Rabu, 26 Ogos 2015

MAHU TETAPKAN HUKUM HIMPUNAN BERSIH PUN LINTANG PUKANG, ULAMAK APAKAH INI?

SEMENJAK bila Himpunan BERSIH ini menjadi 'halal' kepada pengampu2 rejim?  Jika dulu yang sering mentakwilkan BERSIH ini 'haram' kerana penyebab huru-hara ini adalah dari kalangan rejim itu sendiri, tetapi sekarang berbeza.  Ada yang bergelar 'ulamak' pun mula termakan dakyah rejim ini.  Malang sungguh.

Hakikatnya bukan kerana 'hukum' berkaitan BERSIH itu 'halal atau haram', tetapi sebenarnya memang di hati sudah mula terasa 'sayang' kepada rejim dan bencinya kepada kumpulan yang selama ini pernah bersama mereka basah disembur air FRU dan pening termuntah akibat gas FRU.  Di kalangan mereka ini pun sebenarnya berbelah-bahagi tentang perlu atau tidak untuk mereka bangkit bersama-sama rakyat di dalam Himpunan BERSIH 4 nanti.

Sekejap menyebut himpunan ini akan menjadi penyebab huru-hara, dan dalam masa yang sama boleh pula menghantar wakil ke perhimpunan tersebut.  Dolak dalik tentang hukum inilah yang menjadikan imej mereka sebagau ulamak tercemar.  Tidak konsisten, berubah-ubah mengikut musim.  Jika benar bakal mencetuskan huru-hara, sepatutnya jangan benarkan hatta seorang pun terlibat.  Mengapa perlu ada wakil untuk 'menghuru-harakan' negara?

Usahlah cari berbagai alasan.  Alasan tarikh himpunan BERSIH4 pada 29 dan 30 ogos ini hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan, kononnya.  Semenjak bila mereka ini peka sangat dengan sambutan Hari Kebangsaan?  Peliknya, pada tarikh 30 Ogos itu, ada pula program yang mereka anjurkan.  Rakyat tidak bodoh untuk dipersendakan.  Alangkah baiknya berterus-terang saja dengan ahli-ahli kamu bahawa pihak kamu tidak lagi mahu berhimpun.  Buang masa.  Haram cetuskan huru-hara.  Cakap sajalah.  

Apapun yang kamu mahu lakukan dan apa jua alasan kamu, rakyat sudah tidak peduli.  Rakyat sudah jemu dengan perangai "U-Turn' tidak berkesudahan.  Ulamak sepatutnya konsisten bukan sering berdolak-dalik.  Mungkin satu provokasi untuk menunjukkan kehebatan puaknya.  Kalau betul hebat, baguslah.  Tapi jangan buat kenyataan yang memperbodohkan orang sehingga kehebatan kamu tidak lagi dihormati orang.  Sebab itu jangan pelik, dulunya orang muliakan kamu tetapi sekarang setiap hari menjadi bahan ketawa dan sendaan orang.  


31 ulasan:

  1. ularmak akhir zaman, fatwa dibuat berdasarkan pada keuntungan sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini yg tepat sumbernya

      👇👇

      Copypaste drpd shbt jbtn amal malaysia

      Cerita pasal BERSIH 4.0.. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat.. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata..

      Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0.. Bersih terdahulu Pas merupakan penganjur bersama.. PAS turut berperanan menentukan bentuk perhimpunan aman agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam dan juga tidak mencetus situasi yang keterlaluan.

      Namun pada bersih 4.. PAS tidak dilibatkan sebagai penganjur bersama.

      Justeru dasar PAS yang Islamik, PAS berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti yang boleh mengharu birukan keselamatan negara.

      Sudah lah PAS tidak dilibatkan sebagai penganjur bersama, mereka hanya meminta supaya PAS mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama dlm kebajikannya (Unit Amal) utk turun seramai mungkin.. Tindakan ini seolah memperkecilkan PAS dan tindakan mereka AJK BERSIH 4.0 ini dilihat hanya nak meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka. Mana mungkin..

      Pengalaman kami sendiri Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di dataran merdeka sememangnya menghasilkan ketidakpuasan hati ahli amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, malah terdapat mereka yang minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2.

      Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama nak dibuat dr 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36jam.. Tiada aktiviti yg khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas muslimat@perempuan dan muslimin@lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat..

      Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk yang memperjuangkan LGBT (ngo lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

      Sebelumnya Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit amal menjadi budak suruhan utk kerja2 yang terdapat elemen maksiat padanya..

      Padam
    2. Rekod baru Malaysia

      2juta org hadir di bersih !!!!

      Apa tunggu lagiiii jgn lepaskan peluang ini untuk guling secara demokratik

      Anda sebahagaian dari sejarah yg julung kali berlaku

      Padam
  2. Kami memerhati setiap tingkahlaku mereka dan kami akan hukum mereka dalam PRU 14 nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perhatikan juga tingkahlaku LGE yg halalkan arak dan babi berbanding Tn Guru Presiden kami yg haramkan arak dan babi..!

