Rabu, 21 Mei 2014

DEMO DI HADAPAN PEJABAT PKR TROPICANA MALAM TADI TANDA AHLI SAYANG KEPADA PARTI

MALAM tadi dkhabarkan lebih kurang 200 orang berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana kerana ingin menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) yang dianggap mereka gagal menguruskan pemilihan di dalam parti dengan telus.  Mereka hadir dengan berbagai sepanduk yang mengecam beberapa tokoh tertentu yang dianggap mereka sebagai tali barut segala penipuan sepanjang pemilihan berlangsung.

Jika dilihat secara zahir, perbuatan berhimpun seperti ini dilihat tidak bijak untuk meningkatkan imej parti.  Tentunya orang akan kata mengapa tidak dibantah secara dalaman tanpa diperlihatkan terutamanya kepada media pencari berita longkang seperti Utusan meloya atau TV3 suku.  Modal besarlah mereka.  

Kita mesti ingat, pemilihan tahun 2010 dulu pun banyak aduan yang dilaporkan.  Adakah dapat diselesaikan dengan baik?  Berapa banyak yang disimpan di bawah karpet?  Aduan dilakukan secara resmi melalui prosedur yang ditetapkan juga.  Waktu itu tiada himpunan seperti malam tadi.  Oleh kerana pihak atasan melihat bantahan itu seperti tidak serius, mereka pun anggap tidak serius untuk memperbaikinya.

Oleh kerana itulah pemilihan kali ini berlaku lagi.  Kita jangan tuduh semua tempat berlaku penipuan tetapi kita tidak boleh nafikan ianya berlaku di beberapa tempat.  Yang menuduh juga kemukakan aduan mengikut prosedur.  Di dalam tempoh aduan disiasat, masih berlaku juga di tempat lain.  Ertinya, apa yang berubah dan di mana kepekaan JPP?  Mungkin atas sebab inilah segelintir yang mahu melihat JPP bangun segera dari lena untuk baiki proses pemilihan kali ini dengan serius, maka malam tadi mereka berhimpun di hadapan Ibu Pejabat.  

Tidak cantik dipandang tetapi apa lagi pilihan yang ada?  Tentunya cara malam tadi lebih baik dari cara mereka bertindak keluar dari parti hanya kerana pemilihan yang mereka anggap tidak adil.  Biar kita seperti berbalah waktu ini daripada kita memiliki pemimpin yang tidak amanah dan jujur.  Perlu ada pengorbanan sedikit sebanyak untuk memperbaiki parti.  Ada pendekatan lembut dan ada pendekatan dilihat agak kasar namun ianya semua untuk memperbaiki parti.  Salahkah begitu?

Malam tadi, DS Anwar yang ketika itu ada perjumpaan dengan JPP turun menemui sekumpulan yang berhimpun.  Agak tegas tetapi penuh hikmah, DS Anwar menyebut bahawa semua aduan wajib disiasat dan tiada siapa yang akan dilepaskan sekiranya terdapat bukti kukuh.  Beliau arahkan semua yang berhimpun bersurai kerana beliau bimbang peristiwa ini akan dimanipulasikan oleh media rejim yang sentiasa menunggu peluang.

Kesemua yang berhimpun akhirnya bersurai kerana menghormati tokoh utama mereka.  Semoga JPP lebih peka dan bertindak segera sebelum terlambat.  Jika ada aduan, ada bukti kukuh maka buatlah keputusan.  Jika tiada bukti kukuh, maklumkan secara terbuka agar semua mendapat maklumat di atas aduan mereka.  Tidak guna disimpan atau disorok lagi.

3 ulasan:

  1. Kah ! Kah ! Kah ! Kah ! Baiknya...kah ! Kah ! Kah ! Sayangnya...Kah ! Kah ! LKah !

    BalasPadam
  2. elok pecat semua anggota JPP dan gantikan dgn org lain. perkara mudah spt ini pun tak reti nak baiki.

    BalasPadam
  3. Tokoh utama. ...hihihihihihihih

    BalasPadam