Jumaat, 22 Oktober 2010

EZAM LEBIH MINAT CERITA TENTANG ANWAR DARI ULAS `BA JET SELUAR DALAM'

Oleh: WFAUZDIN NS

RAJA Sesumpah Ezam nampaknya masih belum semboh dari penyakit `meroyan'nya. Di kala parti yang dia `melutut' sedang sibuk mengadakan perbahasan di PWTC kununnya membicarakan nasib orang-orang Melayu yang telah di`layu'kan oleh mereka sendiri, raja sesumpah masih `mengigau' nama DS Anwar. Senatak (Senator Katak) yang kaki bersumpah ini seperti akan `mati' jika tidak menyebut nama DS Anwar.
Semalam raja katak muncul di kaca TV. Bicaranya tetap serupa dengan hujah yang serupa semenjak maruahnya `dijual' kepada parti sekular itu. Nama DS Anwar disebut lagi. Nama Mahathir dipujanya. Kata Ezam, tindakan Mahathir mengambil tindakan itu tepat dan sebab itulah Ezam sesumpah keluar dari KeADILan. Kita mahu tanya, Mahathr mengambil tindakan ke atas DS Anwar bila? Raja sesumpah keluar dari KeADILan bila pula?

Bukankah sebelum ini raja sesumpah bagitahu dia percaya DS Anwar melakukan `perkara itu' apabila mendengar sendiri dari mulut Saiful pemuda yang tidak cuci dubur 3 hari itu. Tiba-tiba semalam dia beritahu dia yakin tuduhan ke atas DS Anwar itu benar apabila Mahathir mengambil tindakan ke atas mantan TPM itu, dan juga apabila mahkamah melepaskan DS Anwar kerana `teknikal' sahaja. Teknikal apanya kalau pertuduhan pun dipinda sebanyak tiga kali? Tidak tentu arah Ezam bercakap sekarang.

Beliau tidak mengambil tahu lagi nasib rakyat bawahan. Beliau tidak lagi bicara tentang rasuah, penghinaan ke atas agama Islam, kezaliman Akta ISA dan tidak juga mahu bercerita pasal `Bajet Seluar Dalam'. Beliau lebih senang bercerita tengan peribadi DS Anwar kerana ia tidak memerlukan hujah yang berfakta, tidak perlu kajian dan lebih penting lagi Najib seronok mendengarnya. Tidak hairanlah ceramah raja sesumpah di Selangor tidak lagi dihiraukan orang kerana ramai yang sudah tahu apa yang bakal dikeluarkan dari mulut busuk Ezam itu.

Hakikatnya Ezam sudah tahu, kekuatan PR terletak kepada kekuatan DS Anwar bersama Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng khususnya. Langkah awal, musnahkan kredibiliti DS Anwar dengan cerita fitnah. Raja sesumpah terus menghasut sekutu PKR terutamanya PAS untuk menjauhi DS Anwar. Beliau lupa bahawa PAS menyokong perjuangan DS Anwar selagi DS Anwar tidak melakukan kesalahan terhadap hukum Islam. Sebab itu juga PAS tidak mahu menyokong Umno kerana Umno berterusan memusuhi Islam.

Setakat mahu bercerita, buat fitnah tanpa ditampilkan bukti, sesiapa pun boleh sebut Ezam juga pernah `meliwat' kambing. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Kalau dulu ada pertandingan teka kacang, kini ada pertandingan teka nama.Setiap kali Ezam berucap akan diadakan peraduan berapa kali nama Anwar disebut. Hadiah lumayan.Penaja umco, penyiar rasmi tv3/4, akhbar rasmi u.meloya. Satu lagi pertandingan tiru macam saya. Sapa boleh tiru gaya Anwar berucap. Hadiah tempat kedua & ketiga. Tempat pertama pemenangnya ialah Ezam sendiri.

    BalasPadam
  2. Ezam umpama Namrud sahaja pada saya.
    Cakap seperti sesumpah seolah-olah manusia akan hidup 100 tahun. Simpang malaikat dari tercalit urusan dunia dan akhirat ku berkaitan ezam dan keturunan nya.

    uyuh

    BalasPadam
  3. Mengapa perlu digeruni sangat lalutan Ezam itu, carut dan nyanyiannya dah basi lama. Kami juga Islam dan kami juga Melayu seperti kamu diluar sana yang tahu had halal dan haramnya.

    Dalam UMNO, kami tahu siapa Ezam ini, dari mana asal dan arahnya. Kami tahu niatnya seperti dulu mahu memintas laluan kami. Kami juga pernah dicerca dulu. Tiada siapa antara kami yang mahu melayani cerita dan khayalannya itu. Siapa pula yang hirau akan kehadirannya ?. Bukan, bukan kami. Kami adalah ahli UMNO yang setia. Ezam yang akan MaLu sendiri.

    BalasPadam
  4. kepada wfauzdin. jangan terlalu taksub kepada dsai sehingga menuduh orang lain macam-macam. gunakan akal fikiran yang waras, tolak perasaan kepartian ketepi dan cuba siasat perkara ini sedalam-dalamnya. kalau betul pejuang kebenaran, berjuanglah betul-betul kerana kebenaran itu, buka kerana parti. jangan pilih kasih. pemimpin yang tak betul harus dicantas, takira dalam umno, dap, pkr, pas dan mana-mana parti sekalipun. barulah betul berjuang kerana Allah dan Rasul. kalau tak mau dsai difitnah, tuan juga tidak boleh fitnah orang lain. sanggupke tinggalkan dsai jika dapat bukti kukuh? kalau sanggup hubungi saya. boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut 0123013454 - azman

    BalasPadam