Sabtu, 13 September 2014

HANYA ADA DUA SYARAT JIKA PAS MAHU JADI MB SGOR

SEBELUM ini aku menulis bahawa jika Tuanku tidak berkenan wanita jadi MB samada atas faktor kewanitaannya ataupun kerana difikirkan tidak layak, walaupun sekurang-kurang 30 Adun telah menyatakan Azizah itu layak, Tuanku boleh saja menimbangkan calon lain dari PKR iaitu Azmin.  

Bila aku sebut Azizah, ada yang kata aku diupah untuk promosi Azizah.  Bila aku sebut tiada masalah untuk pilih Azmin, tuduhan tetap sama aku diupah untuk promosi Azmin.  Betapa bengapnya pemikiran yang beranggapan sedemikian.  Tidakkah mereka pernah membaca aku juga sebelum ini adalah di antara yang paling kuat menyokong TSKI sewaktu kempen pemilihan di dalam parti baru-baru ini?

Sokongan aku pada TSKI bukan sekadar di dalam tulisan, bahkan aku mengundi TSKI di Cabang aku.  Berkempen kuat untuknya.  Adakah waktu itu aku juga diupah?  Berapa banyak duit aku sekarang akibat menerima upahan dari beberapa pemimpin?  Sokongan aku terhenti kepada TSKI apabila beliau telah disabitkan dengan kesalahan tatatertib, itu pun aku amat berharap beliau dapat membela dirinya, menjawab surat tunjuk sebab, menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Disiplin Parti.  Malangnya TSKI gagal untuk membela dirinya.  Begitu menghampakan, akhirnya beliau dipecat.  Di situ, aku bukan saja tidak lagi menyokongnya bahkan aku menyokong tindakan parti untuk menurunkan beliau dari Kerusi MB.

Pada aku, sebaik atau sehebat manapun pemimpin itu jika gagal menunjukkan rasa hormat pada parti, itu bukan pemimpin yang aku mahu sokong.  Begitu juga jika aku menyokong Azizah mahu pun Azmin.  Sokongan ini tidak mutlak.  Kita mahu lihat adakah kedua-dua mereka ini mampu menggalas amanah parti dan amanah rakyat jika diberi peluang menjadi MB Selangor.  Jika gagal, kita wajib turunkan mereka.  Bukankah itu yang selalu kita kempen kepada rakyat untuk tukar kerajaan yang gagal membela nasib rakyat?

Aku tahu, ada rakan-rakan dari pihak sana mahukan PAS jadi MB.  Tiada masalah pun asalkan PAS sanggup lakukan dua syarat ini;

Pertama, langgar saja perjanjian untuk tidak mengambil Kerusi MB dari PKR dan perjanjian dari Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang terang dan jelas menyebut, PAS akan tolak jika diberikan Kerusi MB.  Jika PAS sanggup langgar perjanjian ini, tiada masalah.

Kedua, PAS mesti dapat sokongan majoriti dari Adun-Adun terutamanya dari Adun PR.  Atau, PAS sanggup tidor sebantal dengan Umno dan mencuri beberapa Adun lagi dari PR untuk mencukupkan majoriti bagi menjadi MB.  Jika ini berjaya, tiada masalah PAS untuk menjadi MB.

Aku tertarik dengan tulisan Ustaz Mokhtar Senik (Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang) yang juga AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, yang menyebut, jika PAS dipilih menjadi MB, PKR dan DAP wajib sokong untuk buktikan kerjasama di dalam PR.  Rasa mahu gelak membacanya sebab kenyataan itu datangnya dari Ulamak.

Tidak perlulah aku sebut mengapa aku nak gelak membacanya.  Tapi yang jelas, kenyataan itu membuktikan tidak semua Ulamak tahu berpolitik dan tidak hipokrit !!

14 ulasan:

  1. Kata-kata MSU dan Presiden PAS adalah undang-undang yang wajib diikuti secara mutlak. Ia mengatasi kata-kata orang lain walaupun kata-kata MSU dan Presiden PAS itu menyuruh untuk memperdaya rakan kongsi atau menikam kawan dari belakang

    BalasPadam
  2. Awak ni perasan bagus....tp tak bagus pun.Awak ingat demokrasi dalam islam adalah demokrasi mutlak.Pas berpolitik berpandukan Islam dan Mencontohi sirah Rasulullah dan merujuk kpd pendapat ulama muktabar dlmmembuat keputusan.Mereka adalah mujtahid dimana apabila membuat keputusan mereka mendapat pahala samada betul atau pun salah krn mereka merujuk kpd alquran dan hadis.Awak dpt apa bila mempersendakan ulama.Awak tau bumi malaysia kita ni kalau tiada ulama bencana bila2 masa akan turun...awak patut bersyukur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelakar la lu ringgo...orang macam mana yang lu nak panggil ulama? Kalo perangai suka fitnah, khianat, tak mengaku salah walaupun buat salah dan perasan maksum tu lu nak panggil ulama, negara ni akan lebih selamat tanpa mereka. Bagi petikan hadis & ayat Quran yang ajar ulama buat perangai macam tu. Lepas tu kita bahas.

      Padam
    2. Dulu dah bagi PKR (TKI) tapi lu tolak. Lu tolak sebab nak bagi kat Pas pulak kan?

      Satu aje lu kena muhasabah,,, lu hina orang, orang hina lu balik.

