Ahad, 14 Jun 2020

TAHNIAH - SDR EZAM SERTAI KEADILAN UNTUK KETUAI GERAK 98


Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada mantan Ketua Pemuda Keadilan, Sdr Mohamad Ezam Nor yang telah mengumumkan telah menghantar borang untuk menjadi ahli Keadilan. Pengumuman tersebut telah dibuat di dalam satu majlis Pelancaran "Gerakan Reformasi 98" di Pusat Khidmat Dun Hulu Kinta, Tg Rambutan, Perak malam tadi yang telah disiarkan secara Live di FB Page Anwar Ibrahim PM Rakyat.

Ijtihad politik yang diambil oleh Sdr Ezam ini bertepatan dengan masanya di waktu PH dan Keadilan kini diasak dengan begitu hebat oleh pihak pemerintah kerajaan pintu belakang. Paling penting, kemasukan beliau ke dalam Keadilan disaat kita bukan lagi menjadi kerajaan. Sekiranya beliau tampil sewaktu kita menjadi kerajaan beberapa bulan yang lalu, sudah pasti beliau akan di cop sebagai orang yang ingin menumpang kesenangan atau mengambil kesempatan. Sebelum ini, beliau bergerak bukan atas nama parti tetapi tetap membawa agenda reformasi yang dibawa oleh Keadilan. Di dalam setiap jelajahnya sebelum ini, bahkan pada ucapannya malam tadi, beliau sekali lagi menyatakan sokongannya kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya tahu, ramai di kalangan kita masih meragui perjuangan Sdr Ezam. Mereka mengungkit kembali kisah Sdr Ezam selepas Sdr Ezam meninggalkan parti. Mereka ungkit kembali mengapa dahulu Ezam melawan Anwar? Mereka ungkit juga mengapa Ezam pernah menyokong Azmin sebagai MB Selangor dan bermacam-macam lagilah kisahnya untuk mereka mewajarkan kesangsian mereka terhadap Ezam. Sesiapa yang selalu ikuti ucapan2 Sdr Ezam sepanjang jelajah beliau sebelum ini pasti tahu akan jawapannya kerana Sdr Ezam telah menjawab satu persatu persoalan tersebut. Soal percaya atau tidak, itu hak masing2.

Jika kesemua perkara perlu diungkit, PH terutamanya Keadilan khususnya Anwar Ibrahim tidak akan meletakkan Tun M sebagai PM selepas PRU14. Apa yang tidak keluar dari mulut Tun M terhadap Anwar dahulu? Reformasi wujud di era Tun M. Kita bukan sahaja menerima Tun M untuk bersama PH, bahkan mengambil risiko paling besar apabila meletakkan beliau sebagai calon PM dari PH sekiranya kita berjaya menjadi kerajaan. Di dalam soal Sdr Ezam, kita yang menyokong perjuangan beliau tidak meletakkan Sdr Ezam di mana2 posisi bahkan sekarang ini beliau hanya ahli biasa, itu pun jika diterima keahliannya. Kalau dengan Tun M kita boleh terima dan meletakkannya ke posisi terpenting, apakah kita bimbang untuk menerima perjuangan Sdr Ezam yang sekarang ini menunjukkan sokongannya kepada PH dan Anwar? Jika beliau terus konsisten menyokong Anwar, itu bonus buat kita. Jika beliau khianat, "Nau'zubillah', apakah kita rugi apa2?

Di dalam politik, perbanyakkan kawan dan kurangkan musuh. Kehadiran Sdr Ezam menambahkan lagi kekuatan Keadilan. Kalau kita tidak mahu bergerak untuk mempertahankan Anwar atau Keadilan, kita tidak perlu sangsi dan ragu2 dengan mana2 pihak yang mahu melaksanakan tugas itu. Saya lebih suka Sdr Ezam bersama Keadilan ketika parti ini dalam kesukaran berbanding beliau muncul di saat Anwar berada ditampuk kerajaan. Semoga Allah memberkati Sdr Ezam.

2 ulasan:

  1. Pandangan peribadi saya, sangat susah utk mencari kawan ketika kita susah tetapi sangat senang dapat kawan ketika kita senang. Terima kasih

    BalasPadam