mata untuk mendapatkan undi dan pengaruh.

    Anwar Ibrahim ketika bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pernah menafikan hak untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Baling atas alasan sebarang pembangunan di Baling, tidak memberikan manfaat. Orang yang sama jugalah menafikan hak mendapatkan air bersih di Kelantan apabila menafikan dan menyekat bantuan Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan untuk mempertingkatkan mutu pengagihan air bersih. 

    Hanya pada tahun 1999, apabila Anwar Ibrahim sudah dimasukkan ke penjara, Nik Aziz menghadap Tun Dr. Mahathir dan peruntukan diluluskan serta-merta sebanyak RM600 juta untuk mempertingkatkan mutu pemberian air bersih kepada rakyat Kelantan.

    Sekarang orang yang sama, bercakap tentang DERITA RAKYAT BALING walhal semasa dia berkuasa dakhulu, dialah yang paling tegar menderitakan rakyat di seluruh Malaysia terutama sekali dalam usaha mendapatkan sokongan untuknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lembu bercakap dan menulis dari maklumat utusex dan tv123suku...jadi buat fitnah x abis2 tapi utk kau dapat upah utk sara anak dan bini kau dgn fitnah tu teruskan lah,sbb pd lembu mana ada dosa pahala???

      Padam
  10. Semakin hangat berita yang kedengaran dari Selangor. Khalid Ibrahim yang sedang mengalami tekanan luar biasa dari parti yang dianggotainya sendiri. Ketamakan selain politik yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan dirinya daripada hukuman penjara dan imej seorang pengamal homoseksual yang terpalit pada dirinya, telah menyebabkan dia perlu mengorbankan Khalid Ibrahim.

    Kekacauan politik di Selangor semakin terasa. Dan sudah tentulah para penyokong Pakatan Rakyat tidak akan mengakui perkara berkenaan kerana bagi mereka, semua ini diada-adakan oleh UMNO-BN semata-mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg umno x buat,arak pun telan,bunuh orang pun bolih,rasuah dah jadi cara cari makan..cukup susah hati bila tenguk selangor diurustadbir dgn baik dari zaman umno melayu bangsat macam kau buat ni...kesalahan anwar ialah lawan umno???apa orang umno lain malaikat ke??najib?zaid?hisham?musang?shafiee???dan satu reban bolih dinamakan???kenapa lepas bebas...sbb x lawan umno parti haprak melayu bangsat dan lanun2?????

      Padam
    2. Woiiii musibat.. !!!! Ko ingat Anuwar tu malaikat ke...????

      Padam
  11. HAHAHAHA....!!!!! CUBA BACA PECACAI PKR ATAS...BERGULING GULING MENYALAK MARAH. KAHKAH.....BILA DAH KENA MUKA SENDIRI BERTEMPIK MELOLONG SALAHKAN ORG LAIN....FITNAH KONONNNNN....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha....jangan jadi pencacai umno haprak dgn upah air kotak dantukang tepuk aja,,,,mesti jadi macam anak mahathir,najib,husin dollah dll bilion2 kau jangan jadi mat rempit kehulu kehilir jadi barua murahan melayu bangsat dan lanun2???..

      Padam
    2. Hihih. ...bwk bersabar. ..bertenang. berguling tgk pampers kamu dh cicir. ..kihkih

      Padam
    3. Udah le tu bro..kome nk bahan zombies ni berpada pada la. Ha ha ha

      Padam
  12. Kwakakakahh...dlm byk2 blog tak pernah aku tgk pencacai pkr marah meroyan mcm pecacai kat atas tu. Padan muko dio...sebijik kena btg idung dio.

    BalasPadam
  13. Pemfitnah dari puak spesis pencacai taik ingat dia boleh lepas sebab dia posting dalam Facebook memfitnah isteri PM mati verkecai..dan tiada sesiapa yang dapat mengesannya. Namun akhirnya dia terkantoi jua.

    Dan yang pastinya, dia menjadi orang pertama yang merasai 'KENIKMATAN' dan 'KEHANGATAN' Akta Pencegahan Jenayah yang baru dan keberkesanan CIRC PDRM.

    Tengah malam tadi, sepasukan pegawai dan anggota polis yang diketuai oleh Inspektor Mohd Hanis bin Abdul Wahab yang merupakan Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sentul, Kuala Lumpur bersama-sama sepasukan D9 IPK Perak dan IPD Perak Tengah telah membuat tangkap ke atas seorang suspek dan merampas telefon bimbit suspek serta peralatan komputer di alamat No.29, Jalan U18, Bandar Universiti, Seri Iskandar Perak berkaitan satu laporan polis yang telah dibuat di Sentul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pegi join ceramah Pkr pastu cuba ko baling batu 5 bijik. Semua batu tu musti kene tukang fitnah...ekekkek
      Jgn mare gue lawak je

      Padam
    2. pencacai umno hidup dgn fitnah utk sara hidup anak bini...yang pasti pencacai sampai mampos anak2lanun terus ketawa atas pencacai2 murahan cari makan ni sbb bodoh dan pemalas?????hahahaha!!!!

      Padam
  14. Cuba nak nenahan marah dan menyembunyikan perasaan was2 dgn ketawa.. ishk ishk ishk. ..kesiannnnn penjilat tegar 12.17 diatas

    BalasPadam