Jumaat, 3 Julai 2009

TANPA PILIHANRAYA, BN MENANG BESAR DI KEDAH?


Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK, tetapi betul. Tanpa sebarang pilihanraya pun Bn di Kedah telah mencapai kemenangan moral mereka apabila Adun DAP yang mewakili Dun Kota Aman, YB Lee Guan Aik mengistiharkan diri menjadi Adun Bebas. Bertambah lagi keluarga Ibrahim katak Pasir Mas. Saya mulanya tidak yakin sampai begitu sekali kuatnya semangat Adun berkenaan berjuang membela nasib kandang babi, tetapi itulah hakikatnya. Sila baca berita berkaitan di sini.

Tidak mahu mencari salah sesiapa dalam perkara remeh ini. Jika ditanya pada MB Kedah, jawapannya lain dan jika kita baca kenyataan Adun DAP tersebut lain pula. Pening kepala kita memikirkan bagaimana perkara seremeh ini tidak dapat diselesaikan. Sudah tentu ada yang tidak kena, samada kurangnya komunikasi, toleransi mahupun diplomasi sesama pimpinan PR di Kedah. Bagi saya, saya lebih percaya bahawa ini terjadi adalah kerana terlalu mengikut emosi dan taksub yang melampau terhadap perkauman. Selepas ini kita tidak tahu apa pula yang terjadi di peringkat Pusat. Apakah DAP Pusat bersedia berbuat sesuatu samada kepada Adun berkenaan atau pun bersedia untuk membuat satu tindakan drastik di dalam PR?

Jika dilihat dari segi disiplin orang politik, ternyata Adun berkenaan langsung tidak berdisiplin. Beliau telah umumkan keputusan beliau sebelum mendapat keputusan dari DAP Pusat terlebih dahulu. Apakah DAP Pusat harus mendiamkan diri? Atau, DAP Pusat yang mempunyai pengaruh yang lebih besar dan kuat di beberapa negeri sekarang akan menjadi `lembik' dengan ugutan dan asakan Adun DAP Kedah? Kita tunggu sahaja sehari dua ini.

Pada saya, eloklah Adun DAP tersebut kosongkan kerusinya di sana bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan. PKR pun banyak calon dari bangsa Cina untuk dicalonkan di sana nanti. Rakyat sudah jemu dengan politik ugut mengugut ini. Kebijaksanaan pimpinan juga memainkan peranan penting di dalam menstabilkan pemerintahan kerajaan negeri. Saya rasa kebijaksanaan Tan Seri Khalid di Selangor dan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan wajar dicontohi. Kedua-dua negeri tersebut juga ada masyarakat Cina yang makan dan bela babi ini tapi tidaklah sampai apa yang terjadi di Kedah sekarang. Apakah benar `Selsema Babi' menimpa orang politik di Kedah? / wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan