Jumaat, 27 Mac 2015

HUDUD OH HUDUD - KERANA MU MAHFUZ DIHALAU DEWAN

SEBELUM ini aku dah tulis, jaga-jaga dengan amno kalau mahu berunding perkara-perkara yang melibatkan agama Islam.  Semua tahu amno bukan berjuang untuk Islam pun bahkan sejarah amno ini selalu kita lihat zalim dan tidak adil.  Zalim dan tidak adil ini dosa besar di dalam Islam.  Maka, hati-hati jika mahu harapkan amno untuk laksanakan Hudud.

Semalam, MP Pokok Sena YB Mahfuz dihalau keluar Dewan hanya mahu tahu Menteri jaga agama, Jamil Khir samada sokong atau tidak jika Hj Hadi bawa usul pindaan Enakmen Hukum Hudud Kelantan.  Jamil Khir punya belit, sampai Mahfuz naik berang dan gelar Jamil Khir bacul.  Maka, Mahfuz diarahkan keluar dewan.  Lihat, itulah amno.

Mahu buat hudud jangan berunding dengan perompak atau penyamun.  Biar lambat buat Hudud asalkan tidak dipermainkan dan dibuli.  Aku faham Mahfuz di dalam keadaan tertekan semalam, maklumlah PAS seperti dah putus hubungan dengan kawan dalam PR iaitu DAP hanya kerana Hudud ini.  Kawan sudah lari, hudud pula dipersendakan oleh amno yang diharapkan oleh PAS untuk bantu.  PAS tidak salah kerana tidak bijak di dalam percaturan politik bukan satu jenayah pun walaupun kesannya besar.

Bukankah tepat dikatakan, "Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran"?  

Pendapat aku, Hudud selama mana pun mesti dilaksanakan.  Mahu mudah, rampas Putrajaya dulu.  Hudud perlu ada kuasa, dan tidak cukup kuasa di Dun Negeri saja.  Apakah ada jaminan PR perintah Putrajaya Hudud akan dilaksanakan?  Jangan tanya yang belum dicuba, lihat yang di depan mata dulu.  Apakah amno yang sedang memerintah mahu hudud? 

16 ulasan:

  1. memang dok ada dalam kepala saya seperti mana yang tuan luahkan. Kerana tuang presideng and the geng, habis lingkup kena kencing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Din dgn yen uchop mmg dari spesis yg sama. Huruhara dapigs dgn pas, BN dan Umno yg disalahkan.

      Padam
    2. hudud oh hudud...krn mu ramai macai sudah keluar

      Padam
    3. DAP tidak akan mengambil bahagian dalam Himpunan #KitaLawan Sabtu ini. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak pernah mengarahkan ahlinya menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

      Himpunan #KitaLawan diadakan untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

      "Kami tidak terlibat dalam program tersebut. Kami bukanlah pihak penganjur. Butiran lanjut mengenai program tersebut juga kami tiada," kata Loke kepada The Star Online ketika dihubungi pada Jumaat.

      Padam
  2. apa kurangnye dengan engkau n the geng ? baru nak dibentang dah awal-awal lagi menentang

    BalasPadam
  3. Din kao makan patin lombong kerrrrr. Cakap mamai ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patin lombong masak budu bagi kat mat matang villa bamboo river okey jugak. Silap hb nama kao naik jadi calon DUN. Kao musti paham dia tu kao bodek ala kadar trussss dapat jawatan.

      So patin lombong 1kg budu 1 botol.

      Padam
  4. Berita penangkapan Rafizi Ramli sudah pun tersebar. Disebarkan sendiri oleh orang-orang Rafizi Ramli. Pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi lagi. Tetapi orang-orang Rafizi menyatakan Rafizi telah ditangkap di pejabatnya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atas tuduhan hasutan.Menurut PKR sendiri, beberapa nama bakal disenaraikan sebagai orang kena tuduh dalam tempoh yang terdekat ini. PDRM dilihat bergerak lebih tegas untuk berhadapan dengan puak-puak yang kuat menghasut dan menfitnah yang selama ini begitu bebas melakukan perbuatan tersebut.Golongan seperti Rafizi Ramli seharusnya diletakkan dan dikurung bersama-sama suspek jenayah berat yang melakukan pembunuhan kejam, rogol dan liwat. Mereka tidak harus dibezakan hanya kerana mereka menghasut dan menfitnah memandangkan jenayah yang mereka lakukan jauh lebih besar dan berat berbanding membunuh mahupun merogol dan meliwat.Layan penjenayah dengan penjenayah. Selagi dilayan lemah lembut seperti sekarang, mereka bukan sahaja pihak kepala, bahkan muka kita pun mereka injak-injak dengan telapak kaki!!!

    BalasPadam
  5. Hari ini, Mahfuz Omar diarahkan keluar Dewan apabila terus mendesak dan marah apabila pada 11 Mac dalam Majlis Raja-Raja, Kerajaan tidak membawa usul hudud ke dalam mesyuarat tersebut. Kata mereka, Kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO memungkiri janji dalam JawatanKuasa Teknikal Hudud.

