Rabu, 10 September 2014

CALON MB SGOR - PILIHAN AKHIR ADALAH AZMIN ?

BERTIUP kencang kononnya Iskandar Samad dari PAS bakal diangkat sebagai MB Selangor.  Aku sebenarnya tidak percaya kerana mana mungkin MB Selangor diangkat dari calon yang tidak ada sokongan majoriti di dalam dewan, kecuali beliau perolehi sokongan majoriti disaat-saat akhir.

Orang kata Tuanku ada kuasa melantik jika Tuanku mahu.  Jika mahu berhujah "jika Tuanku mahu" , aku patut menyerah saja kerana bak kata Tok Guru Nik aziz, "Raja is Raja".  Dalam maksud Tok Guru tu, orang yang mengaji mantik boleh faham.

Namun aku masih yakin Tuanku tentu lebih memahami konsep Raja Berpelembagaan.  Tentu Tuanku lebih arif mengapa negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan kaitan konsep ini dengan sistem Pilihanraya yang kita amalkan.

Yang diturunkan itu TSKI seorang Melayu Islam.  Yang mahu dinaikkan itu juga Melayu Islam, bezanya Wanita sahaja.  Bab Wanita pula tiada hujah untuk menafikan kelayakan memimpin kecuali hujah dari Hj Hadi yang terlalu mudah untuk kita bahaskan.  Hujahnya terlalu nipis lebih nipis dari kulit bawang.  Jadi, soalnya bukan kelayakan Azizah.

Baiklah, jika Tuanku tidak berkenan dengan Azizah kerana Tuanku mahu seorang lelaki menjadi MB maka kita tidak boleh bantah kerana kita masih ada Azmin, seorang Melayu Islam dan berkelayakan juga.  Jika dikatakan nama Azmin tidak disenaraikan oleh PKR dan DAP juga mungkin tiada dalam senarai PAS,  tiada masalah kerana Istana telah maklumkan Tuanku boleh memilih sesiapa juga Adun yang Tuanku rasa layak dan yakin mendapat sokongan majoriti.  Siapa lagi jika bukan Azmin?

PAS pula telah awal-awal beritahu bahawa PAS tidak berminat untuk Kerusi MB walaupun hantar nama calon.  Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS secara tegas menyebut jika Istana calonkan MB dari PAS, PAS akan tolak.  Maka, tidak mustahil calon MB nanti hanya berkisar di antara Azizah atau Azmin.

Semoga kemelut ini cepat selesai dan jalan penyelesaiannya sudah terbentang awal sebenarnya.  Cuma mahu kepada kejujuran dan keadilan saja untuk menamatkan krisis ini.


29 ulasan:

  1. Masih nak sebut nama Wan Azizah. ..ntah ler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalkan bukan nenek kipas dah.
      aku tak kisah.

      Padam
  2. Sultan akan lantik Iskandar Samad sebagai MB. Dia ditentang oleh PKR/DAP. Sultan melihat tiada ketenteraman maka sultan memilih untuk bubar DUN. Rasakan....

    BalasPadam
  3. Wan Azizah@Azmin jd MB, persepsi rakyat dh berubah..tunggu je la pru14..t.ksh

    BalasPadam
  4. Kita lihat situasi yg hampir sama bila BN nak tukar MB T'ganu, "non-issue by the Sultan", malam pun boleh buat. Takpe, kita tunnnggu jika tungku nak bubar dewan, saya akan pasti rakyat selangor akan tetap tolak BN prn nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tolak ke. ..nak tarik ke itu korang punya pasal. Kami nk MB yg cekap, amanah, berwawasan dan mengutamakan rakyat.

      Kalau Wan Jijah makcik kipas bini pada AlKetum mintak maaf lah ya...pegi main kipas jauh2 jgn nak harap sentuh wang rakyat nk bagi kat laki kau.

      Padam
    2. Yes, asalkan ABU.

      Padam
  5. Azming pung dok bole cayer tu,, buaya besar tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kholid saja boleh caya....66 juta ada org tolong...kah kah kah

      Padam
    2. Azmin ? Dah ada fail kat SPRM lagi mau jadi MB ka ?

