Jumaat, 11 April 2014

REFORMASI 2.0 DI KUANTAN (12/4/14) - HALANG DI KEMPADANG, RAKYAT BERKUMPUL DI BANDAR KUANTAN?

KUAT betul badi Anwar di Pahang.  Dulu, sebelum PRU 13 Anwar dijadualkan akan berceramah di Felda Lepar Hilir, Kuantan.  Maka, dikerah oleh pemimpin Umporno kepada pencacai felda berkubu di setiap pintu masuk felda.  Takut sangat rahsia pemimpin Umporno menipu warga felda dibongkar oleh Anwar.

Sebagai parti yang bertanggungjawab, kita mengalah dan mengadakan program di Padang Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Puluhan ribu yang hadir malam itu dan program berjalan aman damai tanpa salakan anjing-anjing yang lapar.  Sejurus selepas PRU 13, kita bercadang untuk anjurkan Himpunan Blackout di lokasi yang sama iaitu di Padang Mahkota Aman memandangkan sebelum ini program berjalan baik dan terkawal.  Sepatutnya atas alasan itu, pihak berkuasa tiada masalah untuk membenarkannya.  Malangnya, selagi ada parti bacul Umporno, selagi itulah program yang melibatkan Anwar tidak pernah berlangsung tanpa gangguan.  Peliknya pihak berkuasa tunduk kepada parti bacul lagi dayus berkenaan.  Maka, dihalang himpunan Blackout diadakan di kawasan itu.

Lokasi Baru


Rakyat mengalah, kita tergesa-gesa petang hari yang sama berpindah ke Pejabat PKR Negeri Pahang di Jalan Beserah, Kuantan untuk meneruskan program tersebut.  Ternyata, dianggarkan 40 Ribu memenuhi seluruh pelusuk dataran di Pejabat PKR Negeri.  Busuknya hati umpama bangkai, penganjur himpunan tetap didakwa di mahkamah walaupun mengadakan himpunan di perkarangan atau dataran pejabat parti sendiri.  Sehingga kini kes masih belum selesai.  Ertinya, program parti tidak boleh diadakan di kawasan parti sendiri.  Jika tidak bangsat, apa lagi mahu disebut?


Terkini, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan Program Reformasi 2.0 peringkat Negeri Pahang pada 12/4/2014 (Sabtu) ini jam 08.30 malam.  Program ini tentunya melibatkan Anwar kerana beliau adalah tokoh reformasi negara.  Kita mohon untuk diadakan di Padang Kemunting (MPK 4), Kuantan berdasarkan pengalaman lalu bahawa himpunan Hijau yang telah diadakan di padang tersebut dipenuhi lebih kurang 30 Ribu orang tetapi berjalan dengan amat tertib dan aman sekali.  Malangnya, secara tiba-tiba pihak berkenaan memaklumkan bahawa padang tersebut akan diubahsuai.  Sehari dua lepas itu, mereka longgokkan pasir merata-rata di tengah padang tersebut dan beberapa khemah telah didirikan kononnya untuk ubahsuai.  Maka, tiada kebenaran untuk mengadakan program di situ.

Kita mengalah lagi kerana kita bukan jenis rakyat yang suka kepada kekacauan.  Kita memilih lokasi yang pernah dibuktikan terbaik dan aman sepanjang sejarah program di situ iaitu di Padang Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Sekali lagi atas arahan bangsat yang penakut kepada Anwar, mereka melarang padang tersebut digunakan atas alasan penduduk di situ tidak bersetuju.  Sedangkan semua tahu Taman Mahkota Aman majoriti penduduknya hampir 80% adalah penyokong-penyokong PR.  Peti undi kawasan ini tidak pernah kalah di dalam beberapa PRU.  

Kita mengalah dan terus mengalah untuk menunjukkan bahawa program Reformasi 2.0 bukan menyasarkan huru-hara jauh sekali untuk merampas kuasa dari orang gila secara kekerasan.  Keputusan dibuat dengan rasa kesal iaitu lokasi Program Reformasi 2.0 akan tetap diteruskan di Taman Berjaya Permai, Kempadang - Sg Soi, Tanjung Lumpur, Kuantan pada tarikh yang sama.  Peliknya, sebelum itu pihak berkuasa secara tiba-tiba mencadangkan agar program tersebut diadakan di Pejabat PKR Negeri iaitu kawasan yang mereka sendiri bawa kes ke mahkamah.  Mengapa secara tiba-tiba boleh pula guna perkarangan Pejabat PKR Negeri?  Tidak lain tidak bukan hanya untuk menyusahkan kita dan membuli kita.

Namun, kita berpendirian tegas bahawa setelah kita bertolak ansur dengan mereka berkali-kali semenjak dulu lagi, kita harapkan kali ini pihak mereka pula bertolak ansur.  Maka, muktamadnya Program reformasi 2.0 tetap akan diadakan di Kempadang pada tarikh tersebut.  Apa akan jadi jika lokasi itu juga akan dihalang?  Teman-teman mencadangkan agar kita berpindah ke dalam bandar Kuantan sekiranya kita masih terus dibuli seperti ini.

Apa pun kita tetap yakin pihak berkuasa akan sedar dari igauan mereka bahawa mereka selama ini telah di'perkangkungkan' oleh orang-orang politik yang zalim itu.  Marilah hadir beramai-ramai ke Kempadang, Sg Soi, Kuantan pada 12/4/2014 (Sabtu) ini mulai jam 08.30 malam bagi membuktikan rakyat sudah naik bosan, jemu dan jijik dengan mainan politik sebangsat ini.


2 ulasan:

  1. Mmg kuat badinya. Dah mati nnt lg kuat. Semua yg idup nescaya mati.

    BalasPadam
  2. Asik bikin nya refomasi. Goblok manusia ini

    BalasPadam