Khamis, 19 Jun 2014

KITA MASIH BERHARAP UMNO SOKONG HUDUD DI WAKTU URA-URA MAHU LULUSKAN LESEN JUDI?

BARU-BARU ini, majalah Business Times In Malaysia melaporkan, pihak berkuasa meluluskan pelan pembangunan pusat kasino di Berjaya Resort, Berjaya Hills Pahang.  Ia dibangunkan oleh syarikat Berjaya Corperations milik Tan Sri Vincent Tan yang mempunyai pegangan terbesar dalam syarikat berkenaan.

Pusat kasino ini akan menjadi pusat perjudian kedua terbesar selepas pusat kasino di Genting Highlands yang dimiliki oleh Genting Berhad.  Ertinya apa?  Ertinya Umno bukan saja kononnya telah berubah jauh sekali bertambah baik, bahkan Umno tetap Umno, dulu, kini dan selamanya.

Apakah ini rupanya parti yang kononnya mahu bersama PAS Kelantan untuk merealisasikan hukum Hudud?  Ingin aku bertanya lagi, apakah PAS Kelantan masih mempunyai pandangan positif "Husnuz Zon" lagi terhadap Umno?  Mahukah PAS Kelantan mencuba untuk membawa Umno menyokong Hukum Hudud?  Jika PAS Kelantan masih yakin Umno akan sokong perjuangan PAS itu, aku hanya mampu berdoa lagi sekali.

Berbalik soal kasino.  Di mana suara Tok Peti yang lantang menyebut "Bughah' sebelum ini?  Di mana suara pejuang-pejuang JATI, PERKASA dan berbagai lagi suara yang selama ini menyebut DAP anti Melayu dan Islam?  Siapa yang luluskan lesen judi, dan siapa itu Vincent Tan?  Ada kaitan dengan DAP kah?

Rakyat terus lena lagi.  Satu demi satu didedahkan siapa Umno namun rakyat masih menanti BRIM.  Mungkin mereka berfikir tanpa duit judi, mana mungkin mereka boleh dapat BRIM sebab di mana kerajaan mahu dapat duit untuk berikan kepada mereka.  Kesihan Melayu, untungnya Vincent Tan!!


1 ulasan:

  1. Tuan

    Orang no.1 yang kita patut tanya ialah ahli parlimen temerloh, hassan tantawi.

    Aku rasa dia mesti ada alasan baru kelas toyota alphard untuk membela UMNO.

    BalasPadam