Sabtu, 11 Julai 2009

KJ PAKAI KETAYAP GALI KUBUR `KERAJAAN PERPADUAN'

KJ dah serik ke nak buat program seperti ini lagi?
Oleh: WFAUZDIN NS

KALI pertama mungkin ramai yang dapat melihat bagaimana rupa KJ Ketua Pemuda Umno yang dikaitkan dengan rasuah memakai ketayap atau kopiah di atas kepala. KJ dalam siri ceramahnya kelihatan benar-benar kekeringan idea untuk disampaikan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai sehinggakan sanggup `menggali' semula kubur `Kerajaan Perpaduan' yang telah ditalkinkan oleh Pas itu. Begitulah bankrapnya idea Umno di Manek Urai untuk mendapatkan simpati pengundi di situ. Apa yang dikempenkan oleh Ketua Pemuda rasuah itu? Jika berminat untuk melihat gambar KJ berkekopiah dan apa yang banyak beliau bangkitkan semasa ceramahnya, sila baca di sini.

Sasaran utama beliau di dalam kempennya adalah YB Husam Musa. KJ mengakui kehebatan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi beliau menganggap MB Kelantan itu termakan hasutan YB Husam Musa terutamanya di dalam isu Kerajaan Perpaduan. Hebat sungguh YB Husam sehinggakan beliau mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas bahkan juga turut mempengaruhi Presiden Pas untuk menolak Kerajaan Perpaduan bersama parti rasuah Umno itu. Boleh kita bayangkan betapa marahnya KJ terhadap kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diimpikannya itu kerana beliau tahu itulah satu-satunya senjata yang Umno ada untuk menikam Pas di kemudian hari.

Bertambah dungu lagi, KJ menuduh YB Husam juga adalah penghalang pembangunan di Negeri Kelantan. Bertambah-tambah baghal pemikiran menantu Pak Lah ini semenjak menjadi Ketua Pemuda Umno yang tidak terpilih menganggotai kabinet Najib itu. Masuk akalkan YB Husam penghalang kemajuan dan pembangunan di Kelantan? Rakyat Kelantan semua tahu apa yang telah dilakukan oleh YB Husam Musa untuk membangunkan ekonomi dan taraf hidup rakyat Kelantan. YB Husam lah tokoh yang paling lantang menuntut hak royalti minyak di Kelantan demi rakyat Kelantan. KJ mungkin tidak tahu perkara ini kerana boleh dikira kedatangan KJ ke Kelantan. KJ mungkin ingin menghilangkan rasa malu beliau sewaktu Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu di mana program beliau membawa pengundi-pengundi luar balik ke Kelantan memakan dirinya. Kali ini program tersebut tidak dilakukan, sebaliknya membawa pemidato-pemidato yang baru di`rekrut'kanya untuk berkempen di Manek Urai. Malangnya, sehingga kini pemidato-pemidato tersebut tidak mampu mengeluarkan suara di Manek Urai, maka terpaksalah KJ yang berpidato.

Tidak malukah KJ apabila berkempen dengan isu Kerajaan Perpaduan yang telah ditalkinkan oleh Pas itu? Tidakkah itu menunjukkan betapa kemaruknya Umno kepada Pas? Sewajarnya KJ menunjukkan contoh kempen yang berkualiti kepada pemidato-pemidato muda yang baru dilatihnya. KJ akan terus dijadikan bahan ketawa rakyat di Manek Urai jika beliau terus bercakap soal Kerajaan Perpaduan apatah lagi jika KJ bercakap pula soal agama.

Bagi rakyat di Manek Urai, biar berapa banyak sekali pun KJ bertukar kopiah dari warna hitan ke warna putih atau berserban dan berjubah sekali pun, rakyat sudah kenal KJ adalah seorang Ketua Pemuda Umno yang didapati terlibat dalam rasuah politik wang tetapi masih memegang jawatan dalam parti. Jika KJ berceramah pun, rakyat akan hadir untuk menontonnya tetapi sekadar beranggapan seperti menonton `wayang kulit' dari Umno. Persembahan wayang kulit sememangnya amat diminati oleh rakyat Kelantan, dan `patung wayang kulit' yang paling diminati adalah KJ sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan