Sabtu, 11 Julai 2009

TAHNIAH US NASHA, PERSETANKAN HASUTAN MSO

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan kepada Us Nasha, Timbalan Presiden Pas yang sanggup turun berkempen di Manek Urai walaupun baru sahaja mengalami pembedahan ususnya. Sewajarnya Us Nasha berehat akibat pembedahan tersebut, tetapi perjuangan Islam tidak pernah kenal erti rehat. Hajat dan cita-cita Umno untuk melihat Timbalan Presiden Pas ini seperti terasing di bumi Kelantan nampaknya sia-sia. Orang-orang Kelantan berilmu agama yang tinggi dan ugama tidak mengajar kepada permusuhan tetapi sebaliknya bermaafan apatah lagi sesama jemaah Islam.

Berita dari Malaysiakini melaporkan, Us Nasha telah pun berada di Manek Urai dan sempat bersembahyang Sunat Dhuha bersama Mursyidul Am serta Presiden Pas pagi tadi. Selepas ini beliau dijangka mempunyai program yang padat dan sudah tentunya setiap program beliau akan menjadi tumpuan. Ini lah kehebatan Pas, segala kekusutan boleh dileraikan dengan penuh hikmah dan bijaksana tanpa mengambil masa yang panjang. Pemimpin Pas sentiasa menganggap setiap kritikan terhadap mana-mana pemimpin di dalam Pas adalah merupakan ubat yang paling mujarab untuk menyegarkan Pas. Kini, Pas kembali bertenaga dan begitu bersemangat untuk terus mengkebumikan Umno musuh tradisi mereka.

Tiada siapa yang tidak seronok melihat kembalinya perpaduan yang jitu di dalam saf kepimpinan dan juga seluruh jemaah Pas sekarang kecuali seorang. Saya tidak bermaksud kepada Umno kerana Umno sudah semestinya bersikap sedemikian dari dulu, kini dan selamanya. Saya tahu bahawa terdapat seorang Penulis yang dikenali sebagai MSO masih berusaha menjalankan kerja-kerja yang lazimnya dilakukan oleh `Syaitan dan Iblis' untuk memecah belahkan perpaduan di dalam jemaah Islam. Jika saudara baca di dalam tulisan beliau di dalam blognya di sini, saudara akan tahu hati perut MSO ini. Bukan tujuan saya untuk mengulas panjang tentang niat sebenar MSO di dalam tulisan beliau itu kerana ianya telah diulas di dalam blog ini. Baca di sini.

Pendek kata, MSO masih memandang serong perdamaian yang telah berlaku di antara Mursyidul Am Pas dengan Us Nasha. Penulis murahan tersebut menghasut agar Us Nasha tidak perlu berada satu pentas bersama Mursyidul Am Pas dan jika boleh Us Nasha tidak perlu hadir langsung ke Manek Urai. Sebelum ini penulis yang sama pernah berdoa agar Mursyidul Am Pas terbuka hatinya untuk bersama berpadu dengan Umno. Doa yang menjurus kepada keruntuhan dan kerosakan perjuangan dan jemaah `haram' untuk di`amin'kan. Kesimpulannya, MSO masih bermimpi agar Pas tetap menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno walaupun isu tersebut telah selamat disemadikan oleh Pas.

Kepada rakyat di Manek Urai, kehadiran Us Nasha pasti memperkuatkan lagi semangat mereka untuk terus membenam Umno di bumi Kelantan ini. Tidak perlu lagi pemimpin Pas yang lain untuk menjawab segala dakwaaan terhadap Pas berkaitan isu Kerajaan Perpaduan mahu pun isu tentang perpecahan yang kononnya berlaku di dalam kepimpinan Pas, memadai Us Nasha sahaja yang akan menjawabnya. Ini sudah pasti akan membuat Umno menjadi terkedu dan hilang punca. Umno sudah kekeringan idea di Manek Urai. Umno kini tertekan dengan pelbagai cabaran oleh Pas. Cabaran debat berkaitan Islam dan debat berkaitan royalti minyak kesemuanya ditepis oleh Umno kerana mereka sudah tidak mampu berhujah lagi. Akhirnya Umno kembali kepada cara lama dan lapok iaitu dengan menggunakan media di bawah kawalan mereka. Lihatlah, di RTM TV 1 di bawah menterinya Rais Yatim telah pun menyediakan slot khas tentang Pakatan Rakyat yang menggambarkan betapa PR kini goyah.

Umno teramat kecewa bila PR berjaya menyelesaikan beberapa masalah dengan terlalu mudah. Krisis keyakinan di Kedah kini sudah selesai. Krisis Kg Pala di P.Pinang sudah semakin ke penghujungnya apabila KM P.Pinang menunjukkan sikap terbuka beliau di dalam apa jua isu. Semua ini menakutkan Umno. Pimpinan mereka yang hadir di Manek Urai sendiri mempunyai pelbagai masalah. KJ dengan masalah rasuah politik wangnya, Hishamuddin pula dengan kegagalan beliau menyatukan Umno di Terengganu. Muhyiddin pula ditekan begitu hebat sehingga terpaksa menarik kembali dasar PPSMI bermula 2012. Tahu atau tidak kita semua bahawa tahun 2012 adalah masa untuk Piliharaya Umum yang tempohnya berakhir pada 2013? Ini semua sudah dapat dihidu awal lagi dan Umno tidak boleh mengakui mereka pintar di dalam mainan politik seperti ini.

Penghujung kalam ini, saya menyeru agar seluruh pengundi di Manek Urai berfikir dengan tenang dan bijak sebelum mengambil keputusan untuk memilih calon mereka di Manek Urai. Setelah mereka `memijak dan menghina' seorang pemborong dan peraih ikan ini, maka mari kita sama-sama bersatu dan bangunkan insan yang bernama Abe Uji ini. Rakyat di Manek Urai lebih sanggup berada di bawah seorang pemborong atau peraih ikan daripada seorang cerdik pandai tetapi bersubahat membantu parti yang selama ini menindas negerinya sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan