Khamis, 3 April 2014

USTAZ TUAN IBRAHIM MEMBELA ANWAR DAN SOKONG REFORMASI

MALAM tadi (02/4/14) bertempat di Cenderawasih, Kuantan, aku sempat menghadiri program Ceramah Anjuran PAS Indera Mahkota Kuantan sempena dengan kutipan dana Kompleks PAS Pahang.  Penceramah utama malam tadi adalah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Us Dato' Tuan Ibrahim sedang berucap
Seperti biasa di dalam ceramah beliau banyak pengisian tentang perjuangan Islam terutamanya di dalam kaedah berpolitik.  Tetapi apa yang menarik perhatian malam tadi, beliau turut menceritakan tentang kezaliman yang berlaku terhadap DS Anwar Ibrahim.  Kezaliman yang dilakukan oleh rejim itu tidak pernah putus dan tidak pelik katanya negara kita sering dilanda dengan berbagai masalah.  Mungkin peristiwa yang berlaku terhadap DS Anwar ada yang beranggapan tiada kena mengena dengan kesukaran dan bencana yang berlaku kepada negara sekarang, namun sebagai umat Islam kita harus melihat kepada apa yang Allah janjikan kepada pemerintah yang zalim.
 
Bersama Adun Beserah, YB Andansura dan Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
Sebab itulah aku sejak dulu sentiasa menyokong perjuangan Us Tuan Ibrahim Tuan Man, bukan kerana dia membela DS Anwar tetapi beliau amat sensitif dengan kezaliman yang berlaku terhadap sesiapa sekalipun.  Sewaktu beliau bertanding jawatan Naib Presiden PAS, ada rakan-rakan memberitahu aku mengapa aku mempromosikan sokongan kepada Us Tuan Ibrahim kerana beliau dianggap golongan Ulamak.  Bagi rakan aku itu, golongan Ulamak di dalam PAS lazimnya tidak begitu suka kepada DS Anwar.
 
Aku katakan pada mereka, golongan yang anti dengan Anwar di dalam PAS hanyalah kumpulan "UG" yang bagi aku hanya tinggal beberapa kerat sahaja.  Us Tuan Ibrahim bukan UG, bukan Anwarisme mahu pun kumpulan Erdogan di dalam PAS.  Pemikiran Us Tuan Ibrahim sama seperti Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang bijak menilai apa itu "Tahalluf Siyasi".  Menyokong perjuangan Anwar bukan bermakna menggadai prinsip dan dasar PAS kerana Anwar sepanjang mengetuai PR tidak pernah mengusik jauh sekali mengganggu gugat prinsip dan dasar PAS.  
 
Apa yang berbeza cuma pendekatan yang ingin dibawa oleh Anwar adakalanya tidak dipersetujui oleh PAS.  Itu lumrah di dalam PR dan tidak kesemua tindakan PAS juga digemari oleh Anwar mahupun pemimpin PR yang lain.  Namun kesemuanya ditangani dengan amat bijak sekali sehinggakan Umno/Bn seperti hilang punca untuk memisahkan PAS dan PKR, terutamanya Anwar.
 
Anwar perlukan PAS untuk memperkuatkan PR yang diterajuinya, begitu juga sebaliknya PAS perlukan Anwar untuk memperluaskan pengaruh PAS.  Di dalam ceramah Us Tuan Ibrahim malam tadi, ternyata komitmen beliau terhadap menentang kezaliman yang dilakukan oleh rejim terhadap Anwar yang telah dihukum 5 tahun penjara. Rakyat harus bangkit menentang kezaliman ini kerana jika dibiarkan kezaliman berleluasa, bukan yang berdosa sahaja yang akan menerima bala bencana Allah malahan seluruhnya akan merasai sama kerana kegagalan kita menentang kezaliman.

Difahamkan pada Program Reformasi 2.0 peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan pada 12 April 2014 (Sabtu) di Padang Kemunting, Kuantan nanti, Us Tuan Ibrahim akan hadir sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Reformasi.  Janganlah ada di antara kita sentiasa bersangka bahawa ini semua hanya untuk peribadi Anwar.  Anwar terlalu banyak berkorban untuk kita semua dan beliau kini telah bersedia untuk masuk ke kandang besi semula.  Namun, apakah kita hanya sekadar memerhati atau kita gembira dengan berita ini?


9 ulasan:

  1. hidup pr,jahanam umno!!!!

    BalasPadam
  2. Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor semakin ganas.

    PAS barangkali baru menyedari, pertandingan penuh penjuru dalam pemilihan PKR sebenarnya hanyalah untuk mengalihkan perhatian dan mengelirukan. Yang ditipu bukanlah rakyat Selangor semata-mata tetapi yang lebih penting adalah PAS Selangor.

    Mungkin kerana itulah ADUN Paya Jaras yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Selangor menyatakan bahawa PAS Selangor akan mencabar PKR sekiranya kedudukan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor tergugat dek politik PKR.

    Ini kali kedua, PAS berbunyi tentang jawatan Menteri Besar Selangor. Terakhir ialah apabila keputusan PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, ditentang oleh PAS Pusat memandangkan jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil daripada rundingan antara PKR, PAS dan DAP.

    Kita akan melihat sejauh manakah PAS mampu mempertahankan pendirian terbarunya ini atau PAS Selangor sekadar bercakap berani bagi meyakinkan ahli-ahli sendiri, walhal PAS Selangor sebenarnya tidak mempunyai sebarang keupayaan untuk menghalang PKR daripada berlagak seolah-olah mereka memiliki kerusi terbanyak dalam DUN Selangor.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum wmt, Kalau Pas Selangor berani lawan PKR dan DAP kira satu sejarah baru bagi parti jenama Islam itu.Ikutkan pendirian masa lampau, Pas tak akan berani.Tapi tak tau ler sejak Nik Aziz minta maaf kpd rakyat Kelantan ni timbul pulak satu sikap baru yg berani dan tegas dlm memperjuangkan Islam.

    BalasPadam
  4. Kalau PAS berani bangun menentang kemungkaran kepimpinan PKR dan kembali ke landasan perjuangan islam yg sebenarnya aku akan jadi org yg pertama tinggalkan umno dan masuk PAS. ..takbir...

    BalasPadam
  5. "Anwar terlalu banyak berkorban untuk kita semua dan beliau kini telah bersedia untuk masuk ke kandang besi semula.  Namun, apakah kita hanya sekadar memerhati atau kita gembira dengan berita ini?"

    Yes we are happy. Bro Anwar Ibrahim had done enough trouble to the country

    BalasPadam
  6. kahkahkah...waktu PAS bersendirian dulu pun, korang tetap sokong UMPORNO jugak....skrg nk jadi batu api? sebenarnya korang dh nmpak...baiknya PAS, PKR dan DAP buat Umno terkubur nanti....hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketawa berdekah bontot gelumang taik

      Padam