Rabu, 7 Ogos 2019

KALAU KERAJAAN GAGAL TUTUP LYNAS, SATU PENGHINAAN KEPADA PEJUANG ANTI LYNAS


Semua tahu dan mesti terima hakikat bahawa sewaktu kita menjadi Pembangkang, kita telah menjalankan berbagai usaha agar kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia kerana mudharatnya lebih banyak dari kebaikan untuk rakyat. Hakikat yang patut kita akui juga bahawa sewaktu kita melaksanakan kempen tersebut, Tun M dan beberapa Menteri yang sekarang ini cuba untuk mempertahankan Lynas, waktu itu mereka berada di dalam Umno dan masih bermazhab Umno.

Fakta yang tidak boleh menipu rakyat adalah kerajaan terdahulu bertanggungjawab meluluskan lesen operasi Lynas dengan beberapa perjanjian termasuk tanpa cukai selama 12 tahun. Kerajaan negeri Pahang di bawah Umno/Bn turut memberikan kerjasama dengan menyediakan tanah untuk didirikan kilang ini di Gebeng. Lesen dikeluarkan oleh kerajaan Pusat waktu itu (Umno/Bn) dan tanah disediakan oleh kerajaan negeri Pahang (Umno/Bn).

Seperti juga isu di Pasir Gudang, kilang-kilang haram yang merata tumbuh di situ wujud sejak zaman Umno/Bn mentadbir Johor, namun kesannya dirasai sekarang apabila Johor ditadbir oleh PH. Mahu tidak mahu, atas tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan negeri sekarang wajib gempur kilang-kilang haram ini. Tugas ini turut dibantu oleh kerajaan Pusat kerana isu pencemaran di Pasir Gudang ini telah menjadi isu besar melibatkan campurtangan kerajaan Pusat.

Berbeza dengan Lynas. Kilang ini bukan kilang haram. Lynas beroperasi atas lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan Pusat waktu itu (Umno/Bn). Apabila PH mengambil alih Putrajaya, tidak semudah itu untuk menghentikan operasi kilang berkenaan *kecuali* dengan kesedaran politik yang jitu. PH sebagai parti politik yang memerintah mesti ada kesedaran dan tanggungjawab ini kerana janji kita untuk menghalang Lynas dari beroperasi adalah di antara janji kita kepada rakyat khususnya di Kuantan, meskipun tidak tercatat di dalam manifesto PH pada PRU14 yang lalu.

Saya telah membaca kenyataan MP Kuantan, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh dari Tanah Suci Mekah yang telah menerangkan tentang panjang lebar tentang isu ini agar Kabinet lebih waras dan bertimbangrasa di dalam mengkaji semula kewujudan Kilang Lynas ini. Saya 'salute' kenyataan berani MP Kuantan, walaupun berstatus Timbalan Menteri yang dilantik oleh Tun M, namun beliau konsisten dengan perjuangannya. Begitu juga, kesemua Adun PH di negeri Pahang konsisten menolak kewujudan Lynas di negeri ini. Begitu kuat dan teguh pendirian kami di Pahang ini.

Saya tidak pelik sekiranya Tun M atau beberapa menteri terutamanya dari Bersatu yang tidak peka dan prihatin dengan isu Lynas ini kerana mereka tidak berada bersama kita sewaktu kita berjuang menentang Lynas sehingga sampai ke tahap sukarelawan kita berjalan kaki dari Kuantan ke Parlimen hanya untuk menyatakan bahawa Kuantan khususnya dan negara ini amnya tidak perlu mengambil risiko hanya untuk memberi kesenangan kepada pihak lain. Risikonya mungkin bukan sekarang. Kejadian di Pasir Gudang pun mengambil masa puluhan tahun untuk kita terima bahananya.

Sehubungan itu, kami merayu kepada pimpinan PH terutamanya yang bersama kami dahulu bersusah payah menentang Lynas agar jangan sia-siakan peluh keringat, darah dan sakit yang ditanggung oleh para sukarelawan penentang Lynas terdahulu. Kesakitan yang mereka tanggung dahulu tidak pernah mereka tuntut dengan wang ringgit atau habuan jawatan setelah kita menjadi kerajaan. Mereka hanya mahu kerajaan sekarang kenang mereka dan hadiahkan kepada mereka kemenangan.

Jangan istihar kemenangan kerajaan dahulu yang berjaya wujudkan kilang Lynas tetapi kita persendakan perjuangan sukarelawan yang dulu kita sambut mereka sebagai wira di Parlimen.

