Selasa, 16 September 2014

PAS BAKAL RAMPAS PENGKALAN KUBUR

UMNO mungkin merasa bertuah kononnya hubungan PAS dan PKR dilihat renggang berikutan krisis MB Selangor dan parti perkauman tersebut merasa amat yakin bahawa mereka boleh menang mudah di PRK Pengkalan Kubur.  Jika itu anggapan mereka, ternyata satu kesilapan besar kerana bagi PAS dan PKR, krisis di Selangor bukan boleh diselesaikan di Pengkalan Kubur dan ianya tiada kaitan langsung.
 

Apakah jika Bn (Na'Uzubillah) menang di Pengkalan maka isu Selangor selesai?  Atau InsyaAllah, jika PAS yang mewakili PR menang di Dun Pengkalan Kubur maka selesai juga isu MB di Selangor?  Tiada kaitan langsung bahkan Pengkalan Kubur tetap menjadi sasaran PR untuk kuburkan Umno.  Kehilangan beberapa Kerusi PAS di Kelantan sewaktu PRU 13 yang lalu sebenarnya menaikkan semangat Parti Islam ini untuk terus bangkit membalas dendam.  
 

PKR telah mencuba nasib di dalam dua PRU sebelum ini dan ternyata tiada rezeki dan nasib PKR di kawasan ini.  Strategi yang tepat bila PKR memberikan laluan mudah kepada PAS pula untuk mencuba nasibnya kali ini.  Ada yang berkata penyerahan Kerusi Pengkalan Kubur kepada PAS adalah kerana PKR tahu mereka akan tewas dan mereka ingin mengambil hati PAS di dalam isu Selangor.  Di dalam hal ini aku hanya bersetuju sememangnya PKR berpeluang besar untuk tewas jika PKR yang bertanding kerana kita boleh lihat analisa dua keputusan sebelum ini.  Namun, untuk menyatakan PKR ingin mengambil hati PAS itu amat silap.  
 
 

PKR sedar bahawa sesiapa pun calon yang bertanding mewakili PR di Pengkalan Kubur tidak akan membantu menyelesaikan isu di Selangor.  Bukan asing PKR buat keputusan seperti itu berdasarkan situasi dan strategi semasa mengikut kebijaksanaan pimpinan kita.  Contoh, di Parlimen Temerloh, Pahang PKR pernah dua kali tewas di situ.  Tiada rezeki buat PKR, maka PR mencuba nasib dengan memberi peluang kepada PAS pula bertanding.  Alhamdulillah, PAS berjaya di Parlimen Temerloh melalui Ustaz Nasruddin Tantawi.  Adalah menjadi tugas dan tangungjawab besar buat MP Temerloh itu untuk menentukan sokongan berbagai kaum di situ tidak lari di dalam PRU 14 akan datang.  Banyak kawasan lain yang boleh dijadikan contoh betapa strategi pembahagian Kerusi ini sentiasa berubah.

Oleh yang demikian, keputusan bijak pimpinan PKR memberi peluang kepada PAS untuk bertanding di kawasan itu sebenarnya amat membimbangkan Umno.  Adakah Umno juga punyai strategi tertentu untuk hadapi PAS kali ini?  Isu awal yang cuba dimainkan oleh Umno adalah seperti yang disebut oleh Tok Pa bahawa PAS tidak boleh jadikan isu royalti sebagai modal berkempen kerana Kerajaan Pusat telah menggantikannya dengan wang ehsan melalui JPP kepada Kelantan.  Soalnya, Kelantan bukan menuntut wang ehsan tetapi royalti minyak yang dijanjikan.  Apatah lagi wang ehsan itu diserah kepada JPP yang bukannya jabatan dari Kerajaan Negeri Kelantan.  Sama seperti serah wang ehsan kepada Umno juga.

Ketua Pemuda Umno, KJ pula yakin golongan muda akan menyokong Bn kerana hanya Bn saja boleh selesaikan kehendak golongan muda.  Cuba tanya golongan muda di negeri-negeri di bawah Bn sekarang apakah semua masalah mereka telah selesai sekarang?  Bagaimana dengan masalah pengangguran dan masalah sosial golongan ini?  Bagaimana dengan hutang PTPTPN mereka?  Memang benar, jika PAS menang di PRK Pengkalan Kubur pun masalah hutang PTPTPN mereka tidak akan selesai kerana ini masalah Kerajaan Pusat, tetapi sekurang-kurangnya anak-anak muda boleh menunjukkan protes mereka bahawa mereka menolak Umno/Bn kerana parti ini tidak mampu untuk membela nasib mereka walaupun telah berkuasa di Pusat dengan sokongan 47% undi popular.

Anak muda di perantauan harus kembali ke Pengkalan Kubur untuk membuktikan kepada Umno/Bn bahawa kemelut di Selangor sedikit pun tidak melemahkan semangat kita untuk nyahkan Umno khususnya di Kelantan.  Kemenangan PAS di Pengkalan Kubur nanti adalah kemenangan PR iaitu PKR dan DAP juga dan kekalahan buat Umno/Bn.  

