Jumaat, 8 Mac 2019

KENAPA UMNO DAN PAS TAKUT ANWAR JADI PM ?

 
 
Baru2 ni Pas umum akan sokong Tun M, tapi akan tetap lawan PH. Hari ini Umno pulak kata akan sokong Tun M, tapi tetap akan lawan PH. Apa helah mereka? Mereka ingat mereka cerdik sangat? Haha...

Helahnya tidak lain tidak bukan adalah untuk menarik perhatian Tun M agar melanggar perjanjian di dalam PH bagi menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.

Mereka tahu pengaruh dan aura Anwar di negara ini bahkan di luar negara terutamanya di negara2 Islam. Kalau Anwar jadi PM, jangka hayat Umno akan berakhir, begitu juga dengan Pas dan kedua2nya akan dikuburkan di dalam satu liang lahad. Itu yang mereka bimbang.

Kalau Anwar jadi PM, Umno tidak lagi ada modal untuk memainkan isu perkauman kerana Anwar mempunyai sejarah perjuangannya yang hebat sewaktu di zaman pelajar lagi untuk membela nasib orang2 Melayu. Beliau mengetuai demontrasi Baling dahulu bagi membela nasib orang2 Melayu terutamanya petani.

Pas pula akan terkemut2 mencari modal agama kerana Anwar juga dikenali sebagai pemimpin berjiwa Islam walaupun dia bukan Ulamak. Kalau di Turki ada Tayyeb Erdogan, di negara ini ada Anwar Ibrahim. Di Marang ada Ayatollah. Semua tahu sewaktu Anwar dibawa masuk ke dalam Umno dan kerajaan di zaman Tun M, kerajaan mula meperkenalkan dasar Penerapan Nilai2 Islam dan Masyarakat Madani. Penubuhan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful Islam, serta banyak lagi dasar yang menjurus ke arah Islamik dilaksanakan. Sewaktu Anwar menjadi Menteri Pelajaran, semua pelajar lelaki dan wanita dibenarkan menutup aurat.

Bayangkan jika insan ini menjadi PM. Apa lagi modal Umno dan Pas? Pas akan kembali bermain dengan isu Hudud dan mahu tidak mahu, Umno akan menyokong Hudud. Itulah modal yang Pas ada nanti.

25 ulasan:

  1. Kemaruk nak jadi pm ni sangat bahaya. DAP bantu anwar, dek budi termakan, ada imbalannya. Bukan saja2 dap bantu, tak caya tanya sabu. Banyak maklumat tentera ada pada dap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tok hadi tak kemaruk?

      Padam
    2. Hadi kemaruk nak musuh Pas jadi PM.

      Padam
    3. Bukankah pas kata umno kafir. Umno kata pas sesat. Dlm syarii... kedua puak ni masuk neraka

      Padam
  2. Anda berfahaman sempit tentang PAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang berfikiran luas pemimpin2 pas. Bohong syar'ie katanya

      Padam
    2. Tinggi sangat ilmu hadi.bohongnye dibenarkan.bohong org lain berdosa.perlu belajar agama tahap apa utk smpai tahap begitu?

      Padam
    3. Bukan setakat dibenarkan. WAJIB BOHONG kata agama baru Hadi. Maksudnya bohong dapat pahala dan berkata benar pula berdosa.

      Padam
    4. Sapa ambik duit rasuah umno, perut dia akan membusung

      Padam
  3. Itu bukan fahaman sempit .. itu pemikiran jahilliah. Sebelum kedatangan.Islam !!

    BalasPadam
  4. abang NOn takut kempunan jadi PM jadi bawa usul undi tak percaya keatas Tun Mader...abang NON yang kemaruk kuasa.ini semua abang non aljuburi tak sabar-sabar nak jadi PM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Molek sungguh bahasa ajaran ibu dan bapa kamu.

      Padam
    2. Ajaran penganut agama baru Hadi maki hamun syarie.
      Bohong syarie.
      Fitnah syarie.
      Ubah wang haram syarie.
      Makan kawan sendiri syarie.
      Ambil duit Umno berjemaah.
      Tipu ahli sendiri syarie.
      Kapir pun sudah syarie kalau masuk MCA dan MIC.

      Padam
    3. Biasa la. Bahasa orang parti ehem ehem ni memang mcm tu. Lebih kurang aje dgn bahasa presiden dia. Kita doakan bior mulut dia sumbing. Amin

      Padam
    4. Pakaian di badan dah elok ikut sunah nabi. Tapi bahasa di mulut buruk. Membohong, memfitnah, mengafir, memaki jauh sangat dari sunah nabi.

      Padam

  5. Pemimpin UMNO tahu Mahathir ada kelemahan juga sebagai manusia. Ketepikan PAS sebab yang jumpa Mahathir dulu adalah pemimpin UMNO bukan PAS.

    PAS bukan hebat mana pun dalam politik.

    Pemimpin UMNO bukan sekadar minta nyawa atau minta kesian atau minta nasihat . .... dalam pada itu juga mereka membaca pendirian Mahathir dan kekuatan Mahathir untuk menundukkan nafsu untuk melepaskan jawatan PM. Pemimpin UMNO nampak Mahathir yang telah berpuluh tahun berkuasa seolah-olah teragak-agak untuk memberi giliran kepada Anwar.

    Peluang yang sedikit ini lah di gunakan oleh UMNO untuk menokok nambah lagi atau lebih tepat sebenar nya menghasut supaya Mahathir jadi PM lebih lama kalau tidak pun biar lah lebih dari dua tahun.. Kalau tidak se penggal .

    Rancangan UMNO mungkin akan berjaya. Dan jika Mahathir sekali lagi termakan hasutan pun Mahathir akan kekal selama se penggal. Perancangan Allah jua yang akhir nya akan di ketahui tetap kepada kebenaran.

    Mahathir telah merasakan nya lebih dulu dari UMNO betapa azab nya terpaksa mengundur kan diri dengan cara begitu. Cuma UMNO yang telah di timpa petaka tidak sedar akan janji Allah.

    Sepatutnya ketakutan UMNO dan PAS sekiranya Anwar jadi PM di gunakan oleh Mahathir untuk menyelamatkan rakyat dari kerakusan politik UMNO dan PAS dengan memberi jawatan PM pada Anwar dengan se cepat mungkin..



    BalasPadam
  6. Entahlah... Dulu hadi jugak kata. Makan gulai daging suci kalu diletak seketul daging babi dlm satu kawah semua jadi haram? Jadi sekarang kenapa hadi sendiri makan gulai tu? Adakah hukum itu sudah ditarik balik oleh hadi? Bila pulak tu? ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadi tu con artist , con man , snake oil salesman.
      Putar belit hebat !

      Padam
  7. Jangan suka nak mengkafirkan orang. Mungkin satu hari nanti kalau Allah nak tunjuk, dengan orang yg pernah dikafirkan itulah kita berpeluk, tidur sebantal dan makan sepinggan, malah berimamkan solat orang yg pernah kita kafirkan itu. Contoh jelas sudah dapat kita lihat sekarang.

    BalasPadam
  8. Anwar lebih mudharat drp tun. Tengok la anwar sanggup buat apa saja demi kuasa. Islamik hanya topeng.la semua orang dah tau rupa sebenaq anwar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Razak ajak, tuan tolong beri bukti Anwar:
      1. Sanggup buat apa saja demi kuasa
      2. Islam hanya topeng
      Jangan terikut-ikut nafsu amarah hingga buat fitnah. Ingatlah sekarang akhir zaman. Penuh fitnah. Jangan kita terperangkap dengan fitnah semudah kita menaip di keyboard

      Padam
  9. Anwar terbaikkk...
    Hadi Awang tidak lebih,hanya penunggang agama.
    Umno tidak tau kemana arah, dapat bantuan penunggang agama walaupun tidak sehaluan..

    BalasPadam
  10. Kalau macam nie sampai bila pun orang melayu islam akan lemah selemahnya..

    BalasPadam