      Padam
  6. Yesterday, PAS President Abdul Hadi Awang revealed the reason why the ulama’ faction refuses to support Rafizi Ramli’s now disastrous Kajang Move. And the issue of money was raised.

    Khalid refuses to release part of the RM3 billion that Selangor has accumulated to finance party activities. Khalid feels that the party should not misuse state money, meaning taxpayers’ money. And PAS, too, agrees with Khalid’s stand.

    But Anwar needs to get his hands on this money, not just to finance PKR and DAP but also to finance the new PAS breakaway party, PASMA.

    BalasPadam
  7. sultan tak mau makcik kipas dan azmin sebab tak layak titik

    BalasPadam
  8. Soal pengganti TSKI sebagai MB Selangor bukan lagi isu politik. Ianya soal amanah. Samada anda penyokong Pas, Pkr atau Umno, kita sekarang mempunyai common duty utk menentukan wang Negeri Selangor tidak jatuh ke tangan orang yg mempunyai niat tertentu. Org yg mempunyai perancangan utk menggunakan wang rakyat Sgor utk kepentingan politik dan peribadi. Ayuh kita bersatu dibawah naungan duli tuanku dan halang perrcubaan org tertentu utk mendapatkn dana tersebut melalui perebutan dan rampasan jawatan MB.

    BalasPadam
  9. Nyallok macam ANJING TERSEPIT...

    kesian nyer Blogger Macai Murahan.. WFauzdin...

    Dapat Duit dari Lendir Hanyir 4cm, acuan Taik Kuning bekasan LIWAT bagi makan anok bini..

    Hinanya Blogger WFauzdin...

    Malang sungguh nasibnya isteri dan keluarganya..

    Nanti anok lelaki besor jadi penagih dadah, pompuan pulok jadi pelacur, tak cukup duit jual bontot...

    BalasPadam
  10. Salam tuan, saya pun anti PR terutamanya PKR. Namun saya rasa komen tuan itu agak keterlaluan.

    BalasPadam
  11. moga2 sultan tak lantik MB dari parti pengkhianat....

    BalasPadam
  12. Berita tentang pertengkaran antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim berhubung jawatan Menteri Besar Selangor, bukan lagi rahsia. Azmin Ali yang sudah menyimpan keinginan untuk mendapatkan jawatan tersebut buat dirinya dari tahun 2008 lagi, nampaknya kali ini tidak mahu berkompromi, malah lebih tepat lagi kalau dikatakan sudah jelak kerana terpaksa mengalah kepada kemahuan Anwar Ibrahim yang melebihkan keluarganya, berbanding para penyokong yang telah mengorbankan segala-galanya, termasuklah maruah dan harga diri unutk melihat PKR mengalahkan UMNO.

    Kegopohan Anwar Ibrahim yang terlalu mementingkan diri, barangkali sudah mula disedari oleh kebanyakan ahli PKR sendiri. Azmin Ali seperti yang diketahui, walaupun tidak banyak bercakap dan kurang dilihat bertindak, sebaliknya dia adalah dalang yang sangat licik. Malah jauh lebih licik berbanding Saifuddin Nasution mahupun Rafizi Ramli.

    Apatah lagi, di kalangan para penyokong Anwar Ibrahim, Azmin Alimerupakan yang paling senior dan paling lama. Semua kawan-kawannya dari era 1997-2004, sudah tiada. Sama ada mereka tidak lagi bergerak aktif dalam politik atau memilih untuk aktif dalam medium yang lain, termasuklah UMNO.

    "Saya dan rakan-rakan tidak mahu amalan nepotimes membudaya dalam Keadilan. Keadilan bukan milik individu atau keluarga tertentu. Parti ini adalah milik rakyat."Itu kenyataan yang keluar sendiri dari mulut Azmin Ali. Jangan pula ada penyokong Anwar Ibrahim yang kata, itu adalah rekaan UMNO-BN sahaja dengan video telah diedit dan pergerakan mulut serta suara Azmin Ali dibikin oleh UMNO dengan bantuan teknologi komputer dan grafik.

