Jumaat, 3 Julai 2009

SABAR LAH , LEPAS NI PEMUDA UMNO OK LAH TU

PAS Melaka: Pemuda Umno 'ganas'
Jul 3, 09 12:03pm
Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP kawasan parlimen itu yang sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 01Seorang pemimpin pergerakan itu juga "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di pasar malam Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS negeri Sofi Wahab.

"Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (pemimpin Pemuda Umno) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," katanya.

"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.

"Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau."

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 04Menulis di blognya dengan tajuk 'Pemuda Umno ganas serang pemimpin DAP dan PAS', Sofi berkata kumpulan Pemuda Umno bahagian itu kira-kira 40 orang bertindak kasar, termasuk memecah meja dan pemidang kecil.

"Ternyata mereka (Pemuda Umno) cuba menunjukkan kuasa mereka dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang.

"Sedangkan terbukti wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis yang bertugas di situ tidak mengambil apa-apa tindakan kerana tindakan DAP dan PAS menjalankan kempen daftar pemilih tidak menyalahi undang-undang," katanya.

"Pemuda Umnolah yang membelakangkan undang-undang sehingga sanggup membuat keputusan sendiri menyerang kami."

Sofi, yang berada di tempat kejadian kira-kira jam 8.30 malam, berkata selepas itu berlaku pergelutan kerana Pemuda Umno "bertindak liar cuba menyerang ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyokong Pakatan Rakyat."

"Akibatnya Khoo telah luka di kedua-dua belah lututnya," katanya.

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 03Tambahnya, pergelutan itu bagaimanapun dapat dileraikan dalam masa yang pantas apabila beberapa pegawai polis berpakaian biasa bertindak mengheret seorang ahli Pemuda Umno dan memberi amaran supaya tidak ada pergaduhan berlaku.

Turut sama berada di tempat kejadian: ADUN Kesidang yang juga ketua pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; serta dua exco Pemuda PAS Melaka, Abu Iskandar dan Kerol Salleh.

Pemimpin PAS dan DAP kemudian membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno tersebut./Malaysiakini

Ulasan - Member aku tanya aku, "orang camni kita nak ajak berpakat?" Aku diam je, nak jawab takut termalu sendiri. Biarlah Pemuda Umno buat macam tu. Lepas wacana dengan Pemuda Pas nanti ok lah tu. Pemuda Pas Melaka tentu tahukan mengapa Pemuda Pas Pusat hendak berwacana dengan Pemuda Umno, kan? Pemuda Umno memang suka Pemuda Pas duduk semeja untuk berbincang...berbincang..dan terus berbincang.....Pemuda Pas lagilah suka untuk berdakwah dengan Pemuda Umno ni, maklumlah ketuanya pun Ulamak. Alah, lepas ni Pemuda Umno akan menjadi baik la tu....sabar la yer...

3 ulasan:

  1. Jangan marah-marah. Marah ada dua macam. Pertama marah kerana iman, kalau tak marah maruah tercabar. Kedua marah kerana syaitan, kalau tak marah dendam sepanjang masa, kalau marah mulalah sepak terajang. Fikir-fikirlah!!

    BalasPadam
  2. Salam...
    Biarlah.. Kita tengok yang dikatakan ulama hebat nak pi berdamping dengan UMNO.. mungkin berwacana sambil berdoa minta UMNO tu lembut hati....

    BalasPadam
  3. Aku rasa tulisan ni marah kerana iman, kerana maruah tercabar pasal tak marah. Mana maruah kita masih nk bercampor dgn puak2 yg camni???

    BalasPadam