      Padam
    2. apakah yang haram itu arak dan babi sahaja... berjanji tidak ditepati juga haram, sifat ulama yg ada, bila dah diundi dan menjadi wakil rakyat, yang di utamakan bini lebih, kereta mewah,

      Padam
    3. Menate babi ni mari dah.
      Wan rosli babi.

      Padam
  3. Lebai Hadi dan saki baki kumpulan yg mahukan UG ni patut dibuang. Kerana merekalah PAS berpecah. Apakah perpecahan itu satu rahmat? Sepatutnya BARUA2 besar yg mahukan UG ini dihukum dan dibuang. Lebai Hadi mendakwa PAS adalah abang2 pada PKR dan DAP. Tetapi abg yg menjadi huru hara.

    Sorry dan selamat tinggal PAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ..... INGAT !!!! jangan percaya janji-janji PAS.

      Padam
  4. Memang satu rahmat kalau dapat mengeluarkan ahli2 yg lebih sygkan LGE dan LKS (yg menghalalkan babi dan arak) lebih drpd presiden sendiri (yg mengharamkan babi dan arak)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang mengharamkan babi dan arak bukan presiden kamu. Tuhan yang haramkan. Kamu kata presiden yang haramkan..

      Padam
    2. Apa salah DAP .... tak pernah rasuah .... tak pernah cakap berbelit-belit / khianat macam PAS .... kini PAS jadi penyokong kuat kepada kezaliman terhadap rakyat !

      Padam
    3. Oii bangang,hang baca tak temubual tunku aziz yg keluar dari dap.kalau baca cuba faham betul2 siapa dia lge dua beranak dan dap.

      Padam
    4. Oii bangang,hang baca tak temubual tunku aziz yg keluar dari dap.kalau baca cuba faham betul2 siapa dia lge dua beranak dan dap.

      Padam
    5. Oii bangang,hang baca tak temubual tunku aziz yg keluar dari dap.kalau baca cuba faham betul2 siapa dia lge dua beranak dan dap.

      Padam
    6. http://www.ibnuhasyim.com/2015/08/selami-pemikiran-seorang-bekas-pemimpin.html

      Bekas DAP pasal rasuah DAP dan PKR..

      Padam
  5. Memang benar sikap tuan presiden... seolah2 dia abg long atau abg besar... mana fitrah manusia di bawanya.. kerusi perlimen 21 kerusi nak jadi abg besar dan kata pemutus dlm PR..

    BalasPadam
  6. http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=25975

    Gereja janji bantu Bersih 4.0

    BalasPadam
  7. Gereja Sedia Beri Perlindungan Kepada Peserta BERSIH 4.0
    Posted on Wednesday, August 26 @ 18:00:00 MYT
    Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


    Analisis Isu

    Sekurang-kurang tiga gereja bersedia untuk membantu dan memberi perlindungan kepada para peserta BERSIH 4.0, lapor projek dialog.

    “Sekiranya apa-apa terjadi, gereja Katolik berikut terbuka untuk membantu: St John Cathedral – Bukit Nanas, Gereja St Anthony – Pudu dan Gereja Fatimah – Brickfields,”lapornya.
    Sebelum ini, Helen Ang menulis berkenaan kempen masyarakat Kristian, terutamanya evangelistas, bergerak untuk protes jalanan Bersih 4.0.
    Kolumnis Malaysiakini KJ John – bawah – menggesa pembaca portal itu bahawa 29-30 Ogos adalah “masa untuk berjalan”.


    KJ John adalah seorang aktivis evangelis yang dirakamkan bergambar dengan aktivis-aktivis DAP dalam National Evangelical Christian Fellowship (NECF).


    Kelihatan dalam foto itu adalah Hannah Yeoh, ADUN DAP Subang Jaya; Dr Cheah Wing Yin, ADUN DAP Damansara Utama; Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh; Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP; Rev Wah Wong Kim Kong, Setiausaha Umum Evangelical Christian Fellowship (NECF); Dr KJ John, Pengarah Eksekutif Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) dan Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara.
    Seorang lagi aktivis evangelis adalah Rama Ramanathan yang mempunyai kolum di The Malaysian Insider.
    “Beberapa hari sebelum itu (5 Ogos), Rama disiarkan dalam TMI berkata BERSIH 4.0 adalah “perhimpunan rakyat … [di mana] kita boleh mengundi dengan kaki kita untuk integriti dan pembaharuan institusi dalam negara kita”.
    “Secara berasingan, berkaitan dengan sokongan harapan baharu pro Kristian, Rama berkata matlamat negara yang ditaja oleh Islam dan PAS di Malaysia nampaknya lebih memihak kepada penindasan rakyat ala Arab Saudi..”
    “Beliau juga mendedahkan bahawa ‘kebanyakan’ – dari kumpulan kawan-kawannya, menganggap PAS sebagai “Islamis” dan Umno adalah “perkauman” – (mereka) memberi harapan kepada Gerakan Harapan Baru’.


