Sabtu, 13 Jun 2020

TUN M TIDAK MAHU DIJATUHKAN



Tun M tidak mahu dikenali sebagai bekas PM yang jatuh dengan aib dan memalukan. Dia mahu berundur disaat namanya baik dan dilihat baik sepertimana dia berundur dan menyerahkan jawatan kepada Pak Lah dulu.

Malangnya, apabila dia dipilih oleh PH menjadi PM selepas PRU14 dulu, dia gagal untuk mengambil kesempatan baik untuk berundur dengan penuh sopan dan terpuji. Sepatutnya beliau boleh berbuat demikian dengan menyerahkan jawatan kepada Anwar seperti yang dijanjikan melalui manifesto PH, iaitu Anwar akan menjadi PM ke lapan apabila beliau dibebaskan dari penjara dan layak untuk aktif semula memegang jawatan dalam politik dan kerajaan.

Anwar pula sanggup memberikan lebih masa kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga melebihi dua tahun bahkan tiada masa yang ditetapkan untuk Tun M berundur. Takdir menentukan Tun M jatuh dikhianati oleh rakan2nya yang paling beliau percayai iaitu Muhyidin dan Azmin.

Cara beliau jatuh itu amat aib dan memalukan. Beliau jatuh kerana orang2 kepercayaannya bukan kerana Anwar, bahkan Anwar lah yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerajaan PH yang Tun M ketuai ketika itu.

Inilah punca yang saya rasa Tun M mahu menjadi PM semula. Beliau mahu beliau sendiri berundur bukannya dijatuhkan dengan aib sedemikian. Maka, dikatakan beliau mahu menjadi PM untuk kali ketiga sekiranya PH berjaya mendapatkan kembali kuasa yang dirompak itu. Khabarnya beliau mahu masa 6 bulan saja untuk jadi PM kali ini sebelum menyerahkan dengan beradab kepada Anwar. Dengan cara itu, beliau harap dapat membersihkan imejnya yang tercalar sebelum ini.

Biarlah beliau fikirkan sendiri bagaimana caranya untuk beliau membersihkan imejnya. Rakyat yang memilih PH di dalam PRU14 tidak boleh diajak bersama untuk menyelesaikan masalah Tun M yang kronik ini. Anwar juga tidak perlu diminta untuk selesaikan masalah yang Tun M sendiri tempah.

Kita harus 'move on" dengan agenda reformasi. Jangan kerana untuk memenuhi keinginan dan nafsu Tun M, maka kita hampakan harapan terbanyak. Cukuplah sekali rezeki yang datang bergolek kepada Tun M. Mengapa tidak bersyukur dengan rezeki itu?

Buat Anwar, dia terpaksa menanggung cacian dan cemuhan dari segelintir pejuang reformasi kerana mudah percaya Kepada Tun M. Sejak awal sebelum PRU14, apabila Anwar berlapang dada menerima Tun M sebagai calon PM dari PH, Anwar teruk diserang oleh para penyokongnya. Hinggalah kini setelah terjadi apa yang terjadi, Anwar masih diserang.

Kalau dulu beliau diserang kerana menerima Tun M, kali ini beliau diserang pula kerana dikatakan tidak beri laluan lagi kepada Tun M. Susahnya menjadi insan bernama "Anwar Ibrahim" yang bertahap 'dewa' ini.

9 ulasan:

  1. Cukuplah 2 tahun PM tak payah nak memandai tambah lagi. Bukan boleh mentadbir dah. Buat serabut lagi ada.

    BalasPadam
  2. Tak payah dilayan sangat sandiwara dan karenah org tua tu. Hidup hanya untuk memewahkan legasi. Mengata orang lain bukan main tapi diri sendiri teruk lagi.Baik bertobat sebelum terlambat.

    Biarlah dia meroyan sampai ke hujung nyawa daripada berkuasa tanpa peduli rakyat dibawahnya.

    BalasPadam
  3. Itu baru dinamakan kemaruk kuasa
    ..dah sekali jd PM4..diberi peluang sekali lg jd PM7 dgn ihsan PH walaupun partinya mempunyai ahli parlimen yg paling sikit..buat janji tp kemudian dipermainkan janji ..ini lah sifat MUNAFIK dah berjanji tp tak mau ditepati..
    Dia sendiri pulak yg letak jawatan sbgai PM7 dan menjatuhkn kerajaan PH, kemudian sana sini salahkan orang lain atas jatuhnya kerajaan PH..Anwar pun diburuk2knnya..
    Kemudian berimpikan nak jd PM 9 pulak..
    Dia ingat jd PM macam tukar baju je..
    Tak mustahil kalau terpilih jd PM 9 , sekali lg dia buat hal utk mengelakkn Anwar jd PM..
    Udah2 la tu ATUK ..Malaysia ni bukan hak keluarga dan kroni ATUK dan jawatan PM bukan hak mutlak ATUK MAHATHIR...
    Apa ke jadahnya lg TUA makin menjadi kemaruknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi boboi tak mampu menjaga legasi yg diciptanya..selagi itu dia akan kemaruk akan kuasa.

      Bodoh melayan karenahnya. Biar dia meroyan sampai mampus.

      Padam
  4. Hanya PH yg bodoh mamposs menerima kembali Ular Tedung Kerala MahaKUTTY! Anyway, elok juga kamu PH tetap bodoh dengan mencalonkan MahaKUTTY untuk jadi PM9! Wakakakakakakakaka

    BalasPadam
  5. ..biarkan siluncai terjun dengan labu²nya. Walau mereka menyalak, teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  6. Atok tak pernah dengar kutuk azmin, walau sedetik pun. Kes sandakan pun dia tolak ketepi saja.

    Dlm keadaan sokongan PN-PH lk 50-50, tak ada gunanya layan Atok sbg PM bagi kerajaan PH. Bila2 masa dia merajuk jika PH kritik/pertikaikan dia, dia akan bawa pengikut dia keluar PH. Kerajaan PH akan tumbang. Sama mcm perangai azmin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terkejut mangkuk tua tu merajuk lalu membawa keluar konco2nya keluar dpd ph.

      Padam
  7. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    BalasPadam