Isnin, 23 Mac 2015

AWASI PERANGKAP HUDUD, JANGAN YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT, YANG DIKENDUNG KECICIRAN

HUDUD adalah satu undang-undang yang Allah turunkan kepada kita umat-umat Islam, sebagaimana Allah perintahkan berbagai lagi ibadat yang lain seperti yang terkandung di dalam Rukun Islam yang Lima Perkara itu.  Bezanya, Hudud tidak disebut di dalam Rukun Islam seperti Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Sembahyang 5 Waktu, Berpuasa di Bulan Ramadhan, Mengeluarkan Zakat dan Menunaikan Haji (jika mampu).

Walaupun ianya tidak disebut di dalam Rukun Islam, namun ianya wajib dilaksanakan oleh pemerintah atau yang berkuasa di dalam sesebuah negara, seperti juga wajibnya mendirikan ekonomi, pendidikan, pertahanan dan keselamatan negara dan rakyatnya dan banyak lagi tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan. 

Menentang Hukum Hudud jelas kafir sama juga seperti menidakkan kewajipan menunaikan Haji ke Mekah bagi yang mampu.  Apabila Kerajaan PAS Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud di negeri berkenaan, maka timbul kontrovesi.  Kita ketepikan dulu orang-orang Non Muslim yang tidak menyokong atau membantah hukum tersebut kerana tiada kewajipan pun untuk mereka menyokong atau menolaknya.  Samada mereka menyokong, tidak samasekali mengubah akidah yang mereka anuti.  

Bagaimana pula umat-umat Islam yang tidak menyokong?  Di sini ada beberapa kategori;

1.  Umat Islam yang menolak secara total hukum ini, maka rosak akidah mereka.  Sama juga dengan mereka yang menidakkan hukum pergi Haji secara total.

2.  Umat Islam yang tidak menyokong usul ini atas beberapa hujah dan sebab;

     -  Merasakan belum waktu yang sesuai untuk dilaksanakan.

     -  Mahu mengutamakan kewajipan lain yang masih belum terlaksana terutamanya melibatkan negara dan rakyat keseluruhannya.

     -  Ingin mendahulukan agenda Islam yang lain di mana agenda itu disokong kuat oleh Non Muslim seperti membasmi rasuah, menaikkan taraf hidup rakyat, meningkatkan tahap pendidikan, memulihkan sistem kehakiman, meningkatkan tahap ekonomi, melaksanakan Maqasid Syariah sebagai permulaan dan banyak lagi kewajipan Islam yang mesti diperjuangkan.

     -  Menangguhkan perlaksanaan Hukum Hudud sehingga rakyat memahami secara berperingkat-peringkat melalui pendidikan.

     -  Mendapatkan kuasa memerintah di Pusat terlebih dahulu bagi memudahkan usaha memperkenalkan hukum Hudud di kalangan rakyat sebelum dilaksanakan.

      -  Menyedari tiada keikhlasan dari pihak pemerintah yang mana diketahui mereka hanya mahu mempergunakan hukum Allah ini bagi kepentingan politik mereka untuk memecahbelahkan Pembangkang.

Dan, banyak lagi sebab musabab mereka tidak menyokong Hukum Hudud diusulkan sekarang dan sebab musabab itu mestilah berdasarkan kepentingan Islam juga bukan alasan kosong semata-mata.  Maka, tidak wajar mereka ini dicop pementang hukum Hudud dan mengkafirkan mereka.

Jika adik kita mahu menunaikan Haji ke Mekah, di dalam masa yang sama kita lihat rumah mereka dan adik beradik mereka pun musnah akibat banjir dan tidak didirikan, menetap di khemah sementara sahaja, maka kita memberitahu adik kita 'tangguh'kan dulu ke Mekah.  Utamakan keluarga yang sedang susah dan kehidupan mereka yang tidak sempurna itu.  Adakah kita menasihatinya sedemikian dianggap menentang ibadat Haji yang diwajibkan?

Terlalu banyak nas dan dalil yang dibawa oleh Ulamak Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi yang tidak menekankan keutamaan Hukum Hudud ini.  Bahkan, Presiden PAS satu ketika pernah menyebut "Hudud bukan keutamaan PAS".  

Sehubungan itu, berhati-hatilah dengan perangkap ini.  Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.  Musuh berjaya ke atas kita, kita pula kehilangan rakan.


