Rabu, 9 Julai 2014

PAS MASIH SOKONG TS KHALID KECUALI .....

ISU MB Selangor kini semakin panas dan kita hampir lupa tentang pemilihan pimpinan di dalam PKR yang sebelum ini juga panas.  Isu desakan agar TS Khalid meletakkan jawatan dari MB Selangor setidak-tidaknya melegakan JPP yang sebelum ini sentiasa menjadi bahan serangan beberapa kumpulan yang ternyata tidak berpuas hati dengan proses pemilihan di dalam PKR.

Apakah dengan hangatnya isu TS Khalid ini akan melupakan kita tentang beberapa kes kontroversi pemilihan PKR?  Adakah kes yang dilaporkan oleh Chegu Bard tentang duit yang dicampakkan oleh Malik Hussin yang kononnya adalah duit 'rasuah' itu bakal disenyapkan?  Kita harap tidak.  Isu rasuah jika ada berlaku di dalam pemilihan parti lebih besar dari isu pertukaran jawatan MB Selangor.  

Aku amat tertarik dan memuji sikap PAS Pusat khususnya yang begitu berhati-hati di dalam isu desakan pengunduran TS Khalid selaku MB Selangor.  PAS jelas tidak mahu terlibat di dalam konflik dalaman yang berlaku di dalam PKR, tetapi PAS mengambil sikap berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan pihak yang sejak dulu ingin menggantikan TS Khalid sebagai MB Selangor.  Baca kenyataan PAS di SINI.

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menyatakan sehingga kini PAS selesa dengan TS Khalid sebagai MB Selangor melainkan jika PKR berjaya meyakinkan PAS mengapa TS Khalid wajar diganti.  PAS tentunya tidak terikut dengan rentak Ketua AMK, Samsul Iskandar yang dilihat terlalu agresif menyerang TS Khalid.  PAS punyai prinsip iaitu pemimpin yang baik wajar dikekalkan kecuali PKR dapat buktikan sebaliknya.

Pendapat aku, kita harus terima formula Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim, iaitu sesiapa pun yang menjadi MB Selangor haruslah diterima dan mendapat sokongan dari rakan-rakan PR khususnya di Selangor.  Tidak perlu mana-mana tokoh lain buat kerja lebih atau mengada-ngada untuk memaksa TS Khalid meletakkan jawatan.  Secara peribadi, aku tidak kisah jika TS Khalid diganti cuma aku sedikit bimbang siapakah penggantinya?

Apakah pengganti TS Khalid nanti lebih baik atau sekurang-kurangnya sama kualiti kepimpinan dengan TS Khalid?  Bila kawan tanya aku apakah TS Khalid ini bagus sebagai MB Selangor?  Aku hanya boleh katakan TS Khalid teramat bagus sebagai pentadbir negeri, tetapi sebagai pemimpin politik di Selangor beliau ternyata 'zero'.  Aku tidak nampak lagi samada zahir mahu batin TS Khalid ini orang politik.

Apakah ini bermakna aku memilih Azmin?  Jawapannya, jika TS Khalid dilihat lemah sebagai orang politik, Azmin pula bagi aku terlalu 'politiking' sehingga melampau sempadan.  Kucar kacir di dalam menentukan calon PKR sewaktu PRU 13 yang lalu banyak disabitkan dengan politiking Azmin.  Jika TS Khalid ada kelemahan, begitu juga dengan Azmin Ali.  Jadi, siapa yang layak untuk berada di Kerusi MB Selangor jika TS Khalid tetap mahu diundurkan?

Andainya DS Wan Azizah ingin diletakkan sebagai MB Selangor, tercipta sejarah seorang wanita menjadi MB Selangor, aku lebih menerimanya berbanding Azmin.  Azmin perlu sedikit masa untuk mengubah dirinya sebelum diangkat untuk menjawat jawatan MB Selangor.  Jika Azmin mampu berubah dari sikap buruknya itu, tiada halangan untuk diterima sebagai MB Selangor.  

TS Khalid juga perlu belajar banyak lagi tentang politik.  Beliau perlu memahami bahawa PKR bukan syarikat korporat.  PKR bermula dengan kemiskinan dan apabila Selangor dipimpin oleh PKR maka mustahil secara lojiknya PKR mesti berterusan dalam kemiskinan untuk beroperasi.  Malangnya di Selangor ada Cabang yang miskin walaupun PKR menerajui Selangor sebuah negeri yang paling kaya di negara ini.  Mengapa terjadi demikian?  Itulah di antara faktor mengapa mereka mahu TS Khalid letak jawatan.

Aku tidak akan meraung dan meratap jika TS Khalid berundur, begitu juga aku tidak akan bertepuk tangan atau melompat suka jika Azmin menjadi MB Selangor.  Bagaimana jika PAS dipilih sebagai MB Selangor?  Tiada masalah kerana PAS bukan Umno.  Asalkan bukan Umno yang menjadi MB dikira sudah cukup dan patut kita bersyukur. 

2 ulasan:

  1. Calun MB dari PAS ... Mungkin itu formula yang lebih baik. Kita tak boleh lantik AA kerana ia akan memencilkan kumpulan TSKI dan ia juga seakan-akan membajai open rebellion dari kumpulan tersebut.

    DSWA pula dari awal adalah seorang figurehead politician. Beliau belum pernah diuju sebagai day-to-day administrator dan planner. Lagi pula, kedudukan DSAI dan Nurul di politik Selangor akan memberi peluru yang cukup besar untuk UMNO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peluru taik kucing lu. Mcm bagus je

      Padam