Rabu, 27 Februari 2019

KENAPA ANWAR SUDAH MULA AGRESIF TERHADAP PAS?

ANWAR MULA SERANG PAS KERANA PAS SUDAH MELAMPAU MENFITNAHNYA 
 


Sebelum ini amat susah kita melihat Anwar menyerang Pas walaupun hubungan Keadilan dengan Pas dah lama renggang kemudiannya putus. Walaupun di kalangan pimpinan Pas ramai yang menyerang Anwar, lekehkan dia dan merendah2kan isterinya, Wan Azizah, namun Anwar tetap bersabar.

Sewaktu PR bergolak dan Pas tarik diri dari PR, sewaktu awal PH mahu ditubuhkan, Anwar dari tembok penjara Sg Buluh masih berusaha agar Keadilan dan PH dapat memujuk dan membawa Pas bersama ke dalam PH. Begitulah sayangnya Anwar kepada Pas.

Tetapi mengapa sekarang nada Anwar kepada Pas berbeza? Tidak lain tidak bukan kerana Pas semakin melampau terhadapnya. Anwar adalah di antara tokoh utama dan faktor penting di dalam menaikkan Tun M sebagai PM selepas PH menang PRU14. PH tidak mungkin dapat membuat keputusan untuk mengangkat Tun M sebagai PM sekiranya Anwar tidak setuju. Anwar setuju untuk terima Tun M sebagai PM kerana beliau yakin Tun M sekarang bukan lagi Tun M dahulu yang beliau tentang. Tun M dahulu adalah Tun M yang berada dalam Umno. Tun M sekarang adalah Tun M yang menentang Umno sehingga Umno rebah ke bumi. Maka, sokongan Anwar kepada Tun M memang wajar dan tepat.

Mengapa Pas cuba menjadi batu api untuk memecahkan kesatuan kedua2 tokoh hebat ini? Tuduhan Pas bahawa Anwar merancang untuk menggulingkan Tun M adalah satu fitnah jahat yang tidak masuk akal langsung. Politik Pas yang menghalalkan fitnah demi parti mungkin pada mereka "halal" sebagaimana menipu.

Sebab itu Anwar tidak lagi boleh bersabar dengan Pas. Anwar mesti melawan Pas kerana Pas cuba untuk melemahkan PH. Hadi silap orang untuk berdepan dengan Anwar. Hadi tidak lah bijak untuk menipu Tun M dan Anwar. Hadi hanya boleh menipu dan tertipu dengan Umno sahaja.

Sila jawab pertanyaan apa yang Anwar katakan di bawah ini. Anwar tidak akan bertanya kalau Anwar tidak tahu jawapan sebenarnya. Cuma Anwar hanya mahu lihat sejauh mana Hadi mahu menipu lagi?

  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Presiden PKR hari ini mendesak PAS memberi penjelasan sama ada penyelesaian kes mahkamah di antara Abdul Hadi Awang dan editor Sarawak Report turut melibatkan bayaran lebih RM1 juta.

Anwar Ibrahim berkata wujud kenyataan tidak sekata di antara Abdul Hadi dan Clare Clare Rewcastle-Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah saman tersebut.

"Saya nak tanya dan dapat kepastian, apakah ada bayaran yang diberi pada Clare dari pas? Lebih daripada RM1juta, boleh tak disahkan?" katanya pada sidang media selepas memberikan ucapan di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang./MKINI

22 ulasan:

  1. Cara Anwar menyerang pun cara yang baik.

    Selain memberi peluang kepada PAS untuk mempertahankan maruah, Anwar tidak membuat kenyataan melulu dengan mendakwa pemimpin PAS sudah pandai menipu dan berbohong.

    Tapi benarkah Claire telah memberitahu Anwar mengenai pembayaran tersebut sepertimana yang di akui oleh Anwar ? PAS tersepit. Jika PAS yakin tidak seperti yang di nyatakan oleh Anwar, PAS tidak boleh kata Anwar berbohong kerana se baik saja PAS mengatakan Claire tidak akan memberi tahu apa apa pada Anwar, Claire akan buat kenyataan berapa yang di bayar oleh PAS dengan tujuan untuk memberi gambaran yang Anwar telah membuat satu penipuan.

    Yang di tuju Anwar.... Yang kuyup lercun PAS.


    Untuk melemahkan UMNO ini lah masa yang sesuai dengan untuk meleyapkan kuasa PAS.

    Waallahhuaklam

    BalasPadam

  2. Kasi cekmate je pada PAS ini.

    BalasPadam
  3. Semua orang melayu yg bencikan penyangak umno rasuah dan lebai pas memperkudakan agama WAJIB tentang mrk habis2an. Asalkan bukan umpas

    BalasPadam
  4. Masaalahnya ada musuh dalam selimut dalam PH yang mempunyai grand design mengkudakan PAS supaya jadi agen provacateur PH pecah.

