Sabtu, 6 Jun 2009

TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI BLOGGER

JANGAN putus asa. Itulah kata-kata yang patut kita luahkan secara ikhlas kepada semua penyokong calon pimpinan Pas yang tewas baru-baru ini. Perjuangan mesti diteruskan dan kita akan lebih bersemangat lagi selepas ini terutamanya di PRK Dun Manek Urai. Kepada semua pengendali blog yang selama ini bertungkus lumus untuk menentang propaganda media Umno bagi mencapai hasrat mereka, kita teruskan perjuangan bersama PR dan Pas.

Pimpinan terus berubah dari masa ke semasa tetapi perjuangan tidak perlu diubah kerana kita semakin hampir untuk mengibarkan bendera kemenangan di negara tercinta ini. Saya secara peribadi memohon ribuan kemaafan sekiranya di dalam blog ini tersiarnya berita atau artikel yang mengguris hati sesiapa, tetapi percayalah ini semua demi untuk PR. Untuk Pas, saya sentiasa mendoakan agar parti yang berjuang atas dasar Islam ini terus komited dengan perjuangannya. Bagi PR pula, hampirilah Pas selagi Pas masih ingin bersama.

Akhirkata, marilah kita melangkah ke medan di Manek Urai untuk meneruskan perjuangan kita kerana Umno masih belum terkubur dari bumi Malaysia ini. Allahu Akbar.

MEREKA PASTI BERSORAK, TONTON TV3 HARI INI DAN UTUSAN ESOK!!

SEDIH, itu sahaja yang dapat kurasakan selepas mendengar keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS sebentar tadi. Sedih bukan kerana tokoh itu menang dan tokoh itu tewas, tetapi sedih apabila membayangkan betapa ada pihak yang bersorak gembira di atas kemenangan tokoh tertentu. Pihak itu adalah musuh yang sekian lama buat kita. Percayalah, esok akan terbukti di Utusan Malaysia. Dan, lihatlah di TV3 malam ini.

Alhamdulillah, muktamar berjaya setakat ini, namun masa masih jauh. Baru semalam pun beberapa komen dari rakan-rakan kita dalam PR berbunyi lain macam. Kerana apa? Entahlah, mungkin kita semakin hampir dengan mereka yang sudah lama untuk `berbaik' dengan kita. Pandai-pandailah pimpinan membuat keputusan. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung jatuh keciciran.

SAHIH - US NASA MENANG !!

Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Menurut rasmi, Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahiddin Yusof Rawa mendapat 277 undi dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

~~Sumber MSiakini

ALHAMDULILLAH - HUSAM MENANG !!

Datuk Husam Musa memenangi jawatan timbalan presiden PAS dengan menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.

Menurut keputusan tidak rasmi, Husam mendapat 453 votes undi manakala Nasharuddin memperolehi 388.

Seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapatkan 188 undi.

Semalam, Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali berkata keputusan tersebut akan diumumkan pada jam 9.30 pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga jam 9.34 pagi, pengumuman belum dibuat dan sesi perbahasan masih berjalan.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam untuk menentukan nasib Datuk Husam Musa yang mencabar Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan mereka merebut jawatan timbalan presiden PAS.

Tokoh popular parti itu Mohamad Sabu, yang turut menawar diri dalam persaingan tersebut.

Selepas selesai pengiraan undi sehingga awal pagi ini, Husam dikatakan mendahuluk Nasharuddin. Namun, pengumuman rasmi sebentar lagi akan menentukan keputusan sebenarnya.

Bagi jawatan naib presiden pula, tiga nama disebut-sebut terpilih, iaitu Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang tidak dicabar - menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Islam Memimpin Perubahan" di muktamar ke-55 yang diadakan selama tiga hari di Shah Alam.

Berita lanjut menyusul

~~Sumber Msiakini

HAMPIR BENAR, HUSAM MENANG?

Jika benar laporan mStar Online pagi ini bertajuk "Saingan sengit, Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS?" ia bermakna benarlah perkiraan yang dibuat oleh pakar-pakar pilihan raya di sebelah pihak Haji Husam Musa.Justify Full
Pada malam sebelum pengundian itu, mereka memperkirakan Husam boleh meraih antara 410 hingga 450 undi. "Tok leh gi dah (lebih dari 450)," kata salah seorang dari mereka. Mereka amat mengharapkan seorang lagi calon, Haji Mohamad Sabu dapat meraih sekurang-kurangnya 200 undi untuk membolehkan Husam menang. Ada di antara mereka yang berkata, "Male ni kita ngepeng tambah undi Mat".

Sebentar tadi, saya menerima SMS yang mendakwa Husam mendapat 452 undi dan Ustaz Nasharudin Mat Isa mendapat 358 undi. Mungkin betul, mungkin tidak. Jika betul, hampir tepat perkiraan pakar-pakar pilihan raya yang menyebelahi Husam. Pada malam sebelum pengundian itu juga, Husam pula dilaporkan sibuk "melobi" Allah s.w.t. dan menasihatkan para penyokongnya melakukan perkara yang sama. Dia tahu, hampir mustahil dia boleh mendapat lebih dari kira-kira 450 undi. Hanya Allah yang mampu membantu.

Husam bukan diterima oleh semua pihak. Banyak juga yang melanyak. Ketika Husam mula menawarkan dirinya dan beliau diserang habis-habisan, saya hantar SMS kepadanya, "Hang kena banyak 'bercakap' dengan Allah". Saya tidak suka melihat Husam berkuntau lidah dengan mereka yang sakit hati kepadanya. Hampir setiap hari juga saya meminta Mat Sabu supaya "jangan kata kat orang (calon-calon lain)". Saya tidak suka "pengantin" saya comot-comot akibat perbuatannya sendiri. Kepada saya, kalau Mat Sabu kalah sekalipun, sekurang-kurangnya boleh dibuktikan bahawa Mat Sabu dan Husam bersaing antara satu sama lain dengan cara yang beradab.

Ketika kebetulan kami berjumpa, Husam dan saya tidak cakap apa-apa tentang pemilihan Timbalan Presiden PAS. Husam tahu, saya tentu menyokong Mat Sabu. Kami hanya bergurau kosong sahaja. Husam lebih bertuah dari Mat Sabu. Ramai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang membuka mulut membantunya. Mat Sabu pula hanya dibantu oleh marhaen-marhaen yang sesetengahnya langsung tidak dikenali. Mereka boleh cakap apa sahaja, tetapi cakap-cakap mereka tidaklah sebisa mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mat Sabu sendiri tahu perkara itu. "Aku tak dak sokongan ahlul-hilli wal aqdi (Majlis Syura atau Ahli Jawatankuasa PAS Pusat). Paling banyak aku boleh dapat tiga undi ja dari depa". Nasibnya baik kerana pada hari pengundian ada seorang lagi yang tidak disangka-sangka dilihat oleh pengundi di belakangnya telah memberikan undi kepada Mat Sabu. Dia dapat empat undi dari hlul-hilli wal aqdi dan bukan tiga seperti yang dijangkakan.

Sama ada Mat Sabu akan menjadi sejarah atau tidak selepas ini, hanya Allah jua yang menentukan. Walaupun saya menyokong Mat Sabu, saya tetap bersyukur kepada Allah Yang Maha Menghakimkan dan Maha Memutuskan jika benar Husam dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Usaha saya sejak 2005 lagi telah berhasil (pada tahun itu saya beritahu Mat Zain Markaz Tarbiyyah bahawa Ustaz Nasharudin menang kerana kesalahan Ustaz Hassan Shukri yang sebelum itu tidak menyinar sebagai Timbalan Presiden. Pada masa itu juga, anak-anak Almarhum Ustaz Fadzil Noor seperti Mona dan Ustaz Fauwaz pakat-pakat sokong Ustaz Nasharudin. Kali ini pun Ustaz Fauwaz menyokong Ustaz Nasharudin. Saya memohon maaf jika Ustaz Fauwaz melihat saya sebagai anak murid yang kurang ajar - setiap kali berpeluang bertemunya, saya banyak "mencuri" ilmunya).

~~Sumber Penarik Beca

ADAKAH HUSAM KESEORANGAN MEMBELA PR ?

"Lebih baik aku bertemankan bangsa Cina daripada aku bertemankan bangsa ku sendiri yang pernah mengkhianati partiku..." Mungkin itu yang ada dalam fikiran Husan sekarang.

Saranan wujud kerajaan perpaduan anjuran Presiden Pas dipertikai pemimpin parti, Pakatan Rakyat

SHAH ALAM: Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan semalam, bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah pemimpin kanan parti itu sendiri.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan jika menang akan bergandingan dengan Abdul Hadi, secara terbuka mempertikaikan kenyataan ketuanya itu kerana beranggapan ia tidak menguntungkan parti berkenaan. Beliau menegaskan parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno seperti kerjasama yang dipraktikkan dengan PKR dan DAP kerana Pas tidak akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan berkenaan, selain pemimpin Pas sudah tentu tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, beliau tidak akan sesekali membenarkan Pas menjadi 'kuda tunggangan' Umno melalui kerajaan perpaduan, walaupun ia diilhamkan oleh parti itu. "Saya juga bimbang pembahagian kerusi antara Pas dengan Umno kemungkinan tidak adil. Yang kita mahu adalah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Pas Ke-55 oleh Abdul Hadi, di sini semalam. Husam berkata, jika kedudukan kerusi Pas dan Umno tidak sama rata, Pas mungkin tidak dapat memainkan sebarang peranan dalam kerajaan perpaduan.

Sebaliknya, beliau mahu Pas lebih menumpukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat kerana mendakwa taraf semua parti dalam pakatan itu adalah sama rata. "Namun, jika perbincangan mengadakan kerajaan perpaduan mahu dilaksanakan juga, lebih baik dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Pas boleh memastikan kerusi kita benar-benar cukup untuk mengukuhkan kedudukan dalam kerajaan," katanya.

Abdul Hadi pada sidang medianya selepas menyampaikan ucapan dasar pada muktamar itu semalam mempertahankan gesaannya supaya kerajaan perpaduan dibentuk bagi menyelesaikan masalah dalam negara secara menyeluruh. Presiden Pas itu berkata, usaha itu menunjukkan yang Pas mengamalkan dasar terbuka selaras dengan prinsip demokrasi. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat dan beliau hanya mengetahuinya menerusi laporan media.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan, tetapi terpaksa membuat komen demi kepentingan penyokong Pakatan Rakyat," katanya dalam laman blognya. Lim berkata, beliau diburu wartawan selepas perasmian muktamar semalam yang mahu mendapatkan komen berhubung kenyataan Abdul Hadi mempertahankan cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Semua pemimpin mesti bersedia untuk berbincang dengan pemimpin lain berhubung apa saja isu yang membabitkan kepentingan ramai," katanya. Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, berkata idea kerajaan perpaduan bersama BN adalah idea politik yang terkebelakang dan tidak progresif.

