Sabtu, 12 April 2014

SEMANGAT ANAK TOK GAJAH PENCETUS REFORMASI DI PAHANG MALAM INI !!

REFORMASI 2.0 kini berlabuh di Pahang.  Malam ini lokasinya adalah di Kempadang, Tanjung Lumpur, Kuantan (berhampiran Sek Keb Sg Soi) bermula jam 08.30 malam.  Tentunya tokoh reformasi, DS Anwar Ibrahim menjadi pemidato utama.

Ada suara-suara menyebut, program ini merupakan program untuk beberapa pimpinan berkempen bagi pemilihan di dalam PKR bulan April-Mei ini.  Betulkah?  Jika begitu malang sungguh Presiden sekarang, DS Wan Azizah yang akan dicabar oleh DS Anwar Ibrahim tidak boleh berkempen sepanjang program Reformasi ini.  

Lokasi Program Reformasi 2.0 di Kuantan malam ini

Mengapa awal pelancaran Reformasi 2.0 di Kajang sewaktu kempen saat-saat akhir PRK Kajang, di stadium Kajang boleh dikatakan semua pimpinan yang berlawan sesama mereka tampil di pentas?  Bukankah DS Wan Azizah juga muncul?  Bukankah Azmin Ali juga berucap?  Saifuddin, Tian Chua, Rafizi, Nurul Izzah, Samsul Iskandar dan beberapa yang lain turut tampil?  Mengapa ada dakwaan program Reformasi 2.0 ini dikatakan program kempen hanya kerana yang sering muncul di setiap negeri adalah Saifuddin dan Rafizi?

Apa yang aku faham, Saifuddin dan Rafizi seperti diarahkan untuk hadir di setiap program ini adalah kerana hanya mereka diberi amanah memantau dan mencari bukti dan fakta untuk menceritakan kejadian fitnah Liwat II terhadap DS Anwar dari awal perbicaraan kes itu lagi.  Hanya mereka yang banyak mengetahui fakta kes tersebut untuk diceritakan kepada rakyat sepanjang program berlangsung.  Aku juga menonton banyak video program Reformasi 2.0 yang telah diadakan di beberapa negeri sebelum ini, ternyata tiada ucapan dari mereka berdua yang memperlihatkan kempen.  Mereka hanya bercakap tentang konspirasi fitnah Liwat II sahaja.

Aku amat tidak setuju program rakyat ini dijadikan kempen peribadi atau kumpulan.  Setakat ini, alhamdulillah semuanya berjalan baik.  Sebab itu Chegu Bard juga turut tampil sedangkan Chegu Bard bukan tokoh yang bertanding, tetapi beliau adalah seorang reformis yang juga pemimpin NGO bernama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).  Tian Chua juga hadir kerana siapa tidak kenal beliau seorang reformis yang kental sejak tahun 1998 lagi.

Marilah beramai-ramai ke Padang Taman Berjaya Permai, Kempadang, Tg Lumpur, Kuantan malam ini.  Semangat Anak Tok Gajah pencetus Reformasi di Pahang!!

14 ulasan:

  1. Tak ada penaja. No commercial value...hampehh sokmo.

    BalasPadam
  2. Dah 14 tahun melalak menjerit reformasi..siap guling2 lagi. Takpi abuk pun tarak. Hang tgk siam indon mesir fillipin...tak sampai sebulan kjaan mrk tumbang.
    Reformasi taik kucing. Aku pun dah fedup.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 11:12
    Aku rase ko nu tak brape cerdik..eloklah ko blahh
    Gi join hok bodo2 nuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana ada 11.12...hok bodo biol mu ni

      Padam
    2. Tanpa Nama13 April 2014 11:01 PG

      Bodoh. Nombor pun xgheti baca.hehehe

      Padam
  4. Rupa2nya melayu yg report polis sbb terjaga dari tidur konon nya diganggu oleh tahrim dan azan subuh adalah AHLI PAS SEUMUR HIDUP.

    Sesapa yg tak tahu kes ini rajin2 la membaca.

    Apa nk jadi melayu skrg nie.

    BalasPadam
  5. KOTA BHARU 13 April - Kerajaan Pas Kelantan tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.Pendirian tegas itu dinyatakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang turut memberi gambaran jelas bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu.

    BalasPadam
  6. Macai amono boleh happy lagi skrang. Tapi yang tua dah makin tak ramai. Yang muda bertambah.. Pru14 ni tak boleh lari mana dahhh..

    BalasPadam
  7. Pru12 aku first time undi sokong Pakatan giler2. Dah makin matang ni baru aku nmpk PR ni byk bohong dan menipu. Yg muda akn matang dan akan beralih menyokong Barisan, ganti yg tua. Pas pula akan keluar Pakatan dan akn jadi BN friendly. Tinggal la PKR nak memperjuang Anwar dan golongan LGBT.

    BalasPadam
  8. Kehkehkeh...PKR Pari Kelentong Rakyat

    BalasPadam
  9. PKR dan DAP boleh tadbir negara tanpa umno dan pas. No problem. Org melayu boleh balik kmpg tanam jagung. Rakyat Malaysia bebas pilih agama tak kira apa bangsa. Keadilan utk semua tak mengira lesbian bisexual atau transsexual. They are also human like us. Kita perlu brother Anwar Ibrahim utk memimpin kita ke matlamat ini. PRU 14 itu kali lah.

    BalasPadam
  10. I setuju dgn TN 10.10ptg...YM Anwar is our only hope for transsexual marriage. The daughter YM Nurul is right to suggest free religion. YM Anwar will bring peace to the Christians. Hapuskan ketuanan melayu. Open relationship with Jews. YM Anwar will bring harmony to Malaysia and the world. ......

    BalasPadam