| Perang sepanduk di jalan menuju Parlimen |        
              |                                 |        
     
                               Perang sepanduk tercetus di bangunan Parlimen hari ini apabila  beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat bergegas menggantung sepanduk  parti masing-masing sebagai tindakbalas terhadap sepanduk yang digantung  oleh Umno.
Mereka  tidak berpuas hati melihat sepanduk mesyuarat agung tahunan ke-61 Umno  yang dibenarkan digantung di tiang lampu di jalan menuju ke bangunan  Parlimen.
Tindakan itu diketuai oleh Teresa Kok  (DAP-Seputeh) yang juga mula menaikkan sepanduk parti masing-masing  sekitar kompleks Parlimen.
"Semalam, apabila saya mendesak Speaker berhubung pendirian penggantungan sepanduk parti politik  di bangunan Parlimen, beliau berkata  perkara itu tidak ada  kena-mengena dengan persidangan dan tidak seharusnya dibawa ke dalam  Dewan Rakyat,” katanya.
Kok sebelum ini menimbulkan isu sepanduk Umno di Dewan Rakyat pada Selasa lalu sebelum AGM itu bermula tetapi soalannya.
Menurutnya, berikutan aduan berkenaan - sepanduk Umno diturunkan lewat hari itu tetapi ia dinaikkan semula semalam.
Pandikar  Amin dalam jawapannya berkata jalan Parlimen bukan di bawah bidang  kuasanya tetapi adalah merupakan kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL) untuk menentukannya.
"Selepas saya buat  protes, Speaker kata ini bukan bidang kuasa beliau. Jadi kalau Speaker  kata tak ada kuasa, maksudnya parti lain pun boleh buat perkara sama.
"Tidak  asas yang membolehkan Umno menggantung sepanduk perhimpunan agung  mereka kerana ianya berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),  bukan di Parlimen," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, pagi  tadi.
Mahfuz  Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) juga tidak  ketinggalan dengan menaikkan kain rentang pilihan raya kecil Galas di  penghadang jalan menuju ke Parlimen.
Dr Hatta berkata, Umno  telah menyalahguna laluan ke Parlimen untuk mempromosi program mereka  yang langsung tidak ada kaitan dengan persidangan Dewan Rakyat ketika  ini.
"Jalan ke Parlimen sememangnya meraikan rakyat  dan ahli-ahli Parlimen yang ingin keluar masuk ke bangunan ini dan tidak  menjadi masalah kalau kerajaan menggantung sepanduk yang mempromosi  program Kerajaan yang melibatkan semua rakyat.
"Tapi mereka ternyata mempromosi program parti yang tidak ada kaitan dengan persidangan Parlimen," katanya./Malaysiakini
 
ingat nogoro ni mak bapak dio punyo ko !!!!!!! poie JAHANAM LAH UMNgOk,,,,,,,,
BalasPadam