"Pengalaman politik kompromi seumpamanya pernah berlaku pada 1978 antara Pas dan BN yang akhirnya tidak memperlihatkan sebarang manfaat. Justeru, idea ini sudah ditolak oleh pemimpin PKR. "Cadangan bekerjasama oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kerajaan BN pula khusus untuk perkara untuk kepentingan rakyat, seperti masalah ekonomi negara dan tidak mengaitkan kerajaan perpaduan," katanya.

~~Sumber BH Online

PILIHAN PENGUNJUNG BLOG - SIAPA TIMB PRESIDEN PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

Beberapa Blog tertentu telah mengadakan ruangan `Poll' bagi pengunjung blog masing-masing membuat pilihan pemimpin yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas yang telah pun dilakukan pemilihan petang tadi. Berikut adalah keputusan terkini berakhir tengah malam 05 Jun 2009. Cuma beberapa blog tertentu yang sempat saya kutip untuk dipaparkan di ruangan ini.

1. wfauzdin.blogspot.com - Husam Musa (84%), Us Nasa (8 %), Mat Sabu (6 %)
Jumlah sertai undian - 113. Lain-lain berkecuali.

2. KLPost.Com - Husam Musa (64%), Us Nasa (22 %), Mat Sabu (14 %).

3. Greenboc.blogspot - Husam Musa (66%) , Us Nasa (19%), Mat Sabu (14%).

4. Anilnetto.com - Husam Musa (89 %), Mat Sabu (6 %), Us Nasa (3 %),
Berkecuali (3 %) - Jumlah sertai undian - 424


Detikdaily.net pula menunjukkan undian pengunjung bahawa 35.65 % yakin benar kempen berjalan begitu bersih, 24.73 % cuma yakin sahaja, manakala hanya 8.34 % sahaja yang percaya kempen berjalan kotor.

Apakah tekaan pengunjung-pengunjung bloh berkenaa tepat? Sama-sama kita tunggu beberapa jam lagi. Apa yang penting...........PR dan PAS tetap dihati kita.

Terima kasih atas ihsan pengendali website/blog-blog yang saya gunakan di sini.

Lain-lain artikel klik sini

Jumaat, 5 Jun 2009

UMNO JANGAN TERLALU MENGHARAP DI DALAM MUKTAMAR PAS INI

Oleh: wfauzdin.blogspot.com

PERTARUNGAN di antara sesama saudara sedang berjalan di Dewan Muktamar Pas sekarang, manakala perdebatan dan perbahasan di dalam dunia cyber dan IT juga sama hebat. Semuanya menjadikan topik samada Timbalan Presiden Pas yang akan dipilih adalah Us Nasa atau Husam mahupun Mat Sabu. Semuanya ada penyokong masing-masing di pelbagai peringkat samada ahli-ahli Pas dan tidak kurang juga yang tiada kena mengena dengan Pas. Begitulah hebatnya Pas ketika ini sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana jika ditakdirkan Us Nasa kalah, Mat Sabu kalah dan Husam menang? Atau, Husam kalah, Mat Sabu pun kalah dan Us Nasa menang? Bagaimana pula jika Mat Sabu menang dan Husam serta Us Nasa kalah? Apakah dengan keputusan itu nanti akan menyebabkan Pas punah ranah dan Umno kembali bernafas? Jika itu anggapan kita, kita tersilap dalam membuat perkiraan tersebut. Meskipun dunia cyber dua tiga minggu ini termasuk media perdana begitu aktif bercakap tentang calon itu dan calon ini di samping terdapatnya seorang penulis yang dijemput khas oleh TV bagi membicarakan tentang pemilihan kali ini, usah diharap Pas akan berpecah bahkan berkocak sedikit pun tidak.

Jika perwakilan sudah tekad buat keputusan, kita semua kena terima dan akur. Mungkin segala pandangan dan kritikan oleh semua pihak wajar dijadikan panduan atau peringatan demi kebaikan bersama. Tidak akan berlaku mana-mana pemimpin Pas yang tewas akan menyebabkan penyokong-penyokong mereka keluar parti kerana Pas bukan seperti parti sebelah sana itu. Yang menang tentunya akan memikul amanah yang berat dan yang tewas pula mereka tetap menang selaku yang berani berpencak di pentas demokrasi, tidak juga seperti parti yang di seberang sana itu. Selamat Bermuktamar.

WFAUZDIN NS


PETANG YANG DINANTIKAN - APAKAH HUSAM MAMPU MENGECEWAKAN MUSUH PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

Tidak beberapa minit lagi, atau mungkin sedang berlangsung sekarang pemilihan yang begitu dinanti-nantikan oleh kita semua termasuk musuh-musuh PAS termasuk media perdana adalah bagi menentukan siapakah yang akan bergandingan dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang untuk mengepalai PAS. Sudah tentu semua mengharapkan yang terbaik buat PAS, samada mereka golongan Ulamak atau pun tidak, samada mereka golongan yang jahil agama mahu pun yang Non Muslim. Ini kerana PAS adalah untuk semua dan PAS adalah wadah yang bakal mewarnai politik tanahair nanti, InsyAllah.

Husam Musa, sudah tentunya menjadi sasaran musuh-musuh Umno selain dari Mat Sabu, manakala golongan Ulamak di dalam PAS mungkin masih menaruh keyakinan terhadap Us Nasa. Ulamak atau tidak, kesemuanya di dalam PAS mahukan PAS menjadi bertambah kuat dan dihormati serta dipercayai oleh rakan-rakan di dalam PR. Inilah masanya untuk memilih mereka yang boleh meningkatkan imej PAS khususnya menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Usul Dewan Ulamak yang mahukan jawatan No 1, No 2 dan satu jawatan untuk mereka di peringkat Naib Presiden telah ditolak. Keputusan ini menambahkan lagi kerancakan pemilihan kali ini, malahan dirasakan lebih panas dari beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

Tidak seorang pun dikalangan pimpinan PR terdiri dari PKR dan DAP yang memberi sebarang komen menyokong atau tidak sesiapa calon dari PAS tersebut. Memang bijak mereka tidak memberikan komen kerana pemilihan ini adalah rumahtangga PAS. Cuma, mereka tentunya berminat untuk mengikuti perkembangan tersebut kerana sebarang tindakan atau perubahan di dalam pimpinan PAS sudah semestinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada PR. Kesannya, samada PAS bertambah baik di dalam ikatan kerjasama ini atau pun PAS semakin menjauhkan diri. Menjauhkan diri dari PR sama lah juga mendekatkan diri kepada Umno/Bn. Ini mungkin mustahil dilakukan oleh PAS.

Selepas pemilihan ini nanti, diharapkan semuanya tetap memberi sokongan kepada mereka yang dipilih samada mereka golongan ulamak atau pun tidak. Segala teguran mahu pun kritikan oleh sesiapa, anggaplah sebagai pemancu semangat kepada pimpinan untuk terus membuktikan bahawa `Umno/Bn Gagal Musnahkan PAS dan PR'.

Untuk artikel seterusnya klik sini


DIA TERKENTUT, CEPAT-CEPAT KATA ORANG LAIN KENTUT!!

Oleh Mohd Sayuti Omar

HAMPIR 1,000 perwakilan muktamar Pas ke 55 di Shah Alambenar-benar teGo to fullsize imageruji dan teruja kali ini. Barang kali inilah ujian paling getir untuk para perwakilan Pas sejak kewujudan Parti Islam se Malaysia itu kira-kira 57 tahun lalu.

Tetapi itu tidak membimbangkan kerana perwakilan Pas kini rata-rata mepunyai pandangan, pengamatan dan analsis sendiri. Mereka sudah pun diterbihkan oleh Pas sejak lama dulu. Pastinya ilmu dan pengalaman itu digunapakai dalam muktamar ini.

Perwakilan Pas mempunyai penebat yang tebal untuk menahan arus ‘eletrik’ hitam yang menggasak minda mereka.

Kenapa saya kata ujian paling getir kerana mereka dihadapkan dengan pelbagai isu dan bentuk kempen yang belum pernah terjadi sebelum ini. Inilah kesan langsung kepada Pas selepas parti itu tidak dapat menahan evolusi masa, menganjakkan diri ke laman globalisasi. Kita akan berdepan dengan dunia serba baru yang sebelum ini tidak terfikir oleh kita semua.

Untuk mendiami dunia ini kita kena berani, tegas dan mempunyai kekuatan dalaman. Spritual dan mental. Sekiranya kita mudah lemah dan putus asa kita akan kalah sebelum sempat mencabut keris dipinggang. Ini menyebabkan kegelapan akan merampas kecerahan seperti menerusi satu sihir mistik.

Gerun kita memikirkan bagaimana kempen merebut jawatan yang berlaku kali ini. Saya sangat percaya, pihak musuh Pas juga turut ikut sama mencampuri urusan pemilihan kali ini. Kebebasan media; blog, internt, telefon bimbit digunakan sepenuhnya. Bagaimana kita sendiri menyelit ke dalam baju musuh, demikian juga musuh terhadap kita. Ini adalah lumrah dan memerlukan sifat fatanah yang tinggi bagi mengatasinya.

Fitnah dan campur tangan menerusi media baru ini lebih gampang dan mudah. Lebih selamat. Kerana penggangu itu tidak sesekali menjelmakan muka mereka, mereka berselindung di sebalik kebebasan media dan dunia tanpa sempadan dan kecanggihan dunia media maya ini. Sebab itu fitnah gampang menerobos merobekkan baju peradaban kita yang dilontarkan tanpa tangan.

Bahan kempen berupa fitnah dilontar semudah meludah ke kiri ke kanan ke bumi sambil berjalan saja.

Fitnah dalam dunia sesawang tidak memerlukan bukti. Barang kali Tuhan memberi pengecualian kepada kita untuk berbuat demikian! Siapa yang bijak mengatur kata-kata, menempel di mana-mana orang berkuasa dan berpengaruh, fitnahnya akan segar dan mudah dipercayai. Lumrah manusia mereka menjadi gentar kepada kuasa dan keagungan raja, meskipun raja itu zalim dan kejam.

Bagaimana pun saya percaya mana-mana ludahan fitnah yang dilempar di tengah jalan itu tidak sampai memburuk kaki si pemijaknya. Bahkan ianya tidak melekat dan mengotorkan kaki mereka yang mempunyai fikiran yang sihat dan bersifat analitis.

Satu segi walaupun begitu kalut dunia kempen hari ini ia menyeronokkan. Ia menggambarkan itulah realitas politik. Perbalahan, pertengkaran selisih faham hatta sampai ke peringkat fitnah diterima sebagai rukun politik. Saya sering menyebut politik demokrasi ada empat rukun (4C). Manipulasi, ekspolitasi, kontroversi dan hipokrasi.

Sesiapa yang bijak memanipulasi dia akan berjaya. Sesiapa yang cekap mengeksploitasi akan berjaya. Sesiapa yang pandai membuat kontroversi akan popular dan sesiapa yang tergamak melakukan hikpokrasi akan terlepas dari jerjak-jerjak besi keadilan dan kebenaran.

Bagi mereka memahami rukun-rukun ini apa yang berlaku sedikit pun tidak dikisahkan. Saya sendiri dibaham kiri dan kanan. Puluhan yang menghentam dan mengkritik saya. Lucunya seolah-olah saya salah seorang calon bertanding! Tidak kisah ini adalah perminan politik.

Sama ada ianya dibuat atas niat ikhlas atau sebaliknya kita kena terima sebagai satu kemestian. Apakah ianya diupah atau tidak, bergerak di bilik tidur di rumah, di bilik hotel atau ruang pejabat kita harus mendepani sebagai satu kebenaran yang perlu dijawab. Itu semua adalah permainan dunia siber hari ini.

Ada pun kenapa mereka tidak menjelma itu juga perminan dan sebahagin dari rukun-rukun siber. Tektik-tektik demokrasi pengecut tetapi disanggap hero. Sebagai kawan yang bertentangan ideologi dan pendapat dengan kita misalnya mereka tidak akan tergamak untuk mencatuk kita secara gentlemen, jadi mereka harus berlindung. Memegang ulu kapak jauh-jauh dan mencatuk kepala kita. Ini juga satu kebijaksanaan dalam demokrasi!

Atas menerima hakikat sifat demokrasi 4C saya menghormati mereka. Betapa lancang dan 'lancau'nya bahasa itu adalah kritik 'konstruktif' yang perlu dinilai sebagai penawar untuk diri. Sejauh mana kebenarannya tidak perlu dipertikaikan dan kita harus yakin dengan diri sendiri. Seperti mana saya jelas kita lebih memahami diri kita daripada orang lain.

Perwakilan Pas memahami ini semua. Segala tektik, provokasi difahami sebaik mungkin. Saya yakin perwakilan tidak akan menelan sesuatu yang disuakan kepada mereka semudah menelan biji buah naga. Mereka akan terlebih dahulu melihat apakah jenis butir atau biji yang diberikan itu sama ada keras ataupun lembik. Tentunya biji yang keras seperti biji nangka dan durian mereka tidak akan menelannya kerana ia boleh mendatangkan maut.

Dari segi lain peperangan menerusi dunia siber ini akan mematangkan Pas. Apa-apa yang didedahkan hari ini baik betul atau tidak, ia berguna di masa depan. Ia boleh dijadikan sempadan dan peringatan. Ia akan mematang dan menyempurnakan lagi gerakan kita.

Saya sendiri tetap yakin kepada sunah alam bahawa kebenaran itu sering kali menjelma setelah segala-galanya hampir musnah atau sesudah sesuatu itu sudah menjadi lebur. Sesuatu itu akan terjawab hanya menunggu masa dan ketika saja. Berdasarkan pengalaman saya sudah banyak menyaksikan hakikatnya.

Sebagai penulis dan pengulas politik, kritikan dan analisa kita yang tidak enak sukar diterima dan sering dianggap kotor, jahat dan fitnah. Namun akhirnya setelah kebenaran itu tiba barulah kita diangkatkan jempol mengatakan benar dan berterima kasih. Tetapi waktu ini ia sudah tidak bermakna lagi kerana semuanya sudah menjadi puing-puing kehancuran. Lazimnya manusia suka dipuji atau diberikan bayangan indah meskipun ianya adalah fantasia semata.

Keadaan ini adalah ujian. Sementara kebenaran itu tiba seseorang itu perlu bersabar menahan segala kesakitan dan kepedihan. Tetapi kalau kita pandai mengolah diri dan perasaan, namun kepedihan dan kesakitan itu tidak pun terasa apa-apa, sebab kebenaran akan melupuskan segala unsur-unsur kejahatan.

Dengan kuasa, maklumat dan pandangan yang telah dikunyah dan dihalusi dari segala sudut telah dicerna dan dicerakinkan, para muktamir Pas bolehlah memilih pemimpin yang mereka kira baik, sempurna dan dapat membawa parti itu ke persada perjuangan mencapai kejayaan segajat sesuai dengan fitrah Islam itu sendiri sebagai al deen dinul hayat. Selamat bermuktamar

~~Sumber Detikdaily

Komen saya - Aku macam pernah tengok nama dia ni kat TV3 bercakap pasal PAS. Wah...hebat sungguh sampai dia seolah-olah jadi jurucakap PAS pulak. TV3 ni memang suka orang camtu, bukankah Raja Sesumpah dan banyak kali masuk TV3? Dia ni baru nak popular kot kat TV3... aku ingatkan dia nak cerita pasal kambing ke...apa ke...hehehe....Atau pun dia nak ulas cerita pasal `orang berketayap merayap malam cuba nak masuk kelambu orang lain ' yang terjadi kat Selangor tu. Aku tak tau banyak tentang dia ni....nak tahu cuba tanya Tulang Besi...dia banyak tahu kot...Sori yer Tulang Besi..hehehe......



LIVE - HAJI HADI AKHIRNYA MEMUJI ERDOGAN

LIVE: Laporan Muktamar PAS ke-55



05 Jun 2009 9:17AM

KLPOS.COM bawakan secara langsung liputan Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-55. Wartawan KLpos.com melaporkan dari Stadium Malawati Shah Alam. Klik 'refresh' atau 'reload' untuk maklumat terkini.

11:22am: Dalam penutupnya Hadi sekali lagi menegaskan PAS sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema muktamar kali ini iaitu Islam Memimpin Perubahan . Hadi turut meminta Ulama PAS berani dan berijtihad menangani polemik baru yang serba mencabar pada masa ini.

11:06am: Ulama muda akan mewarisi perjuangan PAS kerana mereka akan meneruskan perjuangan Islam secara istiqamah. - Hadi

11:04am: PAS akan meminda perlembagaannya bagi membolehkan Kelab Penyokong PAS menjadi sayap parti itu dan ahlinya layak menjadi calon pilihanraya dibawah payung PAS. - Hadi

10:53am: Hadi menyebut nama Erdogan dan Ahmadinejad dalam ucapannya. Beliau mengalu-alukan keberanian keduanya memprotes tindakan Israel di Palestin.

10:50am: PAS bersedia menerima idea baru tetapi semua ahli PAS perlu ditarbiyah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan PAS serta memahami budaya dan kaedah PAS. - Hadi

10:45am: 'Soksek' perwakilan yang didengari wartawan kami mengatakan Naib Presiden PAS Husam Musa mendahului dengan 40 peratus sokongan, Nasharuddin 35 peratus manakala selebihnya milih Mohamad Sabu. Keputusan dijangka diumumkan petang Ahad. Perbahasan bermula esok.

10:40am: Dasar pendidikan tajaan Umno menyebabkan lahirnya pemimpin yang tidak bermoral, yang berkuasa melalui rasuah dan penipuan, kata Hadi lagi.

10:16am: Hadi Awang turut berkata slogan satu Malaysia tidak berupaya mewujudkan suasana negara yang lebih baik kerana dalaman Umno dan BN sendiri bercelaru dan tidak bersatu.

10:15am: Hadi Awang membacakan ucapan dasar bertajuk Islam memimpin perubahan yang menekankan dan memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Beliau juga mengambil sikap terbuka untuk bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kepentingan Islam. Presiden PAS turut berkata rampasan kuasa di Perak sebagai kemuncak keangkuhan Barisan Nasional (BN).

9:58am: Kurang meriah. Itu 'soksek-soksek' yang kedengaran dikalangan wartawan yang hadir membuat liputan sempena muktamar kali ini. Para wartawan pada awalnya menjangkakan 'kick-off'muktamar kali ini lebih hangat dari biasa. Tempat duduk di Stadium Malawati masih banyak kosong. Berbeza dengan muktamar PAS tahun lepas di Ipoh yang lebih meriah.

9:50am: Setiausaha Agung PAS sedang berucap mengalu-alukan muktamar kali ini. Bekas menteri di JPM Datuk Zaid Ibrahim menerima tepukan gemuruh dari perwakilan dan pemerhati apabila kehadirannya diumum oleh pengerusi tetap.

9:39am: PAS secara rasmi mengiktiraf Sasterawan Negara Datuk Samad Said dan bekas ketua pengarah DBP Datuk Hassan Ahmad. Sasterawan-sasterawan negara ini menerima anugerah Pejuang Bahasa kerana keberanian mereka menentang PPSMI. Menurut presiden PAS anugerah tersebut julung kalinya diberikan sempena Muktamar tahun ini.

9:30am: Antara tetamu VIP yang hadir ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, bekas menteri di jabatan perdana menteri Zaid Ibrahim, wakil Hamas dan wakil-wakil kedutaan asing. Bagaimanapun kelibat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum kelihatan.

9:25am: Ustaz Mustapa Sinin, Imam Besar Masjid Negerindan johan musabaqqah Al-Quran peringkat kebangsaan sedang membaca ayat suci Al-Quran. Lebih 100 orang wartawan termasuk KLpos.com dari kira-kira 30 agensi berita membuat liputan sempena muktamar PAS kali ini.

9:21am: Nik Aziz masuk ke dalam dewan diiringi Timbalan Mursyidul Am Dato' Dr Harun Din, Presiden Datuk Seri Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa Setiausaha Agung Dato' Kamaruddin Jaafar dan Pesuruhjaya Selangor Dato' Dr Hassan Ali.

9:15am: Ketibaan Mursyidul AM Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kebanyakkan tempat duduk masih lengang.

~~Sumber Ihsan KLPost


UMNO MENGAKU MENOREH HANYA STRATEGI SAJA

‘Bukan strategi cari publisiti murahan’


SHAH ALAM – Tidur di rumah penduduk dan bersama menoreh getah adalah antara strategi baru yang digunakan untuk mengambil hati rakyat, bukannya mendedahkan kelemahan parti kepada pembangkang, mahupun sengaja mencari publisiti murahan.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, strategi yang digunakan itu dipercayai akan dapat mendekatkan lagi petugas Barisan Nasional (BN) serta memahami masalah yang dihadapi dan dalam masa yang sama, mengajak penduduk terus menyokong perjuangan UMNO.

“Memang pendekatan yang saya lakukan adalah berbeza. Mungkin kerana itulah saya diberi kepercayaan oleh Presiden parti untuk memegang tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan UMNO.

“Saya melakukan sesuatu perkara dengan berbeza dan luar biasa sebagai contoh dalam berhujah. Inilah antara strategi yang dilakukan agar UMNO yang dilihat menggunakan pendekatan berlainan terus mendapat perhatian daripada rakyat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘Surat Terbuka Buat Ketua Penerangan UMNO’ oleh Ab Jalil Aboo Backer yang dipaparkan di laman web Kelab Penyokong Maya UMNO, MyKMU.net.

Antara kandungan surat tersebut mengkritik pendekatan yang dilakukan Ahmad Maslan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Penerangan UMNO.

Surat tersebut turut meluahkan kekhuatiran tindakan beliau akan memudahkan pembangkang melancarkan serangan psikologi jika terus memberitahu khalayak mengenai strategi UMNO.

Ahmad yang menyangkal dakwaan itu berkata, kenyataan yang disuarakan kepada media dan khalayak bukanlah strategi UMNO sebagaimana yang katakan penulis tersebut.

“Perkara ini tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh parti.

"Ini hanyalah segelintir kritikan negatif, sedangkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya telah menerima begitu banyak penghargaan dari pelbagai lapisan masyarakat melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan sebagainya yang menyokong tindakan saya,” katanya.

Bagaimanapun beliau tetap memaafkan penulis surat terbuka tersebut dengan alasan beliau tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku dan tidak memahamai strategi yang digunakan untum menarik semula sokongan rakyat terhadap UMNO.

~~Sumber Sinar Harian

Komen Saya - Baca peranggan akhir ayat tu. Beliau mengaku itu strategi saja. Maknanya tidak ikhlas la kot..............hehehe...kantoiii...

PAS FOR ALL

Pertama sekali ingin diucapkan Selamat bermuktamar kepada semua kepimpinan Pas dan ahli serta kelab penyokong PAS. PAS kini sudah menjadi sebuah badan parti politik yang cukup matang. Bukan sahaja ahli dikalangan Melayu Islam, bahkan PAS kini telah diminati dari bangsa dan agama lain.

Dulunya PAS lebih dikenali dengan hududnya atau dikira parti untuk Pak Lebai. Pas telah menempuhi zamannya dengan penuh peristiwa manis dan pahit. Dengan istiqomah yang ada kepada kepimpinan dan ahlinya, PAS kini sudah berada dipuncak kegemilangan.

Parti Islam Semalaysia PAS bukan sahaja dipimpin oleh golongan Ulama, bahkan terdapat ramai dikalangan ahli dan kepimpinan yang ada dari golongan Profesional. Golongan ini telah berjinak dan ingin mendekati sebuah parti yang dipimpin oleh Ulama. Hasilnya golongan professional ini sedikit sebanyak dapat mempelajari dan mendekati ulama.

Bila kita mendengar ceramah-ceramah yang pidatonya dari golongan Professional ini, kita tidak dapat membezakan samada ia dari berkelulusan Al-Azhar atau mana-mana Universiti Islam mahupun dari pengajian pondok. Mereka boleh membaca dan mengupas potongan ayat Al-Quran, Hadis, dan mengupas soal hukum hakam Islam.

PAS telah berjaya menarik golongan seperti ini. Kini, PAS telah berjaya menarik kaum lain untuk mendekati dan memahami konsep dan isi parti. Maka wujud kumpulan kelab Penyokong Pas yang menggunakan slogan 'Pas For All'.

PAS diduga dengan bermacam-macam tuduhan, pengkhianatan, dan lain-lain lagi. Kebijaksanaan kepimpinan PAS telah berjaya menepis semua itu dengan penuh berhikmah. Ini bezanya parti yang bertunjangkan Agama. Segala dugaan, segera kembali kepada yang Maha Pencipta.

PAS cuba untuk bekerjasama dengan kumpulan monarki, tetapi akhirnya dikhianati. Kumpulan Monarki ini dari Bahasa, Bangsa dan Agama yang sama. PAS ditendang keluar. Tidak hairanlah kenapa Tuan Guru Nik Aziz tidak sesekali mahu kembali kepada kumpulan ini.

Kini PAS telah diterima semua kaum dan agama. DAP terkenal dengan Parti Cinanya telah bergabung bersama PAS dan PKR. Kesemua label yang diberikan kepada PAS, DAP dan PKR, telah berjaya dilenyapkan dengan kerjasama yang dinamakan Pakatan Rakyat. Akhirnya PAS telah menguasai 3 buah negeri , Kelantan, Kedah dan Perak. DAP memerintah Pulau Pinang manakala PKR berjaya merampas Selangor. Kejayaan ini bukanlah kejayaan sebuah parti, Ini adalah hasil usaha kerjasama dan titik kefahaman antara 3 Parti yang dipimpin oleh tokoh yang berpengalaman Tuan Guru Haji Hadi, Lim Kit Siang, dan Dato' Seri Anwar.

Kerjasama ini amat menarik dan telah merubah senario politik Malaysia. Slogan Ketuanan Rakyat yang dipopularkan oleh DSAI telah berjaya menarik minat hampir separuh rakyat di Semenanjung Malaysia.

Akhirnya kerjasama dan ketaatan kepada kepimpinan dari Pakatan Rakyat telah diuji dengan begitu hebat. Jatuhnya Kerajaan Perak yang dilakukan oleh kumpulan Monarki ini, telah banyak membuka mata dari semua golongan. Rakyat khususnya dapat menilai siapakah yang benar-benar gilakan kuasa dan siapakah yang benar ikhlas dalam pemerintahan. Rakyat yang tidak tahu menahu soal perlembagaan, kini rakyat telah membaca dan memahami isi perlembagaan. Rakyat tidak tahu menahu batas-batas kuasa Sultan, Menteri Besar, Speaker dan Undang-Undang tubuh negeri, kini rakyat membaca dan memahaminya. Semua ini ada hikmahnya.

Paling penting dilihat bagaimana kempimpinan DAP dan PKR bertungkus lumus dan berkorban mempertahankan MB Perak dari PAS Dato' Seri Ir. Nizar. Semangat setiakawan dan setia kepada kepimpinan ditunjukkan di Negeri Perak ini yang amat ditakuti oleh kumpulan Monarki.

Semangat setiakawan ini yang harus dikekalkan dalam Pakatan Rakyat. Baik PAS, DAP, dan PKR perlu memahami dan bertolak ansur serta bijaksana dalam menangani isu diantara parti.

Pas lebih dilihat matang dalam berpolitik. Gabungan golongan Ulama dan Professional ini menjadikan pas sebuah parti tunjang utama dalam Pakatan Rakyat. Tidak perlu behujah golongan Ulama perlu diutamakan dan golongan Professional tidak layak memimpin parti. Bukankah ini akan merugikan PAS di masa akan datang? Di Perak, Dato' Seri Ir. Nizar boleh memerintah tanpa adanya perlakuan kronisme dan rasuah. Boleh bersederhana dan mengutamakan rakyat di bawah pemerintahannya. Apa buruknya jika golongan professional ini menduduki tempat kepimpinan di dalam PAS ? Rangka di dalam Parti PAS itu sendiri secara automatiknya dapat mengawal segala tindak tanduk dan keputusan kepimpinan yang di tentukan oleh Majlis Ulama PAS itu sendiri.

Diharapkan Muktamar PAS kali ini, segala keputusan dari perwakilan dapat dinilai dengan sebijak-bijaknya. Disinilah permulaan bagi PAS untuk membentuk sebuah parti yang mendapat tempat di hati setiap kaum, dan agama baik dari golongan Ulama atau Professional.

Selamat Bersidang .....

Nota : "Gugurkan Ular Dalam Semak dan Naikkan Ulama"

~~Sumber http://inflakastablog.blogspot.com/

Khamis, 4 Jun 2009

BILA SEBUT PASAL JAWATAN MESTI ULAMAK, YANG KENA SEMBUR FRU DI MANA ULAMAK?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKU bukannya anti Ulamak kerana tanpa Ulamak, PAS akan hilang arah tujuannya. Tetapi apabila Ulamak sudah dipilih tanpa bertanding jawatan Presiden di dalam PAS, amat keterlaluan untuk penolong Presiden pun golongan Ulamak tidak layak. Lebih bersifat tamak lagi, diletakkan syarat pula untuk jawatan Naib Presiden pun mesti ada seorang Ulamak. Siapa punya usul ini? Ini adalah usul Dewan Ulamak PAS sendiri.

Setahu aku Ulamak itu pewaris Nabi dan Nabi itu setahu aku juga seorang yang berani dan sentiasa berlaku adil. Ada sejarah Nabi berada di hadapan di medan pertempuran sehingga patah gigi Baginda. Itulah kehebatan Nabi yang susah pula nak diwarisi oleh golongan Ulamak sekarang. Kita lihat sendiri bagaimana PAS diwaktu kesusahan bersama rakan-rakan di dalam PR untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menentang kezaliman, pejuang-pejuang PAS yang sering kita lihat di hadapan sekali ialah siapa? Yang sering disembur oleh FRU dan ditangkap siapa? Yang rajin berceramah dan berjumpa semua golongan tidak mengira bangsa dan agama di setiap pelusuk kampung dan kota tu siapa? Ini belum lagi berperang, baru nak menuntut demokrasi dan keadilan. Di mana Ulamak ketika itu? Di masjid bertazkirah mungkin.