26 ulasan:

  1. Mana you tahu apa yang i kejar tak dapat? Yang i kendung ni biar berciciran sebab ini sikit je..apalah you ni.Kiat tahu ini permainan Umno,tapi kita saja nak main bersama Umno.Kita dah menyampah dengan Pakatan sebab tak dapat banyak.Faham tak.Kan kami ni ulamak.Tak tahu ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan2 Reformist_

      DAP dan PKR sudah khianat kpd perjuangan reformasi.

      Kita mesti keluar beramai2 Dari PKR. Selepas kita memecat PKR sebagaj parti kita.

      Pilihan kita:
      A. Kembali kpd UMNO dan membuat pembaharuan dari dalam
      B. Terus berjuang dlm rangka reformasi sebagai Ahli PAS.

      Sebaik2nya pilihan (A)/lebih tepat. Kalau mahu status quo sila jadi Ahli PAS sbg pilihan ke 2.

      Padam
    2. makin buka mulut makin nampak kebodohan mamat ni.....ada ke pegi mekah nak disamakan hudud...mekah pegi atas kapasiti lain...hudud atas kapasiti lain...mmg ngok pun macai...igtkan blogger umno jer bangang...rupanya macai pkr pun sama...suruh pi berguru bab agama xnk...duk ikut wanji giler

      Padam
  2. ulamak dunia...mcm2

    BalasPadam
  3. tuan blog..adakah anda paham undang2 sekarang ?rakyat pun xpaham undang sekarang..tapi ok ja...nak tunggu sampai bila? dah 1400 tahun..nk tunggu lagi kot...bila hati nak ke putrajaya...sanggup bersama kafir utk tolak hudud,,,semoga Allah merahmati anda sekalian...

    BalasPadam
  4. Hujah kartun.... basmi rasuah, tolong banjir dan buat hudud ada masalah ke buat serentak. Sorang ke yang buat kerja untuk semua tu.
    Jangan buat alasan yang tidak tepat semata2 nak layan kehendak orang kafir. Adakah kamu bersama mereka juga.

    BalasPadam
  5. Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.

    Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

    Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.

    Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.

    Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba baca balik apa yg qordawi tulis...berapa muka surat dia tulis psl hal ni...xkan amik 1/4 dari seperenggan je...
      and utk test...cuba citer dr sumber mana u amik kupasan ni? muka surat berapa ke? buku qordawi yg mana ke? tesis mana ke? tahun berapa? ada revision fatwa terbaru atau tidak ke? berani krn benar kan....

      Padam
  6. Admin ini memang macai PKR yg dibayar., yg aku hairannya org dah mengucap berpuluh-puluh kali pun boleh menolak perintah Allah, kalau DAPigs tu lainlah tak pernah mengucap pun.

    BalasPadam
  7. Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.

    Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi).

    Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).

    Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri.

    Sementara kedudukannya dalam ‘jadual’ perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi.

    Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik kutip ulasan syeikh umar aziz @lge...x boleh laksana meh...halam utk melisia ini hudud

      Padam
  8. nampaknya hadi pun tak wala pada ketua...

    BalasPadam
  9. MP Bukit Bendera itu membangkit kes dimana di dalam pilihan raya umum yang lalu melibatkan satu kerusi parlimen dan enam kerusi DUN sebagai sebab mengapa masa depan pakatan pembangkang malap jika Hadi masih terus mengepalai PAS, untuk menguatkan dakwaannya.

    Kerusi Parlimen itu, beliau berkata, adalah Labuan manakala kerusi DUN ialah Sungai Acheh di Pulau Pinang, Kota Damansara di Selangor, Pantai di Johor dan Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir di Terengganu.

    Zairil berkata kesemua tujuh kerusi menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum dua tahun yang lalu, dan menyalahkan Hadi kerana telah meletakkan calon-calon PAS di saat-saat akhir, menyebabkan Barisan Nasional (BN) telah menang di semua kerusi itu.

    "Oleh itu, langkah PAS untuk bertanding semua tujuh kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh PKR adalah serupa dengan pengkhianatan yang jelas dilakukan dengan restu Hadi sebagai presiden parti.

    "Akhirnya, BN memenangi semua kerusi tersebut. Oleh itu, mangsa pengkhianatan bukan sahaja PKR dan PR, tetapi semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan politik."