    Meeting pertama PAS dgn TDM dihadiri Hadi dan broker2 PAS Nordin Salleh dan Mustafa Ali diatur melalui SetPol PM ABY, geng Perkasa antiAnwar.

    Tak hairan meeting kedua pun diatur sama. PAS terus buat statement sokong TDM 5 tahun PM dan akan undi TDM bila ada usul undi tak percaya oleh 2 Parti komponen PH spt yg diberitahu TDM kpd PAS. Masa yang sama VP Bersatu exSPR jugak orang kuat Perkasa antiAnwar sekali lagi bersuara sokong usul TDM PM 5 tahun.

    Tidak hairan lah musuh2 dalam selimut PH ini ingin sangat membatalkan konsensus PH mengenai interim PM dan PAS jugak memang tidak pernah menyembunyikan sikap antiAnwar dari dalam PR dulu lagi, berselingkuh?

    Semuanya di tangan TDM dan Majlis Presiden PH utk menangani konsensus PH. Musuh dalam selimut dan luar selimut akan sentiasa berkerja keras utk pecah kan PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini hanya kenyataan budak giler isim dari Sabah Jufazli........!!!

      Padam
  5. Punca masalah parti ehem-ehem ialah batang tubuh mamat presideng tu sendiri...
    Dah bnyk kali mamat presideng tu berlebong tp krn dia dipuja bagai oleh walaun-walauntit....dia masih lagi boleh bernafas di kerusi presideng. Tapi parti ehem-ehem tu makin hari makin susah bernafas angkara lebongan mamat presideng yg diketahui orang ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS & UMNO tinggal sisa-sisa hidup saja,,bakal dibubar......!!!

      Padam
  6. Harapan saya agar anwar berhati2. Tun m pm, dia ada kuasa. Mp2 ppbm yg disekeliling tun semua mereka musuh anwar. Mereka akan pastikan jwtn pm bukan milik anwar. Sekali diungkit isu "pesalah liwat yg hanya diampunkan saja ",,anwar akan rebah ke bumi. Aku dengar khabar, liwat 3.0 akan muncul....

    BalasPadam

  7. Insyaallah Anwar akan jadi PM.

    Selain dari Anwar, bereti menempah kesusahan.

    Mahathir selamat kerana Anwar tak kacau Mahathir. Jika Mahathir ingin meletakkan negara di tempat yang sepatutnya maka letak lah Anwar sebagai PM.

    Kebijaksanaan Mahathir tidak mampu menandingi Keadilan Allah Swt.

    BalasPadam
  8. Satu saja aku tak suka pemimpin parti ehem-ehem ni. Gelama ikan todak siakap senohong, dah ambik dedak nak cakap bohong...

    BalasPadam
  9. Yg rahsia2 sangat masa nak selesai luar mahkamah tu kenapa? Mesti ada benda besar atau persetujuan tak betul yg nak disembunyikan drp pengetahuan ahli dan orang ramai. Betul tak? Agaknya rahsia tu kalau didedahkan siapakah yg akan malu? Clare atau Hadi? Pening aku memikirkannya.

    BalasPadam
  10. Betul. Anwar ni sabor orangnya. Tapi kalau orang dah pijak kepala, nak sabor mcm mna lagi?

    BalasPadam
  11. Kalu mulut tu mulut puaka, jual fitnah sana sini, memang patut pun nuar buat pendedahan.

    BalasPadam
  12. Mana satu yang paling Allah suka..

    Solat hajat Anwar tak dapat jadi PM atau Solat Hajat Hujan turun pada musim kemarau ?

    Masa Mahathir memerintah berapa banyak solat hajat.... Alih-alih dua kali jadi PM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn pula kita lupa lebai pas doa kehancuran kerajaan ahzab PH diselangor padahal masa tu ada 3 ekor pas kesayangan azmin yg jadi exco.

      Padam
    2. Solat Hajat dan doa laknat ulama PAS selalu akan makbul tetapi pada parti sendiri atau parti sekutunya.

      ALLAH MAHA ADIL & MAHA PEMBALAS.

      Padam
    3. Mu ni gila, cuba cakap siapa dalam pas yg mngaku dia lebai, lebai gelaran untuk org2 yg alim. Berhentilah mnghina perkataan lebai mereka pmimpin politik takde kaitan dgn lebai, org islam jenis apa yg tak jaga agama sendiri bodoh

      Padam
    4. Memang pun Lebai PAS adalah contoh umat Islam yang hina agama sendiri. Hina ajaran Nabi SAW. Hina Allah.

      Ada ke Lebai PAS ajar bohong syarie dan fitnah syarie dibenarkan sebab nak tutup rahsia ambil duit haram UMNO? Punoh agama ikut nafsu serakah Lebai PAS. Celaka betul.

