Jumaat, 22 Oktober 2010

PERANG POSTER DI PARLIMEN, UMNO TERKEDU

Perang sepanduk di jalan menuju Parlimen
S Pathmawathy
Okt 21, 10


Perang sepanduk tercetus di bangunan Parlimen hari ini apabila beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat bergegas menggantung sepanduk parti masing-masing sebagai tindakbalas terhadap sepanduk yang digantung oleh Umno.

Mereka tidak berpuas hati melihat sepanduk mesyuarat agung tahunan ke-61 Umno yang dibenarkan digantung di tiang lampu di jalan menuju ke bangunan Parlimen.

Tindakan itu diketuai oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang juga mula menaikkan sepanduk parti masing-masing sekitar kompleks Parlimen.
"Semalam, apabila saya mendesak Speaker berhubung pendirian penggantungan sepanduk parti politik di bangunan Parlimen, beliau berkata perkara itu tidak ada kena-mengena dengan persidangan dan tidak seharusnya dibawa ke dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Kok sebelum ini menimbulkan isu sepanduk Umno di Dewan Rakyat pada Selasa lalu sebelum AGM itu bermula tetapi soalannya.

Menurutnya, berikutan aduan berkenaan - sepanduk Umno diturunkan lewat hari itu tetapi ia dinaikkan semula semalam.

Pandikar Amin dalam jawapannya berkata jalan Parlimen bukan di bawah bidang kuasanya tetapi adalah merupakan kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menentukannya.

"Selepas saya buat protes, Speaker kata ini bukan bidang kuasa beliau. Jadi kalau Speaker kata tak ada kuasa, maksudnya parti lain pun boleh buat perkara sama.

"Tidak asas yang membolehkan Umno menggantung sepanduk perhimpunan agung mereka kerana ianya berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bukan di Parlimen," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) juga tidak ketinggalan dengan menaikkan kain rentang pilihan raya kecil Galas di penghadang jalan menuju ke Parlimen.

Dr Hatta berkata, Umno telah menyalahguna laluan ke Parlimen untuk mempromosi program mereka yang langsung tidak ada kaitan dengan persidangan Dewan Rakyat ketika ini.

"Jalan ke Parlimen sememangnya meraikan rakyat dan ahli-ahli Parlimen yang ingin keluar masuk ke bangunan ini dan tidak menjadi masalah kalau kerajaan menggantung sepanduk yang mempromosi program Kerajaan yang melibatkan semua rakyat.

"Tapi mereka ternyata mempromosi program parti yang tidak ada kaitan dengan persidangan Parlimen," katanya./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. ingat nogoro ni mak bapak dio punyo ko !!!!!!! poie JAHANAM LAH UMNgOk,,,,,,,,

    BalasPadam