Terbaru, mereka mahu YB Fuziah buktikan kebenaran apa yang beliau tegaskan selama ini. Bukti apa lagi? Kita tahu, YB Fuziah sekarang berada di Tanah Suci. Mungkin bukan masanya untuk beliau melayani permintaan yang sama seperti kerajaan Umno/Bn pernah minta dahulu. Beliau hanya mampu berdoa di hadapan Baitullah agar rakyat terutamanya rakyat Kuantan dijauhi malapetaka. Apa pula bukti di pihak kamu yang menyatakan Lynas itu satu projek yang tiada risiko jangkamasa panjang dan dapat beri keuntungan besar kepada rakyat? Boleh beritahu kami ?

Seandainya Tun M sebagai PM yang kita sama-sama angkat tidak mampu berbuat apa-apa, ianya amat malang bagi kita dan satu penghinaan buat usaha kita selana ini. Namun, ianya tidak akan terhenti begitu saja dan tetap akan diperjuangkan walaupun ketika itu Anwar menjadi PM.

HENTIKAN LYNAS, TOLAK PENCEMARAN

7 ulasan:

  1. Klu kerajaan PH benar2 kerajaan reformasi, tidak akan timbul isu lynas yg boleh menjatuhkannya. Malangnya oleh kerana ada unsur2 anti-reformasi dan reactionary dlm PH, maka timbullah isu begini. Cepat hapuskan golongan perosak ni dlm PH

    BalasPadam
  2. Marilah bersama-sama kita hadiahkan kek radioaktif Thorium dan alamatkan kepada PM dan Menteri PH yang menyokong Lynas. Mereka ini talibarut pembangkang yang masuk PH dan dilantik menjadi Menteri Badut semata-mata. Cash is King masih jadi pegangan hidup mereka. Mereka terutamanya Menteri bekas UMNO dalam PPBM lebih menjaga pelabur dan gagal menjaga Rakyat. Tak layak jadi Menteri di Malaysia.

    BalasPadam
  3. PERALIHAN KUASA PM KE 8 DITETAPKAN 9.MEI.2019

    Tiga NGO kerajan PH iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).Gabungan itu mendesak Tun menyerahkan kuasa pada 9.Mei.2021 genap 3 tahun Tun jadi PM sementara.

    Mereka menerusi surat terbuka bersama kepada Dr. Mahathir menggesa Perdana Menteri dan kepemimpinan PH mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    ALJUBORI DATELINE SUDAH DI BERI
    KATA DUA KEPADA SI RENTA KUTTY INI
    KERUSI PIDANA MINTRI KIAN PANAS NI
    PLURALIS MURTAD VS COMANGO TOKSIK KINI

    "Pergolakan PKR selaku parti komponen utama dalam gabungan PH sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

    AZMIN PULA BERI KATA DUA PADA GABUNGAN 3 NGO TERSEBUT

    Dalam satu lagi persidangan Azmin Ali beri amaran kepada 3 NGO supaya Tun Mahathir menerajui negara sehingga habis penggal.

    Azmin berkata "Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan."

    Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno terhadap Mahathir.

    “Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat di realisasikan dengan segera,” kata Azmin

    Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH) Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

    Tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

    Bersatu Johor juga menyokong kenyataan Azmin agar Mahathir dibiarkan menjadi perdaha menteri selama lima tahun.

    Terdahulu hari ini, Naib Presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin juga menyatakan sokongan sama kepada Mahathir untuk terus menerajui negara.

    MAK LAMPIR ASSMIN TEGUHKAN DIRI
    SIB BAIK ADA ATOK RENTA NAK MATI
    KEM ALJUBORI NAIK MINYAK GILA BABI
    MERECIK HAWAW MASAM TAK TERTAHAN LAGI

    Yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia contoh mangsa terbaru peneroka dinafikan bantuan tanam semula getah dan sawit.

    BRIM yang dijanjikan bulan ini tidak dapat lagi. Hari raya korban tinggal beberapa hari lagi dan tiada persediaan Hari Raya Korban untuk rakyat miskin menjelang Aidil Adha kali ini.

    APA YANG UMNO/PAS DAN GABUNGAN PENYATUAN UMMAH PATUT LAKUKAN DALAM SITUASI DIATAS

    Pergolakan krisis MB Selangor semakin parah. Hari ini. 4 adun Selangor dititah mengadap Sultan Selangor. Undi tidak percaya pada MB Selangor akan dijalankan sebab kem Brader Anwar Bin Ibrahim sudah ada majority singkir MB Selangor. Sesama sendiri dari kem kunyit berantakan.

    SESAMA KEM KUNYIT SRDANG BERANTAKAN
    PENYATUAN UMAH KENA BIJAK BERHELAH
    SEMUA SILA DUDUK JANGAN B'LARI LARIAN
    PANJI MANA LINGKUP DULU TEPUK SAKAN

    Penyatuan ummah perlu bertindak bijak perang sesama geng kunyit bertempur. Perlu sedikit gula gula, suara lunak dan madah berhelah sebanyak mungkin supaya semua kem kem kunyit boleh dikawalkan antara mereka.
    Dengan erti kata mudah kepentingan penyatuan ummah paling diutamakan dari kemelut perang gang kunyit ini.
    Dengan kata yang lebih mudah 'sila duduk jangan lari' sediakan pop corn tambah dan tepuk tangan ramai ramai sambil menyaksikan wayang semburit gang panji kunyit hitam hawaw masam


    #POPCORNTAMBAHDANTEPUK


    miajalipahJR

    BalasPadam
  4. Aku dah mula rasa goyang untuk terus menyokong PH. Byk sangat janji tapi ada shj alasan utk tidak mengotakannya. Naik gaji tak jugak. Bonus habuk. Peluang kerja hanyut. Mana yg hendak disokong pun tak tau la. Mungkin sokong gabungan pas umno asalkan najib dan zahid tidak terpilih. Gaduh sesama pkr apa korang dapat???

    BalasPadam
  5. PAS mencadangkan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim supaya mengadap Yang di-Pertuan Agong susulan kenyataannya bahawa beliau mempunyai sokongan mudah ahli parlimen yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri.

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata jika dakwaan itu benar, ia membawa maksud Dr Mahathir Mohamad telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri.

    “Sekiranya ini adalah benar, Anwar Ibrahim sepatutnya segera mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum tentang perkara tersebut.

    “Beliau juga boleh membawa Usul Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 43(4), Perlembagaan Persekutuan,” kata Takiyuddin dalam kenyataannya, hari ini.

    Menurut setiausaha agung PAS itu, sekiranya Usul Undi Tidak Percaya diluluskan maka Mahathir mempunyai dua pilihan iaitu meletakkan jawatannya atau menasihatkan Seri Paduka untuk membubarkan Parlimen dan baginda mempunyai kuasa mutlak untuk mempertimbangkan atau menolaknya.

    Pada 18 Julai lalu, Anwar dilaporkan melahirkan keyakinan mendapat dan mempunyai sokongan diperlukan untuk menjadi perdana menteri.

    Malah, katanya, beliau mempunyai sokongan ahli parlimen PKR, Pakatan Harapan dan restu Dr Mahathir untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

    PAS tidak akan sokong undi tidak percaya.. Kesian kau Aljubori..!!

    Kesatuan ummah perlu mendepani isu perang sesama sendiri kem kem kunyit Pluralist Murtad@Aljub dan kem kunyit COMANGO.

    INI LAH GAME YANG BIJAKSANA
    KESATUAN UMAH MELAYU DAN ISLAM
    TARIK TALI BULI KASI PADA DEPA
    BIAR PERANG SEMBURIT JADI HIBURAN
    PANJI KUYIT MANA LINGKUP DULU TEPUK SAJA

    Kepentingan kesatuan ummah islam akidah iman dan melayu diutamakan betbanding puak puak kunyit semburit.
    Mahathir@Marina Gereja

    BalasPadam
  6. Lynas???
    Ok ajer, safe dan ada fakta sains serta saintifik yg sahkan Lynas safe.

    Yg malaun2 PH yg berguling dan konon pejuang rakyat dah kena tipu bodoh2..

    Skrg kan dah malu teruk...

    Letak jawatan la pelakon wong tack, fuziah, LGE dan zombies yg sewaktu dengan nya..


    Bodoh sgt PH ni...memang kerajaan sepenggal

    Tuan Blog ni pun kalau nak jadi pejuang rakyat, harap biarah ada ilmu sikit...
    Jgn asyik ikut orang ajer...
    Masuk longkang pun kau masuk...
    Guna akaiii sikit

    BalasPadam
  7. "KALAU KERAJAAN GAGAL TUTUP LYNAS, SATU PENGHINAAN KEPADA PEJUANG ANTI LYNAS"


    bukan penghinaan lah Tuan blog ..

    Ini menunjukkan kebododan pejuang yang berjuang atas fakta yg salah dan telah ditipu..
    Sila tuntut ketua2 bodoh kamu tu letak jawatan

    BalasPadam