Bukan tidak ada seorang pun Ulamak yang aktif di saf hadapan, memang ada, jika dahulu Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah pedih mata disembur FRU. Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz juga pernah diserbu ketika berceramah. Tetapi, cuba kita kira seramai mana golongan Ulamak khususnya di dalam Dewan Ulamak sendiri yang berani bersama rakyat turun menentang kezaliman? Berapa ramai dari mereka yang pernah ditangkap, dipukul atau sekurang-kurangnya terkena percikan air gatal FRU? Kalau berperang, aku tidak tahu bagaimana agaknya.

Amat malang, setelah PAS kini mempunyai kekuatan setelah dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR, golongan yang bukan Ulamak dikatakan tidak layak untuk berdamping dengan Tuan Guru Presiden. Ini bermakna, Dewan Ulamak secara tidak langsung tidak menyokong Husam atau Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Husam tidak sokong Islam kah selama ini semata-mata Husam berbaik dengan DS Anwar? Mat Sabu tidak sokong hudud kah semata-mata Mat Sabu berbaik dengan Guan Eng? Atau Ustaz Nasa dikira seorang Ulamak pewaris Nabi hanya semata-mata `merayap' malam berjumpa pemimpin Umno sewaktu PR ingin membentuk kerajaan di Selangor?

Aku hairan mengapa Dewan Ulamak bersikap seolah-olah tamak kuasa. Aku salute dengan Ustaz Harun Taib yang memberi komen di TV sebentar tadi apabila beliau diminta mengulas usul Dewan Ulamak yang minta agar jawatan No 1 dan No 2 mestilah Ulamak dan Naib Presiden salah seorang mesti Ulamak. Beliau menjawab dengan tegas, beliau tidak menumpukan isu tersebut kerana beliau lebih utamakan bagaimana PAS boleh diperkuatkan bersama PR untuk menumbangkan Umno/Bn. Oleh yang demikian, untuk perkuatkan PR yang terdiri dari berbagai bangsa dan ugama serta fahaman itu, bijakkah semuanya hendak diserahkan kepada Ulamak? Selama ini siapa yang bekerja kuat mendekatkan berbagai bangsa dan ugama tersebut menyokong PAS? Ulamakkah? Atau orang-orang seperti Husam, Mat Sabu, Dr Hatta, Dr Lo'Lo' dan ramai lagi yang bukan boleh dianggap Ulamak itu?

Tuan Guru Nik Aziz juga seorang Ulamak, tetapi beliau tidak tergamak untuk mengatakan semua jawatan tertinggi PAS mesti lah dibolot oleh Ulamak. Bukankah PAS ada Majlis Syura, bahkan Dewan Ulamak juga penting untuk menentukan arah tuju dan dasar PAS. Justeru itu, apa yang perlu dibimbangkan jika Timbalan Presiden PAS bukan dari Ulamak? Bolehkah beliau berbuat sesuka hatinya tanpa persetujuan Majlis Syura/Dewan Ulamak? Dewan Ulamak seolah-olah tidak mengiktiraf mereka yang bukan Ulamak selama ini yang berjuang bersusah payah untuk memperjuangkan PAS sehingga menjadi seperti sekarang. Aku bimbang nanti, PAS akan hancur dengan sikap Ulamak sedemikian.

Lain-lain artikel berkaitan baca sini

MENGAPA HUSAM BERSUNGGUH LAWAN US NASA?

Oleh: Amin Ahmad

Latar belakang ringkas Jika kita ingat, pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 pada tahun 1999, muktamar PAS adalah medan mula yang mendorong kepada perpecahan dalam Barisan Alternatif (BA) apabila suara muslimat mempertikaikan agenda Hudud yang ‘tercicir’ untuk dijuarai oleh Parti Islam se-Malaysia (PAS) itu. Hasilnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) memutuskan untuk keluar daripada Barisan Alternatif (BA) pada waktu itu yang menghubungkan PKR-PAS-DAP. Dan PAS kini sedang melalui muktamarnya untuk sekian kali, pertama pasca PRU ke-12 pada tahun 2008 dan pemerhati serta penggiat politik umumnya melihat muktamar kali ini sangat berbeza berbanding muktamar sebelum-sebelumnya dek kerana ‘rempuhan’ PKR-PAS-DAP terhadap hegemoni UMNO-BN selama ini. Dari ‘rempuhan’ ini, hubungan lama bertaut kembali dan PKR-PAS-DAP menjadikan Pakatan Rakyat (PR) sebagai platform baru kerjasama yang pernah terputus dulu.

Apa yang membezakan ialah dulunya ia dipimpin oleh Ustaz Fadzil Noor dan kini Dato’ Seri Anwar. Tentu sekali ramai berharap kombinasi Ustaz Fadzil dan Dato’ Seri Anwar yang akan memandu hala tuju kerjasama ini dengan lebih jelas. Namun Allah s.w.t. telah memanggil Ustaz Fadzil menghadap-Nya terlebih dulu. Al-Fatihah. PAS untuk semua pasca PRU-12 Sebelum PRU ke-12, PAS mengguna pakai slogan PAS untuk semua, dan momentum reformasi telah memperlihatkan beraninya rakan-rakan dari kaum India dan Cina bersama-sama mengibarkan bendera PAS, memakai baju PAS, ikut sama bertakbir dan berkempen serta lain-lain tindakan yang hampir sukar dibayangkan. Ia sebuah tanda positif untuk kemajuan PAS. Namun sayang, tanda-tanda ini tergugat dengan perkembangan yang berlaku dan ternampak PAS seolah-olah tidak serius mendalami agenda mereka, sama seperti UMNO, bersandarkan slogan tetapi gabra dek ujian.

Muktamar PAS kali ini dilihat luar biasa kerana beberapa sebab terutamanya perkembangan politik Malaysia pasca PRU ke-12. Umum maklum, kekalahan UMNO-BN menjadikan isu Ketuanan Melayu, keselamatan Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai simbol Ketuanan Melayu dan keselamatan Islam telah dipalu sekuat-kuatnya. PAS, sebagai parti yang memakai kata nama Islam sebagai produk kempen mereka nampak terhimpit. Apatah lagi dalam konteks Malaysia, majoriti pengundi Islam itu adalah pengundi Melayu. Kemahuan menjaga hati majoriti pengundi mereka inilah yang menjadikan mereka terhimpit, barangkali. Maka dari situ tiba-tiba muncul berita beberapa pemimpin PAS membuat pertemuan sulit dengan beberapa pemimpin UMNO untuk berunding tentang KUASA, dengan anggapan bahawa isu-isu di atas: Ketuanan Melayu, keselamatan Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu dapat dipelihara. Mereka fikir, dengan KUASA yang dirundingi ini, mereka akan bekerjasama untuk mempertahankan isu-isu berbangkit ini. Tuhan Maha Kuasa, isu rundingan belakang tabir ini terbongkar.

Dari desas-desus gossip politik, ia akhirnya menjadi kenyataan dari mulut Perdana Menteri waktu itu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Dari situ kita melihat adanya usaha “control damage” dibuat. Bagaimana? 1. Mewar-warkan bahawa Majlis Syura telah dimaklumkan. Maka, dengan itu diharapkan tidak timbul pertikaian. Tindakan menjustifikasikan rundingan sulit ini dengan memindahkan beban untuk menjawab kepada sebuah badan lain yang lebih besar dalam struktur PAS ini pada saya amat memalukan. Sebuah badan yang lebih besar, malah sangat penting dalam organisasi PAS terpaksa menghalalkan rundingan sulit yang membelakangkan mereka beberapa kali. Jika kita faham politik organisasi, memang ada kewajaran Majlis Syura mengizinkan, kerana ia TELAH BERLAKU dan mereka tidak ada pilihan. Sekiranya mereka menjawab “kami tidak izinkan”, ia akan memberi kesan lebih buruk kepada PAS kerana yang terlibat dalam rundingan ini adalah orang nombor 2 parti! Akan terlihat bahawa INDIVIDU MELEBIHI STRUKTUR PARTI! Justeru, dengan ‘memberi izin’, maka isu individu melebihi struktur parti akan dapat diredakan melalui alasan bahawa ‘pandangan yang ada selari’.

Ini adalah satu bentuk falasi yang terpakai kepada mereka yang tidak mahu merenung semula kaedah berfikir mereka. Tapi ternyata tidak kepada semua. Kenyataan demi kenyataan oleh Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am yang mempengerusikan Majlis Syura PAS adalah sebaliknya. Sebagai orang lama dalam PAS, ternyata meskipun Majlis Syura telah memberi ‘green light’ tentang rundingan itu, ia tidak memadamkan isu adanya pemimpin yang memandai mewakili PAS untuk sebuah rundingan sulit yang memaksa PAS menjustifikasikannya kemudian, hatta melalui Presiden, Pengerusi Dewan Ulama’ dan PAS sebagai parti! 2. Mewujudkan Kem dan Slogan serta menukar bentuk kempen Kini telah tersohor wujudnya 2 kem besar dalam PAS: satu mewakili apa yang dipanggil Erdogan (merujuk kepada nama pemimpin Turki yang juga berasal dari gerakan Islam) dan satu lagi dinamakan Ulama’.

Penamaan ini jelas satu agenda tersusun. Ia cuba memberi gambaran kepada umum bahawa ini adalah pertentangan modernis dan konservatif. Tetapi perbandingan Erdogan dan Ulama’ adalah perbandingan senget. Ia sepatutnya menjadi Erdogan dan Erbakan (satu lagi pemimpin dari parti Islam yang sama dengan Erdogan sebelum mereka berpecah untuk menggerakkan kekuatan masing-masing). Kenapa? Kerana kata Ulama’ itu mempunyai sentimen khusus kepada umat Islam, apatah lagi pendokong PAS umumnya. Mereka ‘buat-buat pejam mata’ bahawa Tuan Guru Nik Aziz itu juga diiktiraf sebagai seorang ulama’ yang dikasihi pendokong PAS. Mereka membayangkan Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah sedang dikepung, ditipu dan mudah diperolok oleh kumpulan yang mereka namakan Erdogan. Sebahagian anak muda yang terlibat di lapangan professional tertawa. Tayangan filem Angel and Demon, sekuel filem Da Vinci Code seolah-olah sedang memerli PAS. Ia kisah tentang pertarungan saintis dan gereja yang dikembangkan plotnya. Memang tidak sama gereja dan masjid. Tapi cara berfikir dan bertindak manusia itu nyata ada patennya. Kini kelompok yang mahu dilihat sebagai mewakili kem Ulama’ mengguna semahu-mahunya slogan ‘kepimpinan Ulama’’ dan anak muda professional melihat betapa ianya dieksklusifkan dan bertujuan politik. Dan plot terakhir juga membayangkan mereka mahu menonjolkan diri bahawa mereka juga setia kepada pengukuhan PR. Lebih jauh lagi, mereka memberi label ‘musuh dalam selimut’, ‘anasir memecah belah’ dan sebagainya kepada lawan politik mereka (sesama parti!). PAS for who? Inilah tanda tanya besar di kalangan orang ramai.

PAS untuk siapa sebenarnya? Ia mirip tindakan Sokrates yang menyempitkan kebebasan sebagai rule of knowledge. Sama seperti PAS menjadi kepimpinan sebagai rule of knowledge. Apa yang ada di khalayak arus reformasi – baik parti-parti dalam PR, masyarakat sivil dan individu-individu biasa – ialah isu sebenar di sebalik semua ini hanyalah pertarungan 2 kelompok: yang mahu berbaik dengan UMNO dan yang mahu PAS menggantikan UMNO sebagai wadah politik baru. Rasanya 50 tahun sudah cukup untuk kita lihat paten kempen UMNO bahawa ketika mereka lemah dan kalah, mereka akan memainkan isu sentimen. Mereka bicara soal hak, sedangkan rakyat mempertikaikan soal peranan. Rakyat percaya masih ramai Melayu yang amanah dan bijaksana untuk menjalankan tanggungjawab. PAS harus melihat mereka dalam lingkungan Melayu ini, dan bukan Melayu yang tunduk kepada persoalan hak berbanding peranan. Ramai mungkin terlupa bahawa UMNO bertahan pada PRU ke-10 1999 melalui undi masyarakat bukan Melayu. Ramai yang mungkin pejam mata bahawa hakikat PRU ke-12 2008 memperlihatkan bilangan kerusi Ahli Parlimen Melayu-Islam bertambah di Parlimen.

Saya tidak tahu sama ada PAS dan UMNO mempunyai fikiran ala komunis: mahu keseragaman fikiran itu terbentuk dan siapa yang berbeza akan dianggap musuh. Untuk saya, PAS hanyalah sebuah parti politik lain yang sedang meminjam kata nama Islam sebagai produk perjuangan. Saya seorang Melayu dan Islam, tetapi tidak berparti.Maka saya skeptikal dan kritis untuk sebuah kata nama yang saya juga ambil sebagai individu, tetapi bukan untuk menjustifikasikan tindakan untuk berkuasa. _____________________________________________________________________________ Amin Ahmad merupakan penyelidik di Malaysian Think Tank dan koordinator pusat di WauBebas.org, kedua-duanya adalah NGO yang memperjuangkan liberal, demokrasi, kerajaan terhad dan pasaran bebas. Sekarang sedang melengkapkan pengajian pasca ijazah di Universiti Putra Malaysia dan mewakili Malaysia di program ASEAN Youth Development (Pembangunan Anak Muda ASEAN). Lagi tulisannya boleh ke http://waubebas.org.

KAMI TAK NAK MASUK UMNO, NAK GABUNG MUNGKIN KOT....

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang dilabel “sebagai terlalu liberal ke arah Umno” susulan pilihan raya umum 2008, hari ini menegaskan, kepimpinan parti itu tiada niat langsung untuk sertai Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN.

KOMEN:

Betul tu… mana ada agenda nak masuk UMNO, yang ada agenda nak gabung dengan UMNO. Justeru, tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.

Yang ada hanyalah, pertemuan sulit dengan Pak Lah, juga bersama beberapa tokoh dalam UMNO secara sembunyi-sembunyi. Perkara ini, tidak boleh diberitahu kepada ahli-ahli PAS, hatta terhadap Mursyidul Am. Ini kerana, memberitahu kepada ahli PAS dan Mursyidul Am memberi maksud “tidak wala’”.

Memberi Wala’ adalah wajib syarii, malah tipu ahli PAS dan rakyat Malaysia juga tidak menjadi salah, bahkan ia adalah syarii di sisi agama.

Ahli PAS tidak wajar tahu? Sebab nanti ahli PAS bising, mengakibatkan bocor rahsia. UMNO tahu tidak mengapa, sebab UMNO adalah kawan baik, dia akan jaga rahsia kita sampai kiamat.

Pertemuan dengan Pak Lah, itu adalah benar. Penafian selepas itu adalah tipu. Kenyataan hari ini – tiada usaha gabung dengan UMNO – adalah benar. Tetapi tidak diketahui, apakah wujud penafian berbentuk tipu selepas ini?? Allah lebih mengetahui.. diharap, kita orang beriman tidak ditipu kali kedua, sebab mukmin yang kuat tidak akan disengat ular dari satu lubang sebanyak dua kali.

http://greenboc.blogspot.com

ULAMAK, YES!! ULAR DALAM SEMAK, NO!!

Terdapatkah di antara mereka ini `Ular dalam semak'?.....

Presiden PAS dan timbalannya mestilah seorang ulama kerana kedua-duanya akan menganggotai badan berpengaruh besar dalam penggubalan dasar parti itu, Majlis Syura, demikian desak seorang perwakilan di muktamar Dewan Ulama PAS.

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahari Mamat berkata, perkara itu mesti dipertegaskan kembali kerana ia digariskan dalam perlembagaan parti.

"Presiden dan timbalan presiden secara automatiknya akan menganggotai Majlis Syura. Oleh itu mereka mesti alim dan mempunyai kefahaman mendalam tentang agama. Kita mesti mempertegaskan perkara ini," katanya.

Tambahnya, penegasan itu mesti dibuat selari dengan desakan supaya undang-undang Islam, termasuk hudud dilaksanakan secepat mungkin di negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Dulu kita dengar tok guru kata kita cuma berhenti sekejap macam berhenti depan lampu isyarat. Tetapi dah berapa lama dah, kita kena jadi kumpulan pendesak?

"Undang-undang Islam ini hukum yang kita perjuangkan. Inilah yang rasul lakukan selepas berhijrah ke Madinah," katanya.

Perwakilan Pahang, Shukri Ahmad pula membangkitkan kualiti pemimpin ulama PAS yang baik sehingga mampu mengeluarkan ijtihad.

"Ramai boleh jadi ulama tetapi ijtihad itu sukar. Kita mesti fokus kepada pemimpinan ulama yang boleh sampai berijtihad. Oleh itu presiden dan timbalan presiden mesti sampai ke tahap itu," katanya.

Shukri turut menempelak perjalanan pemilihan jawatan kanan PAS yang didakwanya gagal diselesaikan dengan kaedah syura atau kompromi sehingga boleh membawa kepada perpecahan.

"Masing-masing hendak tawar diri (bertanding). Kita tidak nafi pertandingan itu dibolehkan atas dasar demokrasi dalam parti. Tetapi kita dalam masa yang sama mesti lihat pada konsep syura.

"Kenapa Dewan Ulama boleh selesaikan masalah kepimpinan secara syura tetapi kepimpinan tonggak kita tidak (boleh)?" katanya.

"Hasil pengundian dan perlawan tersebut sedikit sebanyak akan mengguris hari. Hendak satukan hati payah, nak berpecah memang mudah. Kalau Dewan Ulama boleh, kenapa (pemimpin PAS) pusat tak boleh? Kalau Dewan Pemuda boleh, kenapa di peringkat pusat tak boleh? Perkara ini (pertandingan) perlu ditegah." ~~Sumber Msiakini

Ulasan Saya - Tentu molek jika Ulamak kesemuanya di dalam pimpinan PAS. Tetapi, tentu jelik jika terdapat ular di dalam semak berada di dalam PAS.

SIAPA MUSUH DALAM SELIMUT SEPERTI DAKWAAN KETUA DEWAN ULAMAK PAS ?

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamad Daud menyelar tindakan "musuh dalam selimut" yang didakwanya "cuba memperkecilkan dan menidakkan" sumbangan ulama.

"Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, terdapat segolongan kecil penyokong PAS yang cuba memperkecilkan, dan yang lebih teruk lagi menidakkan sumbangan ulama dalam memajukan parti kita," katanya ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama di Shah Alam hari ini.

Menurut Mohamad, serangan itu dibuat menggunakan pelbagai teknologi canggih terkini seperti di laman blog dan media elektronik bagi "memburukkan peribadi dan menyerang ulama atas nama kebebasan melulu tanpa batasan akhlak dan syarak".

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang
dimaksudkannya dalam ucapan itu.

Mohamad juga mengecam kumpulan penyokong aliran profesional yang menyatakan pemimpin aliran pro-ulama menguasai banyak jawatan dalam parti dalam pemilihan kali ini.

"Kita mendengar cakap yang kurang enak mengatakan ulama ingin membolot kepimpinan PAS, tidak mahu berkompromi dengan profesional dan macam-macam lagi," katanya.

"Di luar sana, ada di kalangan ahli dan penyokong yang mempertikaikan keupayaan ulama dalam memimpin dan mentadbir."

Mengulas lanjut isu pertembungan dua aliran dalam parti itu,
Mohamad menekankan keperluan golongan itu mempelajari pelbagai ilmu bagi terlibat sama dalam perbahasan pelbagai isu semasa dengan lebih aktif.

"Sebagai contoh terdekat, ketika Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan idea kerajaan perpaduan, sepatutnya ulama adalah golongan pertama yang menjalankan kajian dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

"(Melihat) sejauh mana pengalaman dalam negara lain di dunia. Sejarah menunjukkan bagaimana presiden kita mempunyai pembacaan, ijtihad politik yang tinggi yang memerlukan sokongan kita," katanya. ~~Sumber Msiakini

Ulasan Saya - Saya amat bersetuju sekali. Ulamak juga harus menegur apabila beberapa tindakan pimpinan PAS yang melakukan sesuatu tindakan tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi PAS. Peristiwa di Selangor sebagai satu contoh, telah mencemarkan sedikit imej pemimpin PAS yang seolah-olah `bermain di belakang tabir'.

Anasir baru ganggu kestabilan PAS-Ketua Pemuda

04 Jun 2009 9:44AM



Penggal terakhir menjadi Ketua Pemuda dan kini bertanding jawatan Naib Presiden

KL: Pemuda Pas mahu parti itu menjadi tunjang kekuatan dalam Pakatan Rakyat, bukannya sebagai rakan pasif atau sekadar pelengkap yang tidak memberi sebarang sumbangan.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tidak berniat mengecilkan peranan mana-mana pihak atau menguasai gabungan itu, tetapi mahu parti diberi suntikan baru bagi memainkan peranan.

Beliau berkata, ahli Pas perlu memahami pembabitan parti dalam Pakatan Rakyat bukan semata-mata untuk kepentingan politik semasa saja, malah berpegang teguh kepada dasar perjuangan Pas sebenar.

“Ini membezakan Pas dalam Pakatan Rakyat dengan Umno dalam Barisan Nasional (BN). Umno bergabung dengan BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu,” katanya ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas, di sini malam tadi.

Salahuddin berkata, parti itu kini dilihat sebagai kerajaan dalam penantian dan mula diterima rakyat apabila berjaya membentuk kerajaan di beberapa negeri selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, walaupun parti itu dianggap bersih dan sempurna, dalam banyak situasi, rakyat masih belum percaya Pas boleh memimpin dan mengetuai urusan pentadbiran masyarakat, khususnya memerintah negara.

“Kurangnya kepercayaan rakyat terhadap Pas, menyebabkan kita tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyerahkan tampuk kepemimpinan negara kepada Umno dan BN.

“Hari ini, kita mendengar rungutan ahli terutama generasi awal 1980-an yang ikatan ahli dengan agenda tarbiah semakin longgar serta terpinggir daripada arus perdana Pas.

“Kemasukan anasir pemikiran baru daripada luar Pas pula sudah mengacau ganggu kestabilan Pas. Beberapa isu yang dianggap selesai, diungkit semula sehingga menimbulkan pergeseran fikrah yang menjadi fitnah dalam gerakan Islam,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan lebih ramai golongan profesional dalam parti amat dihargai, selain menjadi tiang seri kepada kekuatan parti yang ditunjangi kepemimpinan ulama.

~~ Sumber KLPost

BERSUNGGUH BENAR UMNO MAHUKAN USTAZ NASA? BETUL KE?

Kalau hangpa pilih Ustaz Nasha pun aku tak boleh nak kata apa…tapi aku juga seronok sebab Pas dan PKR sudah sama. Sama-sama ada pemimpin yang berbudaya Umno.

Kalau hangpa pilih Ustaz Nasha pun aku tak boleh nak kata apa…tapi aku juga seronok sebab Pas dan PKR sudah sama. Sama-sama ada pemimpin yang berbudaya Umno

Ustaz Nasha menggunakan khidmat MIO

Aku masih lagi kat hospital lima bintang di Kuala Lumpur..merasa hidup macam orang Umno. Dan lagi lama aku duduk disini..makin getik aku kepada Umno. Tapi bukan itu yang aku nak tulis hari ini…sebab aku nak tulis pasal muktamar Pas.

Dalam The Star semalam..”According to Transparency International’s 2009 Global Corruption Barometer, 42% of Malaysians viewed political parties, regardless of faction, as the most corrupt, followed by the civil service (37%), private sector (12%), judiciary (5%), legislative (4%) and media (1%).”

Ini pandangan umum. Kalau tanya kat orang Umno…Umno tak korup. Kalau tanya kat orang PKR…PKR tak korup…Kalau tanya orang Pas…Pas tak korup. Masing-masing tak akan mengaku kalau parti mereka dituduh korup. Tetapi kalau ditanya secara umum…rakyat akan beranggapan semua parti serupa saja.

Umno tak payah cakap…sebab sudah sinonim dengan korupsi. Hanya satu cara untuk mengubah persepsi rakyat terhadap Umno ialah kembali menggunakan PEKEMBAR. Kalau masih dengan Umno..hanya menunggu masa untuk dihantar ke pusat pencernaan sisa pepejal. Dan oleh kerana mereka tidak mahu kembali kepada PEKEMBAR…mampuih pi la.

Korupsi dalam PKR…jangan tanya orang PKR…tapi tanya orang Pas. Orang Pas boleh berceramah dua jam mengenai keburukan orang PKR. Tetapi kalau diamati..pernahkah kita mendengar orang Pas mengutuk Gobalakrishnan…Lee Boon Chye…Tian Chua? Aku belum pernah dengar.

Sebaliknya yang aku dengar ialah PKR serpihan Umno…orang PKR adalah serpihan Umno..orang PKR berbudaya Umno. Bila disebut begini…bermakna yang korup adalah orang-orang Melayu. Dan mereka ini korup kerana berbudaya dan berfikiran Umno. Siapa saja yang ada kaitan dengan Umno..akan dianggap berfikiran dan berbudaya Umno…korup.

Ini bebanan yang terpaksa ditanggung oleh PKR. Kalau ada sekupang atau lima duit lagi perasaan menyokong Umno…tinggalkanlah. Itulah ucapan Nizar yang paling popular.

Apakah dalam Pas tak ada yang korup? Jangan tanya orang Pas. Mati hidup balik depa tak kan mengaku. Bezanya diantara Pas dan PKR ialah…dalam PKR ada banyak reformis. Reformis dalam PKR tak peduli tentang jawatan mereka. Orang macam Din Binjai tak kisah kalau dia disingkir dari jawatannya…yang salah tetap salah. Tak kira orang tu Timbalan Ketua Menteri dari parti dia. Tetapi dalam Pas…reformis perlu disingkirkan. Kesalahan perlu disapu kebawah tikar supaya imej parti sentiasa bersih…macam Umno.

Hangpa tau ka…ada ADUN PAS yang hidup mewah..sampaikan Nik Aziz tidak mahu memijak kaki kerumahnya? Hangpa tau ka…ada pemimpin Pas beli rumah baru ..selepas 6 bulan menjawat jawatan dalam kerajaan negeri? Hangpa tau ka…ada isteri pemimpin Pas yang bawa permohonan balak terus kepada Nizar? Aku tau…tapi bukan itu yang aku nak cerita. Mungkin lain kali.

Dan kalau dilihat korupsi dalam Pas…ia juga ada kaitan dengan Umno. Mereka yang terlibat ini adalah mereka yang sering berhubung rapat dengan Umno.

Ada pemimpin Pas yang bila saja memegang jawatan dalam kerajaan negeri…perkara pertama ialah tukar kereta… macam Umno. Ada yang tukar bini macam tukar pampers…macam Umno.

Sekarang…PKR sedang berusaha untuk mengikis pemimpin yang berfahaman Umno ini. Satu persatu. Tapi Pas pulak nampaknya sedang memberi ruang kepada budaya Umno ini.

Dalam PRK Bukit Gantang yang lalu.. Ustaz Nasha dan Hj. Asmuni angkat tangan mengaku kalah, dua hari sebelum hari mengundi. Sebabnya mereka mempercayaai maklumat dari MIO…satu cabang Umno. Cuma orang-orang seperti Nizar dan reformis dalam Pas dan PKR yang terus berusaha untuk menang. Kalau dibiarkan kepada Ustaz Nasha..Pas dah lingkup diBukit Gantang.

Sejak dua hari lalu…aku mendapat update dari kumpulan pemikir Ustaz Nasha. Whoa…dalam muktamar Pas pun sekarang pakai MIO! Rating Ustaz Nasha semakin meningkat..dan Ustaz Nasha menggunakan khidmat MIO!

Umno membantu sedaya upaya supaya Ustaz Nasha menang dalam Muktamar ini. Aku bukan perwakilan dalam muktamar ini dan aku tak ada hak mengundi. Cuma boleh pot-pet diluar.

Kalau hangpa pilih Husam atau Mat Sabu…aku seronok sebab mereka dari kumpulan reformis yang membawa politik baru..tanpa membawa bebanan budaya dan pemikiran Umno. Kalau hangpa pilih Ustaz Nasha pun aku tak boleh nak kata apa…tapi aku juga seronok sebab Pas dan PKR sudah sama. Sama-sama ada pemimpin yang berbudaya Umno.

Hang kata aku…aku boleh kata hang.

http://perakexpress.com

Komen Saya- Pilih lah pemimpin atas kehendak hati sendiri yang sejajar dengan prinsip dan dasar perjuangan parti. Hindarkan dari terperangkap oleh musuh.


Muktamar Pas: Pro-Umno dan Pro-Pakatan ?


Jun 4th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, Team PerakExpress, utama

Oleh: Matsamankati

Muktamar Pas makin panas. Tahun ni tak macam tahun-tahun yang lalu. Sebelum ni aku tak pernah ambil pot pasai Muktamar Pas..tapi tahun ni lain sikit. Aku kata lain sebab Pas berada dalam keadaan paling kuat. Dua negeri dikuasai oleh Pas..Nasib tak baik Perak dirampas oleh UBN…kalau tidak …ada tiga Menteri Besar dari Pas. Dan muktamar kali ini juga diwakili oleh begitu banyak golongan. Ulama, professional, puak muqabalah, puak erdogan…tak tau pasai apa tiba-tiba begitu banyak mazhab dalam Pas.

Apakah puak professional tak boleh jadi ulama? Apakah ulama tidak professional? Apa yang membezakan ulama dan professional? Apakah mereka yang belajar di Timur tengah itu dikatakan ulama, dan layak memimpin Pas…manakala yang belajar di universiti tempatan itu hanya layak digelar professional dan tak layak memimpin Pas. Fuh!! aku ingatkan …Pas for all..rupanya macam Animal Farm juga. “All animals are equal but pigs are more equal than others.” Bagi aku…gelaran-gelaran dan puak-puak yang digembar-gemburkan dalam Pas ini hanyalah usaha untuk menjahanamkan Pas. Dan bagi aku…dalam Pas cuma ada dua golongan…pro-Umno dan pro-Pakatan.

Pro-Umno lebih selesa bekerjasama dengan Umno..sebab depa merasakan lebih baik bekerjasama dengan Umno atas dasar Melayu/Islam. Bagi depa..DAP lebih bahaya dari Umno. PKR juga lebih teruk dari Umno. Manakala pro-pakatan lebih professional politik mereka. Mereka berpegang kepada janji. Politik Pas turun naik macam wau. Bila ditiup angin…dia naik. bila tak ada angin..dia jatuh. Dan angin ini bergantung kepada Umno. Bila Umno jatuh…Pas naik. Bila Umno naik..Pas jatuh.

Tahun 90…Umno jatuh disebabkan perbalahan Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Pas naik sampai dapat menawan Kelantan. Tahun 99, Pas dapat menambah satu lagi negeri…Terengganu…bila Anwar bergaduh dengan Mahathir. Tahun 2004, Umno naik…dan Pas jatuh sampai hilang Terengganu. Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan. Tahun 2008, Pas naik balik bila Mahathir bergaduh dengan Pak Lah. Pas dapat menawan Kedah dan menambah kerusi dengan banyak dinegeri-negeri lain.

Tetapi setiap kali Pas naik…yang bagi jatuh bukan sahaja Umno…tapi orang dalam Pas sendiri. Tahun 99, Pas naik bila Anwar bergaduh dengan Mahathir. Tapi bila menang…Pas ingat orang sokong perjuangan dia. Dan ramai pemimpin Pas jadi besar kepala..terutama diTerengganu. Barisan Alternatif hanya tunggangan untuk mencari kemenangan…bila menang, BA diketepikan. Hj. Hadi…dengan bantuan penasihat-penasihat dari Terengganu…tidak memerlukan BA. Hasilnya…BA lingkup. Tahun 2004…tak payah cakap. Dengan kekuatan Pak Lah dengan imej Mr. Clean…dan BA yang cacamarba…semua lingkup.

Selepas 2004, Anwar dibebaskan. Dari situ BA dipulihkan kembali. DAP yang meninggalkan BA juga kembali bersama walaupun tidak kembali kedalam BA. Tetapi Anwar berjaya menyatupadukan Pas, PKR dan DAP. Tahun 2008…BA dan DAP berjaya memenangi 5 negeri dan terlahirlah Pakatan Rakyat. Pas mendapat dua negeri dan tiga Menteri Besar.

Tapi ada pemimpin Pas yang lupa diri. Bila menang…mereka kembali keperangai asal…melupakan kawan yang menaikkan mereka. Mereka lebih suka kepada musuh yang ditentang semasa pilihanraya…daripada rakan yang membantu mereka mencapai kejayaan. Mereka sanggup menikam kawan dan berpeluk dengan musuh. Dan ironisnya…mereka-mereka inilah yang dikategorikan sebagai golongan ulama. Sebaik saja keputusan pilihanraya 2008 diumumkan…Hasan Ali berlari menemui Khir Toyo untuk menubuhkan kerajaan diSelangor. Masa aku mula-mula menulis perkara ini dulu…teruk aku kena maki hamun. Akhirnya kebenaran terserlah juga bila Pak Lah sendiri mengakuinya.

Tak habis disitu…ada pula usaha untuk bermuzakarah dengan Umno. Bila aku tulis tentang pertemuan di London diantara pemimpin Pas yang diketuai oleh Ustaz Nasharudin dengan pemimpin Umno…dengan bersaksikan wakil dari Ikhwanul Muslimin..lagi sekali aku kena maki. Mahfuz dan Ustaz Nasha juga mengeluarkan amaran akan menyaman mereka yang menyebarkan cerita. Masa tu ada tiga orang yang bercakap tentang pertemuan ini…Penarik Beca..Raja Petra dan Matsamankati. Tapi sampai hari ini tak ada sapa yang kena saman…sebab akhirnya rahsia tersebut pecah juga… dan apa yang kami cakapkan adalah benar.

Aku bukan nak menyalahkan semuanya kepada Hj. Hadi…kerana Hj. Hadi menerima nasihat dari penasihat-penasihatnya. Dan lebih malang…bila penasihat Hj. Hadi seperti Mustafa Ali dan Ustaz Nasha merupakan penyokong Umno…bukan penyokong Pakatan Rakyat. Kalau dulu aku cerita benda ni…lagi teruk aku kena maki. Tapi bila orang Pas sendiri bukak cerita dan ia bukan menjadi rahsia lagi..baru aku cerita. Bukan pasai aku cuba menyembunyikan kebenaran…tapi biarlah orang Pas sendiri yang sedar. Tak la teruk aku kena maki lagi.

Mengapa Ustaz Nasha beria-ia benar nak berpeluk dengan Umno dan meninggalkan rakan-rakan yang menjulang Pas sehingga ketahap sekarang? Mengapa semasa kempen…Umno tu teruk sangat dan bila menang…DAP dan PKR pulak yang teruk? Mengapa pengundi-pengundi ditipu? Dan orang-orang yang mahu berpeluk dengan Umno ini…sekarang dikategorikan sebagai Ulama…manakala yang taat kepada janji-janji pilihanraya..tidak layak dipanggil Ulama…tetapi sekadar Professional! Dan orang professional tidak layak memimpin Pas!

Muktamar Pas kali ini akan menjadi ‘turning point’ sama ada Pas akan naik lagi dalam pilihanraya akan datang…atau jatuh sekali lagi. Dan sekiranya ahli-ahli Pas memilih mereka yang mahu berpeluk dengan Umno..Pakatan Rakyat akan jatuh lagi macam BA tahun 2004. Pas bukan sahaja akan dilihat gagal mengurus kemenangan…malah akan dilihat sebagai tidak tahu menunaikan janji.

Komen Bloger- Saya terpaksa padamkan beberapa perenggan kerana dilihat terlalu kritikal dan pedas. Tetapi saya tidak membuat sebarang tambahan di atas tulisan ini. Terima kasih. Lain-lain artikel klik sini


Rabu, 3 Jun 2009

SALAHKAH HUSAM MENAWARKAN DIRI, MELONJAKKAN KEWIBAWAAN PARTI?

Persoalannya kenapa hanya Husam yang diserang bukan sahaja oleh musuh PAS – Media Perdana(utusan) dan pemimpin Umno, tetapi juga oleh kawan dan sahabat di dalam PAS. Sahabat dan kawan pula lebih mempercayai bloggers tertentu yang mempunyai masalah peribadi.Kenapa Husam menjadi sasaran mereka sehingga hilang rasa persaudaraan dan sekaligus mengambil tugas musuh PAS – Umno?Apakah Husam lebih bahaya daripada UMNO? Daripada BN?. Sehingga kini ada di kalangan kita yang berserban, berkopiah dan berjanggut panjang itu(segelintir) masih melempar fitnah kepada beliau dengan pelbagai fitnah tanpa sedikitpun merasa loya dan mual memakan daging saudaranya sendiri.Kenapa “Sang Pengfitnah” itu tidak berani jumpa Husam sendiri? Bertanya dan bersoal jawab dengan beliau. Apakah lebih sedap dan gembira untuk melempar fitnah dari meminta penjelasan?

Anda masih berpeluang meminta penjelasan daripada Husam. Kalau benarlah beliau bersalah sebagaimana yang dituduh dan difitnah itu – jangan undi beliau. Akan tetapi menghukum beliau hanya kerana mendengar dari sebelah pihak kemudian mengiyakannya itu adalah satu pengkhianatan dan kezaliman ke atas beliau.Apakah Husam tiada saham langsung dalam pemilikan bangunan pentadbiran PAS Pusat itu dimana penentang-penentang sulitnya juga berada dalam bangunan itu?Sejuta kad ucap selamat Hari Raya daripada Datuk Seri Tuan Guru Presiden atas inisiatif siapa kalau bukan Husam? Penerbitan buletin Pilihanraya untuk seluruh Negara, siapa yang cetuskan kalau bukan Husam? Penubuhan TV PAS apakah bukan langkah daripada Husam?


Husam berjanji dengan Tok Guru Nik Aziz untuk melonjakkan tanggapan dan pandangan rakyat serta pengundi bahawa PAS masih mampu memerintah selepas PRU12. Tiga janji Husam ialah mengadakan Skim Bantuan Kifalah, Dinar Emas dan penyelesaian hak milik tanah dengan Felcra.Kini ketiga-tiga itu telah mampu melonjakkan kemenangan PAS Kelantan dan hasilnya sudah dinikmati oleh penduduk Kelantan? Salahkah Husam?Tanyalah Datuk Mustapha Ali adakah Husam tidak membantu langsung Terengganu? Kedah juga begitu, Husam membantu Datuk Seri Ustaz Azizan Razak. Salahkah Husam?Jadi janganlah sampai marahkan Husam tanpa disedari dalam waktu yang sama kita sedang bersekongkol dengan lidah-lidah UMNO – Utusan Malaysia yang sedang disaman oleh Husam.

Cuba kita perhatikan, pernahkah sebelum ini media-media itu memuji dan menyokong PAS atas dasar kepimpinan Ulama? Tidak pernah dan tidak ada. Namun kini media itulah yang seolah-olah Harakah mempertahan mati-matian kepimpinan Ulama PAS.Apabila musuh yang sedikitpun sebelum ini tiada belas kasihan membelasah kita tiba-tiba berhenti dari belasah kemudian mengusap, memeluk dan mencium kita – apakah tidak ada apa-apa strategi dalam hal itu?Digambarkan seolah-olah jika Husam menang jawatan Timbalan Presiden maka Husamlah yang akan menjahanamkan PAS. Husamlah musuh nombor wahid PAS. Husamlah yang amat berbahaya kepada PAS. Kalau inilah yang digambarkan oleh media massa UMNO yang penuh dengan muslihat yang licik maka sudah pasti sebenarnya mereka amat takut kepada HUSAM.Jadi kalau kita pula selaku ahli-ahli PAS menurut telunjuk dan mainan media massa ini maka sudah pasti kita sedang meniti di atas perancangan mereka – musuh kita.Kenapa mereka tidak serang Mohamad Sabu? Kerana bagi mereka Mohamad Sabu bukan bahaya kepada mereka. Yang merbahaya kepada mereka ialah HUSAM yang diistilahkan “Budak Cerdik” oleh Ku Li.

Persoalannya apakah kita ahli-ahli PAS tidak mahu kepada “Budak Cerdik” ini? Terserahlah kepada perwakilan Muktamar nanti. cuma pastikan selepas PRU13 nanti, PAS menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya. Insyaallah!Tapi ingat! Kita ke Putrajaya bukan beriringan dengan UMNO/BN tetapi bergandingan dengan PAKATAN RAKYAT. Husam ada plan tindakan ke arah itu. JOMlah kita pakat-pakat realisasikan….Sumber: http://manjanik.wordpress.com
Lain-lain artikel sila klik sini

GEMPAR - INI PUNCA STADIUM RUNTUH?? (LAWAK)

kecoh pagi ni dgr stadium runtuh

gegaran terasa kuat

ni antara picture yang baru sy terima

Nak tahu sebab ape stadium ni runtuh.....

Scroll sampai bawah...

>>>

>

>

>

>

>

>

RUPA-RUPANYAAA..............................

Perhimpunan secara besar - besaran ultraman di stadium ..memberi peluang baik untuk raksasa ini membalas dendam...

Lain-lain artikel klik sini