Khamis, 16 Januari 2014

ISU KANGKUNG - PEMUDA UMNO TERENGGANU JANGAN MEROYAN, "KANGKUNG KITE BERSAMA, KE GUANE?"



TADI aku terbaca kenyataan yang amat "menakutkan dan mengerikan" dari Pemuda Umno.  Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.  "Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.  (MI).
 
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.  Di dalam minggu ini, hampir seluruh media sosial FB dan Blog mengisahkan tentang "kangkung".  Radio KOBAT FM juga menjadikan lagu "Lenggang Kangkung" sebagai iklan sepanjang minggu ini dan akan diteruskan pada minggu seterusnya.
 
Pecah perut rakyat Malaysia ketawa apabila bercerita pasal kangkung.  Kangkung, Kongkang dan Kangkang.  Amat melucukan.  Tidak terfikir oleh kita bagaimana level PM boleh berbangga dengan turunnya harga kangkung yang hanya boleh dikutip di tepi jamban atau paya itu.  Paling menarik, di dalam Twitter MP Kinabatangan, Bung Mukhtar, beliau dengan bangganya menyebut beliau tidak makan kangkung tetapi makan makanan yang lebih 'standard".
 
Standard rakyat kangkung.  Hadiah kita selepas PRU13 selain dari hadiah kenaikan harga minyak, ayam, ikan. gas memasak, letrik, tol, gula dan sebagainya.  Jangan khuatir, masih ada lagi 'hadiah' untuk kita nanti.  Berbalik soal kangkung, apa masalah Pemuda Umno ini meroyan?  Kita bukan fitnah.  Bahkan PM sebut sendiri harga kangkung turun itu di bumi Terengganu.  Jadi, sepatutnya Pemuda Umno Terengganu mesti mengadakan Solat Kesyukuran menyambut pengumuman itu.  Bahkan, sepatutnya ada wakil dari Terengganu yang boleh 'bernazar' berjalan kaki dari K.Terengganu ke Putrajaya kerana turunnya harga kangkung.
 
Apakah kita gentar dengan amaran Pemuda Umno itu?  Ohhh....kirim salam berbanyak.  Kangkung bukan hak milik mu sorang..."Kangkung Kite Bersama, Ke Guane?"
 

Rabu, 15 Januari 2014

WANG BANTUAN BANJIR PUN LESAP, WANG UNTUK BEKAS POLIS PUN LESAP?

TAHUKAH anda bahawa masih ramai yang tak dapat duit yang dijanjikan untuk mangsa-mangsa banjir terutamanya di Kuantan dan Indera Mahkota?  Apa yang kita dapat lihat di Kemaman, mangsa-mangsa banjir bukan saja dapat bantuan duit atau barangan makanan, bahkan mereka dapat TV lagi.

Mangsa banjir di Pekan apa cerita?  Takkan di Pekan kawasan PM pun standardnya masih barang makan atau pampers je?  Atau, masih ramai yang tak dapat duit bantuan banjir lagi?  Jika masih ramai yang tak dapat, amat malang sekali dan nasib mereka lebih teruk dari nasib 'kangkung'.

Itu peruntukan banjir yang baru beberapa minggu berlaku, masih ramai yang ternanti-nanti walaupun cuba dihayalkan dengan irama joget "Lenggang Kangkung", namun rakyat tak lupa janji itu.  

Itu janji baru, masih tidak tertunai.  Janji yang setahun lalu juga masih tidak tertunai.  Janji sebelum PRU 13 lagi iaitu wang saguhati kepada bekas-bekas Polis (Terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad,AC/Homeguard) sebanyak RM3,000.  Difahamkan peruntukan itu telah dimasukkan ke dalam Bajet 2012. Baru-baru ini aku balik kampong, sembang punya sembang dengan orang-orang Jelebu di kalangan mereka , difahamkan di Jelebu sahaja lebih kurang 50 orang yang layak masih tidak mendapat wang yang dijanjikan sebanyak RM3,000 itu.  Itu baru Daerah Jelebu, bagaimana di seluruh Malaysia?

Aku cuba dapatkan kepastian daripada pihak berkenaan di KDN iaitu di Bukit Aman.  Aku hubungi baahagian berkenaan, dan mereka mengesahkan memang masih ramai yang tak dapat duit RM3,000 itu.  Bila ditanya mengapa, mereka jawab masih di dalam proses.  Wah !! Setahun lebih proses ?  Tetapi mengapa ada segelintir yang dah dapat?  Masih proses kah atau memang wang dah habis?  

Jika bekas Polis ini mereka mahu per'kangkung'kan, apa lah ertinya masih ada Polis-Polis yang sedang berkhidmat sekarang berpeluh sakan buat kerja mempertahankan parti mereka?  Buatlah kerja secara profesional iaitu menjaga agama dan negara.  Usahlah buat kerja mempertahankan parti atau pemimpin parti yang memerintah.  Suatu ketika kamu akan bersara juga dan akan merasai apa yang telah dirasai oleh bekas-bekas rakan seperjuangan kamu.    

Isnin, 13 Januari 2014

BARU KU TAHU SELAMA INI KANGKUNG PUN MAHAL !!

AKU tak tahu nak tulis apa hari ini kerana masih teruja dengan sambutan "Hari Kangkung SeMalaysia" yang disambut rata-rata oleh seluruh rakyat Malaysia.  Hampir 99.9% warga FB menyambutnya dengan berbagai cara dan itu merupakan satu kejayaan di dalam 'tranformasi' Najib.

Hari ini juga radio KOBAT FM yang aku kendalikan pagi tadi mulai siaran dengan Mukaddimah "Salam 1 Kangkung".  Begitulah popularnya pengumuman Najib semalam yang tentunya membuatkan 47% rakyat Malaysia akan mengadakan kenduri kesyukuran di atas keprihatinan Najib meringankan beban hidup rakyat Malaysia apabila menurunkan harga kangkung dan bayam.

Secara tiba-tiba kangkung sejenis tumbuhan yang hidup kadangkala meliar di tepi-tepi parit dan paya menjadi 'glamour' tidak kalah dengan glamournya "tok peti Bughah".  Di dalam kita sibuk memperdebatkan isu Kalimah Allah terutamanya berkaitan dengan rampasan Bible di Selangor oleh JAIS, Najib lebih tertumpu untuk memikirkan tentang kangkung.  

Jika dulu ada Profesor Kangkung, kini kita ada PM kangkung.  Satu lagi kejayaan dan sejarah yang dicipta di bawah Najib.  Apabila Najib beritahu kangkung telah turun harga, baru kita sedar selama ini harga kangkung rupanya mahal.  Bayangkan, tumbuhan yang hidup di tepi-tepi longkang dan paya dijual dengan mahal di negara ini sehingga kelmarin diumumkan turun harga.  Jika Najib tidak umum turunnya harga kangkung, aku pun tidak tahu bahawa kangkung pun mahal rupanya.