Rabu, 7 Ogos 2019

KALAU KERAJAAN GAGAL TUTUP LYNAS, SATU PENGHINAAN KEPADA PEJUANG ANTI LYNAS


Semua tahu dan mesti terima hakikat bahawa sewaktu kita menjadi Pembangkang, kita telah menjalankan berbagai usaha agar kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia kerana mudharatnya lebih banyak dari kebaikan untuk rakyat. Hakikat yang patut kita akui juga bahawa sewaktu kita melaksanakan kempen tersebut, Tun M dan beberapa Menteri yang sekarang ini cuba untuk mempertahankan Lynas, waktu itu mereka berada di dalam Umno dan masih bermazhab Umno.

Fakta yang tidak boleh menipu rakyat adalah kerajaan terdahulu bertanggungjawab meluluskan lesen operasi Lynas dengan beberapa perjanjian termasuk tanpa cukai selama 12 tahun. Kerajaan negeri Pahang di bawah Umno/Bn turut memberikan kerjasama dengan menyediakan tanah untuk didirikan kilang ini di Gebeng. Lesen dikeluarkan oleh kerajaan Pusat waktu itu (Umno/Bn) dan tanah disediakan oleh kerajaan negeri Pahang (Umno/Bn).

Seperti juga isu di Pasir Gudang, kilang-kilang haram yang merata tumbuh di situ wujud sejak zaman Umno/Bn mentadbir Johor, namun kesannya dirasai sekarang apabila Johor ditadbir oleh PH. Mahu tidak mahu, atas tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan negeri sekarang wajib gempur kilang-kilang haram ini. Tugas ini turut dibantu oleh kerajaan Pusat kerana isu pencemaran di Pasir Gudang ini telah menjadi isu besar melibatkan campurtangan kerajaan Pusat.

Berbeza dengan Lynas. Kilang ini bukan kilang haram. Lynas beroperasi atas lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan Pusat waktu itu (Umno/Bn). Apabila PH mengambil alih Putrajaya, tidak semudah itu untuk menghentikan operasi kilang berkenaan *kecuali* dengan kesedaran politik yang jitu. PH sebagai parti politik yang memerintah mesti ada kesedaran dan tanggungjawab ini kerana janji kita untuk menghalang Lynas dari beroperasi adalah di antara janji kita kepada rakyat khususnya di Kuantan, meskipun tidak tercatat di dalam manifesto PH pada PRU14 yang lalu.

Saya telah membaca kenyataan MP Kuantan, YB Puan Hajjah Fuziah Salleh dari Tanah Suci Mekah yang telah menerangkan tentang panjang lebar tentang isu ini agar Kabinet lebih waras dan bertimbangrasa di dalam mengkaji semula kewujudan Kilang Lynas ini. Saya 'salute' kenyataan berani MP Kuantan, walaupun berstatus Timbalan Menteri yang dilantik oleh Tun M, namun beliau konsisten dengan perjuangannya. Begitu juga, kesemua Adun PH di negeri Pahang konsisten menolak kewujudan Lynas di negeri ini. Begitu kuat dan teguh pendirian kami di Pahang ini.

Saya tidak pelik sekiranya Tun M atau beberapa menteri terutamanya dari Bersatu yang tidak peka dan prihatin dengan isu Lynas ini kerana mereka tidak berada bersama kita sewaktu kita berjuang menentang Lynas sehingga sampai ke tahap sukarelawan kita berjalan kaki dari Kuantan ke Parlimen hanya untuk menyatakan bahawa Kuantan khususnya dan negara ini amnya tidak perlu mengambil risiko hanya untuk memberi kesenangan kepada pihak lain. Risikonya mungkin bukan sekarang. Kejadian di Pasir Gudang pun mengambil masa puluhan tahun untuk kita terima bahananya.

Sehubungan itu, kami merayu kepada pimpinan PH terutamanya yang bersama kami dahulu bersusah payah menentang Lynas agar jangan sia-siakan peluh keringat, darah dan sakit yang ditanggung oleh para sukarelawan penentang Lynas terdahulu. Kesakitan yang mereka tanggung dahulu tidak pernah mereka tuntut dengan wang ringgit atau habuan jawatan setelah kita menjadi kerajaan. Mereka hanya mahu kerajaan sekarang kenang mereka dan hadiahkan kepada mereka kemenangan.

