Sabtu, 24 Mei 2014

PIALA THOMAS - SKUAD TANPA "ORANG ISTANA" MARA KE FINAL, IBU PANDA JANGAN HADIR FINAL OK

SUDAH lama aku menyanggah pendapat orang yang kata sukan di negara kita ini boleh maju dan meningkat jika satu-satu persatuan itu dipegang oleh 'orang Istana".  Malah bagi aku, sukan itu mesti diuruskan oleh mereka yang berminat dengan sukan itu sendiri, bukannya yang pegang bolasepak itu orang yang lebih suka bermain golf atau kuda.  

Tahniah kepada Skuad badminton Piala Thomas negara yang telah melangkah ke Final apabila menewaskan Indonesia malam tadi.  Sebelum itu skuad  "Panda China" juga turut kecundang di tangan Jepun.  Final esok (Ahad). Malaysia yang baru saja dapat "Panda" akan bertemu dengan Jepun.  Aku harap dan merayu benar agar "ibu panda" tidak hadir menonton perlawanan akhir esok.  Kita tahu memang ibu panda itu kepingin sangat untuk memeluk Chong wei sekali lagi jika kita berjaya merangkul Piala Thomas nanti.  Janganlah kita kempunan mendapat Piala Thomas yang terakhir kita dakap Tahun 1992 itu ranap angkara 'kesuweian' si ibu panda.

Walaupun skuad ini dikalangan "pemain pendatang" (gelaran puaka puak yang rasis), aku harap jangan ada pula demontrasi tendang pintu atau ceroboh pejabat BAM dari puak Melayu bangang yang mendakwa BAM memilih bulu di dalam membentuk barisan pemain.

Terbukti sukan boleh maju tanpa "orang istana' di atasnya.  Tahniah BAM !! 

Rabu, 21 Mei 2014

DEMO DI HADAPAN PEJABAT PKR TROPICANA MALAM TADI TANDA AHLI SAYANG KEPADA PARTI

MALAM tadi dkhabarkan lebih kurang 200 orang berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana kerana ingin menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) yang dianggap mereka gagal menguruskan pemilihan di dalam parti dengan telus.  Mereka hadir dengan berbagai sepanduk yang mengecam beberapa tokoh tertentu yang dianggap mereka sebagai tali barut segala penipuan sepanjang pemilihan berlangsung.

Jika dilihat secara zahir, perbuatan berhimpun seperti ini dilihat tidak bijak untuk meningkatkan imej parti.  Tentunya orang akan kata mengapa tidak dibantah secara dalaman tanpa diperlihatkan terutamanya kepada media pencari berita longkang seperti Utusan meloya atau TV3 suku.  Modal besarlah mereka.  

Kita mesti ingat, pemilihan tahun 2010 dulu pun banyak aduan yang dilaporkan.  Adakah dapat diselesaikan dengan baik?  Berapa banyak yang disimpan di bawah karpet?  Aduan dilakukan secara resmi melalui prosedur yang ditetapkan juga.  Waktu itu tiada himpunan seperti malam tadi.  Oleh kerana pihak atasan melihat bantahan itu seperti tidak serius, mereka pun anggap tidak serius untuk memperbaikinya.

Oleh kerana itulah pemilihan kali ini berlaku lagi.  Kita jangan tuduh semua tempat berlaku penipuan tetapi kita tidak boleh nafikan ianya berlaku di beberapa tempat.  Yang menuduh juga kemukakan aduan mengikut prosedur.  Di dalam tempoh aduan disiasat, masih berlaku juga di tempat lain.  Ertinya, apa yang berubah dan di mana kepekaan JPP?  Mungkin atas sebab inilah segelintir yang mahu melihat JPP bangun segera dari lena untuk baiki proses pemilihan kali ini dengan serius, maka malam tadi mereka berhimpun di hadapan Ibu Pejabat.  

