Beliau dipetik oleh TV Selangor sebagai berkata Muhyiddin selaku menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta itu."Beliau adalah individu yang bertangungjawab ke atas kesilapan sehingga memberikan kesan implikasi bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas implikasi ekonomi.
"Ini jelas merupakan satu pembaziran yang membabitkan jumlah wang yang begitu besar, jumlah RM4 juta ini jelas menunjukan timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan mengambil sikap endah tidak endah.
“Dan sikap melepaskan batuk di tangga dalam usaha kerajaan memberi ingatan kepada rakyat supaya berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja tetapi dalam hal ini wang itu dihabiskan begitu sahaja," kata Shamsul.
Akhbar semalam melaporkan, kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.
Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.
Ditanya apa tindakan yang patut diambil kepada pihak terbabit berhubung kerugian ini, Shamsul menegaskan Muhyiddin perlu dipertanggungjawabkan.
Letak jawatan
"Kalau berlaku di mana-mana negara, pada saya dari segi tanggungjawab, sudah pasti menteri berkenaan harus meletakan jawatan dan mengambil sikap tindakan bertanggungjawab kerana ia membabitkan wang rakyat yang begitu besar.
“Sebab itu kami memberi ingatan dan teguran yang keras kepada TPM dengan mengambil mudah jawatan TPM dan juga menteri pelajaran dan jangan sibuk menyerang pembangkang dan sibuk berpolitik.
"Pada saya menteri kewangan, Datuk Seri Najib (Razak) harus mengambil tindakan yang tegas, paling tidak pun memberi kata-dua kepada menteri pelajaran supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.
Sementara itu, setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Phang yang juga dihubungi TV Selangor berkata perkara yang menyebabkan kejadian itu masih belum diketahui puncanya sama ada disebabkan kesilapan manusia atau masalah percetakan namun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku."Sesuatu benda itu bila diterbitkan mesti tepat, kerana ia akan menyebabkan pembaziran, kalau kita hendak fokus kepada kualiti asasnya buku yang hendak dikeluarkan perlu ada kualiti.
"Bagi saya kita kena pastikan bahawa dalam proses percetakan sesuatu buku untuk pelajar itu kita tidak boleh lupa kepada kualiti," katanya./Malaysiakini

Ini merupakan satu tekanan buat calon PAS dan suaminya yang kini dilihat semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi di Dun Tenang. Apakah benar cuti sakit itu disalahgunakan? Di dalam peraturan cuti sakit bagi kakitangan kerajaan, apakah ada larangan tertentu buat mereka yang mendapat cuti sakit sehingga menemani isterinya melakukan lawatan pun diangap salah?
Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata selepas ikrar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan BN melaksakannya sekarang.
“Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.


Namun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.





LABIS, 23 Jan: Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang.


Dalam ucapan di Felda tersebut, Anwar turut menyindir Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol, seperti yang 'didedahkan' WikiLeaks.



