Isnin, 19 Mei 2014

MENGAPA PERTIKAIKAN CALON DAP, DYANA ?

MENGAPA ada yang pertikaikan calon DAP, Dyana Sofya bertudung dan berbaju kurung sewaktu hadir di pentas PAS di dalam kempen PRK Parlimen Teluk Intan?  Adakah kerana selama ini kita lihat beliau tidak bertudung maka kita kutuk dan keji beliau bila bertudung?

Memang benar, sebagai orang Islam menutup aurat itu wajib.  Tidak kira di mana pun fahaman politiknya maka hukum asas menutup aurat ini tetap wajib apatah lagi orang itu orang besar dan pemimpin negara yang sentiasa menjadi perhatian, contoh kepada rakyat.  

Dyana Sofya adalah ahli DAP.  Namun beliau umat Islam dan tentunya beliau tidak boleh lepas dari hukum Islam di dalam bab aurat.  Ini perlu kita peringatkan kepada beliau bahkan sesiapa saja yang mengaku Islam.  Tetapi apabila beliau bertudung dan berbaju kurung atas apa niatnya sekalipun mengapa kita pertikaikan?  Patutnya kita memuji langkah permulaan itu dan doakan agar berterusan, bukannya mempertikaikan penampilannya itu.

Bimbing Dyana, bukan kutuk dan pertikaikan niatnya
Samada Dyana Sofya berniat untuk menjaga adab di pentas PAS atau apa pun niatnya, kita tidak ada hak pertikaikan nawaitu seseorang.  Sesiapa yang hampir dengan beliau mesti gunakan kesempatan ini untuk menasihatkan Dyana agar terus bertudung dan menjaga auratnya kerana itu adalah kewajipan umat Islam, bukannya memperlekehkannya.  Mudah-mudahan beliau diberi taufik dan hidayah untuk terus bertudung seterusnya menutup aurat dengan sempurna.

Apakah kita wajib undi calon Gerakan/Bn atas hujah Dyana tidak bertudung?  Soalan ini mudah untuk dijawab.  Pertamanya, Dyana tetap orang Melayu berugama Islam.  Beliau berada bersama PR iaitu satu gabungan yang menolak rasuah, kezaliman, fitnah dan penganiyaan ke atas rakyat.  Calon Gerakan pula berada di dalam Saf yang meneruskan rasuah, zalim dan terus menganiayai rakyat.  Terlalu banyak isu yang boleh kita sebut betapa Bn ini menyusahkan rakyat.  Di antara dua pilihan ini, pilihlah yang kurang mudharatnya, atau paling baik untuk rakyat.  Tiada pilihan lain, kecuali calon dari PR, iaitu Dyana.

15 ulasan:

  1. mesti mau ingat, jgn pertikaikan niat org yg bertudung & tak bertudung sekiranya ianya dari DAP/PKR/PAS. Tetapi kalaulah ianya dari UBN, kita wajib menghina dan mencercanya habis-habisan. ingat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba ko tanya mazhab korang yg hina ulama & manusia bernama Anwar b. Ibrahim.

      Padam
    2. kalau dari bn memang kena terus kutuk...dah masuk 57 tahun merdeka? umno masih tak dapat nak tarbiah ahli betinanya supaya tutup aurat,,,,oh lupa..lambang umno tu sendiri tak menutup aurat...apa taknya keris telanjang.....kah kah kah kah

      Padam
  2. Kalau saya pengundi di Teluk Intan pasti tak akan undi Dyana, walaupun sy sokong PR tetapi beliau terang terang menolak hukum hudud dilaksanakan, walaupun apa aje alasannya.. Satu lagi beliau mahu hak sama rata utk semua kaum walaupun perlembagaan memberi hak keistimewaan kpd bangsa melayu... Budak ni lah antaranya yg akan menghapuskan keistimewaan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa takut sangat dengan hak Bumiputera ni? sebab hak Bumuputera ni lah orang Melayu ditipu dan diperbodohkan oleh orang Melayu sendiri yang menjadi proksi penjajah. Begitulah jadinya kepada golongan feudal yg diperbodohkan oleh penjajah dimana kekayaan negara mereka yang kaut seperti mana yg UMNO/BN lakukan sekarang...... rakyat terus2an menderita.

      Padam
    2. woitt raman .....ko pun satu hal...budak tu takleh nak mengubah apa2 pun..jadi ko lebih rela undi bn laaaa.......tapi ko pun bukan boleh buat apa2 pun sebab ko bukan pengundi kat situ...kah kah kah ...

      Padam
    3. Dah dah la tu... Asyik asyik ngaku penyokong PR... Cari la modal lain rahman oiii...

      Padam
    4. Salam Mosabit & Burger, tu hak & pandangan aku kalau tak setuju tu kau punya pasal lah... Tlg hormatlah sikit pandangan org yg tak bersetuju ngan kau, beri lah komen yg berilmu..

      Padam
    5. Org Melayu bukan takut hilang hak bumiputra tu...
      Tp org Melayu takut bila terjd perkara tu, keamanan yg selama ni dikecapi, akan jd huru hara akibat pergaduhan dan pertumpahan darah antara Melayu dan Cina spt dulu...
      Mmg kita tak akan rasa, tp anak2 kita yg akan hadapinya...
      Mmg Melayu masa tu akan bersatu, tp bersatu utk berperang dlm negeri utk apa?
      Sedangkan skrg ni pun melayu dh huru hara sbb segelintir mulut durjana, tak tau ler apa jd kalau melayu tiada kuasa...
      Kalau betul2 sayang Melayu dan Islam, saranan saya, sokong lah Pas sahaja, tidak PKR, tidak Umno...
      Bantu Pas agar jd lebih berkuasa...
      lebih dr PKR dan Umno...
      Sejujurnya sy selalu pangkah Umno kerana Umno lebih besar dr PKR jauh sekali Pas.
      Mmg sy harap Pas akan jd lebih besar dan berkuasa suatu hari kelak sbb hanya Pas sahaja yg sy nampak masih pelihara dan sanjung institusi kesultanan melayu di Malaysia dan Islam. PKR... sorry ler... Parti rojak...

      Padam
  3. apa yang dia cakap mengenai hudud ...??? adakah sama dengan apa yang najib cakap (http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM) ???..... atau dengan apa yang mahathir cakap (http://www.youtube.com/watch?v=h0oDU4FkClE) ... mengapa bila dia cakap, kita marah ... bila najib cakap atau mahathir cakap kita gembira bertepuk tangan ...??? Mengapa ....???

    BalasPadam
  4. Kalau saya pengundi di Teluk Intan pasti akan undi Dyana, kerana dia wanita Melayu yang telah di beri peluang ke Parlimen ...walaupun berbeda pandang inshallah kesedaran akan datang kelak..selagi dia sujud kepada Allah s.w.t....akan ada hidayah kelak kita doakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya pengundi teluk intan saya pasti tidak akan mengundi BN sebab yang bertanding itu ialah parti gerakan yang di perbodohkan oleh UMNO. kasian cina dalam gerakan ini bodoh macam babi umno

      Padam
    2. Kalau ler saya pengundi dan penghuni Teluk Intan, tentu sy tackle dyana ni...
      Cantik orangnya...
      Mmmmm.....

      Padam
  5. Hahaha. ..masing2 ckp bergegar...selit dgn maki hamun...tak heran pun...mmg perangai sohih musibat korang. Maklum la berkiblatkan kepimpinan songsang...hahaha

    BalasPadam
  6. dlm prk teluk intan ni aku tetap akan pangkah dyana hehehe..!!! hampa suka ka tak suka ka hampa punya pasai!!!

    BalasPadam