      Padam
    3. daripada bagi lat azmin, baik bagi kat Iskandar.
      jangan sampai keluar lubang tandas masuk lubang jamban!!

      Padam
    4. Bagi kat Iskandar seumpama masuj jamban terapung dan terus ke sungai

      Padam
  3. presideng pas kata dia ikut perlembagaan bila buat keputusan. pas kata al-Qur'an undang2 tertinggi dlm pas. tapi satu ayat dr al-Qur'an pun tak rujuk.

    sila berikan rujukan dari al-Qur'an ataupun hadis yg membenarkan presideng tuduh calon pkr jual pil kuda, kominis, dsb tanpa bukti.

    sila berikan rujukan dari al-Qur'an hadis bila presideng keluarkan watikah calon pas dikota damansara, sg aceh bila ianya telah dipersetujui.

    perlembagaan pas yg didebatkan oleh LUHAM pun tiada satu pun diberikan rujukan ayat al-Qur'an dalam perdebatan tsb.

    mari tengok perlembagaan Iran yg pas tiru msu dan unit amal spt yg dinyatakan oleh YB Mat Sabu.

    Article 2
    The Islamic Republic is a system based on belief in:
    1.the One God (as stated in the phrase "There is no god except Allah"), ...

    Article 7
    In accordance with the command of the Qur'an contained in the verse ("Their affairs are by consultations among them" [42:38]) and ("Consult them in affairs" [3:159]), consultative bodies ...

    Article 8
    In the Islamic Republic of Iran, al-'amr bilma'ruf wa al-nahy 'an al-munkar is a universal and reciprocal duty that must be fulfilled by the people with respect to one another, by the government with respect to the people, and by the people with respect to the government. The conditions, limits, and nature of this duty will be specified by law. (This is in accordance with the Qur'anic verse; "The believers, men and women, are guardians of one another; they enjoin the good and forbid the evil" [9:71]).

    Article 11
    In accordance with the sacred verse of the Qur'an ("This your community is a single community, and I am your Lord, so worship Me" [21:92]), all Muslims form a single nation, ...

    Article 14
    In accordance with the sacred verse; ("God does not forbid you to deal kindly and justly with those who have not fought against you because of your religion and who have not expelled you from your homes" [60:8]), the government of the Islamic Republic of Iran and all Muslims are duty-bound to treat non-Muslims in conformity with ethical norms ...

    Article 151
    In accordance with the noble Qur'anic verse:
    (Prepare against them whatever force you are able to muster, and horses ready for battle, striking fear into God's enemy and your enemy, and others beyond them unknown to you but known to God... [8:60]).the government is oblige to provide a programme of military training ...

    kalau setakat mencanangkan al-Qur'an, hadis dan bla bla bla sebagai hukum tertinggi tapi tak ada satu pun ayat al-Qur'an sbg rujukan, umno dap pun boleh dakwa ia parti Islam.

    BalasPadam
  4. Isu Khalid hanyalah nak membuktikan bahawa Pas tidak setiakawan dan disini juga nak menunjukan bahawa ulamak dalam Pas tidak bijak berpolitik dan mengikut tanpa menggunakan akal yang waras.mereka menjemput untuk di hamun dan di keji sahaja,Kesian ulamak berserban tebal berlilit-lilit macam kata2nya berputar belit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu khalid sebenarnya membuktikan:
      1. MB yang berjiwa rakyat tidak sesuai jadi MB selangor dan mesti dipecat.
      2. keinginan manusia untuk mengejar pangkat dan kedudukan tidak terhad. Tak dapat PM, MB pun jadilah.
      3. kegagalan pakar strategi parti mengurus partinya dengan cekap kerana tidak memikirkan kemungkinan lain yang bertentangan.
      4. PKR sebuah parti yang lemah.

      Padam
    2. Malangnya yg mengejar psngkat dan kedudukan diterajui oleh serban tebal dan penjual agama yg bertoping..

      Padam
  5. Kamu semua masih lagi tak faham mengapa ulamak buat macam tu...fikir-fikirkan lah.

    BalasPadam
  6. Tak ada beza apa pun kepada rakyat sekiranya wakil PKR atau Pas menjadi MB selangor. Rakyat akan hidup seperti biasa. Yang menoreh akan tetap menoreh. Yang nlayan akan terus menjadi nelayan. Kalau wan azizah menjadi MB pun, yang menoreh tak akan menjadi jadi pwngarah. Yang nelayan tak akan jadi CEO.

    Yang akan berubah ialah kehidupan ahli2 politik yang mencari makan melalui politiknya.
    Percayalah.......

    BalasPadam
  7. Aku ni kerja kontrektor pembangunan.
    Untuk terus hidup, aku kena baik dengan semua pihak. Dengan BN aku baik. Dengan Pas aku baik. Dengan PKR aku baik. Dengan Dap aku baik. Alhamdulillah rezeki aku tetap jalan lancar seperti yang diharapkan. Pas naik aku dapat projek. PKR naik aku dapat projek jugak. BN naik pun aku tetap dapat projek. Kat penang Dap naik, aku pun dapat projek jugak.

    Kalau kita baik dengan semua orang, semua orang akan baik kepada kita. kalau kita hina dan jatuhkan orang lain, satu hari orang lain akan hina dan jatuhkan kita pula.

    Ingat pesanan saya tu terutamanya kepada para kontrektor pembangunan......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nk berpesan nasihat kontrektor bikin la seminar

      Padam