Jumaat, 22 Ogos 2014

KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR TIDAK BOLEH MENJADI SEBAB UNTUK MENDIAMKAN ADUAN

KEPUTUSAN Pemilihan di dalam KEADILAN telah diumumkan oleh parti semalam.  Kepimpinan yang telah dipilih adalah berdasarkan sistem "Satu Kepala Satu Undi" iaitu satu sistem yang rasanya terbaik dari kaedah demokrasi di negara ini.  Tiada parti yang berani melakukannya selain dari KEADILAN.

Namun, sistem yang baik akan tercemar jika perlaksanaannya tidak baik.  Perlaksanaan yang tidak mengikut semangat sistem itu sendiri boleh menghilangkan keyakinan kepada sistem yang baik ini.  Justeru itu, sepatutnya sebelum sistem ini diguna pakai KEADILAN seharusnya telah bersedia dari segala segi untuk melaksanakannya.  Pada pendapat aku, pemilihan kali ini belum begitu berjaya di dalam merealisasikan semangat sistem itu sendiri.  Buktinya, terlalu banyak kontroversi yang timbul bahkan berganda lebih dahsyat dari pemilihan sebelum ini.  Hinggakan kadangkala kita merasakan alangkah baiknya kita kembali kepada sistem yang lama yang terbukti tiada masalah seteruk kali ini.

Jika aku diberi peluang untuk memberikan 'markah' untuk pengendali pemilihan kali ini iaitu JPP, maka aku tidak perlu berfikir banyak kali untuk memberikan markah "GAGAL' buat JPP.  Adakah kesemua keputusan itu tidak adil?  Aku tidak anggap begitu dan aku tidak peduli sangat siapa yang menang atau tewas walaupun aku ada tokoh yang aku sokong, ada yang menang dan ada yang tewas.  Aku nyatakan JPP GAGAL bukan kerana tokoh yang aku sokong itu tewas, tetapi fakta di depan mata sudah cukup membuktikan begitu teruknya proses pemilihan berlangsung.

Terdapat aduan dan terdapat bukti yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu yang mendakwa berlaku penyelewengan dan penipuan di dalam pemilihan kali ini.  Semua dakwaan ini pernah berlaku juga di tahun 2010, cuma ketika itu tidak separah ini.  Aku tidak kata terbukti berlaku penipuan atau salah laku di dalam pemilihan kali ini walaupun bukti dikemukakan oleh pihak-pihak yang mengemukakan aduan.  Aku hanya akan terima dan mengakui samada memang berlaku penipuan atau tidak apabila JPP menyiasatnya secara telus dan memaklumkan secara terbuka hasil siasatan.

Sebagai contoh, jika ada yang mendakwa pegawai JPP telah disuapkan dengan wang, dan wang itu diberikan oleh si polan dan si polan yang menyokong si A.  Apakah kita boleh terus menuduh dan mendakwa si A merasuah?  Itu tidak adil.  Ada kemungkinan orang lain sogok wang kononnya untuk memenangkan si A, tetapi si A tidak pernah mengarah atau terlibat dengan perbuatan sogok itu.  Wajarkah si A dihukum?  Tidak wajar dan tentunya tidak adil.  Maka, aku rasa masalah besar yang dihadapi oleh JPP adalah untuk 'membuktikan' siapa yang sogok wang itu atau siapa yang arahkan sogokan dibuat?  

Memang mencabar tugas JPP ini.  Sebab itulah aku katakan jika kita rasa tidak cukup jentera atau kakitangan untuk mencuba sistem yang sedemikian rupa, maka wajar kita menilai kembali sistem ini.  Sistem ini boleh dilaksanakan jika kita cukup jentera dan anggota yang terlatih untuk melaksanakannya dan yang paling penting pihak yang mengendalikan itu mesti adil dan kelihatan adil.  Keberanian mesti ada untuk memberikan keadilan kepada semua.  Tidak guna mengadakan pemilihan berulangkali apabila dikritik tetapi kita masih takut untuk bertindak adil.

Amat malang tokoh yang sepatutnya menang tetapi tewas hasil dari kelemahan dan kecurangan sistem yang dikendalikan ini.  Diharapkan pemilihan kali ini tidak sama seperti tahun 2010 di mana segala aduan ada yang disimpan di bawah 'karpet'.  Aku setia menanti siasatan yang masih belum diumumkan dan aku harap tiada penipuan berlaku dan ini mesti dibuktikan serta diumumkan secara terbuka.

5 ulasan:

  1. Apa2 pun. ..mmg PKR tak boleh dpercayai. Penuh dgn fitnah tamak haloba nepotism chronism cantas mencantas penipuan dan rasuah sex skandal. Semua ada bukti sohih. Mengalahkan umnoBN.

    You name any shit...pkr has it.

    BalasPadam
  2. Satu sebab kita bosan dengan Anwar Ibrahim, adalah bahawa dia bukan sahaja merosakkan dirinya tetapi juga orang lain. Ketamakan dan cita-cita mereka sekeluarga menyebabkan parti politiknya hanya mengutamakan dirinya dan keluarganya sahaja.

    Lihatlah krisis Selangor, Anwar sanggup melawan Raja, membodohkan Presiden parti Islam dan menipu sesiapa sahaja asalkan isterinya menjadi Menteri Besar.Apabila ditanya kenapa dan mengapa, dia hanya mampu menjawab semuanya itu sebagai kempen memburuk-burukkan dirinya. Tetapi, apabila ditanya mengapa dia tidak mahu memberikan mahkamah sampel DNA untuk membuktikan dia tidak bersalah? Jawapannya - ia adalah satu kempen memburuk-burukkan. 

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU! DSAI sudah transform sebagai seorang yang sangat jahat. Tiada lagi perasaan ikhlas dan jujur. Dalam diri beliau sudah penuh dengan kejahatan - semua perkara kejahatan, dari seks songsang ke penipuan yang keterlaluan. Malahan boleh di kategorikan sebagai iblis.

      Semakin mendekati mati semakin jahat demi nak elak dari kena penjara di atas serakah yang dilakukan dan hendak sangat nak jadi perdana menteri Malaysia. Dengan duit songlap yang banyak, pergi lah beli sebuah pulau dan jadi lah PM atau Raja pun sesiapa tak boleh nak larang. Tapi di Malaysia rakyat Malaysia sudah MENGENALI kamu dan cukup lah.

      Mati lah politik kamu dengan parti kamu dan juga anjing-anjing suruhan kamu.

      Padam
  3. Semakin kuat korang kata Anwar jahat atau perosak, aku tengok semakin teruk Umno nk bdepan dengannya. Sebab apa? Sebab kekuatan Anwar adalah datangnya dari fitnah korang. Tanpa Fitnah, Anwar takkan popular....haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah....bila kena muka sendiri pandai la bilang fitnah dsb. Langsung Allah tutup akal fikiran dan mata hati utk berfikir secara waras disebabkan sifat takbur riak dan enggan muhasabah diri. Ini lah jadi nya.

      Padam