    Kelihatan dalam gambar di atas, aktivis NECF, Rev Wah Wong Kim Kong di barisan utama berdiri teguh di belakang Pengerusi BERSIH 4.0 Maria Chin Abdullah.

    AMACAM BROS.. TAK RETI2 LAGI KE NAK FAHAM... huhuhuhu..

    BalasPadam
  8. Dalam Quran, setiap pemimpin adalah amanah rakyat tidak kira apa jenis pangkat. Kalau pemimpin amanah kita sokong penuh. Kalau pemimpin tidak amanah kita mesti perbetulkan keadaan.

    Untuk lebih mudah memahami perjuangan untuk rakyat sila lihat khazanah filem dunia Melayu kita sendiri :

    1. https://www.youtube.com/watch?v=eCgCIpPNOZo

    2. https://www.youtube.com/watch?v=X8yMYJ7CO9c

    3. https://www.youtube.com/watch?v=BddCXJwHswA

    4. https://www.youtube.com/watch?v=lIyl0ToTNUQ

    Mata pena, skrip, filem dsb boleh menyedrkan rakyat.

    BalasPadam
  9. Kalau geteja nak tolong apa salahnya. Dia bukan paksa atau ajaq peserta masuk kristian. Apala punya bongok punya PAS. Dah sebijik perangai mcm umno.

    BalasPadam
  10. Bila otak dah berfikiran mcam umno maka tindakkannya pun sebijik mcm umno
    BODOH PUNYA LEBAI HADI

    BalasPadam
  11. Tahniah!! Sahlah kini bahawa gereja yg anti hudud sudah mula menyokong Bersih 4 anjuran bersana GHB.. mujurlah PAS tidak terlibat.. kerana ini akan jadi konflik.. satu pihak menghalalkan arak dan babi manakala satu pihak lagi mengharamkan arak dan babi!

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Yannei dei thamby cit cit poooraaah !........... kami dari parti Ameena Curry son of MIC, anak saudara of PPP and kawan punya kawan punya saudara of IPF sanggup menjadi macai dan balaci Dap. Oleh itu restu dpd tuan guru LKS dan LGE sangat kami cari2 dan kami sanggup membuat fitnah dan tohmahan demi survival politik kami dan sekiranya kami disaman kami akan pohon maaf utk selesaikan masalah sbgmana yg dilakukan oleh mentor kami Saifuddin Nasution.......Dusyum ! Dusyum ! PKR Parti Kelentong Rakyat = GHB Geng Hipokrit Barua = sama2 Kaki Auta ! Here comes Ameena Curry party's song : Kici kici lembu jaga , sudah besar kaki Auta , sudah pencen (kalah pemilihan) jadi Barua , Satu pistol peluru tak da ! ............. kah kah kah puak2 GHB mana ada telur ............... sampai sekarang masih tak nak letak jawatan walaupun jadi pengkhianat dan bencikan PAS ! Adakah patut blogger Abuya Albuaya AlHusyeen dok heboh satu Malaya video Mat Sabu bagitau DAP tak anti Islam tapi sayang Islam sbb peruntuk wang jutaan ringgit utk Islam di Penang. Awat hang ingat duit mak bapak dia ka atau duit toooookkkmu ka AlHusyeen dan Mat Sabu ooooooiiiiii ! Hanya mat bahlol ukur sayang kpd Islam dgn nilai wang ringgit ! Kalau ikut sumbangan wang .......... negara Amerika banyak sumbang jutaan malah billion dollar kpd negara2 Islam spt Mesir dsbnya. Apakah US sayang kpd Islam ? Tidak ! Tapi kerana negara tersebut sanggup jadi boneka dan Pak Turut US !

    BalasPadam
  15. Kah kah kah GHB geng haru biru semakin terdesak setelah gagal dlm pemilihan Pas depa cuba pula nak hijack parti KITA tapi ditolak ahli KITA dan laporan polis telah dibuat ...........oooooiiii muka tak malu pi mana2 pun org reject .......... senang cerita pakat2 masuk DAP lah !

    BalasPadam
  16. Kah kah kah geng macai terdesak guna gambar arwah tgna pas tu bagitau wajib hadir demo bersih 4 .............. aku risau nanti dia kata wajib pula hadir untuk pesta arak dan langgan pelacur sbg aktiviti sampingan bersih 4 ngeh3 ............tak gitu tuan guru greenboc @ ulamak DAP

    BalasPadam
  17. kah kah kah...wan rosli bingai sibuk nak cerita hadi pas kat sini...sudah la wei...orang tak jemput, sibuk nak hantar wakil jugak...lepas tu bila dah diberitahu tak dijemput mula la kata gereja sokong la lgbt la apa barang lagi la...dulu hadi turun bersih jugak...dia pon sokong gereja ngan lgbt jugak la kan?

    BalasPadam
  18. Baguslah kalau dah mengaku ada aktiviti LGBT dan sokongan Gereja yg pastinya anti hudud.. kami org islam takkan sokong aktiviti LGBT.. tak tahu lah plk pasal islam acuan DAP.. mereka hadir ke tak?

    BalasPadam