Rabu, 7 Ogos 2019

SIAPA PENGHASUT SEBENARNYA? MENGAPA PAS TAK KECAM MCA?

 


Ini kiriman orang ramai yg meminta terjemahan. Kain rentang kain rentang seperti ini sedang dipasang oleh MCA di seluruh negara. Saya terjemahkan supaya org ramai faham.

KAIN RENTANG ATAS KIRI:

"Bagitau dia (Liew Chin Tong), masyarakat Cina bukan masyarakat bodoh."
-> Ertinya MCA sedang menghasut orang Cina utk bangkit hentam DAP sebab DAP setuju pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG KANAN ATAS:

"Timbalan Menteri Pendidikan umum seni khat akan terus dilaksanakan. Cun tak cun?"
-> Ertinya MCA sedang guna perang psikologi utk memomok masyarakat Cina bahawa DAP sedang menzalimi masyarakat Cina dengan pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG BAWAH:

"Perubahan pendidikan masyarakat Cina bermula di sini (oleh sebab seni khat), oleh Teo Nie Ching"
-> Ertinya MCA sedang menakut-nakutkan masyarakat Cina bahawa sistem pendidikan masyarakat Cina sedang dicabul akibat persetujuan DAP melaksanakan seni khat dlm silibus pendidikan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak tak hasutan2 MCA ini?
Nampak tak betapa teruk DAP & PH ditibai sebab setuju dengan seni khat?

Sudah terang lagi bersuluh DAP antara yg setuju & berusaha laksanakan seni khat (sbb itu ditibai MCA), tapi tetiba DAP dituduh oleh UMNO PAS menolak seni khat anti Islam bagai. Pembangkang dah bangang level berapa nih?

Nota kaki: Kalau jumpa poster ke kain rentang yg tidak faham, blh je PM admin. Admin bantu terjemahkan supaya org ramai blh nampak betapa jijiknya politik yg dimainkan MCA & UMNO.

C@P

2 ulasan:

  1. Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).Gabungan itu mendesak Tun menyerahkan kuasa pada 9.Mei.2021 genap 3 tahun Tun jadi PM sementara.

    Mereka menerusi surat terbuka bersama kepada Dr. Mahathir menggesa Perdana Menteri dan kepemimpinan PH mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    "Pergolakan PKR selaku parti komponen utama dalam gabungan PH sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

    Dalam satu lagi persidangan Azmin Ali beri amaran kepada 3 NGO supaya Tun Mahathir menerajui negara sehingga habis penggal.

    Azmin berkata "Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan."

    Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno terhadap Mahathir.

    “Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat di realisasikan dengan segera,” kata Azmin

    Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH) Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

    Tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

    Bersatu Johor juga menyokong kenyataan Azmin agar Mahathir dibiarkan menjadi perdaha menteri selama lima tahun.

    Terdahulu hari ini, Naib Presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin juga menyatakan sokongan sama kepada Mahathir untuk terus menerajui negara.

    BalasPadam
  2. Gesaan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021 adalah bukti Anwar tidak memiliki sokongan majoriti di parlimen dan bimbang akan kemaraan Dato’ Seri Azmin Ali.
    Biarpun tahu beliau tidak lagi menguasai PKR, Anwar tetap berdegil untuk menimbulkan persepsi tersebut bagi meyakinkan ahli-ahli parlimen yang beralih ke kem Azmin untuk kembali bersamanya.
    Atas sebab itulah beliau mengerahkan orangnya ke RoS dengan alasan ingin pemerincian berhubung perlembagaan parti bagi menentukan nasib Azmin.
    Beliau menjangkakan tindakan tersebut akan berjaya meyakinkan ahli-ahli parlimen bahawa beliau sudah memperolehi sokongan majoriti di parlimen tetapi tidak boleh bergerak selagi Azmin masih lagi memegang jawatan timbalan presiden PKR.
    Tetapi sebaliknya, lebih ramai ahli parlimen yakin bahawa Anwar tidak lagi menguasai parti dan hanya berpura-pura memiliki kuasa penuh.

    BalasPadam