Jangan istihar kemenangan kerajaan dahulu yang berjaya wujudkan kilang Lynas tetapi kita persendakan perjuangan sukarelawan yang dulu kita sambut mereka sebagai wira di Parlimen.

Terbaru, mereka mahu YB Fuziah buktikan kebenaran apa yang beliau tegaskan selama ini. Bukti apa lagi? Kita tahu, YB Fuziah sekarang berada di Tanah Suci. Mungkin bukan masanya untuk beliau melayani permintaan yang sama seperti kerajaan Umno/Bn pernah minta dahulu. Beliau hanya mampu berdoa di hadapan Baitullah agar rakyat terutamanya rakyat Kuantan dijauhi malapetaka. Apa pula bukti di pihak kamu yang menyatakan Lynas itu satu projek yang tiada risiko jangkamasa panjang dan dapat beri keuntungan besar kepada rakyat? Boleh beritahu kami ?

Seandainya Tun M sebagai PM yang kita sama-sama angkat tidak mampu berbuat apa-apa, ianya amat malang bagi kita dan satu penghinaan buat usaha kita selana ini. Namun, ianya tidak akan terhenti begitu saja dan tetap akan diperjuangkan walaupun ketika itu Anwar menjadi PM.

HENTIKAN LYNAS, TOLAK PENCEMARAN

SIAPA PENGHASUT SEBENARNYA? MENGAPA PAS TAK KECAM MCA?

 


Ini kiriman orang ramai yg meminta terjemahan. Kain rentang kain rentang seperti ini sedang dipasang oleh MCA di seluruh negara. Saya terjemahkan supaya org ramai faham.

KAIN RENTANG ATAS KIRI:

"Bagitau dia (Liew Chin Tong), masyarakat Cina bukan masyarakat bodoh."
-> Ertinya MCA sedang menghasut orang Cina utk bangkit hentam DAP sebab DAP setuju pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG KANAN ATAS:

"Timbalan Menteri Pendidikan umum seni khat akan terus dilaksanakan. Cun tak cun?"
-> Ertinya MCA sedang guna perang psikologi utk memomok masyarakat Cina bahawa DAP sedang menzalimi masyarakat Cina dengan pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG BAWAH:

"Perubahan pendidikan masyarakat Cina bermula di sini (oleh sebab seni khat), oleh Teo Nie Ching"
-> Ertinya MCA sedang menakut-nakutkan masyarakat Cina bahawa sistem pendidikan masyarakat Cina sedang dicabul akibat persetujuan DAP melaksanakan seni khat dlm silibus pendidikan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak tak hasutan2 MCA ini?
Nampak tak betapa teruk DAP & PH ditibai sebab setuju dengan seni khat?

Sudah terang lagi bersuluh DAP antara yg setuju & berusaha laksanakan seni khat (sbb itu ditibai MCA), tapi tetiba DAP dituduh oleh UMNO PAS menolak seni khat anti Islam bagai. Pembangkang dah bangang level berapa nih?

Nota kaki: Kalau jumpa poster ke kain rentang yg tidak faham, blh je PM admin. Admin bantu terjemahkan supaya org ramai blh nampak betapa jijiknya politik yg dimainkan MCA & UMNO.

C@P

Selasa, 6 Ogos 2019

JANGAN MUDAH LUPA, SHAH ALAM MENJADI SAKSI

Sesiapa yg hadir di dewan di Shah Alam.ketika itu, pasti tidak akan lupa peristiwa bersejarah ini. Ini yg PH janjikan sekiranya PH membentuk kerajaan, iaitu;

1. Tun M ditabalkan sebagai PM (Telah ditunaikan).

2. Dr Wan Azizah dilantik sebagai TPM (Telah ditunaikan).

3. Mendapatkan pengampunan diraja untuk pembebasan DSAI (Telah ditunaikan).

4. Mengangkat DSAI sebagai PM ke 8 (Belum ditunaikan).

Mengapa Azmin dan Zuraidah menyokong gesaan Pembangkang agar Tun M terus menjadi PM sehingga habis penggal, sedangkan Tun M sendiri tidak pernah berfikir sampai ke tahap itu kerana Tun M sedar atas sebab apa Anwar perlu dibebaskan.