Walaupun aku banyak tidak sependapat dengan PAS di dalam isu MB Selangor, tetapi aku lebih yakin PAS lebih baik dari Umno.  Maka aku akan cuba sedaya upaya berkempen setakat termampu agar PAS berjaya kali ini untuk kuburkan Umno di kubur yang mereka telah gali, InsyaAllah.
Pemuda Umno yakin seramai 45% pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus memilih Barisan Nasional pada PRK itu, 25 September ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana pengundi muda itu mengetahui dengan jelas apa yang telah dilakukan BN pada masa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menjadi wakil rakyat DUN itu sejak tiga penggal lalu.
"Alhamdulillah saya lihat semua pengundi muda ini mengenali calon BN, (Mat Razi Mat Ail) yang mampu membawa kesinambungan Allahyarham dan mengambil berat masalah mereka.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairy-yakin-45-pengundi-muda-tidak-akan-tolak-barisan#sthash.9eSDvFT7.dpuf
Pemuda Umno yakin seramai 45% pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus memilih Barisan Nasional pada PRK itu, 25 September ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana pengundi muda itu mengetahui dengan jelas apa yang telah dilakukan BN pada masa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menjadi wakil rakyat DUN itu sejak tiga penggal lalu.
"Alhamdulillah saya lihat semua pengundi muda ini mengenali calon BN, (Mat Razi Mat Ail) yang mampu membawa kesinambungan Allahyarham dan mengambil berat masalah mereka.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairy-yakin-45-pengundi-muda-tidak-akan-tolak-barisan#sthash.9eSDvFT7.dpuf

21 ulasan:

  1. ini baru pejuang sejati...tidak membawa emosi peribadi dlm perjuangan...tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takebeer, takebeer, takebeer....kahkahkahkah

      Padam
  2. Temberang PAS? Kalau perbalahan rakyat biasa, kembali kembali rujuk Quran dan hadit.

    Tetapi kalau perbalahan dalaman PAS, beri kuasa executive, legislative dan veto kpd Hadi utk buat keputusan . Penyokong tetap ikut kerana dia peminpin

    BalasPadam
  3. Jangan bimbang,Pas akan menang dengan majoriti besar hasil laluan mudah dan bantuan dari BN,Ini adalah taktik Umno supaya Pas menang dan dengan itu Pas akan bertindak memperlekhkan DAP dan PKR.Pas akan merasakan mereka tidak perlu lagi sokongan atau bantuan dari PKR dan DAP.tunggu tak percaya.dan PR akan berantakan lagi.masalaah akan merumitkan lagi.sikap Pas akan tetap denagn UG

    BalasPadam
  4. Jangan menulis semata-mata nak menyedapkan hati sendiri,..hakikatnya berbeza !

    Pas tengah hebat berkrisis dengan PKR, DAP !
    Pas jugak tengah berkecamuk bergaduh sesama sendiri.

    Kalah !! Pas pasti kalah di pengkalan kubur nanti.

    BalasPadam
  5. Walau pun aku ahli PAS tapi aku cukup yakin yang UMNO/BN akan mempertahankan kerusi Pengkalan Kubur.....!

    BalasPadam
  6. sekat pengundi dari Thai ,Pas akan menang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knp...pengundi hantu?? Korang ni kalau tak menipu dan memfitnah gatal satu badan agaknya.

      Padam
  7. sethju artikel menyedapkan hati''kita smua matang la politkk.bukan. ckp.besar....cuma betapa.gelihati xleh cakap..

    kalu betul.pejuang islee..bubar pkr masuk pas la''

    BalasPadam
  8. SiKetum menipu lagi. Kena warning dgn Sultan sgor.

    BalasPadam
  9. YANG BAIKNYA DI KALA KEMELUT MB SELANGOR, BUMI SELANGOR TERUS DILIMPAHI HUJAN DAN TIADA CATUAN AIR, INI MENUNJUKKAN PAKATAN HARAM JAHANAM PIMPINAN DAP INI MEMANG JAUH DARI RAHMAT ALLAH, APABILA JALINAN HUBUNGA SONGSANG MEREKA MAKIN TERLERAI MAKA RAHMAT ALLAH BUAT BUMI SELANGOR DAN MALAYSIA AMNYA SEMAKIN BERTAMBAH, SYUKURLAH KAMI RAKYAT SELANGOR. MOGA2 PAKATAN HARAM JADAH INI AKAN LENYAP SELAMANYA DARI MUKA BUMI BERSAMA MATINYA SEORANG SINGH YANG TELAH TENGGELAM..DALAM DOSA MENGHINA AGAMA ALLAH YANG MAHA SUCI...