    Baghal apa agaknya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS dalam kes ini?DUN Kelantan hanya luluskan Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan pada 19 Mac. Majlis Raja-Raja bermesyuarat pada 11 Mac.

    Bukankah sehingga 11 Mac, malah sampai sekarang pun, di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat sedang bercempera kerana tidak menyokong dan menentang hudud?Kenapa nak salahkan UMNO dan Kerajaan kerana tidak membawa usul hudud ke Majlis Raja-Raja dan mengamuk apabila mendapat tahu ianya tidak dibawa ke persidangan tersebut?Takkanlah UMNO yang mendahului PAS sedangkan yang benar-benar memperjuangkan isu hudud adalah PAS?

    Sepatutnya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS yang keluar Dewan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan bahawa isu hudud tidak dibawa dalam mesyuarat Raja-Raja, lebih sibukkan dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri yang sedang menentang Hudud dan PAS selain memastikan DAP akur dengan rancangan hudud PAS, bukannya menentang seperti sekarang.Lagipun, PAS adalah rakan sekutu DAP, bukannya rakan sekutu UMNO. Yang Mahfuz nak mengamuk tu pasai apa?

    Macam mana nak usulkan isu hudud dalam mesyuarat Raja-Raja pada 11 Mac sedangkan DUN Kelantan baru meluluskannya pada 19 Mac. Berselang 8 hari. Kalau berselang 8 jam pun,tak boleh mendahului, apatah lagi 8 hari.

    Sepatutnya selepas DUN, isu tersebut dibentangkan di Parlimen. Keputusan di Parlimen, barulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bukannya terbalik dan songsang sana sini.

    Mahfuz dan Ahli-Ahli Parlimen PAS ni cerdik ke tidak? Ke sebab kalut sangat nak cover penentangan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP, selain mahu menuduh UMNO menentang hudud untuk mudah dipersalahkan, walaupun pada 19 Mac, UMNO Kelantan telah terbukti menyokong dengan sokongan sebulat suara berbanding Husam Musa yang lari kononnya ke Turki tetapi setelah 'ditangkap' berceramah di PRK DUN Chempaka pada malamnya sehingga memaksa esoknya dia hadir sidang DUN?

    Nampak sangat kerja-kerja bodoh ini didalangi DAP yang cuba mengelak daripada dipersalahkan kerana menentang kuat hudud. Nampak sangat Ahli-Ahli Parlimen PAS itu cuba menyembunyikan pendalangan dan jenayah DAP terhadap hudud dengan cuba menjadikan UMNO dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja sebagai kambing hitam mereka.

    Dah boleh baca dah!!!

    Seperti biasa Din Patin dengan puak2 nya cuba spin seperti beliau ada di parliament waktu Mahpos diterajang keluar. Nah, diatasi cerita sebenarnya.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak2 fuckertan ikan patin ni sumer dah gila meroyan. Apa saja masalah yg timbul puak ni bilang salah umno. Sampai bini dah monopos pun salah umno jugak...hahaha! !!

      Padam
  6. DAP tidak akan mengambil bahagian dalam Himpunan #KitaLawan Sabtu ini. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak pernah mengarahkan ahlinya menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Himpunan #KitaLawan diadakan untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

    "Kami tidak terlibat dalam program tersebut. Kami bukanlah pihak penganjur. Butiran lanjut mengenai program tersebut juga kami tiada," kata Loke kepada The Star Online ketika dihubungi pada Jumaat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini enggan menyatakan pendirian parti itu berhubung tindakan DAP Sarawak menarik diri daripada kerjasama politik Pakatan Rakyat.

      Padam
    2. Kah kah kah PKR kena bully dgn DAP. Penakut nak kata apa2.
      Din, PKR makan patin lombong kerrrrr. Macam jantan kurang telor.sebiji.

      Padam
  7. Selalunya yang paling kalut hendak berdemo demi membebaskan Anwar Ibrahim adalah ahli-ahli keluarga Anwar Ibrahim membabitkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

    Memandangkan hari ini dikatakan himpunan terbesar yang akan memalukan Najib dan Rosmah serta Kerajaan Malaysia, sepatutnya ada ler kelibat Wan Azizah kalau tidak pun Nurul Izzah mahupun Nurul Nuha.

    Malangnya, #kitalawan yang tidak mampu menghimpunkan jumlah besar pendemonstrasi sepertimana yang dijangkakan, turut tidak memperlihatkan kelibat Wan Azizah, Nurul Izzah mahupun Nurul Nuha. Kalau ada pun yang menyalak, cumalah para peguam pro-Anwar Ibrahim seperti Latheefa Koya dan N.Surendran serta Eric Paulsen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak2 lendir fuckertan mmg anak haramjadah berdemo semalm smpai aku sangkut trafik jem dkt setgh jam smpai lewat majlis yg aku nk pergi!!

      Padam
    2. Ehhh....Azizah dan anak-anak dapat jemputan majlis walimatulurus anak Najib/Rosmah lah. Mereka kena lah siap berdandan. Itu pasal tak dapat join demo.

      Padam