    BalasPadam
  10. DAP UG UG UG UG UG UG


    www.malaysiakini.com/news/292925

    BalasPadam
  11. Jgn lah kita anggap semua yg Pas buat itu bodoh.semua yg Pkr dan Dap buat pandai dan bodoh.sebenarnya kita yg bodoh dan buta hati.

    BalasPadam
  12. Kena faham yg Hudud ni ada 2 perkara :
    1. Meletakkan pd tempatnya. Menjadikannya undang2
    2. Melaksanakannya.

    Yg hendak di buat itu ialah, Nombor 1 sahaja. Nombor 2 tu belom lagi... kena sediakan kefahaman kpd golongan pelaksana.. dan banyak lagi.

    Jadi skrg, hanya nak buat yg nombor 1 itu saja dahulu, bukan terus laksana, tapi mcm mana org2 Islam sendiri boleh menentang, kalau kafir mmg boleh di terima.

    BalasPadam
  13. nampaknya semua org nak jadi pakar. sampai pendapat ketua ulama sedunia pun nak di sanggah. baru tau dimsia ni ramai ulama terpendam yg lebih berilmu dari qardhawi.

    BalasPadam
  14. pkr xda pengikut sgt
    yg ada pengikut dap dan pas

    ikut bontot pas salah..
    ikut bontot dap salah..

    patut2 pas la jadi ketua.. pada semua

    semcm.umno.jadi ketua bn

    pas tahap jadi barua pakatan selama2nya saja..
    baru nak tunjuk kepala sang.kura2 kena ketuk.lg dgn pkr ng dap...

    yg xsanggup.nak.lihat ...nampak org sendiri jatuh..pkr pegi tolong pukui lagi..siap ckp kuat2 ini melayu xguna depan dap...

    tahap dewa sungguh barua macai sunggguh korang

    BalasPadam
  15. hudud tu cantik,sayang yg nak jalan kan hudud ni dari org2 pas yg memang dari dulu ramai yg jenis bodoh2 belaka

    BalasPadam
  16. Kawan2 Reformist_

    DAP dan PKR sudah khianat kpd perjuangan reformasi.

    Kita mesti keluar beramai2 Dari PKR. Selepas kita memecat PKR sebagaj parti kita.

    Pilihan kita:
    A. Kembali kpd UMNO dan membuat pembaharuan dari dalam
    B. Terus berjuang dlm rangka reformasi sebagai Ahli PAS.

    Sebaik2nya pilihan (A)/lebih tepat. Kalau mahu status quo sila jadi Ahli PAS sbg pilihan ke 2.

    BalasPadam
  17. Kalau berani dap ka pas ka pkr ka semua keluar pakatan. lepas tu lawan balik tengok negeri mana hangpa nak dapat pulak, silap2 gigit jari pukul kepala sendiri. padan muka. ha ha ha. tak da makna dah guna nama pakatan. rakyat ja berpakat masa demo jalanan tetapi pemimpin2 parti yilek berpakat. buat malu ja. bubar sekarang juga pakatan rakyat.....

    BalasPadam
  18. hudud memang bagus, tapi yang hendak menglaksananya kurang cerdik. pas dgn gabungan pr sepatutnya memerintah negara dulu baru bolih usulkan hukum hudud dgn tegas. bagi saya masa sekarang amat tidak sesuai usulkan hukum hudud kerana bn tidak akan menyokongnya walaupun umno berpura2 menyokong. umno sudah tahu mic, mca dan parti gabungan lain nya tidak akan sokong hudud. yang nampak jadi hero sekarang adalah umno. walaupun pkr, dap dan umno menyokong hudud anda rasa ianya bolih dilaksanakan kalau parti pemerintah iaitu bn tidak menyokong. apakah najib dan umno akan keluar meninggalkan bn. mampos hidup balik la. sebaiknya pr perlu menang dan perintah negara dulu, baru bolih laksana hudud. pas telah dipermainkan olih umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum lagi tadbir negara si daPIGS dan PKR ni dah tolak awal2 lagi hudud. Jangankan nak bincang ke bahas ke, belum apa2 lagi dah tolak. What makes you think bila dah berkuasa si daPIGS dan PKR ni nak terima hudud. Takan tak paham lagi kut. Kalau kita tak buat sekarang, bila lagi nak buat?

      Padam
  19. Semua sudah masuk perangkap Ameno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan dah kata. ..umno jugak disalahkan.

      Asri adnan ni mmg bahlol tahap musibat.

      Padam