Mungkin kepada Azmin, daripada aku tidak dapat, biar semua tidak dapat. Rakyat sedar satu-satunya kerajaan yang tidak pernah iktiraf PH sebelum PRU14 dahulu adalah Selangor di mana Azmin adalah MB Selangor ketika itu. Zuraida pula adalah pimpinan yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak senangnya apabila nama Tun M dipersetujui oleh Keadilan untuk diangkat menjadi PM. Apabila dilantik sebagai menteri, pemikirannya terhadap Tun M jauh berubah.

Mengapa begitu sukar sekali untuk kedua tokoh ini menerima Anwar sebagai PM? Apa yang mereka mahu sebenarnya? Apa lagi yang tidak cukup dari hasil kamu berdua berada atas nama Keadilan dan atas nama Anwar? 
 
 https://www.facebook.com/wfauzdin.ns/videos/10219299393457650/

ULASAN DARI SEORANG PEGUAM TERKENAL TENTANG KES VIDEO SEMBURIT

ULASAN DARI SEORANG PEGUAM TERKENAL TENTANG KES VIDEO SEMBURIT

Point nya adalah:

1. Video disahkan tulen, tetapi KPN menyatakan bahawa si "A" individu yg dikatakan terlibat di dalam video tersebut gagal dikenalpasti (negatif), ini bukan bermakna Polis mengesahkan si "A" tidak terlibat tetapi ujian menyatakan tidak dikenalpasti sesiapa di dalam video berkenaan. Maka, biarkan polis terus menyiasat video berkenaan.

2. Samada ianya konspirasi politik atau tidak, sekiranya dikenalpasti si pelakunya melakukan perbuatan yang menyalahi undang2 itu, tidak kra setinggi mana pun jawatannya, maka wajib dikenakan tindakan undang2 kerana ini merupakan kes jenayah.

3. Bukti ujian ketulenan video yang dibuat oleh pihak lain, samada di Indonesia atau mana2 tempat, tidak memaksa pihak Polis menggunapakai hasil ujian berkenaan kerana pihak Polis boleh menggunakan kaedah mereka dan ujian mereka tersendiri bagi menyiasat kes video ini. Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, sidituduh dan pendakwa boleh membawa apa jua hasil ujian terhadap video berkenaan untuk memperkuatkan keterangan dan hujah masing2.

4. Haziq mengaku dia terlibat di dalam video berkenaan dan beliau menuduh Azmin juga bersamanya. Manakala Azmin menafikannya dan menuduh itu satu konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Untuk berlaku adil, pihak Polis hendaklah menyiasat kedua2 aduan ini iaitu kes melakukan hubungan terlarang itu (yang didakwa oleh Haziq), dan kes "konspirasi politik jahat" (yang didakwa oleh Azmin). Apakah kejadian itu benar2 berlaku atau adakah ianya berlaku tetapi bukan melibatkan si "A" yang dituduh oleh Haziq?

5. Apa pun, mereka yang mengedar video lucah itu tetap bersalah dari segi undang2, namun mereka mungkin boleh membela diri untuk menyatakan bahawa mereka mengedar video berkenaan adalah untuk mendedahkan keburukan perangai seseorang yang mereka anggap pemimpin yang tidak sepatutnya didiamkan perbuatan jijik mereka. Hanya mahkamah boleh menentukan alasan mereka yang dituduh mengedar itu boleh diterima atau tidak.

Kesimpulannya, kita harap siasatan telus oleh pihak berkuasa dapat dijalankan dan diselesaikan secepat mungkin demi keadilan kepada semua dan demi imej kerajaan kita.

Tontonnya di  https://www.youtube.com/watch?v=it-1jz8TWQM&feature=share

Isnin, 5 Ogos 2019

SIAPA MATIKAN TULISAN JAWI DULU? UMNO ATAU DAP ?

Yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno. Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah2 itu adalah kerajaan PH. Umno yg gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan sekutu Pas. Meskipun ada segelintir pmimpin Dap tidak setuju dgn tulisan khat Jawi di sekolah, paling kuat mereka tidak setuju saja dan mereka ada hujah mengapa tidak setuju, tetapi mereka tidak mematikan tulisan jawi. Yang mematikan tulisan jawi itu adalah Umno. Umno itu kawan Pas sekarang yang menyalak marah kat Dap.

Syabas, kerajaan PH yg terus berusaha untuk perkenalkan semula tulisan Jawi. Nak harapkan Umno? RUU Akta 355 pun mereka kencing pak lebai.....