    Sudah pastilah AMALAN NEPOSTISME MEMBUDAYA DALAM KEADILAN, dimaksudkan kepada Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Dan sudah tentu jugalah Azmin Ali memberikan isyarat bahawa dia sebenarnya sependapat dengan Hadi Awang bahawa Wan Azizah tidak mempunyai kebolehan atau  bakat untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

    BalasPadam
  13. Allah lah yg lebih bijak.dari semua

    tgk.lah...Allah mengalahkan musuh2nya

    BalasPadam
  14. 2 Kertas ujian Upsr bocor. Disyaki percubaan sabotaj kem pendidikan dan TPM oleh org dlm.

    Siapa agaknya. Tak perlu pikir pjg. Puak mana yg giat membohong, fitnah, tikam belakang, tohmah, adu domba dan berhati busuk dengki dan khianat??

    BalasPadam
  15. Azizah & Azmin sama saja. Satu masuk depan satu lagi masuk belakang. Memang 2 orang dari PKR ni tak layak langsung.

    BalasPadam
  16. Kalau dh tak ada pilihan lain dari PKR sbb yg lain bengap dan bangang,aku dgn berat hati pilih Azmin.

    BalasPadam
  17. muktamar pas minggu depan akan berlangsung di johor.prk pengkalan kubor akan berlangsung selepas itu.2 perkara ini bakal dijadikan medan untuk ganyang mahupun sabotaj 2 kumpulan pas yang semakin teruk berpecah.satu kumpulan pas berotakkan filosopi ketum.satu lagi dulunya pro ketum, kini anti ketum.muktamar pas bakal memperlihatkan kumpulan mana yang akan dominan untuk ganyang puak lagi satu.manakala prk pengkalan kubor, jika pas kalah maka ianya akan menjadi bahan momokan kumpulan ketum untuk mempengaruhi dan memperlihatkan kepada ahli pas, tindakan hj hadi dan kumpulannya adalah salah.360 darjah, pusing ikut mana pun pas tetap akan hancur.kalau aku kata majoriti ahli pas ni kurang cerdik boleh tak ?apasallah ANWAR PUNYA TAIK, KORANG PULAK YANG BERPECAH ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana tak bepecah. ..kena penangan siKetum dajjal...

      Padam
  18. Apa nie...mana kwn2 PR kita. Kita asyik kena belasah jer nie. Abis rahsia kita dibongkar. Support la skit men.

    BalasPadam
  19. Sebelum melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terus berusaha menyekat permainan jahat kumpulan Anwar Ibrahim yang mahu mengerjakan harta kekayaan di Selangor menerusi pembayaran yang berlebihan, selain komisyen yang amat keterlaluan.

    Antara isu yang menjadikan Khalid Ibrahim perlu diturunkan segera dari jawatan Menteri Besar Selangor kerana akan mengurangkan keuntungan besar kepada para pemimpin Pakatan Rakyat serta syarikat-syarikat kroni mereka ialah, isu PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR.

    Hari ini, Khalid Ibrahim telah menutup langsung pintu mendapatkan keuntungan cara mudah atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai rompakan oleh Pakatan Rakyat apabila dia menandatangani perjanjian penstrukturan semula air negeri dengan Putrajaya sekaligus menamatkan usaha Pakatan Rakyat untuk mengganggu urusan tersebut menerusi Menteri Besar Selangor yang baru.Majlis menandatangani perjanjian penstrukturan air bersama-sama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Maximus Johnity Ongkili di Putrajaya pagi tadi.

    BalasPadam
  20. Adussss..

    Tepuk dahi lagi abg Ketumm...misss soruuu

    BalasPadam
  21. rakyat Selangor dpt rm12 sebulan subsidi air. khalid dpt rm70juta. kalau rm70juta bahagi dgn rm12 = 5,833,333 bulan!!! berapa keturunan khalid dpt sabsidi air? lebih kurang 83,333 keturunan!!!

    BalasPadam
  22. kalau mb dari pkr, dapat undi majoriti. semestinya sokongan tsb termasuk dari pas. hmm kalau mb dari pas kenapa pulak pkr tak nak sokong. inikah smgt pakatan?

    BalasPadam