    BalasPadam
  10. betul tu kapal bg syarat hukum hudud langkah mayat dia dulu..means tersirat dah mati baru korang xkan dpt twntangan dia..

    apalagi pkr dan pas yg alim2 waraq konon... u all dah xde kapal menghalang dah..aku ada kwn yg mwnci amat bn/umno (bhujah je)..lately dia antar menda2 tru what ap..messge dia ..yg tersirat 'dia kini sokong bn..' sapa sangka cmpedak jd nangka..'

    BalasPadam
  11. Setelah sekian lama menunggu tindakan undang-undang diambil ke atas penghasut, pencetus rusuhan dan subversif, akhirnya hari ini, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Adam Adli, pelajar UPSI keciciran yang perasan mahu menjadi pejuang SOSIALIS. 

    Hasutan demi hasutan yang dibuat, selain kekacauan demi kekacauan yang dilakukan, kononnya atas nama keadilan, walaupun sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan gelombang bagi membolehkan Anwar Ibrahim aka Ketum menjadi Perdana Menteri, akhirnya memakan diri. 

    Mungkin 12 bulan terlalu sedikit buat Adam Adli. Orang sepertinya perlu dikenakan hukuman penjara lebih dari 12 bulan.

    BalasPadam
  12. Setelah begitu lama PAS di liwat oleh Anwar dan DAPig..! baru sedar keperitannya..! Jangan munafik..! Berani kerana benar..! tak payah masuk UMNO atau menyokong Barisan Nasional..! cukup dengan membawa PAS keluar dari pakatan haprak bukti bahawa kamu menolak kemungkaran dan mendokong kebenaran..!

    BalasPadam
  13. Wan Azizah meraung bila nama tiada dlm senarai perlantikan MB Sgor. D'Ketum pula menepuk dahi. Misss soruuuu

    BalasPadam
  14. Setuju! !!! UMNO mmg kejam!!

    Adam Adil dipenjara 12 bulan!!!

    PATUT ADAM DIPENJARA 12 TAHUN ATAU SEUMUR HIDUP BIAR DIA MAMPOSSS MENGANGKANG DLM PENJARA. ..!!!!!!!!

    BalasPadam
  15. Umno benci anak muda?
    Kepala hotak bapak kau la ceo.
    Anak Haram jadah mcm ko ni mmg tak abis2 buat fitnah.
    Mcm bos ko ketum aljuburi tu...

    BalasPadam
  16. Ucapan gulungan dan gulingan adi awang berkata adun PAS ada yg jadi broker dan barua .....sementara
    ABU = ANWAR BARUAKAN ULAMAK
    Padan ssgt la tu barua sesama barua bergaduh.....dan sementara itu...
    ABU = AZMIN BARUA ULAMAKmemang cantik ssgt dah tu...semua barua-barua bergaduh sesama sendiri...selamat bergaduh dan berbunuhan sesama barua....

    BalasPadam
  17. Si ketum ni tak gheti bahasa betul. Sultan tak mau Azizah tp siketum ni masih nk tolak masuk bini dia siKipas Sepat tu. Bongok betul.

    BalasPadam
  18. Jam 9:30 malam tadi, Anwar Ibrahim dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan untuk tangan kanannya.

    Maklumat lanjut, tidak pula diperolehi tetapi ramai yang sudah dapat menjangkakan, mengapa Anwar Ibrahim terpaksa berlakon masuk hospital, balut dan anduh tangannya!

    Isu pertama ialah, ISU MENTERI BESAR SELANGOR... Esok upacara perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru. Anwar Ibrahim sudah dapat tahu, isterinya, Wan Azizah tidak dilantik ke jawatan tersebut. Jadi, Anwar Ibrahim perlukan alasan terbesar dan terbaik untuk tidak hadir sebagai KETUM PKR dalam majlis itu nanti.

    Jadi, kenalah dia berlakon, keuzuran.

    Isu kedua, 23hb iaitu dua hari dari sekarang, Anwar Ibrahim akan datang berkempen di PRK DUN Pengkalan Kubor. Seperti biasa, Anwar perlukan simpati sebagai umpan untuk menarik orang ramai mendengar temberang dan pembohongannya.

    Lagipun, dalam keadaan sekarang, Anwar perlukan perhatian dan simpati bagi membolehkan dia mendapat semula semangat yang hilang ekoran masa sudah tidak sampai sebulan untuk dia bebas daripada hukuman penjara.

    Jadi, terpaksalah dia berlakon sebagai orang sakit, sebagaimana dia berlakon sakit tengkuk, sakit tulang belakang, sakit kena AIDS, sakit kena arsenik, sakit kena tumbuk, sakit kena siksa dan sakit kena telanjang sepanjang tahun 1998-2000 dahulu.Anwar Ibrahim dan lakonan politiknya, memang tidak dapat dipisahkan. Kalau dia sudah mula berlakon sakit, maka faham-fahamla, ada ler benda bodoh, jahat yang akan dibuatnya.

    Dah tua-tua pun, perangai AUTAnya mengalahkan bebudak yang baru belajar MELANC*P!!!

    BalasPadam
  19. Tahniah Azmin...MB Sgor yg baru

    BalasPadam