      Padam
  13. kita dh nampak bahawa jika parti yg mengguna jenama islam jadi jahat, mereka akan lebih jahat dpd org lain. contoh terbaik ISIS. tk sokong mereka dianggap tk sokong islam. penyokong yg bodoh pun angguk dan tawadhuk kunun islam asyik ditentang. kunun mereka golongan terpiggir yg dirahmati Allah. mereka sebenar adalah golongan terpinggir yg dangkal dan berfikrah khawarij.

    kita lihat sekarang pas lebih jahat dpd umno. umno belajar jadi Tuhan dpd pas bila si satim kata dun Selangor PH ramai mati kerana peringatan Allah. mungkin satim takkan mati selama2nya atau umur ratusan tahun mcm jin afraid.

    lihat kes batal ceramah DUKE dan PU Rahmat di Johor. begitu kotor pas sekarang bila kwan dgn umno. ternyata sumber yg haram akan gelapkan hati manusia tk kira serban atau janggut.

    sekali mereka buat jahat maka mereka akan lebih jahat lagi. mereka seolah dh sain mati utk dunia semata2.

    segala fitnah rasuah telah disyarie kan. maki hamun takfiri halal bagi mereka. org bukan islam difitnah kunun demi pejuangan islam. kepala bapak apakah ajaran mcm ini?

    niat sebenar mereka adalah kerana pemimpin mereka takut masuk penjara. maka dikerah penyokong bodoh seolah2 buat apa saja asalkan jatuhkan kerajaan PH dgn harapan nk buat pru semula. kalau blh penyokong buatlah rusuhan dsb atas nama membela melayu dan islam.

    pemimpin mereka amat takut masuk penjara walau sehari pun. mereka tk minat dh nk mimpi jumpa Saidina Omar rdh dalam penjara mcm mokhtar senik.

    dap dijadikan kambing hitam ditakut2kan penyokong lbh dpd Tuhan lagi. dh suka fitnah dan tipu, bermakna tak takut Tuhan lah tu.

    dap difitnah rompak duit TH sedangkan perompak sebenar dibela. amat jahat golongan agama bila berpolitik utk dunia. mereka lebih keji dpd haiwan melata yg mencari makan tanpa rasuah.

    umno kini juga sudah disunatkan dan dah masuk jawi. dulu kafir dan sekular. walhal umno sama saja dari dulu malah lebih teruk dizaman najib, tp mereka dh disucikan oleh parti yg menunggang agama. umno sudah mualaf.

    mereka menjadi syaitan yg cuba melaga2kan antara 2 pemimpin yg sudah berbaik2. si lobai hasut tun m kunun ada ura2 anwar nk undi tak percaya. tun m bukan bodoh maka dia nk tengok siapa betul siapa bohong. kalau betul ada undi tk percaya dia nk tgk betul ke pas sokong dia. kalau takde, sahlah lobai penipu besar berserban.

    dan anwar yg difitnah pas perlu membela diri. sebb lobai dh melampau. selama ini anwar tk kacau pas pun tp sebb dh makin jahat maka anwar juga diganggu.

    rakyat hendaklah tolak pasumno parti perkauman dan taksub khawarij. 2 golongan yg akan jahanamkan negara ini. bolehkah negara ini tertegak dgn meminggir dan memusuhi bukan islam? pasuumno juga bela klu bukan islam sokong mereka. tp bagi pihak PH mereka kata kita ditunggangi kafir.

    di barat byk gereja jadi masjid tp di sini nampak salib pun dh boleh mcm nk jadi perang salib. itu hanya dimulut lobai saja, dibelakang mereka sekongkol dgn sapa pun asalkan dapat dunia. mereka sanggup geng kafir musuh islam utk dapat kuasa atas retorik nk tegakkan islam.

    apa bukti? ini buktinya.. sejak bila CIA dh bersunat dn nk tegakkan islam? sila pentaksub pas jawab.


    pemimpin

    BalasPadam
  14. Pendokong parti PAS paling senang kena tipu.

    BalasPadam
  15. Ki ki ki ki..sapa yg kena tipu sebenar nya nii..minda tu buka sikit..ahli pas kena tipu...atau korang yg kena kencing dengan aban non...ki ki ki...
    Abang non kaki putar alam..korang nk percaya...
    Hari ni tubuh kera jaan..esok munyak turun...ki ki ki
    Hari ni tubuh kera jaan..esok sata kasi settle masalah kg.buah pala..kalau tak..jangan pangil saya anwar ibrahim..
    Ki ki ki..sekarang aku tknak pangil ko anwar..aku nk panggil ko kaki liwat..

    BalasPadam
  16. Ketika anwar terkontang kanting dihalau tun drp umno siapa yg pungut dia.pas dan pemimpinnya.reformasi gerakan menentang bn tun dibantu ramai ahli pas.dimana dap ketika itu.munculnya keadilan bermata dajal jugak dibantu pas dgn menyediakan pentas dan memberi kerusi utk bertanding. Besar sungguh jasa pas kpd anwar.orang mcm anwar tak akan selamat didunia dan akhirat.

    BalasPadam