Tidak cantik dipandang tetapi apa lagi pilihan yang ada?  Tentunya cara malam tadi lebih baik dari cara mereka bertindak keluar dari parti hanya kerana pemilihan yang mereka anggap tidak adil.  Biar kita seperti berbalah waktu ini daripada kita memiliki pemimpin yang tidak amanah dan jujur.  Perlu ada pengorbanan sedikit sebanyak untuk memperbaiki parti.  Ada pendekatan lembut dan ada pendekatan dilihat agak kasar namun ianya semua untuk memperbaiki parti.  Salahkah begitu?

Malam tadi, DS Anwar yang ketika itu ada perjumpaan dengan JPP turun menemui sekumpulan yang berhimpun.  Agak tegas tetapi penuh hikmah, DS Anwar menyebut bahawa semua aduan wajib disiasat dan tiada siapa yang akan dilepaskan sekiranya terdapat bukti kukuh.  Beliau arahkan semua yang berhimpun bersurai kerana beliau bimbang peristiwa ini akan dimanipulasikan oleh media rejim yang sentiasa menunggu peluang.

Kesemua yang berhimpun akhirnya bersurai kerana menghormati tokoh utama mereka.  Semoga JPP lebih peka dan bertindak segera sebelum terlambat.  Jika ada aduan, ada bukti kukuh maka buatlah keputusan.  Jika tiada bukti kukuh, maklumkan secara terbuka agar semua mendapat maklumat di atas aduan mereka.  Tidak guna disimpan atau disorok lagi.

Isnin, 19 Mei 2014

MENGAPA PERTIKAIKAN CALON DAP, DYANA ?

MENGAPA ada yang pertikaikan calon DAP, Dyana Sofya bertudung dan berbaju kurung sewaktu hadir di pentas PAS di dalam kempen PRK Parlimen Teluk Intan?  Adakah kerana selama ini kita lihat beliau tidak bertudung maka kita kutuk dan keji beliau bila bertudung?

Memang benar, sebagai orang Islam menutup aurat itu wajib.  Tidak kira di mana pun fahaman politiknya maka hukum asas menutup aurat ini tetap wajib apatah lagi orang itu orang besar dan pemimpin negara yang sentiasa menjadi perhatian, contoh kepada rakyat.  

Dyana Sofya adalah ahli DAP.  Namun beliau umat Islam dan tentunya beliau tidak boleh lepas dari hukum Islam di dalam bab aurat.  Ini perlu kita peringatkan kepada beliau bahkan sesiapa saja yang mengaku Islam.  Tetapi apabila beliau bertudung dan berbaju kurung atas apa niatnya sekalipun mengapa kita pertikaikan?  Patutnya kita memuji langkah permulaan itu dan doakan agar berterusan, bukannya mempertikaikan penampilannya itu.

Bimbing Dyana, bukan kutuk dan pertikaikan niatnya
Samada Dyana Sofya berniat untuk menjaga adab di pentas PAS atau apa pun niatnya, kita tidak ada hak pertikaikan nawaitu seseorang.  Sesiapa yang hampir dengan beliau mesti gunakan kesempatan ini untuk menasihatkan Dyana agar terus bertudung dan menjaga auratnya kerana itu adalah kewajipan umat Islam, bukannya memperlekehkannya.  Mudah-mudahan beliau diberi taufik dan hidayah untuk terus bertudung seterusnya menutup aurat dengan sempurna.

Apakah kita wajib undi calon Gerakan/Bn atas hujah Dyana tidak bertudung?  Soalan ini mudah untuk dijawab.  Pertamanya, Dyana tetap orang Melayu berugama Islam.  Beliau berada bersama PR iaitu satu gabungan yang menolak rasuah, kezaliman, fitnah dan penganiyaan ke atas rakyat.  Calon Gerakan pula berada di dalam Saf yang meneruskan rasuah, zalim dan terus menganiayai rakyat.  Terlalu banyak isu yang boleh kita sebut betapa Bn ini menyusahkan rakyat.  Di antara dua pilihan ini, pilihlah yang kurang mudharatnya, atau paling baik untuk rakyat.  Tiada pilihan lain, kecuali calon dari PR, iaitu Dyana.