Selasa, 25 Ogos 2015

MP KEADILAN PATUT SOKONG UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NAJIB DENGAN SYARAT.....

AKU setuju bahawa semua MP dari KEADILAN turut sama menyokong usul undi tidak percaya kepada Najib selaku PM.  Menurunkan Najib selaku PM melalui Parlimen bukan satu jenayah, dalilnya apa yang berlaku di Dun Perak sewaktu kerajaan PR Perak di bawah Nizar dijatuhkan, itu pun bukan melalui Dun hanya sekadar kutip tandatangan sahaja.

Kali ini di Parlimen.  Kalau menurunkan seseorang PM atau MB melalui undi tidak percaya adalah satu jenayah, maka kerajaan PR Perak perlulah dikembalikan semula.  Mana mungkin kerajaan yang jatuh hasil dari kerja jenayah boleh diteruskan sehingga kini.  

Menurunkan Najib bukan bererti menyokong Muhyyiddin atau mana-mana individu di dalam Umno untuk menjadi PM.  Itu soal kedua.  Apa yang wajib dilakukan adalah jangan biarkan pemimpin yang merugikan rakyat dan zalim dari terus mentadbir negara ini.  Ada orang kata, biarlah Najib terus jadi PM sehingga PRU 14 akan datang kerana ianya satu 'rahmat' kononnya buat Pembangkang.  Najib lemah dan teramat teruk maka mengekalkan Najib sehingga PRU 14 akan datang menguntungkan Pembangkang, itu kata mereka.  

Tahukah mereka berapa tahun lagi untuk PRU 14?  Apakah sepanjang tempuh tersebut kita ada jaminan Najib tidak bertambah teruk?  Apa akan jadi pada negara dalam tempuh tersebut?  Dan, andainya kita menang PRU14 akan datang kerana teruknya Najib ini, apakah kita sedar kerajaan baru bawah PR akan mewarisi sebuah negara yang 'bankrap'?  Apa untungnya pada rakyat waktu itu?  Berapa lama lagi rakyat mahu tunggu kerajaan baru ini akan memulihkan negara yang dirosakkan oleh Najib?  Sudah tentu banyak manifesto kita tidak mampu dilaksanakan waktu itu kerana negara kehabisan wang.  Itu pun jika sistem pilihanraya kita adil dan jentera kerajaan serta SPR tidak ditekan oleh Najib.

Sehubungan itu, kita tiada masa lagi.  Peluang terbaik adalah turunkan Najib secepat mungkin melalui cara demokrasi yang sah iaitu undi tidak percaya kepadanya.  Namun, kita wajib letakkan syarat untuk membuat keputusan penting ini.  Jika mahu bersama mereka untuk melakukan undi tidak percaya kepada Najib, tentukan jaminan bahawa Anwar dibebaskan.  Kita bukan mahu jaminan Anwar menjadi PM menggantikan Najib tetapi kita mahu Anwar bebas dari kezaliman.  Apa ertinya kita turunkan Najib atas sebab salah lakunya dan kezalimannya, sedangkan selepas beliau turun Anwar terus dizalimi.  Itu bukan tindakan bijak.

Maka, syarat bebaskan Anwar adalah releven.  Jika syarat itu tidak dipenuhi, lupakan saja untuk mengundi tidak percaya pada Najib.  Kita tidak mahu merasa selesa jika Najib turun sedangkan Anwar terus derita di balik tirai besi penjara Sg Buluh.  Bebaskan Anwar dan beliau akan dapat bersama kita meneruskan perjuangan.  Pedulikan siapa PM waktu itu dan kita teruskan kerja kita.  

Ya, Najib turun bukan jaminan Umno turut turun dan sistem berubah.  Tetapi kita mengambil kaedah bahawa  memiluh yang kurang risiko dari yang terbukti berisiko. 


2 ulasan:

  1. Setuju 100%, kita kena jatuhkan najib dulu. Jika tidak negara akan jatuh bangkrup & rakyat jadi mangsa. najib akan terus gunakan kuasa utk menang PRU14 dgn cara tipu, adakah kita rela ditipu berkali-kali hingga kiamat oleh umno?

    Pemimpin umno yg bangsat bukan org melayu.

    BalasPadam
  2. Apa jaminan dgn menurunkan Najib, UMNO tidak menipu pd PRU nanti

    BalasPadam