Sabtu, 12 Julai 2014

ANWAR SEMAKIN HAMPIR KE PINTU PENJARA, SI BANGSAT TERUS BEREBUT DAN MENIPU

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai Ketua Timbalan Pendakwa Raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.

Pada 3 Mac lepas, Anwar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.
 
Di dalam keadaan kemelut pemilihan di dalam PKR, kemelut jawatan MB Selangor, tokoh reformasi ini semakin hampir menghampiri pagar besi.  Siapa yang peduli?  Semua asyik memikirkan jawatan dan kedudukan politik masing-masing.  Mana dia gerakan untuk menyelamatkan Anwar?  Mana dia kempen untuk menggerakkan rakyat untuk berhimpun di hari perbicaraan Anwar nanti?
 
Mungkin pada mereka Anwar tidak lagi penting.  Yang penting kedudukan dan jawatan yang mereka buru.  Anwar biarkan di dalam sangkar besi.  Amat bangsat dan celaka pemimpin yang berebut jawatan sehingga tergamak menipu dan sebagainya.  Lebih bangsat lagi mereka yang tahu berlaku penipuan, terdapat bukti, tetapi sengaja diamkan dan enggan bertindak.  Mereka ini pengkhianat kepada parti, khianat kepada Anwar dan perjuangannya.
 
Aku masih yakin, jika tiada tokoh di dalam parti yang sanggup gerakkan rakyat untuk membebaskan Anwar, kita masih ada NGO atau penyokong-penyokong bawahan yang tiada jawatan untuk meneruskan reformasi.

15 ulasan:

  1. Dah terlambat wan, nasi hampir terjadi bubur,,,yang menyukat beras tu sdra Anwar sendiri...dia yang menyerahkan kpd sdra Azmin untuk memasak nasi itu...Kalau jadi bubur pun ankara mereka berdua ni saja...Yang lain semua menjadi tukang makan dan ingin menyuapkan kemulut aje....Kaki kaki ahli perjuangan sebenar semuanya talah hancur jadi arang atau abu...dibakar oleh Anwar dan Azmin...Itulah perbandingan nya wahai cik wan...Maaflah bagi saya "damage have been done" by the PKR leadership itself"....sokongan rakyat kepada PKR mulai pudar...Itulah hakikatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat hang fikir UMNO itu baik sangat ka? Selama-lamanya mereka sudah penjaakan rakyatnya. Hidup rakyat dikawal dari mereka lahir. Tidak kah frasa bagitu? Kalau tidak maknanya kamu bukan saja bodoh tapi bodoh mcm lembu.

      Padam
    2. Hang la bodoh mcm lembu kaki pendik....ish ish azir BANGANG

      Padam
    3. Ko lagi bodoh. Menyokong yang batil dan zalim.

      Padam
  2. Setuju - Azmin bersama Zuraidah dan kuncu-kuncunya yang akan menghancurkan PKR.

    Mereka ini perlu disingkirkan dari PKR

    BalasPadam
  3. awak x dpt, tu psl merungut... awk pn sama juga wan.. pejuangan merebut utk penuhkan perut je

    BalasPadam
  4. PKR is doomed..falling apart. Members are money starving..scrambling for important posts. .back stabbing. .etc. Far more worst and damned compared to umno.

    BalasPadam
  5. PKR Pulun Kewangan Rakyat
    Kasi licin beb..kah kah kah

    BalasPadam
  6. apa tujuan PKR di tubuhkan, untuk selamatkan penipu kaki betina, kaki peliwat, pengkhianat Negara, itu pun tak Nampak, baca dan teliti kata kata kata penipu ini, penuh dengan angkuh, putar belit, gila kuasa, menjahanam kan ugama bangsa dan Negara...free sex itu apa hah, liberalism itu apa hah...murtad tu apa hah...inilah manusia yang merosakkan manusia islam..

    BalasPadam
  7. Anwar Ada aura, ada Karisma, ada Falsafah politik.. ada strategi politik ,tapi itu semua sebenarnya tak mecukupi syarat untuk jadi perdana menteri....Camana orang kanannya mempunyai lebih kuasa dalam segala galanya dalam Parti PKR....peringkat Parti takpe la..tapi kalau peringkat negara,,,Percayalah negara akan hancur...puak opportunis akan bermaharajalela....Zaman pemimpin menjadi tokoh, idola rakyat dan lambang penyatuan sudah berlalu pergi ..Nelson Mandela adalah pemimpin agong ,,, contoh fenomena pemimpin tokoh idola rakyat terakhir....Zaman sekarang ini amat mencabar,,kita memerlukan pemimpin yang bijak mentadbir dan bijak berfikir "sepuloh tapak kedepan" dan bijak menguruskan pelbagai isu yang hadir dalam zaman ini, a political economist probably most suitable...Anwar,a sociologist is not relevant anymore..Kita kena redha dengan fakta ini...Dan kita juga tidak inginkan apatah lagi melantik seorang opportunis menerajui negeri atau negara...

    BalasPadam
  8. Muak dengan cerita penukaran mb Selangor. Adakah Pkr fikir Selangor Kubu kuat mereka. Jangan sampai pengundi Selangor gelar dsai dan juak juaknya sebagai ' mat teori ' .

    BalasPadam
  9. Itula...dulu org suruh sokong TSKI jadi Timb. presiden ko tak nak. pergi sokong saifudin...takkan ko tak faham, dia org tu semua satu geng. berlakon jer gaduh2 dua org tu. kalau nak reformasi, reformasi betul2....duit rakyat bukan duit parti.....

    BalasPadam
  10. PKR not relevant anymore.

    BalasPadam