Selasa, 28 Julai 2009

PEWARIS KEZALIMAN, PERKASA KETIDAKADILAN

Oleh: WFAUZDIN NS

APAKAH itu PEWARIS dan apakah itu PERKASA? Saya ingin mengulas persoalan ini di dalam kontek dan isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tidak perlu di dalih atau diputarbelitkan, yang jelas adalah Akta ISA yang memberi hak menahan dan memenjarakan seseorang tanpa dibicarakan itu adalah menyalahi hak kemanusiaan atau hak asasi insan, lebih-lebih lagi bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Maka dengan itu, wajar dan tepat sekali GMI serta beberapa pertubuhan politik dan NGO's bersatu tenaga menentang akta ini selagi kita hidup di dalam satu-satu masyarakat yang bernama manusia.

Sokongan kepada sebarang bentuk kezaliman walau dengan apa alasan sekali pun merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip kemanusiaan. Jika kita tidak berpegang kepada prinsip kemanusian, maka mahu tidak mahu kita hanya ada satu pilihan iaitu prinsip kebinatangan. Dalam membicarakan isu Akta ISA ini, kumpulan manakah yang menyokong dan kumpulan manakah yang menentang? Dan, dari kumpulan manakah yang harus kita beri sokongan jika kita ini benar-benar seorang manusia sejati?

Bagi saya kumpulan yang menyokong akta zalim ini adalah PEWARIS kepada kezaliman di zaman jahilliyah dahulu kala sewaktu dunia belum lagi bertamadun. Akta ISA ini tentunya tidak menjanjikan ketidak adilan kepada sesiapa samada mangsa mereka dari rakyat bawahan mahu pun dari golongan atasan. Siapa yang menyokong ketidak adilan berlaku bahkan ingin memperkuatkannya lagi? Golongan yang mem`PERKASA'kan ketidak adilan ini masih ada di dalam negara ini walau pun dicanangkan bahawa negara ini mendokong prinsip `Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan'.

PEWARIS kezaliman serentak dengan mereka yang ingin memPERKASAkan ketidak adilan ini wajib ditentang. Maka, 01 Ogos ini adalah satu perhimpunan dan perarakan yang akan membuktikan bahawa di negara kita ini masih wujud makhluk yang bernama manusia bagi memperjuangkan hak-hak sebagai seorang manusia. Kita tidak tahu siapakah yang akan turut bersama kita pada hari perhimpunan tersebut walau pun mereka ini mempunyai niat yang bertentangan dengan kita. Mereka itu semestinya bukan makhluk yang boleh di kategorikan sebagai manusia. Kalau bukan manusia, siapa lagi? Jin, iblis, binatang atau robot?

Syabas buat GMI dan mereka yang bersama dengannya. Sudah terlihat oleh kita beberapa bentuk provokasi awal-awal lagi untuk menggagalkan perhimpunan ini nanti. Tetapi, manusia tidak akan tewas dengan jin, iblis atau binatang, kerana manusia mempunyai akal dan Allah telah lantik manusia sebagai Khalifah di muka bumi ini. Selamat Berhimpun. /Kembali ke Laman Asal.

1 ulasan:

  1. Doa pertama yang dibaca oleh Nabi Adam setelah turun ke bumi ialah "Wahai Tuhan kami, kami telah menginayai diri2 kami dan sekiranya Engkau tidak mengampuni bagi kami, dan mengasihani akan kami, nescaya jadilah kami daripada golongan2 yang rugi" Sejak Nabi Adam hingga kiamat, tiap-tiap detik manusia diajar oleh Allah supaya mengingkari kezaliman, tiba2 ada kelompok manusia dari Malaysia yang setuju dengan kezaliman!!!! pasti dari ajaran syaitan?

    BalasPadam