Sabtu, 23 November 2024
Jumaat, 22 November 2024
Khamis, 21 November 2024
Rabu, 20 November 2024
Ahad, 17 November 2024
Sabtu, 16 November 2024
Jumaat, 15 November 2024
Khamis, 31 Oktober 2024
Rabu, 30 Oktober 2024
Selasa, 29 Oktober 2024
Isnin, 21 Oktober 2024
Ahad, 20 Oktober 2024
Sabtu, 19 Oktober 2024
Jumaat, 18 Oktober 2024
Rabu, 25 September 2024
Selasa, 24 September 2024
Isnin, 23 September 2024
PM "BANDUAN" YANG HEBAT - MASUK PENJARA AKIBAT DIZALIMI LEBIH MULIA DARI MEMASUKKAN ORANG KE PENJARA SECARA ZALIM
"Banduan" bererti mereka yang pernah dipenjarakan samada secara adil atau tidak. Sebab itu, istilah "banduan" tidak sejijik istilah "perasuah atau penyakau" mahu pun "penunggang agama".
Apa dalilnya? Selain dari Nabi Allah Yusuf A.S yang pernah dipenjarakan angkara fitnah, ramai ulamak bahkan ulamak besar juga pernah merasai dikurung dalam penjara. Ada banyak kisah pejuang yang mati dalam penjara. Hinakah mereka? Itulah ujian buat mereka yang berjuang untuk kebenaran.
Imam Abu Hanifah R.A, pada zaman khalifah al-Mansur iaitu dalam pemerintahan kerajaan Dinasti Abbasiyah, Imam Abu Hanifah telah disebat dan dipenjara.
Imam Malik R.A, pernah dihukum penjara oleh Gabenor Kota Madinah pada tahun 764M kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kemahuan pemerintah.
Imam Syafie R.A, iaitu pendokong Mazhab Syafie pernah dituduh menyokong syiah oleh orang yang dengki dengannya. Beliau turut difitnah kononnya terlibat dalam rencana mengganggu-gugat kekuasaan Harun ar-Rasyid. Kemudian Imam Syafie ditangkap. Tangan dan kakinya diikat dengan rantai.
Imam Ahmad bin Hanbal R A, pernah disebat dan dipenjara selama 30 bulan oleh Khalifah al-Makmun kerana tidak mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk seperti yang diyakini oleh aliran Muktazilah.
Ibnu Taymiyah R.A, juga pernah dipenjarakan di Mesir kerana berbeza pendapat dengan ulama lain yang sezaman dengannya. Setelah itu beliau dibebaskan dan kemudian berhijrah ke Syam dan mengajar di Syria. Namun di sini beliau sekali lagi dipenjara selama 5 bulan kerana berbeza pendapat dalam hal persoalan sumpah dengan talak.
Begitulah kisah bagaimana para ulama besar dahulu telah dizalimi oleh pemerintah hanya kerana tidak sependapat dengan para penguasa. Walaupun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah, namun hanya kerana pandangan dan prinsip mereka yang tidak sealiran dan tidak disukai oleh pemerintah yang berkuasa dan mereka dilihat seakan menentang sistem yang ada maka mereka dihukum dengan begitu zalim dan kejam.
Oleh itu tidaklah orang yang dihumban ke dalam penjara dan dianggap salah oleh pemerintah dan sebahagian besar rakyatnya itu sebenarnya orang yang salah. Hakikatnya, ia bergantung pada tafsiran dan pandangan diri sendiri untuk menilai dan mensabitkan seseorang itu sama ada benar-benar bersalah atau tidak.
Di negara kita, rakyat menyaksikan kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim, seorang tokoh yang tidak kurang hebatnya dihujani fitnah serta dikurung dipenjara berkali-kali malah dipukul separuh mati. Hingga hari ini, tatkala kuasa di tangan beliau, Allah tetap uji beliau dengan fitnah dan berbagai tekanan dari dalam dan luar negara. Peliknya, fitnah dari musuh-musuh politiknya datang dari mereka yang dulu bersungguh-sungguh mempertahankan beliau dari fitnah yang sama.
Mengapa berlaku demikian? Ini semua kerana sifat dengki, rakus dan ketakutan di kalangan mereka. Paling tepat sekali, mereka amat bimbang mereka juga akan mendapat status "banduan' apabila melihat kepimpinan PMX yang semakin laju dan pantas seperti lajunya beliau berjalan memburu perasuah dan penyakau.
Tun Mahathir tidak pernah menjadi banduan, tetapi dia pernah mengurung orang ke dalam penjara tanpa bicara (Akta ISA) termasuk menjadi mangsa kezalimannya adalah PMX sekarang. Muliakah dia berbanding "banduan ISA" ?
InsyaAllah, PMX yang kamu gelar "banduan" itu tidak akan mengulangi kezaliman mahafiraun kutuk tersebut. Sesungguhnya, rakyat Malaysia berbagai kaum berbangga dengan PMX hari ini, begitu juga namanya harum di merata dunia. Kecuali, mereka yang tersakiti hati dan jiwanya.
Siapa "banduan" seterusnya?
Isnin, 9 September 2024
Ahad, 8 September 2024
Sabtu, 7 September 2024
Rabu, 28 Ogos 2024
Selasa, 27 Ogos 2024
Sabtu, 10 Ogos 2024
Jumaat, 9 Ogos 2024
Jumaat, 26 Julai 2024
Khamis, 25 Julai 2024
Rabu, 24 Julai 2024
Selasa, 23 Julai 2024
Isnin, 22 Julai 2024
Selasa, 16 Julai 2024
Isnin, 15 Julai 2024
Ahad, 14 Julai 2024
Rabu, 3 Julai 2024
Selasa, 2 Julai 2024
Isnin, 1 Julai 2024
Ahad, 30 Jun 2024
Sabtu, 29 Jun 2024
Sabtu, 22 Jun 2024
Jumaat, 21 Jun 2024
Isnin, 17 Jun 2024
Ahad, 16 Jun 2024
Jumaat, 14 Jun 2024
Khamis, 13 Jun 2024
Rabu, 12 Jun 2024
Sabtu, 1 Jun 2024
Jumaat, 31 Mei 2024
Khamis, 30 Mei 2024
Jumaat, 3 Mei 2024
Khamis, 2 Mei 2024
Rabu, 1 Mei 2024
Selasa, 30 April 2024
Isnin, 29 April 2024
Sabtu, 6 April 2024
Jumaat, 5 April 2024
Ahad, 31 Mac 2024
Sabtu, 30 Mac 2024
Jumaat, 29 Mac 2024
Khamis, 28 Mac 2024
Selasa, 5 Mac 2024
Isnin, 4 Mac 2024
Ahad, 3 Mac 2024
Jumaat, 1 Mac 2024
Khamis, 29 Februari 2024
JANGAN KETINGGALAN MAKLUMAT BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN - MALAYSIA MADANI
Ramai di kalangan rakyat masih belum jelas tentang apa yang telah kerajaan sekarang lakukan. Kekurangan dari segi maklumat inilah membuka peluang pihak pembangkang untuk menabur fitnah dan propaganda mereka.
Sehubungan itu, saya suka mencadangkan kepada seluruh rakyat di negara agar menjadikan media *Harapan Madani* sebagai salah satu sumber maklumat anda.
Media ini merupakan media yang telah lama mempromosikan berbagai berita berkaitan kerajaan perpaduan melalui sumber yang sahih dan tepat.
Mohon sebarkan seluas mungkin media ini agar lebih ramai memperolehi maklumat yang benar di samping dapat menjawab berbagai fitnah dan tohmahan pihak tidak bertanggungjawab.
PMX TEGUR LAGI TENTANG KELEMAHAN PENERANGAN KERAJAAN - JANGAN PANDANG REMEH
Saya rasa sudah kerap PMX mengeluh tentang isu ini. Apa yang PMX luahkan itu memang betul pun. Kita perlu akui kelemahan ini dan wajib mengambil tindakan segera yang lebih efisyen.
Kerajaan Perpaduan telah banyak melakukan program-program yang baik untuk rakyat. Mengapa masih wujud berita-berita palsu, fitnah dan mengelirukan masih mendominasikan alam maya sekarang ini? Apakah ini salah aktivis-aktivis media sosial "probono" yang gagal menangkis serangan mereka? Atau, media milik kerajaan masih "malu-malu" untuk menjadi benteng serangan puak mereka?
Kita masih beruntung kerana masih ada lagi aktivis media sosial, Cytro dan Cyber Troopers seperti di Tik Tok, Youtube, Facebook, "X' (dulunya Tweeter) dan beberapa medium lain yang masih tidak jemu mempertahankan kepimpinan PMX, siang malam menangkis serangan Cytro pihak pembangkang meskipun secara "probono'. Namun, pengaruh mereka agak terhad dan mereka juga tidak mempunyai kemudahan atau akses kepada fakta atau data untuk memberikan penerangan lebih efisyen.
Saya pernah mencadangkan agar RTM mengadakan satu slot setiap minggu di TV, iaitu seminggu sekali diadakan program "Bersama Menteri'. Setiap minggu secara bergilir-gilir seorang menteri dari setiap kementerian dijemput di dalam program ini. Menteri berkenaan akan memberikan penerangan berkaitan segala dasar kementerian masing-masing di samping menjawab semua tohmahan atau berita palsu berkaitan kementerian mereka yang tersebar di luar sana agar rakyat mendapat maklumat yang tepat.
Jika program ini dapat dilakukan berterusan, saya yakin rakyat akan lebih bijak dan bermaklumat. Program seperti ini lebih fokus kepada isu-isu berkaitan mana-mana kementerian kerana menteri sendiri tampil untuk menjawabnya. Jangan terlalu mengharap kepada pihak lain untuk mempertahankan kerajaan jika sang menteri pun tidak bersedia untuk mempertahankannya.
Apakah wajar kita hanya membiarkan PMX seorang diri berpencak silat untuk mempertahankan semua benda? Ini belum lagi dikira adanya "deep state" di beberapa kementerian. Saya benar-benar berharap teguran yang entah ke berapa kali ini diambil perhatian oleh pihak berkenaan. Pelajarilah kelemahan kita sewaktu 22 bulan menjadi kerajaan dahulu yang mana banyak fitnah dan propaganda tidak terjawab dan akhirnya memudahkan kerja pengkhianat melalui "Langkah Sheraton".
Semoga kita bermuhasabah, lakukan usaha yang terbaik dan bertawakkal kepada Allah.
Jumaat, 9 Februari 2024
Khamis, 8 Februari 2024
PENGAMPUNAN DAN PENGURANGAN HUKUMAN KES NAJIB - TIDAK SEDIKIT PUN PMX LAYAK TERIMA "UCAPAN TERIMA KASIH" ?
Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah kepada Umno kerana amat prihatin dengan nasib bekas Presiden mereka yang juga bekas PM, Dato Seri Najib Tun Razak yang kini merengkok di dalam penjara selama 12 tahun mulai 23 Ogos 2022 atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Saya melihat kepimpinan Umno di bawah Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu konsisten sekali menangani isu ini dengan penuh berhemah dan tertib sekali ibarat 'menarik rambut dari tepong". Zahid sedar harapan terlalu tinggi di kalangan ahli-ahli Umno untuk melihat bekas Presiden mereka itu dibebaskan melalui poses Pengampunan Diraja. Namun demikian, Zahid juga sedar bahawa Umno kini berada di dalam Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Anwar Ibrahim yang dikenali amat teguh berpegang dengan prinsip keadilan serta memelihara integriti sistem kehakiman dan perundangan. Justeru itu, pendekatan harus bijak agar Kerajaan Perpaduan tidak dilihat tercemar dengan langkah-langkah sumbang.
Fakta menunjukkan, Umno mengalami beberapa episod sedih di dalam isu Najib Razak ini. Episod sedih bermula ketika di era kepimpinan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos 2018 di mana bekas PM ke 6 dan bekas Presiden Umno itu diheret ke mahkamah atas dakwaan yang disebutkan di atas.
Episod sedih seterusnya berlaku pada era kepimpinan Muhyidin di bawah Kerajaan Perikatan Nasional yang Umno pun turut berada membentuk kerajaan tersebut tetapi perbicaraan di peringkat mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan menyaksikan Najib gagal mempertahankan dirinya. Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu menyatakan mereka tidak mencampuri urusan mahkamah.
Paling menyedihkan lagi, pada Ogos 2022 masih lagi di era Kerajaan Perikatan Nasional tetapi di bawah Naib Presiden Umno sendiri Dato Seri Ismail Sabri, nasib Najib masih gagal dipertahankan setelah melalui proses perbicaraan di Mahkamah Persekutuan di mana Najib dikekalkan bersalah dan dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Muhyidin selaku Pengerusi Perikatan Nasional berkata, beliau lega dengan keputusan mahkamah tersebut. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, nasib baik waktu ini Ismail Sabri jadi PM, bukan Muhyidin. Jika Muhyidin waktu itu jadi PM, ahli-ahli Umno akan marah kepada PM. Maksudnya, ahli-ahli Umno tidak marah kepada PM, Ismail Sabri di atas pemenjaraan Najib.
Setelah melalui episod-episod kesedihan dan malang Umno di era kerajaan PN, ahli-ahli Umno mengharapkan ada sedikit cahaya buat bekas Presiden mereka di era Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan PMX. Sayugia diingatkan, Anwar Ibrahim mahu diangkat menjadi PM oleh Pakatan Harapan sejak sekian lama bukan untuk membebaskan semua pesalah di dalam penjara, tetapi beliau diharapkan dapat menegakkan keadilan serta memelihara institusi kehakiman dan perundangan.
Tahukah anda, Petisyen Pengampunan Najib ini sebenarnya telah mula dikemukakan pada 02 September 2022 iaitu ketika era Kerajaan Perikatan Nasional di mana Umno masih berada di dalam kerajaan tersebut dan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri adalah PM waktu itu. Selepas itu apa yang berlaku? Kita tidak mendengar apa-apa berita dan perkembangannya sehinggalah PRU15.
Apabila Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM ke 10 dan membentuk Kerajaan Perpaduan, isu Pengampunan Najib ini diangkat semula meskipun kelazimannya seseorang yang ingin memohon pengampunan akan menjalani sebahagian dari hukumannya terlebih dahulu. Namun, bagi PMX sekiranya seseorang pesalah itu berhak untuk memohon pengampunan mengikut Perlembagaan maka ianya wajar diberikan hak mereka bukan berdasarkan kelaziman atau kebiasaan.
Saya tidak pasti apakah tindakan PMX menyegerakan proses Lembaga Pengampunan itu suatu perkara yang baik dan melegakan buat Umno. Saya juga tidak pasti apakah keputusan Lembaga Pengampunan yang diPengerusikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong yang telah mengurangkan 50% jumlah penjara dan denda itu suatu berita yang baik atau tidak kepada ahli-ahli Umno terutamanya waris Najib itu sendiri. Agong mempunyai kuasa mutlak di dalam membuat keputusan setelah menimbangkan berbagai aspek dan tidak wajar kita untuk bersangka buruk terhadap keputusan itu. Pandangan pro dan kontra terhadap keputusan tersebut juga pernah berlaku sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim diberi pengampunan penuh oleh Agong ketika itu.
Saya percaya, Mesyuarat MKT Umno baru-baru ini menyedari semua ini dan mereka berhak untuk mengambil pendirian untuk terus berusaha membebaskan Najib melalui Pengampunan sekali lagi untuk dipertimbangkan oleh Agong yang baru. Ini juga ditegaskan oleh PMX bahawa Najib berhak mengemukakannya bukan kerana namanya Najib tetapi ianya adalah tentang hak dan keadilan.
Saya amat terkilan kerana PMX dijadikan sasaran oleh beberapa pihak yang sememangnya sentiasa mencari bahan untuk menyerang batang tubuh insan ini. Cuba kita fikirkan, lojik atau tidak;
Najib dituduh di mahkamah di zaman Mahathir.
Najib dijatuhkan hukuman penjara dizaman Muhyidin.
Najib masuk penjara dizaman Ismail Sabri.
Najib diberi pengurangan 50% jumlah pemenjaraan dan denda dizaman Anwar Ibrahim. Di era Anwar PM, yang memulakan Lembaga Pengampunan bersidang awal dari kelazimannya dan menghasilkan keputusan yang dimuktamadkan oleh Agong. Namun, Anwar Ibrahim terus menjadi sasaran serangan mereka.
Allahu Akbar. Seandainya ini berlaku terhadap Anwar Ibrahim sewaktu beliau dipenjarakan beberapa kali dan diberi hak seperti ini, saya sebagai penyokongnya pasti bersujud syukur kepada Allah. Tetapi ianya tidak berlaku kepada beliau. Anwar terus merengkok lama di dalam penjara sehinggalah seawal tahun 2018 Agong ketika itu merasakan Anwar telah dianiayai dan membebaskannya.
Semoga kita menjadi manusia yang bersyukur.
WFAUZDIN NS
Sabtu, 27 Januari 2024
Jumaat, 26 Januari 2024
Khamis, 25 Januari 2024
Isnin, 1 Januari 2024
Langgan:
Catatan (Atom)