Jumaat, 26 Jun 2009

UMNO MENUNGGU `WALI ALLAH' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Pembangkang di Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang juga merupakan Adun Kok Lanas mempertikaikan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di dalam satu ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini. Di dalam ceramah tersebut, Tuan Guru yang merupakan MB Kelantan menyebut bahawa Umno bukan sebuah parti yang berlandaskan Islam dan tidak juga menyokong perjuangan Islam. Umno dikatakan parti yang mengasingkan ugama dari politik dan ini dapat dibuktikan dari beberapa dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tunjangnya adalah Umno.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz tersebut bukan kali pertama dalam sejarah pernah dikeluarkan, malahan dalam setiap ceramah beliau perkara ini tidak pernah dilupakan. Sudah beberapa kali Umno cuba untuk membuktikan segala yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah salah dan bertentangan dengan Islam, tetapi segala usaha Umno itu gagal kerana Umno hanya memiliki kuasa sahaja berbanding dengan Tuan Guru Nik Aziz yang mempunyai hujah serta fakta dan kekuatannya adalah terletak kepada apa yang diajar di dalam Al-Quran dan Hadith. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat Allah, maka sesiapa pun tidak akan mampu mengalahkan kebenarannya. Inilah kekuatan Tuan Guru Nik Aziz kerana beliau berpegang teguh dengan Al-Quran.

Apabila Umno sudah tidak mampu lagi berhujah, maka keluarlah kenyataan bodoh dan dangkal seperti yang dikeluarkan oleh Adun Kok Lanas yang menyatakan `Nik Aziz bukan Wali Allah'. Sila baca di sini. Apakah jika Tuan Guru Nik Aziz itu Wali Allah, maka Umno akan mempercayainya serta akan melaksanakan apa yang diajar di dalam Al-Quran? Lojikkah jika ajaran Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun Umno enggan mengikutinya, apatah lagi apa yang disampaikan oleh seorang `Wali Allah'? Apakah Umno menganggap Wali Allah itu lebih hebat dari Nabi? Saya tidak mengerti mengapa perlu Umno menunggu kehadiran `Wali Allah' untuk memperbetulkan Umno. Apakah Datuk Md Alwi ini kenal sesiapa yang dianggap sebagai `Wali Allah'? Mufti Perakkah ? Dato' Mohd Noh Gadutkah? Atau Mej Jen (B) Jamil Khir itu `Wali Allah' pada anggapan beliau?

Seandainya beliau berpendapat hanya `Wali Allah' sahaja yang layak bercakap tentang hukum Islam, maka lebih baik beliau mencadangkan kepada kerajaan untuk mengadakan satu anugerah seperti anugerah `Tokoh Maal Hijrah',iaitu dengan mengadakan anugerah tokoh `Wali Allah'. Tokoh ini nanti bolehlah dijadikan penasihat kepada Umno dan kerajaan. Kenyataan Adun Kok Lanas ini telah menampakkan kecetekan beliau di dalam ugama dan beliau cuba pula untuk menyesatkan orang lain. Setelah bertahun-tahun Tuan Guru menyebut perkara yang sama, baru sekarang Adun Kok Lanas berkata demikian kerana betapa rungsing dan gelabahnya beliau untuk menghadapi PRK Manek Urai nanti. Kita faham, Umno tidak akan sanggup di`telanjang'kan lagi apatah lagi Manek Urai adalah kawasan hampir 100% Melayu Islam dan Umno sebelum ini mengakui bahawa orang-orang Melayu sebenarnya masih bersama parti bersifat kebangsaan itu.

Kegelabahan Umno semakin ketara, sebab itulah semakin lama pemimpin-pemimpin Umno banyak bercakap merapu tidak ada hujung pangkal. Hujah untuk menentang Pas tidak diperolehi oleh Umno maka terpaksalah menggunakan cara dan kaedah lama yang kini ditolak rakyat. Tidak jadinya Pas untuk `meminang' Umno sebagai Kerajaan Perpaduan amat memalukan Umno. Semasa `pinangan' hendak dibuat, Pas mengharapkan `bakal tunangannya' itu berubah, tetapi malang sekali Umno tidak berubah malah lebih teruk lagi. Maka, `pinangan' dibatalkan sertamerta. Umno pun berkata, jika Pas tidak mahu `bertunang' dengannya sekali pun, Umno tidak kisah kerana Pas yang memulakannya. Benarkah tidak kisah? Tetapi saban hari di kaca TV dan akhbar kita lihat Umno mula meroyan umpama gila talak dibuatnya. Betapa Pas begitu diminati sekarang, dan beruntunglah PKR dan DAP kerana memiliki Pas.

Mahu atau tidak, malu atau tidak, Umno terpaksa `dikuburkan' juga di Manek Urai. Rakyat sudah mula menganggap selagi adanya Umno, Kerajaan Perpaduan mustahil akan dapat dilaksanakan. Kerajaan Perpaduan akan wujud, InsyaAllah, selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti diwaktu itu Umno telah pun berada di alam yang baqa'. Sampai bila lagi Umno harus menunggu `Wali Allah'? /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. DUHAI UMNO. JANGAN SAJA CAKAP MEMPERTIKAIKAN UCAPAN TG NIK AZIZ TETAPI BUKTIKAN BAGITAHU SEMUA MASYARAKAT APA YANG UMNO BUAT BERLANDASKAN ALQURAAN DAN HADIS NABI.

    BARU LA ORANG LAIN TAHU. CUBA CUBA INGAT ADA KE APA YANG UMNO BUAT DALAM PEMERINTAHAN UMNO BERLANDASKAN ALQURAAN.

    SAYA SYORKAN UMNO BUAT PEMERINTAHAN BERLANDASKAN MELAYU ISLAM.PERKENALKAN HALAL HARAM SEBAGAI CONTOH DOKTOR LELAKI DIHARAMKAN DIWAD PEREMPUAN BERSALIN ATAU SEBAGAINYA.

    BOLEH KE AGAK AGAK UMNO BUAT MACAM TU.

    BalasPadam