Selasa, 17 Jun 2014

RAKYAT KUANTAN LIHAT SENDIRI BETAPA EGONYA REJIM DI PARLIMEN


MANAKAH lagi jalan yang perlu kita pilih untuk suarakan bantahan atas sesuatu perkara? Apabila rakyat memilih untuk berdemo atau berhimpun, mereka tuduh rakyat "Bughah".  Apabila dibawa ke Parlimen pula untuk dibahaskan, Wakil Rakyat pula dibuang keluar Parlimen.  

Hari ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memerintahkan dua MP PKR, YB Fuziah Salleh (Kuantan) dan YB N. Surendran (Padang Serai) keluar dari Dewan Rakyat selepas cuba membangkitkan mengenai petisyen untuk membantah loji Lynas.  Di Parlimen siang tadi, sekumpulan penduduk sekitar Gebeng dan Kuantan hadir sendiri di Parlimen untuk menyaksikan samada benar kerajaan sentiasa mendengar rintihan rakyat.  Malangnya tidak berlaku sedemikian.

Walaupun Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba untuk merayu Speaker agar mendengar dahulu penjelasan yang ingin disampaikan oleh YB Fuziah Salleh namun Speaker yang semua kita tahu tiada keberanian langsung jauh sekali untuk menzahirkan keadilan tetap mengarahkan Ahli Parlimen Kuantan ini meninggalkan dewan.  Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang turut bangun membantah keputusan Speaker namun tidak langsung diendahkan.

Ini lah masalah negara kita.  Tiada jalan lain melainkan rejim yang zalim ini wajib kita tumbangkan.  Apabila suara rakyat tidak lagi bernilai kepada mereka walaupun di dalam keadaan mereka hanya ada sokongan 47% saja dari rakyat negara ini, bayangkan jika mereka mempunyai sokongan yang majoriti.  Itulah bunga-bunga kejatuhan rejim Umno/Bn.

2 ulasan:

  1. ..dan setiap PRU undi jugak UMNO...dulu dan selamanya...

    BalasPadam
  2. PRU13 dulu adalah masa keemasan bagi rakyat malaysia untuk memilih kerajaan selain BN....tetapi dipersia-siakan...sebab dapat gula 1kg...kain pelikat, beras dan duit kocek 50 inggit. Kamu memilih tikus untuk membaiki labu....berkecailah jawapannya. Kerajaan sekarang memerintah negara macam semua rakyatnya adalah BERUK....

    BalasPadam