Sabtu, 23 Ogos 2014

ZURAIDAH, KETUA WANITA PKR - JADILAH SEORANG WANITA SEJATI

ZURAIDAH telah diumumkan menang sebagai Ketua Wanita PKR menewaskan Dr Rodziah dengan undi yang tipis.  Di dalam keadaan pemilihan yang begitu kelamkabut, Zuraidah tidak berjaya menjarakkan dirinya jauh dari pesaingnya.  Ertinya apa?  Ertinya Zuraidah kini mula mengalami kemorosotan sokongan dari kaum wanita di dalam PKR.

Mengapa Zuraidah selalu diperkatakan orang?  Tidak lain tidak bukan adalah kerana kelancangan mulutnya.  Beliau tidak mampu mengawal mulutnya dari menghentam tanpa batasan lawannya samada dari Umno bahkan rakan sendiri.  Aku juga tidak menyokong TSKI dan sentiasa mendedahkan tidak betulnya TSKI tetapi tidak lah sampai menghina setahap Zuraidah selalu perkatakan kepada bakal mantan MB Selangor itu.  Kutukan yang tidak sepatutnya datang dari seorang YB yang juga Ketua Wanita.  Bukankah wanita ini mempunyai sifat lemah lembut, sopan dan berbudi bahasa?  Tegurlah TSKI secara baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari ayat-ayat aku.

Terbaru di dalam ucapannya sewaktu perasmian Kongres Wanita PKR di Shah Alam, bukan main ego dan sombongnya Zuraidah.  Beliau sebut jika diadakan PRN Selangor, semua Kerusi Umno/Bn akan kita sapu bersih.  Ini bukan keyakinan, ini ego dan sombong yang tidak berpijak dibumi nyata.  Jangan terlalu meninggi diri.  Cermin dulu adakah anda dan PKR telah benar-benar bersedia untuk menghadapi PRN?

Sepatutnya di dalam ucapan itu beliau fokus kepada penyatuan ahli.  Berikan suntikan kepada ahli wanita PKR dan beri amaran kepada mereka bahawa PKR khususnya dan PR amnya berada di dalam situasi genting jika tiada penyatuan di dalam kemelut MB Selangor.  Itu fakta dan itu hakikat yang sebenar.  Mengapa perlu sedapkan hati sendiri dan menipu perwakilan?

Rakyat akhirnya bukan tidak mahu sokong PR tetapi akan merasa tercabar dengan keegoanmu itu.  Kangan kamu fikir kamu merasa selamat di Parlimen Ampang tetapi tidak langsung memikirkan kawasan-kawasan lain yang diwakili oleh rakan-rakan dari PKR, PAS dan DAP?  Jangan kerana mulut kamu maka mereka ditolak rakyat. Jika kamu seorang ditolak tidak mengapa sebab itu memang yang kamu cari.

Aku harap Zuraida boleh berubah sikap.  Jadilah Ketua Wanita yang berjiwa wanita.  Wanita boleh menyertai peperangan dengan semangat yang kuat dan berani, tetapi bukan bermakna maruah dan nilai wanita itu dilenyapkan.

20 ulasan:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kat semua orang kalau boleh. Secara tulus aku adalah seorang diantara yang lain memangkah Zuraida Kamaruddin ( 2 penggal pulak tu) mejadi wakil rakyat AMPANG , SELANGOR. Dah jadi wakil rakyat dua penggal , baru nampak dia punya truth colour . Ibarat macam filem arwah P Ramlee " Masam Masam Manis " Dialognya " Oooo inikah bini aku kah? Keluar rumah pakai baju tutup sana tutup sini ( SOPAN GILEER) , depan orang dedah sana dedah sini , terpekik lolong sana sini , ini bini aku kah ??/ Sebelum jadi wakilrakyat bukan main sopan santun siap janji bagai bagai , bila dah jadi wakil rakyat bukan main sombong nak jumpa face to face untuk mohon bantuan sombong bagai " I hav no time . Can u pls pass the note to my PA" Apa kah ini wakil rakyat yang aku pangkah selama dua penggal sombong dan angkuh bila bicara?? Zuraida Zuraida kenapa lah bodohnya aku memangkah engkau untuk menjadi wakil rakyat AMPANG SELANGOR????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aji....ini la scenario yg rakyat marhain spt kita hadapi. Adun PKR dan puak2 mrk sudah tak sedar diri. Rasuah kronisma cantas mencantas like nobody's business. Langsung tak tau malu mengikis hasil rakyat dan negeri.

      Umno BN ambil masa puluhan tahun utk hilang popularity. Tp tgk la nnt...pkr akan lenyap dan terpasak keperut bumi dlm masa bbrp tahun saja lagi.

      Padam
  2. Sapa tak kenal mak Lampir Ampang??? Ibu kpd kronisma rejim haram PKR. Brp byk kontrektor hampir bungkus sbb kerenah ketua betina PKr ni???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belanja KFC dan beri sedikit wang, aku dpt beli undi wanita! Tak caya ......? Tanyalah wanita PJS!

      Padam
  3. Zuraidah menang? Tapi tak heran ponn.tgk aja la majoriti ahli PKR tu.bodoh2 belake.
    Bole pulk siZuraida dipilih banding dgn dr Rodziah yg lbih karisma dan kpimpinan.

    BalasPadam
  4. Mak Lampir adalah bekas penjual buah di tepi jalan. Otak dan pemikirannya tidak begitu besar walaupun dia sekarang ini adalah Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR!

    BalasPadam
  5. YANG MEMANGKAHNYA MEMANG TOOOOLLLLL

    MACAMANALA KORANG BOLEH PANGKAH, AKU TENGOK MUKA PUN DAH TAU MANUSIA JENIS APA

    BalasPadam
  6. Spesis PKR ni kalau letak berok maknyah calon dlm PRU pun dia org akan pangkah. Spesis samdol ada otak tak bole pikir.

    BalasPadam
  7. Petikan dari Malaysian Insider:

    Baru sahaja memenangi kerusi Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berdepan saat getir apabila 14 daripada 16 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya di penghujung Kongres Tahunan sayap parti itu hari ini.

    Ini lah realiti PKR. Parti kencing rakyat. Parti tunggang langgang keluarga 69.

    Menyesal aku undi musibat2 Pkr dgn PR.

    Mereka tidak puas hati kerana Nik Nazmi akhirnya memegang jawatan itu selepas mengalahkan Amiruddin Shari and Mohd Nazree Yunus dalam pemilihan parti sedangkan keputusan undi tidak rasmi sebelum ini mengatakan Amiruddin menang dengan majoriti tipis.

    BalasPadam
  8. Seperti biasa, PKR apabila sudah terdesak, akan mula menggunakan Kaji Selidik Merdeka Centre sebagai rujukan dan penguat hujah mereka.

    Dalam Kaji Selidik Merdeka Centre, dikhabarkan Wan Azizah mendapat sokongan utama untuk menjadi Menteri Besar Selangor berbanding Azmin Ali. Tetapi jumlah sokongan daripada 808 orang yang ditemubual, hanya 25% sahaja memilih Wan Azizah.

    Majoriti, 32% menyampah gila dengan perangai takbur, tamak dan haloba para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR.

    BalasPadam
  9. Susah untuk tidak bersetuju dgn saudara.

    BalasPadam
  10. ya ampun, kenapalah ada blog yang muak dengan zuraida ni. susahnya nak cari blog cenggini. serupa dengan muak aku...yesss...

    BalasPadam
  11. Rakyat sgor dah byk muak dan MENYAMPAH dgn PKR. PI MAMPOSS LA PKR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bkn slgor je. Kami di johor pun meluat tgk klurga 69 ni. Termasuk la segala penjilat tegar mika.

      Padam
  12. TERBARU....!!!

    13 adun dari pas enggan menandatangani surat sokongan utk WAN AZIZAH menjadi MB SELANGOR. Pas u turn lagi.

    Allah swt telah memakbulkan doa rakyat selangor....dilindungi agar tidak di kencing oleh siKETUM suami isteri anak beranak.

    BalasPadam
  13. 13 Adun tak mahu sain takpe. Azizah dah ada 30 yg sokong. Jika Adun PAS 13 org campor Adun Umno 12 orang dan TSKI (bebas ) 1 orang jumlah mereka hnya 26 orang saja. Ertinya Azizah masih majoriti. Apa masalah? Itu pun kalau PAS teringin nak join Umno. hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk sgt siketum laki bini ank beranak jd mb berkuasa di selangor kontrol rm3billion ya. Pastu nk jugak kaitkan umno.
      U r really a damned bastard

      Padam
  14. Salam,

    Khutbah Jumaat Kg Batu -

    Ada kekangan di dalam Islam terhadap Wanita untuk menjadi Pemimpin, bilamana Wanita tersebut kematian suaminya.

    Maka wanita tersebut kena BERKABUNG SELAMA 100 hari.. Jadi macam mana nak uruskan tugas sebagai Pemimpin.

    Jadi Ingatlah, Kesilapan Besar apabila memilih Wanita sebagai pemimpin kerana berbagai halangan dan tohmahan yg akan ujud nanti.

    Jadi Jelasnya Kenapa Majlis Syura', TGHHA, TGNA, TGHD memolak sama sekali untuk Wanita Memegang Jawatan Tertinggi... spt Menteri Besar.

    Akan tetapi sebagai Wakil Rakyat, dibolehkan pulak, mungkin disebabkan berlainan tanggungjawab, masa dan jenis kerja.

    BalasPadam
  15. Berkabung 100 hari kena duduk dlm gua ke? Tak payah buat apa walaupun tanggung jawab terhadap dunia & akhirat? Kau ingat islam ni ugama hindu ke? Mustahil islam ugama yg direstui oleh Allah SWT menindas wanita.

    BalasPadam